You are currently browsing the category archive for the ‘Akta 355’ category.
Sungguh memalukan. Seorang Ketua Menteri sudah dua penggal. Setiausaha Agung parti politik. Sudah berpuluh tahun menjadi Ahi Parlimen.
Tetapi masih TIDAK FAHAM. Memang D U N G U !
Kenyataan KM Dungu Guan Eng pagi ini berhubung cadangan pindaan Akta 355 yang dibaca oleh TG Haji Abdul Hadi di Parlimen minggu lalu, membuktikan sama ada dia BEBAL atau dia DUNGU. Ini kerana antaranya menyebut:
DAP had explained many times that we are opposing RUU 355 not because we are anti-Islam or that we want to interfere in Islamic affairs, but because RUU changes the character and identity of the Federal Constitution.
KM Dungu tersebut mengatakan pindaan ini merobah Perlembagaan Persekutuan. Dia tahukah bahawa ini adalah pindaan kepada Akta. Bukan pindaan kepada Perlembagaan. Tang mana pindaan ini akan ubah karakter dan identity Perlembagaan Persekutuan? Cakap kosong yang tidak substiantif bolehlah. BUKTI?
DAP’s stand against RUU 355 is based on the substance of the Federal Constitution. RUU 355 is clearly unconstitutional
Kalau pindaan kali ini “clearly unconstitutional” bagaimana ianya telah dipinda dahulu (tahun 1984) menjadi “constitutional”? Dulu ayahnya sendiri sudah ada dalam Dewan Rakyat. Dia tidak bising pun. Dungu lagi hujahnya.
… technically and procedurally, it is also wrong to change the constitutional framework of our Federal Constitution by an ordinary bill which requires only a simple majority of MPs present during voting, instead of a constitutional amendment which requires a 2/3 majority of MPs, which means a minimum of 148 MPs.
KM Dungu Guan Eng mengaji di mana? Wow, hebat bunyinya “technically and procedurally … wrong” Pindaan kepada Akta hanya perlu majoriti biasa (mudah). Simple majority, wahai KM Dungu Guan Eng. Cadangan pindaan ini tidak pinda Perlembagaan Persekutuan. Pergilah mengaji dulu. Memalukan seorang KM yang D U N G U.
If RUU 355 can be passed by an ordinary legislation and not by a constitutional amendment, what is to stop hudud laws from being implemented in the same manner in future?
Kalau KM Dungu Guan Eng rasa takut bahawa satu hari nanti “hudud laws” dilaksanakan di Tanah Air ku ini, bayangkan apa perasan orang-orang Islam yang hilang hukuman Islam apabila penjajah Inggeris datang memaksa First Charter of Justice ke atas Tanah Melayu pada 1807?
Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya
*********
Baca juga:
- Jelas dan Jahat – DAP Memusuhi Kedaulatan Islam
- Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya
- Pindaan Akta 355 – Memberi Autonomi Lebih Kepada Negeri-Negeri
- Kenapa Mereka Bantah Pindaan Akta 355?
- Pindaan Akta 355 Boleh Bantu Cegah Kemungkaran – Kenapa Orang Cina Bantah?
- Eloklah MCA Keluar BN Jika Mereka Rasa Lebih Kuat
- ‘Joseph Kurup should be sacked’
- Jika Orang Cina Bantah Pindaan Akta 355 – Orang Melayu Islam Mungkin Perlu Tuntut Tutup Sekolah Cina Pulak
- Cadangan Pindaan Akta 355 – Apa Sudah Jadi Dengan Dr. M?
- Attack on proposed increase of jurisdiction of Syariah Courts unconstitutional and an affront to religious liberty
- Kepentingan Agama Perlu Atasi Politik
- Apa itu Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan (B1SNJ9PP)
- Pindaan Akta 355 – Memberi Autonomi Lebih Kepada Negeri-Negeri
- Pindaan Akta 355 BerCANGGAH Dengan Perlembagaan Persekutuan?
- JELAS Evangelis Kristian BENCI Perlaksanaan Hukum Islam Untuk Orang Islam!
- Parti komponen BN perlu hargai prinsip akomodasi
Yang diulang-ulang.
Yang ditakut-takutkan.
Sokong cadangan pindaan Akta 355 nanti akan ramai orang kena potong tangan.
Itulah kata-kata orang BODOH atau sengaja hendak BODOHkan orang lain.
Jadi JANGAN kita jadi BODOH. Jangan kita diperBODOHkan.
Kenapa?
Sebab, hukuman potong tangan dikecoh-kecoh itu berkaitan jenayah mencuri/rompak. Kesalahan tersebut TIDAK ADA KAITAN dengan Akta 355. Kesalahan tersebut adalah di bawah Akta 574 – Kanun Keseksaan/Penal Code.
Akta 355 bukan berkaitan jenayah mencuri atau merompak. Ianya adalah Akta untuk memberi bidang kuasa kepada Mahkamah-Mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang Negeri bagi maksud membicarakan kesalahan-kesalahan di bawah hukum syarak dinamakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965.
Baca betul-betul. Mahkamah ditubuhkan oleh Negeri. Untuk Mahkamah Syariah. Itu sahaja.
Tidak termasuk kesalahan dalam Kanun Keseksaan.
Kesalahan-kesalahan tersebut disenaraikan satu persatu di dalam Butiran 1, Senarai Negeri Jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan (B1SNJ9PP – baca di sini). Bacalah sendiri senarai kesalahan yang boleh dibicara di Mahakamah Syariah. Itu sahaja! Tidak ada cerita rompak-curi.
Habis yang Dr. Mahathir duduk cakap pasal potong tangan?
Samada dia yang tidak faham atau dia sengaja buat-buat tidak faham.
Akta 355 ini telah dipinda DUA KALI semasa Dr. Mahathir menjadi PM. Takkan dia tidak faham!
*********
Baca juga:
- Jelas dan Jahat – DAP Memusuhi Kedaulatan Islam
- Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya
- Pindaan Akta 355 – Memberi Autonomi Lebih Kepada Negeri-Negeri
- Kenapa Mereka Bantah Pindaan Akta 355?
- Pindaan Akta 355 Boleh Bantu Cegah Kemungkaran – Kenapa Orang Cina Bantah?
- Eloklah MCA Keluar BN Jika Mereka Rasa Lebih Kuat
- ‘Joseph Kurup should be sacked’
- Jika Orang Cina Bantah Pindaan Akta 355 – Orang Melayu Islam Mungkin Perlu Tuntut Tutup Sekolah Cina Pulak
- Cadangan Pindaan Akta 355 – Apa Sudah Jadi Dengan Dr. M?
- Attack on proposed increase of jurisdiction of Syariah Courts unconstitutional and an affront to religious liberty
- Kepentingan Agama Perlu Atasi Politik
- Apa itu Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan (B1SNJ9PP)
- Pindaan Akta 355 – Memberi Autonomi Lebih Kepada Negeri-Negeri
- Pindaan Akta 355 BerCANGGAH Dengan Perlembagaan Persekutuan?
- JELAS Evangelis Kristian BENCI Perlaksanaan Hukum Islam Untuk Orang Islam!
- Parti komponen BN perlu hargai prinsip akomodasi
Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, MCA diperuntukkan 40 kerusi Parlimen oleh BN. Malangnya, berbanding prestasi baiknya dalam PRU 2004 di mana ia menang di 31 daripada 40 kerusi, ia hanya menang di 15 kerusi.
Kekalahan 25 calonnya kepada 16 calon DAP, 9 calon PKR dan 2 calon PAS menyebabkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) MCA Subang Jaya 1995-2008, Datuk Lee Hwa Beng, menyimpulkan bahawa MCA hanya menang di kerusi campuran. Kata beliau, MCA menang kerana sokongan pengundi Melayu, bukan pengundi Cina.
Ekoran prestasi menjunam MCA ini, Tan Sri Ong Ka Ting pun tidak mempertahankan jawatannya dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) MCA pada 18 Oktober 2008 sekali gus membuka jalan kepada Tan Sri Ong Tee Keat menjadi Presiden MCA.
Dalam pemilihan jawatan Presiden dalam MAT MCA pada 28 Mac 2010 pula, Tee Keat dan Ka Ting dikalahkan oleh Tan Sri Dr Chua Soi Lek. Di bawah kepimpinan Soi Lek, MAT MCA pada 28 April 2011 membuat keputusan menolak jawatan kerajaan di semua peringkat jika prestasi MCA dalam PRU 2013 lebih teruk dari PRU 2008.
Di sebalik keputusan MAT MCA ini, prestasi MCA dalam PRU 13 ternyata lebih teruk, di mana ia hanya menang di 7 daripada 37 kerusi Parlimen yang ditandinginya. Menepati rumusan Hwa Beng, MCA kalah lebih teruk di kawasan ramai pengundi Cina dan hanya menang tipis di kawasan campuran kerana sokongan pengundi Melayu.
7 calon MCA yang menang ini ialah Datuk Chua Tee Yong dengan 353 undi di Labis, Datuk Seri Liow Tiong Lai dengan 379 undi di Bentong, Khoo Soo Seang dengan 1,767 undi di Tebrau, Dato’ Seri Ong Ka Chuan dengan 4,328 undi di Tanjong Malim, Dato’ Sri Wee Jeck Seng dengan 5,457 undi di Tanjong Piai, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong dengan 7,310 undi di Ayer Hitam dan Datuk Koh Nai Kwong dengan 11,597 undi di Alor Gajah.
Lanjutan kekalahan lebih teruk MCA ini, Soi Lek pun tidak mempertahankan jawatan Presiden MCA menyebabkan ia berpindah tangan kepada Tiong Lai yang mengalahkan Gan Ping Sieu dan Tee Keat dalam MAT MCA pada 21 Disember 2013.
Cubaan Tiong Lai supaya MCA menerima semula jawatan kerajaan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (MALB) MCA pada 20 Oktober 2013 bagaimanapun menemui kegagalan dan hanya diluluskan dalam MALB MCA pada 23 Februari 2014 setelah beliau mengetuai MCA.
Menyusulinya adalah tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memasukkan semula MCA ke dalam kerajaan.
Pada 25 Jun 2014, Tiong Lai dan Ka Siong, Timbalan Presiden MCA, dilantik sebagai Menteri manakala tiga Naib Presiden MCA, iaitu Datuk Chua Tee Yong, Senator Datuk Lee Chee Leong dan Senator Datin Paduka Chew Mei Fun, dilantik sebagai Timbalan Menteri. Pada 28 Julai 2015 pula, Ka Chuan dilantik sebagai Menteri manakala Senator Chong Sin Woon dilantik sebagai Timbalan Menteri.
Meneliti ucapan rasmi Tiong Lai dan Ka Chuan selaku Presiden dan Setiausaha Agung MCA, ternyata mereka menghargai prinsip perkongsian kuasa dengan UMNO di dalam BN.
Dalam ucapan dasarnya di MAT MCA pada 13 November 2016, Tiong Lai memuji Najib kerana sewaktu Najib menjadi Menteri Pendidikan pada 1996-lah Akta Pendidikan dipinda sehingga membolehkan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) Sekolah Cina diiktiraf oleh universiti swasta dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
Pujian sama diberikan oleh Ka Chuan dalam ucapannya di majlis sambutan ulang tahun ke-68 MCA pada 5 Mac 2017 ke atas tindakan kerajaan menyetujui penubuhan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) pada 14 Julai 1968 dan menaikkan taraf KTAR menjadi universiti pada 5 Disember 2012 sehingga ia berjaya melahirkan 180,000 profesional dan berbangga dengan Institut Pengajian Cina terbesar di Malaysia dan Singapura.
Ka Chuan juga berkata, kejayaan MCA adalah berpunca dari kekuatan politiknya, di mana Akta Pendidikan dipinda pada 1996 ekoran prestasi cemerlang MCA pada PRU 1995, begitu juga kejayaan membina dan memindahkan 89 sekolah rendah Cina yang dikatakan berpunca dari prestasi cemerlang MCA pada PRU 1999 dan PRU 2004.
Ucapan Tiong Lai di majlis sambutan ulang tahun ke-68 MCA lebih berterus-terang. Kata beliau, tanpa sokongan Cina, MCA tidak mampu berdiri sama tinggi dengan UMNO. Jika sokongan Cina kepada MCA merosot, kuasa tawar-menawar MCA akan menjadi lemah. Masa sama, beliau menolak desakan supaya MCA keluar dari BN.
Selaras dengan pengakuan MCA mengenai manfaat perkongsian kuasa ini, MCA perlulah sentiasa menjadi rakan kongsi yang baik kepada UMNO.
Bila Najib mengisytiharkan kerajaan akan mengambil-alih Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (RUU 355) umpamanya, MCA perlulah menyokongnya.
[Kalau ada yang tidak faham Akta 355 dan cadangan pindaannya – SILA BACA ini dahulu – klik: Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya]
Apatah lagi bila RUU 355 ini adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan perlembagaan dan sumpah Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara Islam.
Jika kebimbangan MCA adalah bahawa orang bukan Islam mungkin akan terkena tempias daripada pindaan Akta 355 ini, maka perkara ini tidak perlu dirisaukan sama sekali.
Jaminan telah berulang kali diberikan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bahawa perkara ini tidak akan berlaku.
Malah pindaan ini akan secara jelas menyebut bahawa ia tidak akan terpakai kepada orang bukan Islam, yang memberi maksud bahawa orang bukan Islam tidak boleh sama sekali didakwa di mana-mana mahkamah syariah.
Pemimpin MCA perlulah mencontohi jiwa besar pemimpin terdahulu yang tidak pernah mempersoalkan akta ini bila ia diperkenalkan dan dipinda.
Bila Tiong Lai sendiri mengakui kedudukan lemah MCA berbanding UMNO, semua pemimpin MCA seharusnya lebih matang dan tidak lantang seperti DAP.
MCA perlu lebih berhati-hati menangani isu agama agar tidak dianggap mengkhianati amanah pengundi Melayu dan kedudukan Islam di dalam perlembagaan.
Sebagaimana UMNO sentiasa berusaha mengakomodasi pelbagai tuntutan MCA, MCA juga perlulah sentiasa memahami kedudukan UMNO dan menghormati perjuangan UMNO.
Kedudukan MCA dalam kerajaan sekarang banyak bergantung kepada sokongan Melayu. Jika sokongan Melayu ditarik balik, Tiong Lai dan MCA tentu akan ditimpa musibah.
Begitulah juga dengan parti-parti komponen BN lain yang seharusnya turut menyokong RUU 355 ini.
Berita Harian membuat liputan Wacana Memperkasakan Mahkamah Syariah dan Perundangan Islam Di Malaysia anjuran Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA (PAUiTM) dengan kerjasama Fakulti Undang-undang UiTM. Wacana tersebut telah diadakan pada 8hb Mac 2017 di Auditorium II Fakulti Undang-undang UiTM Shah Alam.
Dengan tajuk “Konsep wasatiyyah atasi pertindihan kuasa”, Berita Harian pada 9hb Mac 2017, melaporkan bahawa saya mengatakan “Memang RUU355 bukan keutamaan namun ia antara proses ke arah menambah baik undang-undang Islam. Jadi, kenapa ada pemimpin Islam perlu menentangnya? Sokong sahajalah tidak perlu menghasut”. Laporan tersebut tidak tepat dan mengambarkan bahawa saya menganggap usul cadangan pindaan kepada Akta 355 yang dibawa oleh YB Marang Dato’ Seri TG Abdul Hadi Awang itu tidak penting.
Saya perlu perjelaskan laporan tersebut untuk mengelak sebarang salah tafsiran. Maka saya telah menulis kepada BH dan disiarkan (di bawah) penjelasan tersebut. Moga tidak ada yang keliru.
Memang betul ada keutamaan lain yang perlu juga diadakan dalam memperkasakan perundangan Islam seperti memperkenalkan akta untuk hibah, wasiat dan seumpamanya. Namun, jika adapun akta-akta baru itu nanti sedangkan had hukuman di Mahkamah Syariah masih tetap kekal dengan penjara 3 tahun, denda tidak melebihi RM5,000 dan sebatan syariah sebanyak 6 kali, ia tidak membawa apa-apa erti.
Hasil dari dua Perhimpunan berkaitan cadangan pindaan Akta 355 semalam 18hb Feb 2017, boleh memberi gambaran kepada kita bahawa tidak ramai rakyat Tanah Air ini yang bantah cadangan pindaan Akta 355.
Yang menjadi heboh seolah-olah ramai yang bantah itu hanyalah mainan media masa dan media sosial – yang telah dimainkan oleh mereka yang beragenda.
Kita lihat bahawa yang hadir di Taman Jaya, Petaling Jaya membantah cadangan pindaan tersebut tidak sampai 200 orang. Manakala yang hadir di Padang Merbok yang memberi sokongan kepada cadangan pindaan ini melebihi 20,000 orang.
[Maknanya 200 dari 20,200 orang (200+20,000) yang berhimpun = 0.5%]
Maka bolehlah disimpulkan bahawa kurang dari 0.5% orang yang bantah.
Manakala yang menyokong adalah melebihi 99.5%
Perhimpunan BEBAS #TakNakUsul355 Adalah Bodoh BODOH B O D O H !
Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya
Sokong Pindaan Akta 355 Dengan Berfakta
Pindaan Akta 355 BerCANGGAH Dengan Perlembagaan Persekutuan?
Pindaan Akta 355 – Kenapa Ditentang?
Jelas dan Jahat – DAP Memusuhi Kedaulatan Islam
Tidak ada gambaran lain yang lebih tepat untuk penganjur, mereka yang memberi ucapan dan mereka yang hadir berhimpun membantah cadangan usul pindaan Akta 355 di Taman Jaya, Petaling Jaya petang tadi.
Hanya seberapa kerat sahaja pun. Tetapi mereka adalah BODOH seBODOHnya.
Sebab?
BODOH #1:
Mereka kata pindaan Akta 355 akan melibatkan semua orang di Tanah Air tidak kira apa agama anutan mereka.
Akta 355 dengan JELAS menyebut di dalam Seksyen 2 Akta 355 ini bahawa:
Seksyen 2. Bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah.
Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam
Bila pula orang bukan Islam dihadapkan ke Mahkamah Syariah?
BODOH #2:
Dalam ucapan petang tadi, mereka mengaitkan isu “berus cat dari bulu babi”.
Yang bercakap itu fahamkah isunya? Kes berus cat bulu babi baru-baru ini tiada kaitan dengan Akta 355. Langsung tiada kaitan dengan Akta ini apatah lagi cadangan pindaan Akta ini.
BODOH #3:
Memberi contoh apa yang berlaku di Aceh dikatakan seorang bukan Islam dirotan kerana menjual arak kepada orang Islam.
Aceh tidak guna Akta 355. Akta 355 hanya terpakai di Malaysia. Akta 355 tiada kaitan dengan orang bukan Islam menjual arak kepada orang Islam – itu bukan di bawah Akta 355. Tetapi dalam Akta 355 – orang Islam yang minum arak di tempat terbuka – Ya kena. Tetapi peniaga/penjual tersebut tidak dihadapkan di Mahkamah Syariah. Penjual arak bukan Islam itu tidak tertakluk di bawah Akta ini. Jika mereka bantah sebab nanti apabila orang Islam sudah tidak lagi mahu langgani kedai arak mereka – maka kita tahu itulah sebenarnya sebab mereka bantah.
Sudahlah orang-orang BODOH yang berucap. Yang BODOH datang mendengar pun melenggak diperBODOHkan dengan cerita-cerita siBODOH bercakap perkara yang mereka sendiri tidak faham.
Jika kita ambil kedua-dua perhimpunan hari ini sebagai gambaran sokongan dan bantahan orang ramai maka bolehlah kita simpulkan bahawa hanya 0.5% rakyat Malaysia bantah cadangan pindaan Akta 355 dan 99.5% rakyat Malaysia sokongan pindaan ini.
Ini berdasarkan sekitar 100-150 orang sahaja yang hadir di Taman Jaya manakala di Padang Merbok menyaksikan lebih 20,000 orang yang hadir – walaupun ada yang mengatakan yang hadir pada siang hari ada yang tidak tunggu hingga ke malam. Dan yang hadir pada waktu malam melebihi 20,000 orang.
[klik untuk baca lanjut]
Pindaan Akta 355 – Kenapa Ditentang? Kerana Pindaan Akta 355 BerCANGGAH Dengan Perlembagaan Persekutuan?
Kalau tidak faham bacalah maklumatnya … Sokong Pindaan Akta 355 Dengan Berfakta.
Jangan terikut dengan Dr. Mahathir … Cadangan Pindaan Akta 355 – Apa Sudah Jadi Dengan Dr. M?
Jangan terikut-ikut dengan DAP … Jelas dan Jahat – DAP Memusuhi Kedaulatan Islam
Kita hendak pinda kerana … Pindaan Akta 355 Boleh Bantu Cegah Kemungkaran – Kenapa Orang Cina Bantah?
Baca, baca, bacalah dahulu … Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya
Selepas hampir dua bulan laporan polis dibuat akhirnya Guan Eng disiasat. [baca laporan polis]
Guan Eng under sedition probe for questioning Hadi’s Bill
KUALA LUMPUR, Jan 13 (malaymail)― Penang Chief Minister Lim Guan Eng is scheduled for questioning by Bukit Aman police for alleged sedition over his statement on the proposed amendments to the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965, his lawyer said.
Lim’s lawyer RSN Rayer was quoted by English daily The Star that the police were expected to question the DAP leader at his official office on Level 28, Komtar today.
“We were told Lim would be investigated under the Sedition Act. The police will be coming at 11am.
“I will be accompanying the CM during the questioning. We will co-operate with the police as we always do,” Rayer said, referring to the chief minister.
Lim had said in a statement in November last year that the DAP opposes the proposal for the law also known as Act 355, claiming it is “hudud-like” and runs contrary to the Federal Constitution.
Cubaan Menghasut – Laporan Polis Terhadap Lim Guan Eng
Di atas kapasiti sebagai Naib Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), saya telah membuat laporan polis pagi tadi terhadap kenyataan yang dibuat oleh Lim Guan Eng semalam (23 Nov 2016) di dalam blog beliau bertajuk “MCA, MIC, Gerakan And SUPP Should Withdraw From BN Following BN’s Endorsement Of Hudud-Like Laws“.
Guan Eng memberi gambaran salah terhadap cadangan pindaan Akta 355 yang dibawa oleh TG Ustaz Hadi di Parlimen hari ini. LGE juga dengan kenyataan-kenyataan yang tidak betul itu juga cuba mengelirukan orang ramai serta menghasut dan menakut-nakutkan supaya orang (terutama yang bukan Islam) untuk menolak cadangan pindaan tersebut.
Dari kenyataan-kenyataan yang dibuat Guan Eng, ia merupakan kecenderungan:
- “bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan” seperti yang termaktub di bawah Seksyen 3 (1) (a) Akta Hasutan 1948.
- “bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia” seperti yang termaktub di bawah Seksyen 3 (1) (c) Akta Hasutan 1948.
- “bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia” seperti yang termaktub di bawah Seksyen 3 (1) (d) Akta Hasutan 1948.
Kenyataan Guan Eng ini jelas satu penentangan terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong yang telah bertitah ketika menyampaikan ucapan pembukaan Parlimen ke-13 pada 7 Mac 2016 bahawa “Beta harap usaha akan dilaksanakan untuk mengukuhkan institusi agama dan untuk menambahbaik pentadbiran undang-undang Islam dengan memperkasa mahkamah syariah”. Dan ini adalah suatu perbuatan yang terangan menghasut dan merupakan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.
Guan Eng menuduh cadangan pindaan yang dibuat oleh TG Ustaz Hadi sebagai “Hudud-like” sedang, dalam cadangan pindaan ini tidak termasuk hukuman potong tangan untuk pencuri yang mana kesalahan adalah di bawah Akta 574, bukan Akta 355. Beliau turut menuduh bahawa pindaan ini adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. (“DAP opposes the hudud-like laws because it is contrary to the Federal Constitution“) Malah Guan Eng beberapa kali mengulangi perkara seperti ini di dalam kiriman blognya tersebut.
Usaha sengaja mengelirukan orang ramai ini ialah suatu cubaan untuk menghasut orang ramai kerana Akta 355 ini adalah suatu Akta yang sedia ada yang usul yang ingin dibawa ialah suatu pindaan kepada yang sedia ada. Mana mungkin Akta yang sedia ada itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Malah Akta ini telah pun dua kali dipinda sebelum ini.
Guang Eng juga cuba menakut-nakut masyarakat bukan Islam dengan mengaitkan cadangan pindaan ini kepada masyarakat bukan Islam. Mustahil untuk Akta yang semata-mata untuk memperkasakan Mahkamah Syariah ada kaitan langsung dengan orang-orang bukan Islam.
Di dalam Seksyen 2 Akta 355 dengan jelas menyebut bahawa “Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam”. Mana mungkin orang-orang bukan Islam boleh dibicara di Mahkamah Syariah. Malah terbukti bahawa belum pernah ada mana-mana orang bukan Islam yang dituduh dengan salah di mana-mana Mahkamah Syariah di bawah Akta 355.
Dan Seksyen tersebut turut memperkuatkan fakta bahawa Akta ini adalah berperlembagaan kerana punca kuasa dengan menyebut bahawa “Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa …” Bermakna, hanya kesalahan-kesalahan yang telah termaktub dalam Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan sahaja. JELAS. Telah disebut dalam Perlembagaan Persekutuan tentang senarai kesalahan yang di bawah Akta 355.
Adalah sangat wajar untuk pihak polis membuat siasatan terhadap Lim Guan Eng di atas kenyataannya yang menghasut tersebut.
KEDAULATAN mahkamah syariah diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan.
Secara terperinci prinsip utama bidang kuasa mahkamah syariah yang termaktub dalam butiran berkenaan adalah seperti berikut: Pertama, hanya terhad kepada orang Islam. Oleh itu, bukan Muslim tidak perlu bimbang dengan agenda politik yang cuba menakut-nakutkan mereka.
Kedua, terhad kepada perkara yang terkandung dalam Butiran 1 dan tidak termasuk perkara-perkara lain dalam senarai Persekutuan dan senarai negeri.
Butiran 1 menetapkan bidang kuasa mahkamah syariah hanya kepada perkara berkaitan kekeluargaan, zakat, hibah, amanah, pewarisan, wakaf, masjid, surau dan sebagainya.
Manakala dalam hal kesalahan jenayah syariah pula bidang kuasanya terbatas kepada: “…offences by persons professing the religion of Islam against precepts of that religion, except in regard to matters included in the Federal List.”
Justeru, Perlembagaan Persekutuan sendiri yang menghalang mahkamah syariah membicarakan atau menghukum kesalahan yang terkandung dalam Kanun Keseksaan serta undang-undang lain di bawah senarai Persekutuan.
Oleh itu, kesalahan seperti mencuri, merogol, rasuah, pecah amanah, merompak dan ragut tidak termasuk di bawah bidang kuasa mahkamah syariah.
Ketiga, tertakluk kepada had hukuman maksimum yang ditentukan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 iaitu penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.
Hukuman maksimum itu telah berkuat kuasa selama 32 tahun sejak 1984, sedangkan kebanyakan hukuman lain di mahkamah sivil di bawah Kanun Keseksaan dalam kesalahan jenayah, telah ditingkatkan berulang kali.
Justeru, langkah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul persendirian Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau Rang Undang-Undang 355 (RUU 355) di Dewan Rakyat pada 24 November lalu tidak boleh disifatkan sebagai unconstitutional (tidak mengikut Perlembagaan).
Kesimpulannya, langkah meminda akta sedia ada akan memberikan autonomi lebih luas kepada negeri untuk membendung gejala maksiat dan salah laku syariah.
Jika pindaan RUU 355 diluluskan Parlimen, perkara itu tidak akan meningkatkan kadar hukuman secara automatik sebaliknya Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu meluluskan tahap hukuman bagi setiap kesalahan dalam enakmen-enakmen syariah yang sedang berkuat kuasa di negeri itu terlebih dahulu.
Peluang untuk berbahas mengenai kadar hukuman yang munasabah masih terbuka di peringkat DUN. Selain daripada kesalahan dalam enakmen jenayah syariah, perkara lain yang berkaitan kekeluargaan seperti kahwin lari, poligami tanpa kebenaran, tidak bayar nafkah, melarikan anak dara daripada jagaan dan sebagainya masih tidak berubah.
RUU 355 ini tidak memperuntukkan sebarang undang-undang hudud. Pilihan untuk menaikkan hukuman kepada kadar yang lebih tinggi adalah terpulang kepada negeri-negeri untuk memastikan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang.
Pindaan itu adalah bertujuan meningkatkan hukuman bagi memperkasakan mahkamah syariah untuk mengawal moral umat Islam yang sekarang berhadapan dengan gejala sosial amat serius.
Jika hukuman terhadap kesalahan persetubuhan luar tabii dengan haiwan dalam Seksyen 377, Kanun Keseksaan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan maka hukuman mahkamah syariah untuk kesalahan terhadap manusia adalah terlalu ringan.
Adakah kita ingin biarkan undang-undang sedia ada melindungi kehormatan binatang lebih daripada kehormatan manusia? Haruskah hukuman menyetubuhi haiwan lebih tinggi dan menggerunkan berbanding meliwat manusia?
Berkenaan dengan isu kesamarataan seperti yang disebutkan dalam Perkara 8, Perlembagaan Persekutuan. Perkara itu hanya merujuk kepada kategori sama. Islam dan bukan Islam bukan kategori yang sama.
Pindaan itu telah dicadangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sejak hampir 10 tahun lalu. Namun, kerana kekangan birokrasi menjadi faktor kelambatan, maka lebih mudah dibentangkan secara persendirian.
DATUK PROF. MAHAMAD NASER DISA
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM)
Wakil-wakil rakyat Cina MCA mesti sedar bahawa mereka BUKAN dipilih oleh kaum bangsa mereka sendiri. Malah kaum bangsanya sendiri yang TOLAK mereka sebagai calon untuk kaum mereka ketika PRU13 yang lalu. Analisa yang dibuat oleh Helen Ang (yang saya salin di bawah) adalah amat tepat sekali.
Ahli-ahli Parlimen Cina MCA MESTI SEDAR bahawa kaum bangsa mereka sendiri sebulat suara tolak mereka ketika PRU13. Dan mereka sebenarnya bergantung harap (MINTA SEDEKAH) dari undi orang-orang Melayu.
Sdri. Helen menyenaraikan calon-calon MCA yang ditolak oleh kaum bangsa mereka sendiri ketika PRU13 (baca senarai di bawah).
Maka SEDARLAH WAHAI Ahli-ahli Parlimen Cina MCA – kamu bergantung harap dari UNDI ORANG-ORANG MELAYU. Jika tidak jangan kamu mimpi untuk menjadi wakil rakyat kaum bangsa kamu sendiri.
Kaum bangsa Melayu MESTI SEDARKAN parti yang TIDAK mempunyai agenda untuk SOKONG hasrat umat Islam ini mesti ditolak dari awal lagi sebelum PRU14. DESAK AGAR MEREKA TIDAK MENJADI CALON DI KAWASAN MELAYU. Biar calon Melayu SAHAJA di kawasan Melayu. Itulah POLARISASI yang sebenarnya dituntut oleh parti cauvanis yang tidak sedar diri yang HANYA bergantung harap undi orang Melayu ini.
Baca seterusnya ulasan Sdri. Helen:
RUU 355: Reps from MCA forget they’re elected by Muslims
All MPs should remember that they are elected NOT as representatives of a certain religion nor as Muslim MPs but to serve as wakil “rakyat”, lectured Heng Seai Kie in her press statement today.
The MCA Wanita chief called upon all MPs to emulate the MCA and reject the private member’s bill by Hadi Awang on enhancing criminal jurisdiction of the Syariah Courts (Act 355).
MCA lagi “jahat” DAP?
See video below where Tun Mahathir implies that MCA is more anti-Islam than even DAP.
Tun said at minute 1:28 — “Oh DAP jahat (mimicking Perkasa president Ibrahim Ali). Baca Kadir Jasin punya komen berkenaan MCA, siapa lebih jahat?”
MCA has forgotten that they were elected as Yang Berhormats by Malay voters, and NOT as representatives of the Chinese electorate, nor by members of the Christian community.
With the sole exception of YB Labis, all the MCA Parliamentarians are MPs by virtue of Muslim support in Malay-majority areas.
Are the interests of Malays and Muslims in the MCA Parliament seats – see pie chart (right ->) (blue is Malay) – served in the Dewan by these chauvinist/supremacist politicians misrepresenting them?
Tyranny of the minority
Below is the list of MCA candidates who stood in Chinese-majority Parliament areas during GE13 three years ago. All of them lost badly, including Datuk Heng herself.
- P120 Bukit Bintang: Frankie Gan Joon Zin, 47, REJECTED by Chinese+Christians
. - P122 Seputeh: Nicole Wong Siaw Ting, 33, REJECTED by Chinese+Christians
. - P123 Cheras: Teoh Chee Hooi, 42, REJECTED by Chinese+Christians
. - P124 Bdr Tun Razak: Tan Kok Eng, 33, REJECTED by Chinese+Christians
. - P009 Alor Setar: Datuk Seri Chor Chee Heung, 58, REJECTED by Chinese+Christians
. - P017 Padang Serai: Datuk Heng Seai Kie, 51, REJECTED by Chinese+Christians
. - P043 Bagan: David Chua Teik Siang, 50, REJECTED by Chinese+Christians
.
- P045 Bukit Mertajam: Gui Guat Lye, 51, REJECTED by Chinese+Christians
.
- P051 Bukit Gelugor: Teh Beng Yeam, 45, REJECTED by Chinese+Christians
.
- P052 Bayan Baru: Tang Heap Seng, 56, REJECTED by Chinese+Christians
.
- P064 Ipoh Timur: Kat Wong Mei Yin, 37, REJECTED by Chinese+Christians
.
- P065 Ipoh Barat: Cheng Wei Yee, 39, REJECTED by Chinese+Christians
.
- P066 Batu Gajah: Loo Thin Tuck, 38, REJECTED by Chinese+Christians
.
- P070 Kampar: Datuk Lee Chee Leong, 56, REJECTED by Chinese+Christians
.
- P071 Gopeng: Datuk Tan Chin Meng, 53, REJECTED by Chinese+Christians
.
- P074 Lumut: Datuk Kong Cho Ha, 63, REJECTED by Chinese+Christians
.
- P080 Raub: Datuk Hoh Khai Mun, 58, REJECTED by Chinese+Christians
. - P097 Selayang: Datuk Donald Lim Siang Chai, 58, REJECTED by Chinese+Christians
. - P100 Pandan: Garry Lim Chin Yee, 39, REJECTED by Chinese+Christians
. - P102 Serdang: Datuk Yap Pian Hon, 70, REJECTED by Chinese+Christians
.
- P104 Kelana Jaya: Loh Seng Kok, 51, REJECTED by Chinese+Christians
. - P105 PJ Selatan: Seah Kok Fah, 49, REJECTED by Chinese+Christians
. - P106 PJ Utara: Chew Hoong Ling, 33, REJECTED by Chinese+Christians
. - P110 Klang: Datuk Teh Kim Poo, 62, REJECTED by Chinese+Christians
. - P128 Seremban: Datuk Yeow Chai Thiam, 59, REJECTED by Chinese+Christians
. - P130 Rasah: Teo Eng Kian, 35, REJECTED by Chinese+Christians
. - P138 Kota Melaka: Dr Yee Kok Wah, 35, REJECTED by Chinese+Christians
. - P145 Bakri: Chris Lee Ching Yong, 37, REJECTED by Chinese+Christians
.
- P152 Kluang: Datuk Hou Kok Chung, 50, REJECTED by Chinese+Christians
. - P163 Kulai: Tay Chin Hein, 45, REJECTED by Chinese+Christians
MCA candidates given a second chance by the electorate are small in number — see the blue column in box at the bottom of page.
It was only Malay voters that kept the MCA still in office. Little did the trusting pro-gomen people suspect how they’re soon going to be repaid.
*********
Google search results
On keywords ‘hudud’ and ‘barbaric’ in the MCA official website.
Click to enlarge (right)
*********
MCA newspaper campaigning against 355 amendments
(And its columnist openly mocked Najib Razak too.)
Aren’t elected representatives supposed to represent the interests of the areas that elected them?
MCA was put in Parliament by Malays but its belligerent MPs are dead set against the religious aspirations of the Malay majority.
Instead MCA Yang Berhormats are speaking and voting on behalf of DAP evangelistas.
BELOW: Rejected by the Chinese, MCA given lifeline by Umno Malays whose party president is openly derided by the MCA paper’s star columnist Marina Mahahtir as “living in fear”
sumber: https://helenang.wordpress.com/2016/11/24/ruu-355-reps-from-mca-forget-theyre-elected-by-muslims/
Recent Comments