Ahmad Ali Karim's Weblog

Baca versi Jawi di sini.

Akhir-akhir ini, saya lihat ada segelintir daripada masyarakat yang bersikap biadab, menghina dan mempersoalkan kedudukan dan kuasa Raja-raja Melayu.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Malaysia negara berdaulat. Jangan sampai kita terpengaruh dengan sentimen anti-Raja di Thailand, dan jangan ada yang cuba menangguk di air keruh.

Tidak guna bercakap tentang patriotisme jika kita buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan Persekutuan.

Di bawah adalah tulisan saya yang pernah saya yang pernah saya terbit pada 16 Ogos 2020. Moga dapat memberi manfaat kepada semua.


Bayangkan huru-hara yang boleh berlaku ketika kerajaan PH jatuh akibat krisis politik pada Februari 2020 jika negara kita tidak mengamalkan sistem raja berperlembagaan.

Sedarkah kita bahawa ketika penubuhannya, persekutuan tidak mempunyai apa-apa, tanpa tanah yang dimiliki oleh kerajaan-kerajaan Melayu berdaulat yang diperintah oleh Raja-raja Melayu?

Sila baca: Tengku Hassanal: Kekalkan Kuasa Pemerintahan Bersama Agong

Malangnya, masih ramai rakyat yang gagal menghormati…

View original post 982 more words