Ahmad Ali Karim's Weblog

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon telah menerima ‘peringatan’ dari rakan parlimennya Azalina Othman Said malam tadi mengenai sepucuk surat yang mungkin dia terlepas pandang.

Ini susulan Rashid mengaku tidak sedar kewujudan surat dari Istana Negara yang meminta Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun untuk mengesahkan jumlah ahli parlimen yang masih menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Pada ciapan di Twitter malam tadi, Azalina – yang juga timbalan speaker di Dewan Rakyat – berkata salinan surat itu juga telah dikirimkan kepadanya dan Rashid.

“Surat bertarikh 9 Ogos 2021 salinannya kepada kita berdua, dah baca ke belum Rashid,” soalnya pada hantaran malam tadi.

Semalam, Malaysiakini melaporkan Datuk Pengelola Bijaya Istana Negara Ahmad Fadhli Shamsuddin telah menghantar surat pada 9 Ogos meminta Azhar mengesahkan sokongan terhadap Muhyiddin.

Azalina menyertakan tangkap layar laporan dari akaun Twitter portal The Vibes, yang memetik Rashid mendakwa, tidak ada duluan (precedent) Agong berkomunikasi secara langsung dengan…

View original post 204 more words