You are currently browsing the category archive for the ‘Federal Constitiution’ category.

Putrajaya – Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) tidak  mencadangkan  untuk mengharamkan evangelism sebagaimana yang telah dicadangkan oleh pihak-pihak tertentu. Ini kerana cadangan sekatan sedemikian akan mengundang kritikan antarabangsa dan imej Malaysia sebagai peneraju wasatiyyah akan terjejas teruk. Persepsi negatif antarabangsa ke atas Malaysia seperti inilah yang pihak radikal seumpama ini mahukan. Kita perlu bijak mengelak perangkap mereka.

[sumber: menara.my]

Ketua Pegawai Eksekutif IKSIM, Dato’ Prof Mahamad Naser bin Disa, ketika dihubungi pihak menara.my turut menambah “IKSIM yakin dan percaya, peruntukan Perlembagaan dan undang-undang sedia ada di Malaysia adalah cukup untuk memastikan semua pihak dilindungi daripada sebarang ancaman daripada mana-mana kumpulan ekstremis.”

“Jika di pihak Islam, kita berhadapan IS yang menyalahgunakan nama Islam dan jihad, di pihak Kristian dalam negara pula kita berhadapan dengan ancaman pelampau-pelampau CS (Christian State). Banyak media telah mendedahkan tentang hasutan kumpulan evangelis radikal yang sejak hampir 20 tahun menyemai semangat untuk menukar negara Islam Malaysia kepada Negara Kristian. Ini termasuk hasutan menjadikan Malaysia sebagai negara “Golden Gate” yang bernaung di bawah kuasa pemerintahan Jerusalem sepertimana yang sering diucapkan oleh pelampau evangelis dari dalam dan luar Negara.”

Beliau turut menambah, semua pihak harus melihat isu ini dari aspek ketidaksetiaan kumpulan radikal seperti ini kepada Raja-raja, Negara, Undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan. Semua tiang seri pengukuh keamanan negara ini, sedang cuba dihakis oleh pelampau evangelis dari hati sanubari penganut-penganut agama Kristian Malaysia.

Dato’ Prof Mahamad Naser menegaskan, majoriti penganut Kristian di Malaysia, bersikap moderat. Tetapi, lewat kebelakangan ini, apabila adanya pergerakan kumpulan radikal dengan bantuan dan pembiayaan yang masuk keluar ke dalam negara, suasana pengamalan agama di kalangan mereka-mereka yang moderat, kian terhakis dari hari ke hari.

“Tan Sri Joseph Kurup, Menteri yang bertanggungjawab berkenaan perpaduan kaum dan agama dalam negara, harus memimpin golongan-golongan Kristian Moderat untuk turut sama memulau dan tidak bersekongkol dengan kumpulan radikal evangelists ini sebagaimana juga orang-orang Islam memulau dan tidak mahu bersekongkol dengan pengganas IS. Mereka perlu mempromosi ketaatan dan  kesetiaan kepada Raja dan Negara serta memupuk semangat hormat kepada Perlembagaan terutamanya aspek kedaulatan Islam. Hanya dengan sikap begini Negara akan dapat terus menikmati kedamaian dan kesejahteraan.”

Putrajaya: Segala bentuk pengucapan atau perbuatan yang mengganggu kedaulatan negara perlu diambil tindakan segera. Ini tidak terbatas kepada gerakan evangelikal sahaja, bahkan setiap yang berbentuk sedemikian termasuk ekstremisme agama.

[sumber: Menara.my]

Menurut Dato’ Prof Mahamad Naser Bin Disa, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) lagi, jika gerakan sebegini dilihat sebagai sesuatu yang remeh dan tidak diendahkah, ia akan berkembang menjadi marak hingga tidak mampu dikawal dan mudah bagi mereka untuk memusnahkan kedaulatan negara. Justeru kanun keseksaan di dalam bab VI menjadikan sebarang bentuk niat, hasrat atau perancangan untuk menumbangkan kedaulatan negara sebagai satu kesalahan berat, maka ia tergolong dalam kesalahan keselamatan di bawah SOSMA.

“Perbuatan seperti menganjurkan program ‘Johor for Jesus‘, dan ‘Jerusalem Jubilee‘ kelihatan seperti perhimpunan keagamaan biasa sahaja tetapi terbukti dari penganjuran-penganjuran yang lepas, ucapan-ucapan penganjur dan pemimpin evangelis serta pekikan yang dilaungkan oleh para hadirin amat bersifat ekstrim dan jelas menyatakan hasrat dan tekad untuk meruntuhkan kedaulatan negara dan digantikan dengan kedaulatan Kingdom of God yang berasaskan agama Kristian,” tegas Dato’ Mahamad Naser.

“Penggunaan ayat-ayat seperti ‘Kingdom of God‘ dan ‘Allow me to chase away the enemy in this city‘ memberi gambaran seolah-olah bukan Kristian dan umat Islam khasnya adalah musuh kepada penduduk Kristian di negara ini, maka akan berlaku penyingkiran dalam pemerintahan negara dan pemerintahan sedia ada akan digantikan dengan satu bentuk pemerintahan berasaskan agama Kristian,” ujar beliau lagi.

Beliau juga berpendapat bahawa, pelindung dan pembela pelampau gerakan evangelis perlu merenung masa depan negara dan seluruh rakyat Malaysia. Kedaulatan dan keselamatan negara tidak boleh digadai hanya atas nama hak kebebasan beragama jika mereka memahami erti sebenar seruan-seruan melampau ekstremis evangelis tersebut.

“Kenyataan-kenyataan mereka perlu dinilai dari perspektif keselamatan dan kedaulatan negara yang jelas tergolong dalam bab VI kesalahan-kesalahan terhadap negara seperti yang tersenarai dalam beberapa seksyen kanun keseksaan. Kita tak perlukan undang-undang baru untuk menyekat pelampau evangelis ini, kita hanya perlu kuatkuasakan undang-undang sedia ada dengan menyiasat kenyataan-kenyataan yang mereka buat,” kata Dato’ Prof Mahamad Naser lagi.

Tegas Dato’ Prof Mahamed Naser, Malaysia adalah sebuah negara Islam dan ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, dan Ketua Negara adalah Yang Di-Pertuan Agung yang bersumpah untuk memelihara agama Islam. Maka sebarang usaha untuk mengubah pemerintahan negara ini kepada sesuatu yang terang dan nyata menyanggahi Islam terbukti menggugat kedaulatan negara.

Terdapat elemen-elemen campur tangan asing di dalam rencana evangelikal, campurtangan oleh pertubuhan-pertubuhan dari luar negara yang menyalurkan dana dan kepakaran untuk mengembangkan agama Kristian hingga ke tahap menumbangkan kedaulatan negara di tanah air yang tercinta ini, tegas beliau lagi.

Melihat kepada perkembangan terkini gerakan pelampau evangelikal ini negara berhadapan dengan ancaman keselamatan baru tanpa segan menyeru ke arah disaffection atau ketidak setiaan kepada Yang Di-Pertuan Agung atau Raja-raja. Justeru segala bentuk gerakan yang menggugat kedaulatan negara merupakan satu ancaman yang perlu diberikan perhatian serius oleh pihak berkuasa.

Jika IS menjadi ancaman kerana ingin menubuhkan negara Islam di Iraq dan Syria, pelampau gerakan evangelikal berhasrat untuk mendirikan negara Kristian di Malaysia dan perancangan gerakan ini telah pun bermula di sini sejak puluhan tahun yang lalu dengan mendapat dana yang besar dari dalam dan luar negara. Perlu diingat kanun keseksaan juga menjadikan perbuatan menyembunyikan gerakan yang mengancam kedaulatan negara sebegini juga sebagai satu kesalahan yang berat.

Semua pihak perlu peka kepada kegiatan sebegini dan mematuhi undang-undang dan kedaulatan negara.

Setelah Utusan Malaysia menyiarkan tulisan Sdr. Azril Mohd Amin berhubung cadangan untuk mengadakan undang-undang baru bagi menyekat gerakan evangelisme, seorang Timbalan Menteri Melayu menjawab. Saya pun tidak tahu kenapa Nur Jazlan pula yang membuat komen. Sama ada dia ini tidak ketahuan bab Perlembagaan dan undang-undang atau dia tidak faham ancaman evangelisme.

Nur Jazlan memberi hujah bahawa jika disekat, kumpulan evangelisme ini akan bergerak secara “bawah tanah”. Maka disyorkan supaya diadakan sesi dialog dan perbincangan.

“Legislating any form of anti-evangelism or evangelicalism officially would have counter-productive outcomes because the followers would go underground instead of stopping their activities”

Jika begitulah logik yang digunakan, kenapa kita haramkan gerakan militan Daesh, Tamil Tigers, komunis dan seumpamanya? Kenapa tidak kita adakan dialog dan perbincangan sahaja?

Mustahil orang yang ada kelulusan undang-undang tidak maklum tentang Perlembagaan Persekutuan. Mustahil seorang Timbalan Menteri KDN tidak tahu adanya peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan sekatan sedemikian.

Perkara 11 Fasal 4 Perlembangaan Persekutuan jelas:

(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

MEMANG SUDAH ADA.

Takkan sebagai orang Melayu Islam dari Johor tidak tahu adanya Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama – Agama Bukan Islam 1991.

Sekatan-sekatan itu sudah ada, sebab itu saya berkata, dia ini tidak ketahuan. Sebab undang-undang untuk mengawal dan menyekat pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam sudah pun ada. JELAS.

Cuma persoalan kedua ialah apakah Nur Jazlan tidak tahu tentang ancaman gerakan evangelisme Kristian di Johor? Takkan sebagai Timbalan Menteri KDN dia tidak maklum bahawa di Johor sahaja sudah ada lebih 10,000 orang Melayu yang murtad masuk Kristian. Ini adalah pengakuan seorang paderi Kristian pada sekitar tahun 2009. Video pengakuan paderi tersebut masih tersebar di Youtube hingga ke hari ini.

Maklumat ini ada dalam rekod Polis. Dia sepatutnya bertanya dengan pegawai-pegawai di bawah Kementeriannya dahulu untuk tahu ancaman evangelisme sebelum membuat komen sembrono.

Pelampau evangelis Kristian telahpun menzahirkan niat mereka untuk merampas Johor. “Johor for Jesus”. Pelamapu evangelis Kristian telahpun berikrar untuk sanggup mati bagi mendapat bumi Johor. Dan mereka sudah juga berikrar untuk halau semua orang-orang Melayu Islam dari bumi Johor itu.

Kalau Nur Jazlan jawab bahawa tidak perlunya undang-undang “anti-evangelisme” yang baru kerana sudah ada peruntukan-peruntukannya – itu lebih memperlihatkan kebijaksanaan dalam jawapan seorang Timbalan Menteri KDN.

Yang menjadi masalah hari ini bukannya perlu ada undang-undang baru – tetapi isu kelemahan penguatkuasaan dan pendakwaan.

Beberapa tahun lalu, saya kerap bercakap tentang kesetiaan evangelis Kristian tidak berdasarkan Rukun Negara. Saya menyatakan mereka lebih setia dan taat kepada negara haram Israel.

Walaupun Malaysia tidak mengiktiraf Israel, sesetengah pelampau evangelis Kristian sering mengibarkan bendera Israel di dalam majlis di gereja mereka. Ramai yang tidak percaya.

Saya pernah dedahkan sebuah gereja di Lembah Klang yang melakukannya. Bendera Israel Dikibar Di DALAM GEREJA Di Tanah Air Kita !!!

Sebab itu mereka meraikan dan membesarkan kejayaan rejim Israel merampas kota Jerusalem dalam peperangan tahun 1967. Jerusalem Jubilee (1967) Lawan Memperingati Nakbah (1948)

Saya turut menyatakan bahawa ramai paderi pelampau evangelis Kristian bercakap Tanah Air kita mesti menerima Israel dan mengadakan hubungan negara haram Israel. Paderi Annadorai: Orang-orang Cina Akan Hubungkan Malaysia Dengan Israel

Mereka sentiasa menzahirkan niat mereka untuk merampas Tanah Air ini supaya satu hari nanti tunduk di bawah Kerajaan Israel – Kingdom of Glory. Mereka rampas Subang. Evangelicals taking Subang for Jesus  Mereka mahu rampas Johor Darul Takzim. Johor Untuk Jesus – Johor Dijadikan Negeri Kristian?

Lihatlah sendiri video ringkas bendera Israel dikibarkan dalam sebuah gereja di Petaling Jaya, yang memiliki Brazil Football Centre membawa masuk paderi sebagai jurulatih di situ – Saya Bercakap Dengan Buktinya Apabila Mengatakan Paderi Kristian Menyamar Sebagai Jurulatih Bolasepak

TEKAN untuk tonton video

Ramai dari pelampau evangelis Kristian yang dijemput ke Tanah Air sebenarnya membakar semangat dan mengapi-api evangelis Kristian di Malaysia untuk bangkit bagi mengadakan hubungan dengan Israel.

Sikap “GANAS” pelampau evangelis “import” ini boleh menimbulkan suasana huru hara dan mengancam ketenteraman di kalangan rakyat Malaysia. Ramai dari evangelis import ini menghasut supaya kedaulatan Tanah Air kita ini tunduk kepada Kingdom of Glory di bawah King of Glory mereka. Kedaulatan YDP Agong, yang telah berikrar untuk memelihara Agama Islam pada setiap masa di Tanah Air ini, telah dicabar dan duduk di naungan Kerajaan Kristian berpusat di Israel berhubung melalui “Golden Gate”.

Nama-nama evangelis import yang dibawa masuk ke Malaysia menyeru untuk agar pengikut Kristian di Malaysia melakukan serangan “spiritual” ke atas Tanah Air ini telah sering disebut.

Antaranya; James Goll, yang pernah menyebut bahawa:

“…the Islamic veil is going to be torn in two in the Name of the Lord Jesus Christ … Even though the Lord could choose a nation that could appear to be less volatile like Singapore, the Lord is going to put His finger down for a militant reason in Malaysia.   There is a fertile field called desperation that is in Malaysia …

     “And so I just call forth that the hand of the Lord will come down upon Malaysia … Laws are going to change in this land.   The Lord has … a great surprise for Malaysia …”

Mereka ingin robek-robekkan Islam atas nama Jesus Christ. Tuhan mereka akan menekan ke atas Tanah Air dengan tujuan ketenteraan. Undang-undang di Tanah Air kita akan diubah.

[Baca: Dua Menara Berkembar Malaysia Mahu DiRUNTUHkan Oleh Pelampau Evangelis Kristian]

George Annadorai menghasut evangelis Cina supaya bangkit. Paderi dari Singapuran yang mempunyai hubungan rapat dengan negara Israel mengatakan bahawa orang-orang Cina di Malaysia ini ditindas. Mereka ditindas  kerana mereka ini mempunyai misi yang Tuhan telah berikan iaitu untuk menghubungkan Tanah Air kita dengan Israel. Ianya menjadi tanggungjawab evangelis Cina Malaysia untuk membina hubungan “Isiah Highway” terus langsung ke Israel melalui “Pintu Gerbang Emas” (Golden Gate).

[Baca: Paderi Annadorai: Orang-orang Cina Akan Hubungkan Malaysia Dengan Israel]

Paderi Afeef Halasah, pengasas dan Ketua Pengarah untuk Arabs for the Arabs (AFTA), mengatakan bahawa ” … kehendak Tuhan secara umum buat kita semua di Malaysia adalah untuk menakluki negara ini dengan Kerajaan Tuhan. Kita adalah dipanggil untuk membawa prinsip-prinsip dan budaya-budaya Tuhan ke dalam Malaysia.”

[Baca: Satu Kampung Satu Gereja 1Malaysia – Pastor Afeef Halasah]

Hasutan kepada evangelis Kristian di Malaysia supaya menakluki Tanah Air untuk dijadikan negara Kristian boleh membawa kepada derhaka. Menghasut untuk menggantikan Perlembagaan negara ini dengan undang-undang Bible dan mencabar kedaulatan YDP Agong adalah suatu tindakan mengajak evangelis Kristian di Malaysia ini untuk lakukan derhaka (treason).

Rabbi Shapira memupuk untuk negara ini dipulih supaya kembali di bawah Kerajaan Kristian, bersama dan dicantum dengan Israel. Hasutan ini juga mengajak warnganegara Malaysia derhaka terhadap YDP Agong. Hadirin diajak untuk mendoakan untuk Israel dan mengibar-gibarkan bendera Israel.

Bagaimana seorang rakyat Israel boleh melepasi masuk negara kita? Malah bagi mereka ini suatu keajaiban yang dibanggakan kerana dapat melepasi kawalan masuk:

One of the most-miraculous points about the entire conference is that Tzahi was not only a Messianic Jew in a country that despises Jews, but he is also an Israeli citizen who, by the hand of God, was able to minister in a country that does not allow Israelis to even enter.

[Baca: Rabbi “GANAS” Dibawa Masuk Malaysia Oleh Evangelis Kristian]

Mereka ini semua dijemput oleh gerakan evangelis Kristian tempatan. Apakah agenda mereka? Umat Islam mesti peka dan ambil tahu perancangan jahat mereka untuk menakluki Tanah Air kita supaya tunduk di bawah Kerajaan Kristian (Kingdom of Glory) berpusat di Israel. Semua ini boleh disiasat di bawah pelbagai undang-undang yang sudah sedia ada, termasuk SOSMA. Ini juga merupakan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 121B:

Offences against the authority of the Yang di-Pertuan Agong, Ruler or Yang di-Pertua Negeri
121B.  Whoever compasses, imagines, invents or intends the deposition or deprivation of the Yang di-Pertuan Agong from the sovereignty of Malaysia or the deprivation or deposition of the Ruler, his heirs or successors, or of the Yang di-Pertua Negeri from the rule of a State, or the overawing by means of criminal force or the show of criminal force the Government of Malaysia or of any State, shall be punished with imprisonment for life and shall also be liable to fine.

Membaca beberapa akhbar arus perdana dan liputan pelbagai portal berita berkaitan upacara pertabalan SPB YDP Agong Sultan Muhammad V, jelas menampakkan bahawa di kalangan wartawan dan ketua-ketua editor media, ramai yang masih tidak faham asas kedaulatan Negara serta Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.

Kebanyakan media yang menyiarkan gambar YDPA mencium Al-Quran meletakkan ulasan (caption) “SULTAN Muhammad V mencium al-Quran iaitu lambang kemuliaan Islam sebagai agama rasmi negara pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV di Istana Negara, semalam”

Ini adalah kesalahan besar dalam pemahaman tentang asas Negara dan kedudukan Islam di Tanah Air ini.

Sering kali media melaporkan bahawa “Islam Agama Rasmi” Malaysia. Malah ramai juga di kalngan pembesar Negara yang masih seing menggunakan slogan yang salah itu. Jika ada pun sesetengah Menteri yang sudah faham dengan menyebut Islam sebagai Agama Persekutuan atau Islam Agama Negara, tetapi apabila ianya dilaporkan oleh akhbar entah sama ada waratwan yang tidak petik dengan betul atau ketua-ketua editor yang tidak faham dengan asas Persekutuan Malaysia ini.

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama Persekutuan seperti mana ditegaskan di dalam Perkara 4. Ini juga bermakna rangkap kata yang kita kerap dengar bahawa Islam itu adalah agama rasmi itu salah dan tidak berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Kegagalan memahami perkara asas ini di kalangan petugas media dan ketua-ketua editor media membuat naratif yang salah ini diteruskan dan diulang-ulang. Mungkin perlu ada usaha untuk sekolahkan mereka ini agar penyampaian maklumat yang benar dapat disampaikan kepada masyarakat agar lebih fahami asas Negara yang bertunjangkan Agama Islam sejak dari kedaulatan pemerintahan Raja-Raja Melayu yang sudah beratus tahun.

 

Ketika menunggu ketibaan pesawat pagi tadi seorang sahabat mengirim satu klip video ringkas, 4:05 minit panjangnya. Klip tersebut tidak mempunyai tajuk, tidak tahu pula bila dan di mana ianya dirakam dan tidak pula menyebut nama penceramah dalam video tersebut. Namun, saya percaya dia seorang Ustaz berdasarkan ulasannya ialah tentang hukum agama.

Cuma klip video tersebut di akhiri dengan kata-kata ustaz tersebut bahawa “Faham tidak? Kalau tidak faham – bodoh!”

Maka untuk memudahkan ulasan saya ini terhadap video tersebut saya panggillah ustaz itu dengan nama Ustaz “bodoh”.

[… sebab sekarang ini nama-nama ustaz banyak yang glamer. Ustaz Bollywood, Ustaz Budak, Ustaz Manis, Ustaz PU – dan macam-macam PU, dan sebagainya]

Permulaan klip tersebut menunjukkan Ustaz “bodoh” menjawab soalan “… jika Pakatan Rakyat menang, Perdana Menterinya akan ditukar dan agama rasminya akan ditukar menjadi Kristian”

Jawab Ustaz “bodoh”,

Yang akan berlaku kita tidak boleh hendak kata betul atau tidak betul. Melainkan keluar dari perancangan daripada mulut. Maka setakat ini tidak ada lagi daripada mulut yang mengatakan hendak tukar menjadi negara Kristian melainkan ini adalah khabar angin yang sengaja ditiup untuk mengikis perasaan kerjasama dan seumpamanynya di dalam jiwa rakyat Malaysia yang inginkan perubahan.

Ini dari mulut mereka: Johor Untuk Jesus – Johor Dijadikan Negeri Kristian?

Mungkin Ustaz “bodoh” belum lagi baca atau dengar sendiri pendedahan-pendedahan tentang kebobrokan pemerintahan negeri-negeri yang ditadbir oleh DAP.

Atau mungkin Ustaz “bodoh” ini sengaja tidak dibuka hatinya untuk berlaku adil mendengar pelbagai kenyataan yang telah dibuat oleh pelbagai aktivis DAP yang kini sudah keluar dan mendedahkan pelbagai kecurangan dan niat jahat DAP.

Kalau kita dengar janji-janji manis penagih dadah, memang mereka cakap hebat. Petah dan manis kata-kata mereka. Berkelip sahaja mata kita, kita tidak sedar apa yang mereka telah curi.

Itulah sebabnya pandangan Ustaz “bodoh” teralih dari melihat keadilan sebenar:

Melainkan yang sudah berlaku iaitu penindasan kezaliman yang seumpamanya … hok ini sudah pasti, ini memang geranti, sudah dilihat dengan mata, sudah dirasa keperitannya oleh semua orang, maka hok ini yang wajib kita buang dahulu.   

Apa ertinya Lukman berpesan kepada anaknya yang dicatat di dalam Al Quran tentang kezaliman? Bukankah kezaliman yang utama itu ialah syirik kepada Allah S.W.T.? Janganlah kita salah letak definisi zalim yang azim itu. Baca: Apa Ertinya Zalim Yang Azim?

­­

Pergilah cari bekas aktivis DAP yang sudah bertaubat. Antaranya ialah Sdra. Razali Abdul Rahman. Lima belas tahun beliau di dalam DAP. Tahu dan faham sangat selok-belok perancangan jahat DAP. Malah, Sdra. Razali sudah di beratus tempat beliau dedahkan. Sehingga hari ini, TIDAK ADA SEORANG pun orang-orang DAP berani saman beliau.

Sdra. Razali sendiri dedahkan sumpah ikrar pimpinan DAP bersama paderi-paderi dari seluruh pelusuk dunia. Majlis ikrar dan sumpah mereka itu dirakamkan sendiri oleh Sdra. Razali

[baca: Penyamaran dan Penipuan Identiti Modus Operandi Utama DAP]

Alhamdulillah, al-marhum TG Haron Din sempat dengar penerangan yang dibuat oleh Sdra. Razali sendiri. Dan ramai pemimpin PAS yang lain sudah mendengar penjelasan ini. Sebab itu mereka kini sudah terbuka dan mulai sedar perancangan jahat DAP.

Syukur, hari ini kebanyakan aktivis PAS mulai sedar. Dan kita dapat lihat aktivis-aktivis Parti Kuali Leper pula yang menghembur pemimpin PAS kerana telah sedar dari ditipu DAP. Malah, sengitnya kata-kata nista orang-orang Parti Kuali Leper kepada PAS lebih teruk daripada apa yang dulu PAS kata kepada UMNO. Astaghfirullah.

[kalau anda masih tertanya-tanya apa itu Parti Kuali Leper – BACA]

Ustaz “bodoh” menyebut lagi:

Yang ada ini rasuah dan zalim. Sudah buat berlaku dan sahih. Sudah 50 tahun rasuah dan zalim.

Yang akan diberi mandat ini belum lagi. Tapi takut-takut nanti tetapi takut nanti sama jugak. Kita kata boleh jadi… tapi belum terbukti. Yang sudah berlaku ini yang kita hendak buang.

Moga Ustaz “bodoh” tidak tertutup keadilannya. Kecuali apa yang dikatakan kepada orang yang tidak faham itu ‘bodoh’ terpalit kepada dia menjadi ‘bodoh’ juga.

Mungkin juga Ustaz “bodoh” ini bercakap dalam suasana sebelum perpecahan PAS. Sebab dalam video itu kelihatan salah seorang yang berada di atas pentas itu memakai baju yang mempunyai lambang parti PAS, DAP dan PKR.

Ustaz “bodoh” kemudian membuat satu kiasan. Kiasan yang langsung tidak masuk akal.

Di akhirnya, Ustaz “bodoh” memberi contoh kisah kononnya ada doktor gigi Bangla yang dapat IC. Sambil disambut dengan gelak ketawa. Boleh dia berikan satu contoh kebenarannya?

[gurau, gurau juga … tetapi ceramah agama bukan majlis untuk membuat tuduhan dusta … apatah lagi keluar dari mulut seorang Ustaz]

Kiasannya ialah kononnya doktor gigi tersebut ingin cabut gigi-gigi lain walaupun yang sakit hanya satu. Inilah dikatakan, jika beliau tidak tahu tentang perkembangan teknologi perubatan pergigian – janganlah komen.

  1. Doktor tidak akan sahaja-sahaja cabut gigi sebagai prevention/pencegahan.
  2. Sekarang ini cabut gigi (teeth extraction) itu antara pilihan terakhir. Lazimnya bagi gigi yang rosak, sebolehnya doktor gigi usaha sedayanya untuk selamatkan, antaranya melalui “endodontic therapy” atau  sering disebut sebagai “root canal treatment” dan kadang-kadang diikuti dengan “crowning

Kesianlah dengan Ustaz “bodoh” yang membuat kiasan yang tidak betul malah lari dari konteksnya (qiyas ma’al fariq)

Maka menyahut soalan penutup dalam video tersebut – “Faham tidak? Kalau tidak faham – bodoh!”

Mungkin itulah juga soalan saya kepada Ustaz “bodoh”

KUALA LUMPUR 10 April (Utusan) –Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyatakan bahawa kalimah Allah adalah eksklusif untuk agama dan umat Islam negara ini, oleh itu, penggunaannya dalam agama-agama lain akan menyebabkan kekeliruan serta menjejaskan ketenteraman awam.

Perkara tersebut terkandung dalam afidavit sokongan yang diikrarkan oleh seorang pegawai KDN berhubung permohonan hak untuk menggunakan kalimah Allah dalam semua penerbitan Gereja Sidang Injil Borneo (SIB).

Presiden SIB, Datuk Jerry W. A. Dusing @ Jerry W. Patel mempersoalkan apa yang terkandung dalam afidavit sokongan yang diikrarkan oleh Barkhiya Shahiruddin itu memerlukan penjelasan lisan melalui pemeriksaan balas di Mahkamah Tinggi di sini.

 

Dusing dalam afidavit sokongan yang diikrarkan oleh beliau pada 7 Disember 2016 berkata, demi kepentingan keadilan kes itu, percanggahan keterangan afidavit tersebut perlu diselesaikan untuk menyiasat faktor yang menyebabkan tindakan pihak defendan bagi menentukan sama ada tindakan ter­­sebut melanggar hak perlembagaan.

Peguam Lim Heng Seng yang mewakili SIB memberitahu selepas prosiding di kamar hakim di sini hari ini, Ha­­kim Da­tuk Hanipah Farikullah me­­netapkan 11 Mei ini bagi pengurusan kes permohonan pihaknya untuk memeriksa balas Barkhiya.
© Utusan Melayu (M) Bhd

***********

Baca juga kiriman berkaitan tuntutan untuk menyalahgunakan nama suci Allah oleh pelampau evangelis Kristian:

Sungguh memalukan. Seorang Ketua Menteri sudah dua penggal. Setiausaha Agung parti politik. Sudah berpuluh tahun menjadi Ahi Parlimen.

Tetapi masih TIDAK FAHAM. Memang D U N G U !

Kenyataan KM Dungu Guan Eng pagi ini berhubung cadangan pindaan Akta 355 yang dibaca oleh TG Haji Abdul Hadi di Parlimen minggu lalu, membuktikan sama ada dia BEBAL atau dia DUNGU. Ini kerana antaranya menyebut:

DAP had explained many times that we are opposing RUU 355 not because we are anti-Islam or that we want to interfere in Islamic affairs, but because RUU changes the character and identity of the Federal Constitution.

KM Dungu tersebut mengatakan pindaan ini merobah Perlembagaan Persekutuan. Dia tahukah bahawa ini adalah pindaan kepada Akta. Bukan pindaan kepada Perlembagaan. Tang mana pindaan ini akan ubah karakter dan identity Perlembagaan Persekutuan? Cakap kosong yang tidak substiantif bolehlah. BUKTI?

DAP’s stand against RUU 355 is based on the substance of the Federal Constitution. RUU 355 is clearly unconstitutional

Kalau pindaan kali ini “clearly unconstitutional” bagaimana ianya telah dipinda dahulu (tahun 1984) menjadi “constitutional”? Dulu ayahnya sendiri sudah ada dalam Dewan Rakyat. Dia tidak bising pun. Dungu lagi hujahnya.

… technically and procedurally, it is also wrong to change the constitutional framework of our Federal Constitution by an ordinary bill which requires only a simple majority of MPs present during voting, instead of a constitutional amendment which requires a 2/3 majority of MPs, which means a minimum of 148 MPs.

KM Dungu Guan Eng mengaji di mana? Wow, hebat bunyinya “technically and procedurally … wrong” Pindaan kepada Akta hanya perlu majoriti biasa (mudah). Simple majority, wahai KM Dungu Guan Eng. Cadangan pindaan ini tidak pinda Perlembagaan Persekutuan. Pergilah mengaji dulu. Memalukan seorang KM yang D U N G U.

If RUU 355 can be passed by an ordinary legislation and not by a constitutional amendment, what is to stop hudud laws from being implemented in the same manner in future?

Kalau KM Dungu Guan Eng rasa takut bahawa satu hari nanti “hudud laws” dilaksanakan di Tanah Air ku ini, bayangkan apa perasan orang-orang Islam yang hilang hukuman Islam apabila penjajah Inggeris datang memaksa First Charter of Justice ke atas Tanah Melayu pada 1807?

Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya

*********

Baca juga:

PERLU saya tegaskan, negara kita mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Namun, kedua-dua frasa ini tidak disebut secara harfiah dalam Perlembagaan Persekutuan. Kedua-duanya difahami menerusi ciri-cirinya sahaja. Raja Berperlembagaan sebagai sebahagian sistem pentadbiran apabila Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf kedudukan dan peranan institusi Raja atau Monarki dalam Perlembagaan (Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan) serta diberi kuasa tertentu oleh Perlembagaan.

Demokrasi Berparlimen pula diterima kerana ciri-ciri demokrasi, seperti pilihan raya dan wujudnya institusi Parlimen sebagai simbol kepada demokrasi. Dengan ada ciri-ciri Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen itu, Perlembagaan Persekutuan menjadikan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen berjalan serentak, menjadi semak dan imbang antara satu sama lain.

Setakat ini, kurang perhatian diberi atau masih kurang analisis dibuat mengenai ciri-ciri terperinci bagi maksud sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang kita amal sejak 60 tahun lalu. Kita masih ketandusan wacana ilmiah bagi merungkai ciri-ciri sistem itu menurut kefahaman setempat.

Sekiranya ada, wacana berkaitan belum diseragamkan dalam disiplin berkaitan kenegaraan, seperti sosiologi, budaya dan politik, sejarah dan juga perundangan. Kesannya kini, ramai menjadikan model Westminster atau amalan di England sebagai kiblat pengertian Raja Berperlembagaan.

Ini tidak tepat. Kita hendaklah beri perhatian bahawa Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara dan setiap Raja yang bersemayam juga diamanahkan beberapa kedudukan dan peranan membolehkan baginda bertindak menurut budi bicara dinyatakan Perlembagaan, sedangkan kuasa Ratu England tidak berpunca daripada undang-undang tertinggi, tetapi disokong amalan Perlembagaan sahaja.

England tiada undang-undang bertulis

Sayugia diingat, England tiada undang-undang bertulis dan undang-undang tertinggi di sana ialah Akta Parlimen. Perbezaan kedudukan dan sifat Perlembagaan dalam kedua-dua negara memberi kesan besar kepada kedudukan dan peranan Raja walaupun Tanah Melayu pernah berada di bawah pemerintahan British.

Raja di Malaysia, menerusi Majlis Raja-Raja, mempunyai peranan besar bagi pelantikan jawatan penting Badan Kehakiman, terutama pelantikan dan pemecatan hakim di Mahkamah Persekutuan. Walaupun Raja miliki peranan melantik atau memecat ahli badan kehakiman dan juga badan pelaksana, mereka hendaklah menjalankan tugas secara bebas daripada pengaruh.

Begitu juga peranan Raja berkaitan badan pelaksana. Raja Berperlembagaan mengikut Perlembagaan Persekutuan juga mempunyai peranan dalam pindaan Perlembagaan. Perkara 159(5) adalah contoh terbaik, yang mana beberapa perkara penting dalam Perlembagaan Persekutuan hanya boleh dilakukan dengan perkenan Majlis Raja-Raja.

Dalam soal demokrasi pula ramai yang menganggap demokrasi sama sahaja di mana-mana negara. Walhal, pandangan ini tidak tepat. Demokrasi sebenarnya berubah wajah mengikut tempat dan kesesuaian, walaupun ciri-ciri asas seperti pilihan raya bebas dan adil serta wujudnya institusi Parlimen adalah ciri wajib dalam semua demokrasi yang diamalkan.

Demokrasi mungkin ada amalan dan kesan berbeza dalam sistem yang mempunyai Perlembagaan bertulis dan tidak bertulis. Perlembagaan tidak bertulis meletakkan Akta Parlimen sebagai undang-undang tertinggi menzahirkan sistem ‘Democratic Parliamentary Monarchy’. Oleh itu, ‘Constitutional Monarchy’ atau Raja Berperlembagaan hendaklah dibezakan dengan frasa ‘Democratic Parliamentary Monarchy’ atau Raja dalam Demokrasi Berparlimen.

Dalam sistem Raja dalam Demokrasi Berparlimen, Raja memerintah tetapi tidak mentadbir; Raja cuma mendengar dan ‘mentaati’ keputusan demokrasi. Semua tugasan diangkat dan dilaksanakan kerajaan yang dipilih menerusi Parlimen dan proses demokrasi atau pilihan raya.

Diringkaskan kata, monarki dalam ‘Democratic Parliamentary Monarchy’ adalah semata-mata simbol, yang mana monarki tidak mempunyai sepatah kata, tetapi hanya berfungsi sebagai penaung sistem demokrasi dan berfungsi sebagai institusi mengesahkan sahaja, tanpa kuasa.

Walaupun ciri seperti itu juga ada dalam sistem Raja Berperlembagaan, monarki juga dibekalkan dengan kuasa, peranan atau fungsi seperti dinyatakan dalam Perlembagaan. Kesilapan dalam memahami dua istilah ini akan mewujudkan salah faham amat ketara dalam teori dan falsafah sistem Raja Berperlembagaan. Ia boleh babit salah faham maksud dua sistem ini seterusnya boleh menyebabkan kesilapan besar dalam ketentuan dan manifestasi kuasa Raja seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri serta amalan demokrasi kita.

Raja masih ada peranan

Dapat dirumuskan bahawa, dalam sistem Raja Berperlembagaan, institusi Raja di Malaysia masih ada peranan penting dalam beberapa urusan atau pentadbiran negara seperti dimaktubkan Perlembagaan.

Raja juga mempunyai beberapa peranan di luar demokrasi dalam tugasannya melaksanakan peruntukan Perlembagaan. Seperti disebut dalam sumpah jawatan, Raja hendaklah memerintah negara menurut peruntukan Perlembagaan, berpaksikan kedaulatan undang-undang, menegakkan keadilan serta menjaga agama Islam.

Oleh itu, dalam menjaga keluhuran Perlembagaan, disebut dalam Perkara 130, Yang di-Pertuan Agong boleh rujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk pendapat apa-apa soal kesan peruntukan Perlembagaan Persekutuan berbangkit atau yang tampak padanya mungkin berbangkit dan Mahkamah Persekutuan hendaklah umum pendapatnya mengenai apa-apa soal yang dirujuk di mahkamah terbuka.

Ini menjadikan pandangan mahkamah telus dan bebas, sekali gus membantu Raja mendapatkan pandangan, seterusnya menjadi Raja Berperlembagaan berwibawa.

Oleh Dr Shamrahayu A Aziz

dipetik dari BH Muka Sepuluh – http://www.bharian.com.my/node/270306

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

June 2021
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 359 other followers

Tauhid