Institusi raja hendaklah dipelihara dan dikekalkan sebagai salah satu kuasa semak dan imbang terakhir untuk rakyat dan negara, titah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Sultan Abdullah.
Baginda bertitah raja pemerintah juga diberi tanggungjawab dalam perlembagaan untuk memberi naungan saksama kepada setiap warganegara tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.
“Institusi raja mengatasi garis politik yang kekal bertindak tidak berpihak atau ‘non-partisan’ dan boleh bertindak sebagai penimbang tara sekiranya timbul pertelingkahan politik kepartian yang boleh menggugat kestabilan negara.
“Dalam erti kata lain, ahli politik juga tidak boleh berselindung atau menggunakan institusi raja untuk kepentingan politik mana-mana pihak,” titah baginda semasa merasmikan Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Malaysia 2021 di Wisma Sri Pahang.
Persidangan yang berlangsung secara dalam talian itu juga dihadiri Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun.
Tengku Hassanal juga bertitah perkenan raja pemerintah perlu dihormati…
View original post 167 more words
Recent Comments