Ahmad Ali Karim's Weblog

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan beliau tidak akan menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tegasnya, perjuangan bersama UMNO sudah sebati dengan jiwanya sejak sekian lama dan beliau tidak akan sesekali meninggalkan parti itu hanya kerana pernah berbeza pendapat dengan pimpinan parti.

Sila baca: Mengapa Perlu Saya Merangkak Ke Dr Mahathir, Kata Ku Li

“Kerat empat pun ambo takkan masuk parti Dr. Mahathir. Ambo rela mati dalam UMNO..” katanya dalam ucapan ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gua Musang di Bukit Cekati, di sini hari ini.

Tengku Razaleigh berkata demikian sebagai reaksi terhadap pelbagai desakan supaya beliau keluar daripada UMNO berikutan tindak-tanduknya baru-baru ini yang dilihat sebagai ‘sekapal’ dengan Dr. Mahathir.

Sila baca: Adakah Ini Kebenaran Di Sebalik Penubuhan Semangat 46?

Dalam sidang akhbar selepas itu, Tengku Razaleigh yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO menjelaskan, beliau bersama Dr. Mahathir kerana ingin…

View original post 184 more words