You are currently browsing the category archive for the ‘Environmental & Conservation’ category.

Perancangan pembangunan di Pulau Pinang mengambil kawasan Melayu

GEORGETOWN: Sebanyak 29 kampung di Pulau Pinang kemungkinan berdepan risiko ‘hilang dari peta’ berikutan diancam aktiviti pembangunan yang akan menenggelamkan kampung tradisi masyarakat Melayu di negeri berkenaan, kata ahli akademik.

PulauPinang-hilang kampungMelayuAntara kampung dilihat terancam ialah Kampung Bagan Dalam, Kampung Batu Maung, Kampung Batu Uban, Kampung Binjal, Kampung Buah Pala, Kampung Dalca, Kampung Dodol, Kampung Gajah, Kampung Genting, Kampung Lima Kongsi, Kampung Makam, Kampung Melayu, Kampung Nelayan, Kampung Padang Benggali dan Kampung Pisang.

Turut mengalami risiko ialah Kampung Permatang Tepi laut, Kampung Permatang Tok Subuh, Kampung Pondok Upeh, Kampung Pokok Asam, Kampung Pulau Jelutong, Kampung Selut, Kampung Siam, Kampung Sungai Nibong Kecil, Kampung Tanjong Tokong, Kampung Teluk Air Tawar, Kampung Teluk Kumbar, Kampung Tengah Jelutong, Kampung Tengah Air Itam dan Kampung Terang.

“Inilah faktor-faktor menyebabkan kampung di Pulau Pinang kian lama kian terhakis antaranya pemilikan tanah. Tuan tanah ingin membangunkan kampung itu maka kampung itu akan lenyap dan terus hilang dari peta, akan diberi nama lain dan sebagainya.

“Ini telahpun berlaku dan sedang berlaku. Kalau kita tengok kampung-kampung di Sungai Nibong, di sini contohnya sudah lenyap sama sekali dari peta negeri Pulau Pinang kerana sekarang ini ia dibangunkan dengan projek-projek perumahan, kondominium dan sebagainya.

“Walaupun satu ketika, mungkin ada orang yang beralamat di situ tapi kampung itu sudah tidak ada lagi. Inilah cabaran yang dihadapi di negeri ini,” katanya.

Azeem Fazwan berkata, pelaksanaan projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIPP) juga menyumbang kepada ‘kehilangan’ kampung tradisi di negeri itu memandangkan projek berkenaan turut membabitkan pengambilan tanah.

Beliau berkata, jika PIPP itu berjaya direalisasikan, landskap Pulau Pinang akan berubah dan kampung-kampung sedia ada akan turut lenyap.

“Sekiranya ia berlaku, maka landskap negeri Pulau Pinang akan berubah sama sekali terutama di daerah Barat Daya. Jadi apabila pembangunan mula menyusuri ke daerah Barat Daya, maka kampung-kampung yang ada di Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Batu Maung dan Teluk Bahang akan lenyap,” katanya.

Justeru, katanya tidak mustahil kampung-kampung tradisi di negeri itu akan lenyap dalam tempoh lima tahun akan datang jika tiada usaha daripada pihak berkepentingan untuk memelihara dan memulihara kampung tradisi itu.

Sementara itu, ahli akademik Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican, berkata kampung-kampung tradisi sedia ada perlu diwartakan di bawah Akta Warisan dalam usaha memastikan kampung berkenaan tidak lenyap.

Beliau berkata, kerajaan negeri perlu memainkan peranan mewartakan kampung-kampung tradisi itu dengan segera supaya identiti masyarakat Melayu di kawasan berkenaan terpelihara dan tidak terhakis.

“Cabaran yang pertama untuk mewartakan kampung tradisi ini adalah mewujudkan inventori dan mendefinisikan apa yang dimaksudkan dengan kampung tradisional. Takrif kampung tradisional belum diformalkan. Bukan semua 660 kampung yang ada di Pulau Pinang boleh dianggap sebagai kampung tradisional.

“Jadi kita pilih kampung yang strategik, contohnya untuk dijadikan sebagai kampung tradisional,” katanya. – BERNAMA

It was over twenty years ago that somehow I was involved partly in the so called project to have the next ring road after the Middle Ring Road (MRR2). [In case one wonders which is the Inner Ring Road, it is Jalan Tun Razak – Circular Road as it was first introduced and later popularly known as Jalan Pekeliling)]

It looks now that slowly and partly, the ORR is taking shape. We will soon be having the second last connection before the final completion of the last link taking through behind the zoo towards north.

Looking forward for a much integrated links of highways to ease the current bottle-neck along most part of the MRR2, while at the same time the environment is taken care of.

ORR-Klang Valley

Husam Musa mempersoalkan TNB di dalam status FBnya pada 7:55 pagi 31 Dis 2014 dengan berkata:

Adakah TNB penyumbang terbesar banjir terpelik ini???

Dan seolah-olah mengatakan bahawa beliau ada maklumat:

Info mula muncul limpahan dari situ menjadi punca.

Sebagai seorang yang berpengalaman, yang dulunya kalau di Parlimen seperti seorang jagoan berhujah dengan “fakta” dan mampu menerbitkan buku bagi mempersembahkan hujahnya untuk bacaan ramai, boleh terbawa-bawa dengan tuduhan liar tanpa siasatan cerdik untuk menyelidik maklumat yang lebih logik (kecuali kali ini dia merasa rendah diri atau dia sudah jadi kurang cerdik semenjak tidak lagi menjadi exco). Apakah dia sudah diserang Alzheimer?

Dalam pada rata-rata orang bercakap tentang kawasan tadahan hujan tanah tinggi di Kelantan (antaranya Lojing)  yang dirodok dan digondol musnah tinggal hanya botak warna merah menadah hujan – Husam masih tidak mahu tumpu pandangannya ke arah Lojing.

Husam-ohBangauKenapa Husam mahu layan cerita pembinaan empangan Kenyir 2 yang langsung tidak masuk akal (kalau dia rasa dia masih cerdik) SEBALIKnya tidak pula melayan teori yang jauh lebih munasah bahawa kawasan tadahan tanah tinggi di Kelantan sudah tidak mampu lagi menahan curahan hujan yang banyak?

Kenapa Husam tidak mahu membersihkan namanya yang diterpalitkan dengan skandal pemusnahan alam sekitar di tanah tinggi Lojing?

Dalam pada TNB telahpun menjelaskan bahawa MUSTAHIL bagi kemusnahan di Kelantan disebabkan kerja-kerja pembinaan di Terengganu, Husam pilih untuk membetulnya tuduhan asalnya hanya sekadar menampal kenyataan TNB pada FBnya dan kemudian menghalakan sasaran baru kepada Gunung Gagau sebagai punca “banjir terpelik”nya.

Husam masih tidak mahu sentuh LOJING. Kenapa?

***********

Setelah kiriman saya beredar pada 1hb Januari 2015 untuk menjawab “bagi pihak TNB” Punca Banjir Di Kelantan Terjawab? Kerana Pembinaan Empangan Kenyir 2?, akhirnya, hari ini, TNB mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjawab fitnah Husam Musa.

Pada 31hb Disember 2014, Husam Musa menyalahkan kerja-kerja pembinaan projek empangan Kenyir 2 sebagai punca banjir di Kelantan. (Baca: Siapa Yang Mula Reka Cerita Projek Empangan Kenyir 2 Sebagai Punca Banjir Di Kelantan?

Baca kenyataan penuh kenyataan TNB (klik pada imej untuk paparan lebih besar):

TNB-Kenyir2

Walaupun akhirnya TNB mengesahkan penjelasan yang telah saya utarakan sebelum ini – namun TNB dikira terlalu lambat untuk menjawab sesuatu isu berkaitan reputasi TNB. TNB tidak patut tunggu sehingga hari ke empat baharu hendak jawab secara rasmi.

Baca sumber punca:

FB-Husam-banjir sebab empangan kenyir2-31dis2014a

<

Merujuk kepada artikel Punca Banjir Di Kelantan Terjawab? Kerana Pembinaan Empangan Kenyir 2?, ramai yang bertanya siapakah yang memulakan cerita palsu tersebut.

Memang saya tidak menyebut secara khusus sumber bermulanya cerita palsu itu dalam kiriman bertarikh 1 Jan 2015 tersebut. Namun, pada pagi tersebut, saya telah pun menerima beberapa kali mesej (telah dilampirkan pada artikel sebelum ini) yang menyalahkan projek pembinaan empangan Kenyir 2 sebagai punca “tsunami kecil” yang melanda Gua Musang dan Kuala Krai. Sebab itulah saya telah menulis untuk menjawab tuduhan palsu yang langsung tidak masuk akal tersebut.

Saya telah memberi hujah  (kerana sunnatullahnya) kenapa ianya MUSTAHIL untuk air takungan untuk projek empangan Kenyir 2 dari Sg. Tembat boleh mengalir untuk membanjiri Kelantan. (Bacalah bagi yang belum membaca: Punca Banjir Di Kelantan Terjawab? Kerana Pembinaan Empangan Kenyir 2? – jangan memberi komen yang boleh menyerlahkan sikap diri kita tanpa membaca dan faham terlebih dahulu)

Bagi menjawab siapa yang sebenarnya memulakan cerita palsu yang tidak masuk akal itu mungkin boleh saya kongsikan di sini status yang dikemaskinikan oleh Husam Musa di FB beliau. Kenyataan bertarikh 31 Dis 2014, “timestamped” pada 7:55 pagi,  antara lain menyebut:

Adakah TNB penyumbang terbesar banjir terpelik ini???

Kalau sebelum ini saya memanjangkan sebutan orang kampung mengenai empangan Jajar, ada pihak yg membetulkan.

Orang kampug mungkin tersalah dalam menamakan tetapi syak mereka adalah pada empangan dlm pembinaan.

Ada satu lg empangan dalam pembinaan yang hampir siap iaitu Kenyir Dua.

Info mula muncul limpahan dari situ menjadi punca.

FB-Husam-banjir sebab empangan kenyir2-31dis2014aAyat terakhir di atas seolah telah mengSAHIHkan bahawa “limpahan dari situ menjadi punca” kepada banjir “TERPELIK” di Kelantan berpunca dari TNB kerana “Ada satu lg empangan dalam pembinaan yang hampir siap iaitu Kenyir Dua“.

Jika 600 lebih orang sudah “like” dan dikongsikan seramai 100 orang lagi – maka tidak mustahillah cerita palsu sebegini mudah tersebar dengan meluas.

Yang menjadi berganda kepada masalah ini ialah bagi pengikut yang terlalu fanatik, mereka tidak mahu menerima jawapan yang akan menyangkal cerita palsu pemimpin mereka.

Anda bagaimana?

********

Di bawah adalah info grafik yang memberi gambaran mustahil untuk air dari Sg. Tembat mampu untuk membanjiri Kelantan dengan begitu dahsyat sekali.

Punca banjir Kelantan

dan baca juga jawapan rasmi TNB yang mengambil masa 4 hari untuk jawab – KLIK

Tersebar di internet dan mesej Whatapps bahawa projek pembinaan empangan Kenyir 2 adalah punca utama yang membawa kemusnahan yang amat dahsyat di Kelantan. Mesej-mesej yang dihantar dan pelbagai artikel yang ditulis di alam maya memberi penjelasan panjang lebar dan kebanyakkannya cerita-cerita pengkhabaran yang tidak ada asas langsung.

Di antara pembohongan yang tersebar ialah banjir tersebut berpunca dari Sg. Tembat, yang bakal menjadi punca air untuk projek Kenyir 2. Sg. Tembat bermula dari kawasan tinggi Terengganu dan mengalir ke Tasik Kenyir. Maka dikatakan oleh cerita palsu tersebut bahawa air Sg. Tembat dialihkan sementara ke Kelantan kerana tidak mahu air tersebut mengalir ke kawasan projek dan menggangu pembinaan.

Jika kita mempunyai sedikit asas ilmu kita akan faham khabar angin sedemikian tidak munasabah dan mustahil untuk berlaku.

1. Air sungai mengalir dari tanah tinggi ke tanah rendah dan akhirnya ke laut. Dan Sunnatullah ialah mustahil untuk air mendaki ke kawasan yang lebih tinggi.

2. Sempadan sesebuah negeri/negara lazimnya mengguna sungai atau banjaran bukit. Dan sempadan Terengganu-Kelantan, di kawasan tinggi digarisi oleh banjaran bukit.

Grafik di bawah berusaha memberi jawapan kepada fitnah punca banjir (harap bersabar untuk muat turun kerana saiz imej adalah besar. Klik untuk paparan lebih besar)

Punca banjir Kelantan

Maka mari kita lihat grafik yang saya buat secara ringkas dengan mengambil punca peta dari googlemap.

1. Cari di mana Sg. Tembat. Tengok aliran sungai tersebut yang menurun ke Tasik Kenyir. Tengok juga garis ketinggian topografi (elevation) kawasan sekitarnya. (Sekitar 600+m)

2. Cari di mana sempadan antara Terengganu dengan Kelantan. Perhati garis ketinggian topografi sekitar banjaran yang menjadi sempadan kedua-dua negeri. Sekitar 800m – 1,000+m.

3. Fikir secara logik bagaimana air Sg. Tembat mampu untuk mendaki setinggi 200m – 400m bagi mencurah tadahan air dari negeri Terengganu ke sebelah Kelantan.

4. Selepas anda fikir dan faham – cukuplah untuk membuat rumusan bahawa terlalu banyak penipuan dan fitnah melalui mesej-mesej begini. Dan boleh anda tutup dari membaca mesej-mesej yang panjang lebar yang penuh dengan khabar angin dan lebih elok kita membuka dan membaca Al Quran. Kerana kita semua lebih banyak membaca mesej-mesej yang tidak membawa kebaikan dari membaca Al Quran termasuk penulis sekali.

[Baca juga: Siapa Yang Mula Reka Cerita Projek Empangan Kenyir 2 Sebagai Punca Banjir Di Kelantan?]

dan baca juga jawapan rasmi TNB yang mengambil masa 4 hari untuk jawab – KLIK

Di bawah adalah salah satu contoh berita palsu yang memfitnah punca banjir adalah kerana projek pembinaan Kenyir 2. (Tak payah bacalah yang di bawah ini – habiskan masa sahaja)

Persoalan seorang kawan dr Tumpat Kelantan: dari mana datangnya air yg menyebabkan banjir besar d kelantan? Sedangkan hujan x lebat dan ketika air naik mendadak langit tidak mencurah hujan…

Aku kupas sedikit mengikut akal dan sedikit pengetahuan atas jalan syariat yg berkait dgn kerja2 tangan manusia.. ini hanyalah pendapat aku bukan untuk menuduh sesiapa atau jauh sekali dari niat utk menghasut…

Bulan 9 baru2 ni…Aku g ke kenyir..tujuan utk mancing…org yg arrange penginapan dan boat..namanya Loh..
Loh ni kerja dia masuk hutan..cari hasil hutan dan ada sebuah rumah rakit
Masanya byk dihabiskan d kenyir..kalau ada yg nak masuk kenyir dia akan urus dgn kos yg agak murah…stay kat rumah rakit dia yg agak uzur( kalau nak g dgn family mmg x sesuai)
Kalau g dgn member2 yg jenis adventure atau hardcore fisher..ok sgt2
Jadi mada g sana..byk kwsn yg dia bwk g utk mancing tahan pukat dan mandi manda
Salah satu tempat yg dia bwk namanya Sungai Tembat
Bhg Bwh air terjun Sg Tembat ni ada satu chalet nama Musang resort..dah ditinggalkan pemilik mungkin krn krg pengunjung atau ada sbb2 lain..pemiliknya cina..hari ini kalau g sana..kita blh stay free sbb chaletnya masih blh ddiami
Dan aku rasa skrg Sg Tembat ni adalah lubuk ikan kelah krn ianya krg dkunjungi dan sungainya  x dcemari dgn kegiatan menangkap ikan…(telahan aku shj)
Bila cakap dgn Loh…dia maklumkan aku 1 info yg buat aku tersentak dgn perihal Sungai Tembat ni.
Sungai tembat blh lah aku katakan anggaran 300meter lebih tinggi dr aras air tasik kenyir sekarang
Apa yg mengejutkannnya sekarang diatas puncak sg tembat ini sdg dibina 1 lg dam utk sistem janakuasa baru..Loh kata projek kenyir 2
Aku x prnh tahu dan mugkin kita x prnh tahu perihal projek kenyir 2 ni
Skrg kerja2 menebang balak d aliran Sg Tembat sdg giat dijalankan serentak dgn proses penakungan air
Penebangan balak awal dilakukan krn x mahu berlaku pembaziran balak sebagaimana yg tlh berlaku semasa projek tasik kenyir sediada skrg.
Berapa org yg dimaklumkan perihal ini? Hatta org politik pun mungkin x semua yang tahu
Bila sampai musim tengkujuh hujan yg lebat byk berlaku sekitar hulu …aliran air yg byk melimpah akan merosakkan empangan yg sdg dibina…salah satu cara adalah membiarkan air tersebut memenuhi aliran sebelah hulu sungai… (hulu Sg. Tembat berakhir di gunung-lihat google map) mustahil air tersebut d lps ke Tasik Kenyir krn ianya akan merosakkan empangan yg sdg dibina di hilir..dan jika dialir juga air tersebut,  maka  ada 2 keadaan yg mungkin berlaku..
1)empangan kenyir akn menerima takungan air yg terlampau byk
Jika ini berlaku maka seluruh Terengganu akn menerima nasib sebagaimana Kelantan terima skrg
2) tembok pintu empangan yg sdg dibina akan musnah dgn kekuatan air ini akan menyebabkan kerugian jutaan ringgit.
Kalau d search dgn map google..kita akan lihat Sg Tembat sebenarnya bersebelahan dgn Kuala Krai, Dabong, Gua Musang, Manik Urai..
Limpahan air kenyir 2 inilah yg mnyebabkn Kelantan menerima nasib yg buruk…kwsn sekitarnya bertukar menjadi tasik segera..
Mmg TNB maklumkan bhw TNB Tasik Kenyir x lps air..info itu adalah utk tasik kenyir sediada…manakala kenyir 2 x termasuk dlm fasa kenyir sediada…kenyir 2 blm diisytihar jd ianya dianggap limpahan air sungai biasa
Krn itu kalau kita lihat kenyataan TNB..paras air tasik kenyir jauh lg dr paras bahaya….persoalannya Knp begitu?…x lain x bukan adalah krn air hulu yg sepatutnya trn ke tasik kenyir..disekat oleh empangan kenyir 2..dan air kenyir 2 inilah yg menenggelamkan kelantan
Krn apa skrg baru berlaku?..krn mulai tahun ini baru berlaku sekatan air bermakna air mula ditakung dari empangan tersebut sdgkn pintu limpahan blm siap sepenuhnya…ada rakan2 yg memberi telahan bahawa banjir ini hanyalah curahan air hujan biasa cuma sungai kelantan x dpt menampung takungan air yg byk krn  Kelantan x mempunyai jaluran sungai yg byk sebagaimana Terengganu…tetapi akal aku menafikan krn 2 s aspek
1) Knp tahun ini baru berlaku demikian
2) banjir ini dimulai d bahagian gua musang dan sekitarnya dan air inilah yg turun ke Kota Bharu.
Jika benar sungai kelantan x dpt menampung air ke laut maka bandar Kota Bharu awal2 lagi ditenggelami air.
Ada juga yg mengatakan ianya air dr empangan Pergau…tetapi akal juga menolak krn sebelum ini x berlaku limpahan air yg sebegini hebat..ini mega wave…bkn sebarangan banjir…Air ini bagai dicurah dr sebuah takungan yg amat besar.
( ini telahan dr pemikiran yg x bersumber kpd mana2 rujukan….)
setelah merujuk google.. search.. ini hasil nye

waterlevel-25Jul14Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.

Keadaan kering tidak hujan untuk sekian ketika dengan cuaca yang panas kini menyebabkan bekalan air untuk Lembah Klang sekali lagi mencapai paras getir. Jika mengikut paras sekarang, berbanding dengan catuan yang dibuat beberapa bulan lalu, sepatutnya sudah bermula catuan terbaru.

Paras air di empangan Sungai Selangor pada hari Khamis lalu turun pada paras 36.18 peratus, lebih rendah dari paras apabila catuan bulan Mac lalu mula digerakkan iaitu 36.53 peratus.

Alhamdulillah, kerana musim perayaan Hari Raya yang menyaksikan ramai penduduk kota meninggalkan Lembah Klang, catuan tidak dilaksanakan lagi kerana penggunaan dijangkakan berkurangan.

Akhbar The Star melaporkan pada hari Jumaat lalu:

Yesterday, the water level at the dam – the source of 60% of the water supply in Kuala Lumpur, Putrajaya and Selangor – fell to 36.18%.

Namun, ada kemungkinan pelan catuan terpaksa diaktifkan semula jika keadaan ini tidak bertambah baik dan warga kota mula kembali selepas berhari Raya di kampong masing-masing.

Petang tadi, exco Selangor, Ahmad Yunus telah mengeluarkan kenyataan media bahawa ada pihak yang cuba mengeruhkan lagi suasana dengan kerja-kerja sabotaj terhadap bekalan air ini. Memetik kenyataannya:

Sekitar jam 3 pagi semalam, pasukan yang bertugas mengendalikan pam-pam di kawasan HORAS Bestari Jaya telah diugut oleh sekumpulan samseng bersenjata. Atas faktor kebimbangan terhadap keselamatan nyawa, pasukan berkenaan telah meninggalkan kawasan tersebut.

Cubaan sabotaj ini telah mengakibatkan operasi pengepaman air dari HORAS ke sungai terganggu selama 5 jam dan mengakibatkan pengeluaran air sebanyak 70 juta liter padu tergendala.

Ketika ini pasukan daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) sedang bekerja keras melakukan operasi pengepaman agar bekalan air mentah tidak terjejas.

Sebagai pengguna air dan penduduk di Lembah Klang, kita semua sudah agak serik dengan masalah ketiadaan air untuk tembpoh beberapa bulan tersebut.  Kita doa agar ianya tidak berulang.

Elite squad of technicians face fire, radiation and exhaustion in cramped and potentially lethal conditions to cool reactors.

Fukushima is supposedly one of the safest stations in one of the most safety-conscious countries in the world

The men and women struggling to avert disaster at the Fukushima Daiichi power plant are becoming the faceless heroes of the worst nuclear industry crisis in Japan’s history.

The 70 or so technicians and engineers, known as the Fukushima 50, have been working under the constant threat of radiation sickness, fires and explosions since they became the sole occupants of an area that has become a no-go zone for tens of thousands of petrified residents.

With more than 700 of their colleagues pulled out to safety, the workers are fighting a lonely battle on several fronts in the war against nuclear meltdown. Their workload is heavy, but the weight of expectation, in Japan and around the world, is greater still.

For all their bravery, little is known about the workers themselves. Tokyo Electric Power [Tepco] has released few details of its elite team, other than those pertaining to the task ahead: to cool overheating reactors and storage pools, and avert disaster.

They are working in hot, cramped conditions, clad in white, full-body jumpsuits and working in shifts to prevent contamination and exhaustion. They are equipped with respirators and torches, and when radiation doses rise tohazardous levels, as they did on Wednesday morning, they must be ready to take refuge in safer areas of the complex. The operation has already taken its toll. Eleven people, including members of the Japan Self-Defence Forces, were injured in a hydrogen explosion at its No 3 reactor.

Other nuclear power employees, as well as the wider population, can only look on in admiration. “The people working at these plants are fighting without running away,” Michiko Otsuki, an employee at the nearby Fukushima Daini plant, wrote on the Japanese social networking site Mixi. “Please don’t forget that there are people who are working to protect everyone’s lives in exchange for their own.”

The prime minister, Naoto Kan, who has reportedly criticised Tepco executives for their handling of the crisis, has only praise for their employees. They are “doing their utmost”, Kan said, “even at this moment, without even thinking twice about the dangers”.

For as long as the workers remain inside the plant they will mitigate the substantial risks to their health by “dose sharing” – or splitting their time between areas of high and low levels of radioactivity – according to Dr Ian Haslam, head of radiation protection at the University of Leeds. But abandoning the operation could spell disaster, he said. “They need to be at the plant to take the measures to keep it under control.

“If you let it go, it will get hotter and hotter, there’s a risk of fire, and you’re changing from this present rate of release, which is worrying but at a relatively low risk, to something that becomes a higher risk both now and in the future.”

Most can only speculate about the conditions under which they are working.

Andriy Chudinov, one of the first workers to enter the Chernobyl power plant in 1986, said his Japanese counterparts were, if anything, even more courageous. “These are good guys,” he said. “After all, they have had it even worse than we did. They had a tsunami first and now there are several reactors with problems. That’s a nightmare for any atomic worker.”

David Brenner, the director of radiological research at Columbia Service, pointed to the significant risks the workers are taking with their health.

“In many ways they are already heroes,” he told the BBC World Service. “[They] are going to be suffering very high radiation exposures.”

BOILING-WATER REACTOR SYSTEM: The system's inverted lightbulb primary containment vents below through pipes to a pressure-suppression torus. Once that torus breaches due to overpressure, the secondary containment is all that separates the released radioactive steam from the outside environment. Image: http://www.nucleartourist.com/

Meanwhile, 500 bone marrow transplant centres across 27 European countries have been put on alert to treat nuclear power station workers whose lives may be threatened in the battle to avoid a meltdown. The European Group for Blood and Marrow Transplantation offered to treat 200 to 300 patients if necessary.

“After a person has been radiated, you have three to four days before they’re on the cusp of severe complications,” said Ray Powles, chair of its nuclear accident committee. “At that point, they could be put on a flight to Europe if Japanese facilities are overwhelmed.”

source: http://www.guardian.co.uk

images are from various sources from the internet

from: http://aimanamani.wordpress.com/Quantcast

My homegrown beansprout

Like many others who live in the city, we only have a small garden. Actually, it never did cross my mind of how small our garden is, until we decided to plant our own organic vegetables three years ago. Is there any herb or vegetable that can be grown without taking too much space for the city folk?

Last week, Mom soaked a bowl of green beans overnight for her ‘bubur kacang’. Anyway she was so busy the next day that she forgot all about them after straining the beans into a colander. The next day she found that her bowlful of green beans had grown tiny roots. So, instead of cooking them, she gave me the beans for my “experiments’.

And I decided to grow beansprout. I found out that growing green beans into beansprouts is certainly very easy. All I did was running tap water over the colanders (with the beans) every 4-6 hours or so. Don’t try to move the beans/seedlings around with your hands (you may feel tempted to do so, but you may pull out their roots). Put a plate under the colander to collect the water dripping from the colander.

 

The green beans had grown tiny roots! :D

In a few days, the roots will be long enough to reach out of the colander into the plate of water below it. Even at this stage, I still ‘water’ the sprouts but I suppose you could leave it on its own. Another thing to remember is not to put too much beans in one colander. When that happens, the beans on the top couldn’t get enough water while the beans at the bottom may rot.

 

Roots growing out of the colander

Another good point in growing beansprouts is that you can plan when to start growing them so that the beansprout will be really fresh when needed. Soak the beans overnight about 5 days ahead and they should be ready to be harvested on time. And trust me, fresh home grown beansprouts are so tasty, crunchy and without that ‘commercial beansprout smell’ that even I who never like beansprouts before ate loads of them.

Fresh, homegrown, organic beansprout in mum’s delicious fried noodle.

So with the price of vegetables rising up and the concern of the high level of chemical contamination in our vegetables, it will be a very good idea to grow our own vegetables. And if space is a problem, try growing beansprouts; you can even grow them in your apartment balcony, kitchen or even in your dining room! It is really cheap and easy while the result is absolutely wonderful. Maybe I should start a business selling tasty, fresh, home-grown, organic  beansprouts … after all fresh, organic vegetables can fetch a good price in today’s market!

Apakah perlu kita berkejar pergi isi minyak penuh-penuh setiap kali pengumuman (atau khabar) bahawa harganya akan naik? [RON97 – Naik Lagi Untuk 4 Bulan Berturut]

Itulah yang kita lihat setiap kali ianya berlaku. Apabila tersebar khabaran kenaikan harga minyak maka kita akan lihat deretan kereta beratur untuk isi minyak di stesen-stesen minyak.

Apakah ianya suatu yang perlu dilakukan? Saya adalah salah seorang yang tidak akan “perecung” (sengaja) keluar rumah semata-mata untuk isi minyak kerana harga minyak akan naik dalam beberapa jam lagi.

Kenapa tidak?

Untuk pergi dan balik ke stesen minyak yang terdekat dengan rumah saya, jaraknya ialah hampir 3 km. Saya terpaksa melalui 3 persimpangan lampu isyarat sehala dan beberapa persimpangan yang perlu saya memberhenti dan/atau memperlahankan kenderaan.

Di stesen minyak mungkin sudah ada satu dua kenderaan yang menunggu di depan. Dengan engin yang masih hidup saya terpaksa menunggu giliran yang mungkin juga memakan masa 5 – 10 minit.

Tangki kenderaan saya boleh muat 75 liter. Jika ianya kosong, maka dengan perbezaan harga baru, saya akan jimat RM7.50. Jika sudah ada minyak maka tidaklah dapat penjimatan begitu.

Untuk ke stesen minyak, jaraknya 1.5km = 3km untuk pergi dan balik. Dengan terpaksa berhenti di beberapa lampu isyarat serta memperlahankan kenderaan untuk beberapa persimpangan dan menunggu giliran di stesen minyak mungkin akan membakar sekitar 2-4 liter minyak.

Kalau harga minyak RM2.40/liter, 2 liter = RM4.80 atau 4 liter = RM9.60. Penjimatan saya hanyalah RM7.50. Apakah ianya berbaloi?

Itu apabila tangki minyak saya yang besar, 75 liter. Bagi kebanyakan kenderaan kita, isipadu tangkinya adalah sekitar 40 – 55 liter sahaja (e.g. Saga 40 liter, Waja/Gen2/Persona 50 liter, Exora 55 liter). Maka penjimatan dengan harga lama ialah sekitar RM4.00 – RM5.50 sahaja. Kirakan pula dengan pembakaran minyak  yang perlu untuk pergi, beratur dan balik.

Jika rumah kita hanya sebelah stesen minyak, maka mungkin ianya berbaloi, jika kita dapat lihat stesen itu tidak sibuk dan tidak perlu beratur.

ATAU, sememangnya kita hendak ke sesuatu tempat atau balik dari mana-mana, maka wajarlah untuk kita lencong untuk berhenti memanfaatkan harga yang masih rendah itu.

Kalau betul-betul kita seorang yang peka dengan penjimatan wang, maka banyak lagi caranya untuk kita bertindak dan waspada.

Bagi mereka yang merokok – tidak perlulah saya sebutkan di sini berapa banyak wang yang dihanguskan – tertakluk kepada berapa batang/kotak satu hari.

Selamat menjadi pengguna yang berhemah.

p.s – bayangkan banyak mana pembakaran yang membazir dan mencemarkan alam sekitar semata-mata kerana mahu dijimatkan seringgit dua …

[gambar-gambar diambil dari carian google images – tidak dapat dipastikan samada deretan kenderaan beratur kerana kenaikan harga minyak atau tidak]

Posting berkaitan: RON97 – Naik Lagi Untuk 4 Bulan Berturut


Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid