Ahmad Ali Karim's Weblog

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razeleigh Hamzah memohon kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun supaya memindahkan tempat duduknya berhampiran dengan blok bebas kerana tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

Katanya di dalam surat yang dialamatkan kepada Speaker Dewan Rakyat semalam, sejak awal lagi beliau tidak pernah menyokong atau bersama-sama dengan kerajaan yang ditubuh mengguna nama kerajaan “Perikatan Nasional”.

“Dengan hormatnya suka saya memaklumkan bahawa saya tidak ingin terus berada di kerusi yang telah disediakan untuk saya dalam Dewan Rakyat bersama-sama dengan lain-lain anggota Dewan Rakyat yang ditempatkan dalam kumpulan seolah-olah menjadi penyokong kerajaan yang ada,” katanya.

Dalam surat tersebut, Tengku Razaleigh turut menyatakan bahawa setakat ini beliau mengetahui jika ada anggota-anggota Dewan Rakyat lain daripada partinya, UMNO, yang telah berurusan dengan Yang di-Pertua mengenai tempat duduk mereka dalam Dewan Rakyat.

“Walau apa pun yang dilakukan oleh mereka ini saya dengan sukahati mohon berpindah ke tempat lain yang sewajarnya, bersesuaian…

View original post 26 more words