You are currently browsing the category archive for the ‘Kalimah Allah’ category.

portal MKini-TMI bela evangelisSelepas wacana anjuran PEMBELA “Wacana Agenda Kristian Sedunia: Rujukan Khas Malaysia” pada Ogos 2013, Malaysiakini dan Malaysianinsider menuduh saya mereka-reka tentang kajian yang dibuat tentang “kehidupan dan identiti sosio-agama Kristian Melayu”. Malah kedua-dua media tersebut mengatakan laporan saya “did not name the priest, the church he belonged to nor the title of his thesis, but Malaysiakini did a search on a database for doctoral dissertations for Christian missions” – hanya kerana mereka tidak jumpa kajian doctoral yang saya sebut itu.

[untuk baca tentang kajian tersebut sila klik: Melayu Kristian? dan Ramai Kristian Melayu Rahsiakan Identiti Mereka]

Telah banyak kali kita buat pendedahan strategi licik lagi JAHAT yang sebegini yang direncanakan oleh para pelampau evangelis Kristian – sehingga kini tidak ada mana-mana mereka yang berani menyangkal FAKTA ini.

Setiap kali timbul isu-isu Kristianisasi yang galak membela evangelis Kristian adalah dua portal berita yang sentiasa dilihat mempunyai penglaporan berita yang memusuhi Islam sambil mendokong penyebaran pemikiran liberal yang sesat. Malaysiakinidotcom dan MalaysiaInsider (yang sudah pun bungkus!) sentiasa tidak senang dengan pendedahan agenda JAHAT evangelis Kristian. Apa agenda dan motif mereka melakukan sedemikian?

Selain dua portal di atas, Malaymailonline, Freemalaysiatoday dan Thestar juga tergolong dalam portal berita yang banyak memusuhi Islam dalam penglaporan mereka.

Contoh-contoh:

Kenapa mereka sangat benci dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang sangat jelas? Hingga persoalkan Kenapa Kita Tidak Boleh Bentengi Akidah Umat Islam?

Tidak dipanggil musuh jika mereka tidak berniat busuk. Kerana Putar belit adalah mainan media liberal.

Lihat apa yang ditulis oleh Helen Ang berhubung kerja jahat portal-portal yang banyak menyokong agenda Evangelis Kristian. UiTM seminar accused of whipping up anti-Christian sentiments – merujuk kepada penglaporan oleh media-media tersebut apabila cuba membangkitkan semangat kebencian terhadap usaha-usaha memelihara aqidah umat Islam berdasarkan peruntukan dalam Perkara 11 Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan.

Kadang-kadang terasa kesian kepada Asri MAZA yang terlalu celupar mulut (tangannya menulis) dalam perkara-perkara yang dia sendiri tidak selidiki terlebih dahulu. Apabila terpancul dari mulutnya, asyik yang tidak kena sahaja bila komen tentang orang lain.

Terbaru, fitnah dia terhadap intitusi yang ditubuhkan hasil dari keputusan mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu. Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) difitnah oleh MAZA dalam kiriman di FBnya dengan mengatakan IKSIM “menuduh jari menyalahkan pelbagai pihak dan … bersifat sectarian”.

Apakah asas tuduhan fitnah MAZA tersebut? Kenapa tiba-tiba, ketika di Tanah Suci Makkah, MAZA terasa ingin mengeluarkan fitnah sedemikian?. Apakah hanya dengan suatu kenyataan yang juga memfitnah IKSIM sebagai “menyebar fitnah dan kebencian” oleh SUA IKRAM membuat MAZA menyambungkan fitnah tersebut.

Dua kali salah tidak membetulkan keadaan. Dua kali fitnah tidak membuat fitnah tersebut jadi benar. Ini bukan matematik.

Kesian dengan seorang yang bergelar mufti kali kedua tetapi terlalu mudah menjadi penyambung fitnah. Kesian kerana sebagai seorang mufti MAZA tidak mengikut kaedah dalam memberi komen dan membuat kenyataan. Apakah itu kenyataan mufti atau seorang blogger?

MAZA pernah dahulu menyelar ISMA sambil membela orang Kristian dan mengatakan orang Kristian adalah orang yang lebih dekat dengan orang Islam. Mungkinkah MAZA mengkritik ISMA berdasarkan ayat Al Quran Surah Al Maaidah ayat 82? Jika benar maka dangkal dan menyeleweng sungguh seorang mufti memetik ayat Al Quran dengan tidak mengambil kira asbabul nuzul dan tafsiran muktabar apabila membandingkan dengan isu yang dibicara olehnya. Ayat tersebut jauh sekali dengan sifat pelampau evangelis Kristian di Tanah Air ini  yang ingin memurtadkan kita berbanding dengan orang Nasrani Habshah itu yang tersangat gembira dengan berita kedatangan Nabi akhir zaman dan akhirnya mereka yang memeluk Islam – bukan jahat bersungguh mahu memurtadkan orang Islam.

MAZA juga pernah memberi kiasan bahawa jika tidak dibenarkan orang Kristian mengguna kalimah Allah, bagaimana mereka mahu menyanyi lagu Negeri Selangor. Ini juga TERSANGAT jelas, MAZA tidak faham isu. Sebagai seorang mufti MAZA GAGAL. Bagaimana membuat kiasan tidak boleh menyanyi (atau sebut nama Allah) dengan menggunapakai nama Allah. Tidakkah MAZA baca terlebih dahulu larangan yang dibuat dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Negeri Selangor?

Saya pun pernah ulas dulu – Asri Ni Dia Tak Faham Atau Dia Rasa Terlalu Pandai?

MAZA langsung tidak faham KONTEKS.

PERSOALAN YANG BESAR – kenapa MAZA secara tiba-tiba padamkan posting tersebut dari FB? Orang seperti MAZA ini sanggup heret orang lain ke mahkamah … takkan kali ini dia pula yang TAKUT? Jika takut, jagalah mulut sebelum memuntahkan fitnah.

fitnah MAZA atas IKSIM

Baca juga: Laporan Polis Di Bawah Akta Hasutan Terhadap Dr. Asri

dan … Apa Hinanya Memakai Jubah?

Ucapan Aluan oleh Pengarah SPARK, Sdr. Yasin Baboo

Ucapan Aluan oleh Pengarah SPARK, Sdr. Yasin Baboo

Alhamdulillah selesai dan berjaya sama-sama kita laksanakan Seminar Pendedahan Ancaman Rencana Kristianisasi (SPARK) pagi tadi di UIA.

Saya amat kagum dengan kesungguhan beberapa orang peserta yang datang dari jauh untuk menunjukkan kepedulian dalam isu pemurtadan Ummah.

Ada dari kalangan hadirin yang datang dari Sabak Bernam dan Telok Gadong. Malah ada pula yang datang dari Johor dengan rombongan dua buah kereta.

Ada satu keluarga datang dari Ipoh dengan ketua keluarga itu yang sudah berumur 78 tahun sanggup datang dengan segala keuzuran bertongkat mengagahkan diri. Alhamdulillah beliau sempat memberi beberapa cadangan dan nasihat dalam sesi soal jawab tadi.

Ada juga seorang sahabat yang datang dengan menaiki bas dan teksi malam tadi dari Pulau Pinang semata-mata untuk bersama dalam program ini. Mungkin ramai lagi yang tidak sempat saya bertanya khabar tadi – maafkan saya jika terlepas pandang.

Dan kepada semua hadirin yang lain, saya turut hormati ketekunan serta kesabaran menunggu sehingga selesai Majlis lewat jam 2:30 petang – dengan makanan disediakan yang tidak seberapa.

Tahniah kepada seluruh AJK dan semua yang terlibat menjayakan SPARK kali ini. Suatu komitmen yang tinggi serta kesepakatan kerja yang padu walaupun AJK dibentuk dalam masa yang singkat, kurang sebulan sahaja, untuk menjayakan program yang mendapat sambutan yang baik sebegini. Ada yang membantu tanpa disuruh.

Tidak kurang penting ialah komitmen para pembentang, Ustaz Abdullah Din yang datang jauh dari Kedah serta KPP E2 Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Dato Awaluddin bin Jadid.

Insha Allah kita ada SPARK 2.0 pula.

Apabila kes tuntutan penggunaan kalimah Allah dibawa oleh Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur hingga ke peringkat Mahkamah Rayuan (Civil Appeal No. W-01-1-2010), Hakim Mahkamah Rayuan (HMR/JCA) Mohamed Apandi Bin Ali mengetuai koram yang turut dianggotai oleh HMR Abdul Aziz Bin Abdul Rahim dan HMR Mohd Zawawi Bin Salleh.

Dalam penghakiman bertarikh 14 Oktober 2013 tersebut, Hakim Mohamed Apandi Bin Ali menolak rayuan yang dibawa oleh responden. Di antara keputusan penghakiman beliau menyebut:

For completeness, I note that from a quick research on the history of the language of the Bible, it is clear that the word “Allah” does not appear even once as the name of God or even of a man in the Hebrew Scriptures. The name “Allah” does not appear, even once in either the Old or New Testaments. There is no such word at all in the Greek New Testament. In the Bible world, God has always been known as Yahweh, or by the contraction Yah. That being the historical fact it can be concluded that the word or name “Allah” is not an integral part of the faith and practice of Christianity, in particular that of the Roman Catholic Church.

AG-ApandiAli-AllahNotIntegralChristianFaithBahawa perkataan “Allah” tidak pernah digunakan langsung kitab asal dalam bahasa Hebrew. Begitu juga nama “Allah” tidak juga timbul dalam kitab Perjanjian Lama ataupun Baru mahupun Perjanjian Baru dalam bahasa Greek-Yunani. Malah perkataan atau nama “Allah” adalah BUKAN INTEGRAL dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian, TERUTAMANYA Gereja Katolik Roman.

Maka HMR Apandi Ali menegaskan:

With the above historical and religious fact, I could not find any plausible reason as to why the respondent is adamant on using the word “Allah” in its weekly newsletter, particularly in its Malay version. Since “Allah” is never an integral part of the faith of the respondent, it is reasonable to conclude that the intended usage will cause unnecessary confusion within the Islamic community and is surely not conducive to the peaceful and harmonious tempo of life in the country. This conclusion is fortified by the fact that the majority population in this country is Malay and whose religion is Islam. A fortiori, under Article 160 of the Federal Constitution, a “Malay” is defined as “a person who professes the religion of Islam, habitually speaks the Malay language, …”.

Oleh kerana “Allah” tidak pernah menjadi suatu yang INTEGRAL dalam kepercayaan responden, maka tujuan penggunaan kalimah Allah akan menimbulkan kekeliruan yang tidak perlu dalam masyarakat Islam dan sudah pasti tidak membawa kepada keamanan dan keharmonian kehidupan masyarakat di negara ini.

Tan Sri Mohamed Apandi Bin Ali yang kemudian menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan pada tahun 2013, semalam dilantik menjadi Peguam Negara yang baru mengantikan Gani Patail.

Sebaik pengumuman perlantikan Apandi Ali sebagai Peguam Negara, terdengar beberapa pihak tidak senang dengan perlantikan beliau. Apakah keputusan penghakiman-penghakiman beliau yang sebelum ini diambil kira oleh sesetengah pihak untuk tidak rasa selesa dengan Peguam Negara yang baharu.

Apakah mereka rasa lebih selesa dengan Peguam Negara sebelum ini kerana tidak mahu mengambil tindakan ke atas Pertubuhan Bible Malaysia yang  melanggar Seksyen 9 Enakmen Pengawalan Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 (Negeri Selangor) dengan menerbit dan menjual bahan cetakan yang mengguna kalimah yang dilarang oleh Enakmen tersebut?

Apakah mereka gembira kerana Gani mengatakan Bible itu adalah kitab Taurat dan Injil? (baca: Gani Patail Melanggari Al Quran, Al Hadith dan Ijma’ Ulamak) Sebenarnya Gani bukanlah kebal untuk sentiasa memihak kepada musuh Islam (baca: Gani Patail Bukannya Mengatasi Undang-undang) … orang yang melanggar undang-undang sepatutnya dibawa kepengadilan bukannya mudah sangat terlepas.

Contohnya kita lihat dalam kes yang berlaku kepada Ustaz Abdullah Zaik (Presiden ISMA) dan pendakwaan terhadap Rayer yang celupar – baca: Dua Kes Mahkamah Hari Ini Mengesahkan Sikap Gani Patail?

Semoga ketegasan Peguam Negara Apandi Ali dapat membela Islam kembali didaulatkan di Tanah Melayu ini. Semoga di atas jawatan yang baharu ini Peguam Negara tidak mudah dipengaruhi oleh telunjuk politik.

Soalan susulan kepada “Bible versi mana yang kamu guna?” ialah “versi mana yang betul?”

Soalan sebegini sering memerangkap para paderi Kristian sendiri. Ini kerana Bible yang ada pada tangan mereka itu sudah tidak lagi asli. Tidak lagi tulen.

Bible yang ada pada tangan mereka itu sudah pasti yang terjemahan. Kalau yang bahasa Melayu, lazimnya ialah terjemahan dari bahasa Inggeris. Maka yang bahasa Inggeris itu pula terjemahan dari bahasa mana?

Bibel bukan InjilKita kena faham Bible diambil dari dua “sumber”. Mereka kata bahawa “perjanjian lama” adalah kononnya Taurat. Manakala “perjanjian baru” pula kononnya adalah Injil. (Saya menolak sebarang kaitan perjanjian baru dan perjanjian lama dengan Taurat dan Injil – Ibu Irena Handhono ada menulis)

Mafhum, bahawa Taurat asal tidak pernah dibukukan. Bahasa asal perjanjian lama dicatat dalam bahasa Hebrew. Salinan-salinan yang dikatakan perjanjian lama ada pelbagai versi – tidak ada kesamaan dan kesepakatan. Maka apabila terjemahan demi terjemahan dari asal yang tidak menentu sudah pasti hasil akhirnya bercelaru.

Bagi perjanjian baru pula, ia asalnya dicatat dalam bahasa Greek (Yunani). Ada juga yang kata ada dalam bahasa Latin – tetapi ia sebenarnya adalah terjemahan dari bahasa Greek juga.

Perhatikan petikan ini (Ken Graham – United Church of God):

There are probably somewhere between 4,500 and 5,000 Greek manuscripts in existence today. Our task would be easy if they were all the exactly the same, but they are not. They all were copied from some other manuscript, and so they all have different dates when they were made too.

Ia mengatakan bahawa, ada terdapat 4,500-5,000 manuskrip dalam bahasa Greek – dan mereka berbeza-beza. Kalau inilah sumber terjemahan yang akhirnya menjadi tatapan pembaca Bible hari ini, sememangnyalah mereka disesat dan terus tersesat sepanjang masa.

Itulah yang telah Allah berfirman dalam surah Al Fatihah, bahawa mereka ini adalah orang-orang yang sesat. SadaqalLahu ‘azim.

Jika kita panjangkan lagi perdebatan, “jika kamu percaya versi ini yang betul apakah versi lain yang golongan Kristian lain guna itu salah?”

Bagaimana pula kumpulan Mormon yang percaya adanya “Book of Mormon” itu?

Sebab itulah juga sesetengah puak Kristian masih keliru mahukan nama Allah sebagai nama tuhan mereka sedangkan ramai paderi lain memilih Yahweh, Elohim, Jehovah dan sebagainya. (baca: Nama Tuhan Kristian Boleh Ditukar-tukar)

**********

Bacaan berkaitan:

Kadang-kadang kita hairan dengan puak-puak gereja Katolik di Malaysia yang susah sangat hendak akur dengan undang-undang Tanah Air. Mereka tidak endah dengan larangan Kementerian Dalam Negeri dalam isu penggunaan kalimah Allah. Mereka tolak penghakiman yang telahpun dibuat di peringkat tertinggi, Mahkamah Persekutuan.

Apa sebenarnya motif mereka?

Hairannya saya kerana kenapakah gereja katolik Malaysia tidak juga akur dengan pendirian pemimpin No. 1 gereja katolik sendiri. Kenapa apabila Pope Benedict XVI tolak penggunaan kalimah Allah, puak-puak gereja di Malaysia bermatian berDEGIL hendak guna kalimah Allah?

Puak gereja Katolik di Malaysia sudah melampau. Memanglah mereka melampau. Layaklah dipanggil PELAMPAU. Para PELAMPAU ini melanggar pendirian ketua No. 1 mereka sendiri yang tidak mahu guna nama suci Allah.

Petikan dari ucapan Pope Benedict XVI pada 10 Oktober 2012, Rabu, di Dataran St. Peters, kota Vatikan:

Bukti Pope Tak Mahu Kalimah Allah

Baca juga kiriman berkaitan tuntutan untuk menyalahgunakan nama suci Allah oleh pelampau evangelis Kristian:

 

Pope Benedict-Rabb not AllahSememangnya para paderi Kristian sendiri menolak Allah sebagai Tuhan untuk agama mereka. Baginya, Allah BUKAN Jesus. Sudah banyak kali saya sebutkan. Yang menjadi hairan ialah kenapa di Malaysia SESETENGAH (sahaja) pelampau evangelis Kristian sengaja mahu menyalahgunakan nama suci Allah itu. Yang lagi bodoh ialah ada pula orang kita yang bermatian sokongan pelampau evangelis ini.

Saya kongsikan tulisan Sdri. Helen Ang …

“The god of Islam and the God of the Bible are not the same” – American evangelist Rev. Graham

Uber evangelist Reverend Franklin Graham two days ago reminded the flock – see entry in his Facebook below – that Christians and Muslims do not share one and the same god.

franklin graham FB

Rev. Franklin is president of the Billy Graham Evangelistic Association. His father Billy Graham is “a Christian superstar” who broadcasts popular sermons globally.

cover-Time-Grahams

World’s most famous Christian ministry

Rev. Billy Graham – see TIME magazine cover above – is credited with reaching “as many as 215 million people in live audiences over 185 countries” and “preaching to more individuals than anyone else in history, not counting the additional millions he has addressed through radio, television and the written word”.

Stepping into his father’s big shoes, Franklin “has led crusades around the world“. And this scion of the world famous evangelical family says unequivocally, “The god of Islam and the God of the Bible are not the same”.

So why is it that the evangelistas in Malaysia still insist on calling their God ‘Allah’?

BELOW: Hannah Yeoh campaigning in Permatang Pauh to move mountains

Hannah Permatang Pauh

Hannah, the Lamb of God

“As though it is not enough when leaders use racial politics to conceal corruption, it is more appalling when God is used as an excuse to justify leaders’ inability to govern,” Hannah Yeoh said.

“No eye has seen, no ear has heard and no human mind has conceived the plans of God for Malaysia.” – Hannah Yeoh.

“It’s quite simple: Do what is fair and just to your neighbour, to love mercy and to walk humbly with God. Anything else is beside the point.” – Hannah Yeoh

See,Don’t take God’s name in vain for political agenda‘ (The Ant Daily, 8 Jan 2015)

BELOW: DAP evangelista Serdang MP Ong Kian Ming

OngKianMingAllah

Iain-Sang Nila Utama-promoSatu lagi buku karangan Iain Buchanan telah terbit. Dengan tajuk “Sang Nila Utama & The Lion Of Judah – Dominionism and Christian Zionism in Malaysia” ianya baru diterbitkan semalam (24 Feb 2015) dalam bentuk e-book yang boleh dibaca secara percuma melalui internet. Ianya boleh dimuat-turun melalui url: http://issuu.com/juste-books/docs/sang_nila_utama_and_the_lion_of_jud. Anda perlu mempunyai akaun “issuu.com” untuk akses.

Namun untuk memudahkan para pembaca, saya telah muat-turun dan boleh diambil dari pautan berikut:

Sang Nila Utama and The Lion of Judah -Iain Buchanan (klik untuk muat turun .pdf)

Buku setebal 153 muka surat mengandungi 226 nota kaki (hujung) termasuk senarai lebih 600 buah pertubuhan/gereja luar negara yang terlibat dalam misi Kristianisasi di Malaysia.

Sebelum ini Iain Buchanan telah mendedahkan gerakan Kristian melalui bukunya “The Armies of God”.

Iain Buchanan ketika memberi ceramah umum bertajuk "Evangelization: A Global Business" di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 4 Februari 2015

Iain Buchanan ketika memberi ceramah umum bertajuk “Evangelization: A Global Business” di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 4 Februari 2015

Sedikit latar belakang penulis:

Iain Buchanan grew up in Africa, Wales, and New Zealand.   After graduating in Geography from Victoria University in Wellington, he taught in Malaysia and England for 23 years before taking early retirement from lecturing to explore better ways of communicating ideas.    To dramatize the problem of ecological collapse, he wrote and illustrated Fatimah’s Kampung.   And to explore another theme which concerned him as a geographer – the role of religion in world affairs – he wrote The Armies of God.

******

Bacaan berkaitan:

Lagi Pendedahan Gerakan Kristianisasi Oleh Iain Buchanan (The Armies of God)

Apabila Anwar Ibrahim mengatakan bahawa tuhan yang disembah itu tuhan yang sama, di hadapan orang-orang Kristian – sudah pastinya tuhan yang Anwar samakan itu bukan Tuhan saya, bukan Tuhan sekalian umat Islam. Saya bersyahadah bahawa tiada tuhan lain melainkan Allah.

Jika Anwar bercakap sedemikian di hadapan para paderi dan pemimpin Kristian bahawa “Kita harus sedar tuhan yang kita sembah ialah … tuhan yang sama” maka apakah Anwar maksudkan bahawa tuhan yang orang-orang Kristian sembah itu sama dengan Allah Yang Maha Esa? Apakah orang yang terpaku pada tiang salib yang disembah oleh orang-orang Kristian sebagai tuhan mereka itu Allahus Samad?

Apakah Jesus yang orang Kristian kata disalib itu Allah? Beliau berucap pada 10hb Januari 2010 dan disiarkan di blognya sendiri – Astaghfirullahal ‘azhim.

Jika maksud Anwar ialah tuhan yang disembah oleh penganut semua agama adalah tuhan yang sama maka apakah erti pengucapan kalimah syahadah pada dia? Apakah semua tuhan yang disembah oleh penganut pelbagai agama juga merujuk kepada Allah S.W.T.? Habis, tuhan-tuhan lain yang kita tolak dalam syahadah itu tuhan mana?

Mustahil untuk pelbagai gambaran tuhan yang dicipta oleh masing-masing agama itu merupakan Allah yang umat Islam bersyahadah.

laa ilaaha illallah

Yang Mana Tuhan Anwar2

 Semoga kita, kaum keluarga kita serta sekalian umat Islam terhindar dari kepercayaan yang sesat yang dibawa oleh Anwar Ibrahim ini.

Polemik tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh pelampau evangelis Kristian tidak reda-reda. Selepas keputusan akhir Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Gereja Katholik tidak dibenarkan merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan ‘The Herald’ daripada menggunakan kalimah ‘Allah’, dalam versi bahasa Melayu terbitannya pada Jun 2014, mereka failkan pula untuk semakan kehakiman pada September 2014.

Minggu lepas, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan menolak semakan penghakiman yang difailkan oleh gereja berhubung penggunaan kalimah Allah. Mahkamah memutuskan bahawa tiada prosedur tidak adil dalam keputusan Tujuh anggota panel sebelum ini.

Persoalannya … Apakah orang-orang Kristian benar-benar percaya bahawa Allah Azzawajalla itu adalah tuhan mereka? Apakah orang yang terpacak di tiang kayu itu Allah?

Saya kongsikan dalam grafik di bawah sikap beberapa tokoh Kristian terhadap Allah.

Allah - ditolak tokoh Kristian

Baca juga kiriman berkaitan tuntutan untuk menyalahgunakan nama suci Allah oleh pelampau evangelis Kristian:

 

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Effective Islamic Parenting

August 2016
M T W T F S S
« Jul    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 219 other followers

Tauhid

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 219 other followers