Ahmad Ali Karim's Weblog

Baca versi Jawi di sini.

Seramai 200 peguam sivil dan syarie menggesa kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan yang membabitkan bidang kuasa negeri menggubal jenayah syariah dengan seberapa segera mungkin.

Mereka melibatkan pengamal undang-undang daripada Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (Macsa).

Menerusi kenyataan bersama, kumpulan itu menyatakan kebimbangan terhadap implikasi keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan kes Iki Putra lawan Kerajaan Negeri Selangor terhadap bidang kuasa negeri menggubal undang-undang jenayah Islam.

Kata mereka, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan berbeza berbanding sebelum ini sekali gus mengehadkan lagi enakmen jenayah Syariah.

“Dengan keputusan ini, kami bimbang semakin banyak peruntukan enakmen jenayah syariah sedia ada bakal dicabar dan dibatalkan di atas alasan sama.

“Ia akhirnya melumpuhkan perundangan jenayah Islam negeri-negeri seluruh Malaysia,” kata kenyataan itu hari ini.

Pada 25 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan sebulat suara membenarkan cabaran undang-undang Iki Putra terhadap Seksyen 28 Enakmen Jenayah…

View original post 253 more words