Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar hari ini menitahkan bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan bagi tujuan agama Islam sahaja, seperti yang telah difatwakan dahulu.
Menerusi sebuah kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini, Baginda sekali lagi menegaskan bahawa tuhan agama lain bukan Allah, kerana Allah SWT berfirman dalam ayat 14 Surah Taha bahawa tiada tuhan melainkan Allah.
Kalimah “Allah” merupakan nama yang khusus kepada Tuhan yang disembah oleh umat Islam. Nama “Allah” ini diberi oleh diri-Nya, bukan berasal daripada mana-mana akar kata, tetapi kata nama khas yang merujuk kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan yang disembah oleh umat Islam. Firman Allah SWT dalam surah Taha ayat 14 yang bermaksud: “Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku”.
Baginda Sultan Johor mengingatkan semula bahawa sebagai Ketua Agama Islam di Negeri Johor, Baginda menjaga sensitiviti…
View original post 165 more words
Recent Comments