Ahmad Ali Karim's Weblog

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan bahawa Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah menawarkan beliau jawatan Penasihat Petronas, namun beliau menolak tawaran tersebut atas dasar mematuhi Perlembagaan Persekutuan.

Sila baca: Lucut Atau Tidak Kuasa Pemerintahan Ditentukan Dewan Rakyat – Ku Li

Di dalam sepucuk surat yang ditulis beliau, Tengku Razaleigh menyatakan kebimbangannya atas situasi politik negara, terutamanya apabila Perdana Menteri telah dua kali enggan membenarkan Usul Tidak Percaya untuk dibentang, walaupun ia sebahagian penting daripada amalan demokrasi negara.

Surat tersebut telah hantar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada 25hb September 2020, namun baru sahaja didedahkan kepada awam menerusi laman Facebook rasmi Tengku Razaleigh Hamzah sebentar tadi.

Sila baca: Di Sebalik Kemelut Politik, Ramai Gesa Ku Li Dilantik Jadi PM

Beliau turut menegaskan masalah penyogokan politik yang berlaku dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat, dan sumpah jawatan yang dilafazkan Ahli-ahli Dewan Rakyat dilihat seperti tidak dipedulikan…

View original post 231 more words