You are currently browsing the daily archive for 21 October, 2020.
Polis Johor sentiasa tegas dalam usaha untuk membudayakan sikap mematuhi undang-undang.
Dalam sidang media Ops Perdagangan (Timbang Berat) pagi tadi, Ketua Polis Johor, Dato’ Ayob KhanMydin Pitchay menegaskan bahawa Polis Johor akan mengambil tindakan ke atas kenderaan perdagangan khususnya lori yang tidak mematuhi peraturan.
Operasi ini, tuan-tuan, kita sasarkan kepada kenderaan perdagangan, khususnya lorilah, yang membawa muatan lebih … tayar botak, tak tutup kemas, lori tidak diselenggara dengan baik.
Dato’ Ayob Khan
Dato’ Ayob menegaskan bahawa lori yang membawa lebih muatan melebihi 35% akan disita dan jika tidak melebihi 35% akan dikenakan kompaun.
Dalam operasi pagi tadi, polis juga menahan lori-lori yang membawa batu yang tidak ditutup dengan kemas.
Recent Comments