Ahmad Ali Karim's Weblog

Belanjawan 2021 telah dilulus dalam undian pertama ketika persidangan Dewan Rakyat sebentar tadi melalui undian suara.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar cuba untuk mendapatkan undian semula melalui undian blok, tetapi tidak mendapat sokongan 15 Ahli Parlimen yang diperlukan.

Hanya 13 Ahli Parlimen berdiri untuk menyokong cadangan Mahfuz.

Selepas ini belanjawan tersebut akan dibawa ke peringkat jawatankuasa pula untuk dibahaskan sebelum ia sekali lagi diundi sebelum diluluskan.

Sokongan yang diberikan hari ini dibuat selepas Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan pelbagai peruntukan tambahan termasuk kebenaran mengeluarkan wang dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang dituntut pelbagai pihak.

Mengikut peraturan, speaker terlebih dahulu akan bertanya sokongan pihak yang setuju sebelum menguji undian suara mereka yang tidak bersetuju. Sekiranya terdapat lebih banyak suara ahli parlimen yang bersetuju, usul tersebut akan diluluskan.

Namun, mana-mana ahli parlimen boleh mempertikaikan keputusan tersebut atas apa-apa sebab dan boleh meminta undian secara

View original post 25 more words