You are currently browsing the category archive for the ‘Maklumat’ category.
Tokoh kewangan negara, Tengku Razaleigh Hamzah jarang bersuara melainkan jika ianya menyentuh isu yang amat penting.
Laporan kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah oleh Free Malaysia Today (FMT) bahawa, “Bank Negara Malaysia (BNM) perlu mengambil pendirian yang memihak kepada peminjam, di sebalik kontroversi akibat kekeliruan mengenai moratorium pinjaman bank baru-baru ini,” telah membuat saya terfikir tentang beberapa persoalan.
Baca seterusnya:
https://ahmadalikarim.wordpress.com/2020/05/04/ku-li-menurut-syariah-fikir-hendak-kenakan-faedah-pun-salah-apatah-melaksanakan/
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed akan mengumumkan Menteri Pendidikan baharu dalam tempoh terdekat bagi menggantikan Dr Maszlee Malik yang meletak jawatan berkuat kuasa esok.
Dr Mahathir berkata, beliau sebelum itu menerima surat peletakan jawatan Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam hari ini.
Baca seterusnya:
https://ahmadalikarim.wordpress.com/2020/01/02/rasmi-maszlee-letak-jawatan-menteri-pendidikan/
Pada hujung minggu lepas, saya dihadiahkan buku berjudul ‘Desert Storm’ oleh Profesor Datuk Dr. Sidek Baba pada majlis Hari Raya Aidilfitri di kediaman beliau.
Buku tersebut baru sahaja siap dua hari sebelum majlis tersebut, dan Alhamdulillah, saya merupakan antara yang pertama dapat melihat dan memiliki buku tersebut sebelum ia keluar di pasaran.
Baca selanjutnya:
https://ahmadalikarim.wordpress.com/2019/06/26/novel-dakwah-pertama-desert-storm-satu-ulasan/
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha mencadangkan agar kerajaan Malaysia memperkenalkan satu subjek khusus untuk mengenali agama lain selain Islam, di peringkat sekolah dan universiti, bagi meningkatkan pemahaman dan keharmonian antara penganut pelbagai agama di negara ini.
Saya tertanya-tanya apakah cadangan ini hanya melibatkan pelajar Islam menandangkan menurut laporan Bernama, beliau berkata subjek pendidikan agama Islam yang diajar di sekolah pada masa kini adalah baik, namun ia hanya memberi fokus kepada satu agama tanpa memahami agama lain.
Ada ubi ada batas, ada budi ada balas; hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati.
Begitulah bunyinya peribahasa-peribahasa Melayu, yang patut kita jadikan pedoman agar dapat menjadi insan yang baik budi pekertinya serta tinggi kesopanannya.
Sejak dahulu lagi orang Melayu amat menitik beratkan soal budi bahasa. Malah, kerajaan Malaysia sendiri memilih slogan “Budi Bahasa Budaya Kita” untuk memupuk nilai murni serta semangat perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Bagi saya, sikap mengenang budi dan membalas budi adalah sangat penting dalam membentuk satu masyarakat yang berbudi pekerti tinggi, bertoleransi dan penyayang.
Di dalam melayari kehidupan, kita sentiasa memerlukan pertolongan daripada orang lain, tidak kira di dalam apa jua situasi. Sikap saling tolong-menolong adalah satu budaya murni yang amat penting di dalam kehidupan bermasyarakat. Begitu indahnya budaya Melayu yang berteraskan adab dan hukum Islam; dan budaya sebeginilah yang telah kita amalkan sejak zaman dahulu lagi. Bila orang berbudi, kita membalas budi mereka sepenuh hati; hari ini kita ditolong, hari esok kita pula yang akan cuba memberi pertolongan. Orang berbudi, kita berbahasa. Sikap begini mampu memupuk kasih sayang dan persepakatan di dalam masyarakat dan akan membawa kepada keberkatan hidup dan perpaduan rakyat.
Namun zaman telah berubah dan malangnya banyak nilai-nilai murni semakin dilupakan. Sikap materialistik dan individualistik mula mempengaruhi masyarakat kita, sehinggakan masyarakat semakin lupa akan nilai-nilai murni budaya bangsa. Bahkan ada di kalangan kita yang menjadi rakus dan tamak dalam mencapai impian sehingga tidak merasa bersalah untuk memijak dan menjatuhkan insan lain yang pernah menolong kita demi mencapai impian diri. Ramai yang telah lupa akan semangat, “bagai aur dengan tebing”; yang mana kini dianggap sekadar satu peribahasa yang perlu dihafal untuk lulus peperiksaan Bahasa Melayu.
Bagi saya, apa gunanya kita membicarakan soal bermuafakat, jika prinsip asas ukhuwah tidak dapat kita amalkan. Begitulah pentingnya sikap menghargai, mengenang dan membalas budi baik orang kepada kita di dalam membentuk satu masyarakat bertamadun tinggi dan berbudi bahasa. Bahasa menunjukkan bangsa. Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga; yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.
Tulisan berkatian:Dalam tempoh kurang daripada dua minggu lagi kita akan menyambut Hari Kebangsaan 2018.
Ramai di antara kita yang sudah tidak sabar untuk menyambut Hari Kebangsaan dan tidak kurang pula yang menyambut hari bersejarah ini dengan pelbagai majlis hiburan seperti konsert dan sebagainya untuk menzahirkan kegembiraan mereka kerana mereka sudah ‘merdeka’.
Baca selanjutnya:
https://ahmadalikarim.wordpress.com/2018/08/17/hayati-pengorbanan-raja-raja-melayu-dalam-menyambut-hari-kebangsaan/
Oleh Ahmad Ali Karim
Setiap manusia mempunyai pendapat yang berbeza mengenai sesuatu perkara, tetapi di dalam sesebuah negara yang berteraskan undang-undang, maka kita terpaksa sentiasa mengubah undang-undang dan dasar negara jika setiap pendapat berbeza tentang perkara dasar mesti diraikan. Malah, undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan jelas menggariskan bahawa kebebasan bersuara adalah tidak mutlak dan tertakluk kepada perkara-perkara yang telah ditetapkan.
Negara kita tidak pernah mengiktiraf perjuangan komunis diatas sebab-sebab yang amat jelas. Memang terdapat segelintir rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan perkara ini. Mereka mahukan sejarah negara kita ditulis semula untuk mengangkat pengganas komunis dan pejuang berhaluan kiri sebagai sebahagian daripada pejuang kemerdekaan.
Baca selanjutnya:
https://ahmadalikarim.wordpress.com/2018/08/01/ideologi-komunis-dan-kekeliruan-yang-nyata/
Malam tadi, ramai yang mengirim laporan berita tentang pembebasan seorang tokoh yang dikagumi ramai dari tuduhan merogol.
Saya cuba untuk fahami kenapa ramai yang mengirim berita tokoh hebat ini dibebaskan dari tuduhan rogol ini sebagai penting. Saya pilih salah seorang pengirim untuk bertanya. Dia lantas menjawab bahawa, fitnah dan pelbagai tuduhan ke atas tokoh ini selama ini adalah tuduhan yang tidak berasas.
OK.
Saya tidak sambung pertanyaan saya, kerana itulah kefahamannya atas berita yang dia baca.
Saya petik di bawah beberapa bahagian dari laporan itu (saya padamkan namanya):
1 Judges in Paris have dismissed a rape allegation made against Islamic scholar Xxxxx Xxxxxxx, his lawyer said.
Ini yang dia faham.
2 Mounia Rabbouj, a former escort, alleged that Xxxxxxxxx raped her nine times in hotels in Paris, Roissy, Lille, London and Brussels.
Ini cerita pertuduhannya.
3 The married Oxford University professor told the court he had had a consensual relationship with Ms Rabbouj, his lawyer Emmanuel Marsigny said.
Cerita inilah besar kemungkinan dia tak baca. Atau dia tidak faham.
Inilah masalah sesetengah kita yang membaca berita tetapi tidak faham keseluruhan ceritanya.
Xxxxx Xxxxxxxxx dibebaskan dari tuduhan rogol kerana beliau mempunyai hubungan seks luar nikah suka sama suka dengan wanita eskot (kalau di Malaysia dipanggil pelacur) yang menuduh beliau merogol. Oleh kerana adanya pengakuan hubungan seks “konsensual” (suka sama suka) maka tidak perlu dituduh merogol. Buang kes.
Tetapi isu pentingnya di sini ialah tokoh hebat Islam Liberal inilah yang diusung oleh pelbagai NGO dan pertubuhan ke merata pelusuk Tanah Air, berulang-ulang kali.
Kononnya inilah tokoh demokrasi, hak asasi manusia, kebebasan, rahmatan lil alamin, maqasid Syariah dan seumpamanya.
Inilah masalah sesetengah pertubuhan dan NGO yang bodoh melihat sedap dan manisnya seseorang itu bercakap lalu diusung tokoh yang bergelumang dengan maksiat mencemar ajaran Islam di Tanah Air ini.
Dihebohkan dalam Whatsapp bersama dengan lampiran video pendek, bahawa:
Rosmah Mansor telah larikan kekayaan negara sebelum pilihanraya? Mengapakah berpuluh puluh beg dikeluarkan dari negara? Mengapakah tidak melalui pemeriksaan kastam dan imigresen?
dan dalam Bahasa Inggeris:
Our so called self-acclaimed first lady Rosmah is not seen in any ceremah recently. She has been busy packing her expensive ornaments and USD notes in loads and loads of bags. Rosmah caught leaving the country with bags of $$$$💍💍💍💍. Sayonara Ros and Tun will come after you to collect our money and to collect you too for a long visit to Sungai Buloh Prison Villa. God is great.
Inilah serangan yang tidak bermoral memburukkan seorang individu dengan tuduhan palsu semata-mata. Dengan mengguna suatu potongan video lama dan diubahsuai untuk PRU14 maka ditularkan bahawa Rosmah sudah tidak lagi kelihatan dalam siri-siri kempen PRU14 bersama suaminya.
Memang benar Rosmah kebelakangan ini jarang kelihatan bersama suaminya. Bukan bermakna dia sudah terbang keluar negara melarikan kekayaannya. Tetapi sememangnya Rosmah banyak berkempen berasingan dari suaminya bagi memaksimumkan capaian kepada lebih banyak program dan lebih ramai orang.
Saya sertakan beberapa gambar terkini bahawa Rosmah ada di Malaysia, berasingan dengan suaminya. Memang pada hari-hari tersebut, Rosmah tidak kelihatan bersama PM Najib.
Baca juga: Ingat Anwar Ingat Pendusta – ANWAR PENIPU
Tiga hari sebelum mengundi pada tahun 2013, Anwar Ibrahim mengemparkan satu Malaysia dengan pendedahan bahawa 40,000 pengundi hantu dibawa masuk oleh JPM.
PETALING JAYA 2 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan penglibatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) membawa masuk 40,000 pengundi ragu dari Sabah dan Sarawak sejak 25 April lalu. [masih boleh di akses pagi ini – http://www.keadilandaily.com/anwar-dedah-jpm-terlibat-seludup-40000-pengundi-hantu/%5D
Anwar memberi perincian bagaimana kemasukan seramai 4,500 orang sehari selama tempoh 6 hari (25hb – 30hb Apr 2013).
“Berdasarkan pengiraan kami, 4,500 dibawa masuk ke KLIA setiap hari. Penerbangan dibuat kecuali pada 1 Mei, dan bermula 25 April lalu.”
Maka kelam-kabut masyarakat Malaysia kerana “pendedahan” Anwar. Ramai yang menjadi samseng menahan pengundi yang hanya kerana mukanya “mamak” maka mahu dirampas Kad Pengenalan mereka. Entah siapa yang memberi hak itu kepada samseng-samseng ini.
ULASAN KENAPA ANWAR IALAH PENIPU BESAR
1. Perincian Anwar yang saya petik di atas mengatakan bahawa “pengundi hantu dibawa masuk seramai 4,500 orang sehari untuk tempoh enam hari. Gunalah kalkulator atau conggak sahaja. 4,500 x 6 = 27,000! ANWAR GAGAL matematiknya! Bagaimana dia kata 40,000?
2. Enam bulan selepas pendedahan dibuat Anwar, dia sendiri menafikan kenyataannya. [dipetik dari FMT – Anwar: No way there were 40,000 Bangla voters – 20 Nov 2013]:
KUALA LUMPUR: Opposition Leader Anwar Ibrahim today denied making claims about the 40,000 Bangladeshi phantom voters in the 13th general election, saying that the statement was put in his mouth by his political opponents.
Dia menuduh lawan politiknya yang mengatakan dia yang membuat kenyataan sedemikian.
Dia menjelaskan lagi:
“We have checked our statements; we have never made such claims before,” he said during the media conference at the Parliament’s lobby today.
Dia menegaskan bahawa dia tidak pernah keluar kenyataan sedemikian “Kami sudah periksa kenyataan-kenyataan kami; kami tidak pernah membuat dakwaan sedemikian”
Dia sudah periksa kenyataan-kenyataannya – dan dia tidak pernah buat? Aik! Sudah jadi terbalik pulak? Bukankah kenyataannya itu disiar oleh portal rasmi PKR sendiri?
Kemudian, dia menuduh ini kerja blogger UMNO – “This is a spin by Umno blogger; who ever said there were 40,000 Bangladeshis?”
Media rasmi parti mana yang mengeluarkan kenyataannya pada 2hb Mei 2013? Bukankah portal rasmi PKR? Sanggup dia MENDUSTA dengan mengatakan dia tidak pernah membuat kenyataan tersebut?
Inilah PEMBOHONG No. 1 di Malaysia. Inilah PENIPU. Anwar adalah seorang PENDUSTA.
Recent Comments