Ahmad Ali Karim's Weblog

Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat meninggalkan pekarangan Istana Abdul Aziz di sini kira-kira pukul 7.10 petang setelah selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perdana Menteri yang turut disertai Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang tiba di istana itu kira-kira pukul 4.40 petang.

Muhyiddin meluangkan masa kira-kira dua jam 30 minit menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Beliau menghadap Al-Sultan Abdullah selepas Kabinet dikatakan bersetuju dengan pelaksanaan darurat bagi menangani penularan Covid-19.

Difahamkan, Mesyuarat Khas Kabinet di Putrajaya pagi ini membincangkan beberapa cadangan berkaitan pembentangan Belanjawan 2021 yang dijadualkan bulan depan, ketika negara sedang ‘berperang’ dengan gelombang ketiga Covid-19.

Salah satu pilihan adalah darurat ekonomi.

Langkah itu difahamkan boleh memberikan banyak masa kepada kerajaan menguruskan Covid-19 tanpa terganggu oleh krisis politik. -{Utusan Digital]

View original post