Ahmad Ali Karim's Weblog

UMNO telah berputus untuk menarik diri dari kerajaan Malaysia, sekiranya kerajaan tidak mengadakan Pilihan Raya Umum dalam masa terdekat.

Hal itu telah diputuskan ketika Perhimpunan Agung UMNO hari ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), dan diumumkan presidennya Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, ahli-ahli UMNO tidak akan gusar melepaskan jawatan mereka sebagai ahli kabinet menteri dan pengerusi GLC jika hal tersebut berlaku.

Tempoh yang akan diberikan sebelum hal itu dibuat akan diputuskan Majlis Kerja Tertinggi UMNO, seperti yang dipersetujui secara sebulat suara oleh ahli-ahli UMNO yang hadir pada perhimpunan tersebut.

Menurut Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Utama Mohamad Hassan, UMNO sebagai parti terbesar haruslah berani melangkah sebagai parti terbesar negara, dan jangan menjadi gajah besar yang tidak boleh mematahkan ranting.

“Kita nak bawa UMNO ke mana? Putrajaya. Kalau nak ke Putrajaya, kena menang,” kata beliau ketika ucapan penggulungan sebentar tadi.

Ahmad Zahid turut menggelar pengkhianat-pengkhianat politik sebagai ‘makhluk perosak’…

View original post 17 more words