Ahmad Ali Karim's Weblog

Kerajaan Malaysia merupakan kerajaan yang mempunyai majoriti paling tipis di dunia pada saat ini dengan memegang hanya 111 kerusi di Dewan Rakyat berbanding 109 kerusi pembangkang.

Perkara itu dikatakan oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional, Ahmad Maslan ketika sebuah sidang akhbar di Bangunan UMNO sebentar tadi, setelah dilantik menjadi Setiausaha Agung gabungan parti itu.

Sila baca: Annuar Musa Tidak Dipecat, Tetapi diGANTI Ahmad Maslan

“Kerajaan ini adalah kerajaan yang paling tipis majoritinya dalam dunia. Setakat saya maklum, kerajaan yang paling tipis majoriti dalam dunia.

“Jadi kerajaan ini tidak stabil. Itu kena diakui oleh semua pihak bahawa kerajaan ini tidak stabil.”

Datuk Seri Ahmad bin Maslan – Selasa, 5 Januari 2021

Menurutnya juga, kerajaan Perikatan Nasional kini betul-betul di atas garisan kerana kedudukannya sebagai kerajaan yang mempunyai majoriti paling tipis dalam sejarah negara.

Ahmad Maslan juga memaklumkan bahawa Presiden Barisan Nasional, Ahmad Zahid Hamidi meminta agar ahlinya bersiap sedia untuk Pilihan Raya Umum…

View original post 219 more words