You are currently browsing the category archive for the ‘Melayu’ category.

… uish …. boleh caya ka?

Tujuan menghalalkan cara … itulah hukum politik!

Saya tak patut ambil tindakan terhadap Anwar, kata Dr M

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau membuat keputusan salah dengan “mematuhi undang-undang sepenuhnya” dalam pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalannya 20 tahun lalu.

Dalam wawancara bersama Sin Chew Daily, bekas perdana menteri itu berkata, jika boleh menterbalikkan masa, beliau tidak akan memecat Anwar.

“Keputusan salah ialah mematuhi undang-undang sepenuhnya, saya fikir saya tak patut ambil tindakan terhadap Anwar,” katanya ketika ditanya apa keputusan salah yang pernah dilakukannya sepanjang 22 tahun memimpin negara.

“Dari segi politik, saya tidak akan berbuat demikian kerana apabila saya menjadi perdana menteri, saya pernah berjanji dengan diri tidak akan melakukan perkara yang akan menyebabkan orang benci saya.”

… dipetik dari FMT

 

WACANA PERADABAN UMMAH KE 10:

Pemikiran Politik Dalam Membina Geopolitik Malaysia

📆 6 Mac 2018 (Selasa)
🕓 8.30 pagi – 4.30 petang
🏢 Auditorium Masjid Putra, Putrajaya
💵 PERCUMA TETAPI TERHAD

Panelis
1. Ustaz Ismail Mina bin Ahmad
2. Dr. Muhammad Zaidi bin Abdul Rahman
3. Dato’ Dr. Mazlan bin Ismail
4. Dato’ Dr. Wan Ahmad Fauzi bin Wan Husain
5. Dr. Wan Adli bin Wan Ramli
6. Datuk Seri Zulkifli bin Noordin

Penganjur Bersama
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
2. Pertubuhan Muafakat Malaysia (MUAFAKAT)
3. Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (MCMC)

📱http://www.wasap.my/60194271025
📞 03-41071025
🌐 http://www.muafakatmalaysia.org

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=621342398197371&id=403108810020732

Dalam ramai bercakap betapa PM Najib tidak prihatin dengan nasib rakyat yang makan nasi beras tempatan sahaja, sedangkan beliau sebagai PM makan quinoa yang diimport. Maka sebab itu Dr. Mahathir pantas sindir bahawa dia sendiri hanya makan beras tempatan. Begitulah hebatnya bekas PM Dr. Mahathir dalam membela nasib rakyat yang menderita dengan kos “gaya hidup” hari ini.

Bersungguhnya Mahathir melihat nasib rakyat yang dia bertungkus lumus bantu sepanjang 22 tahun pemerintahannya, maka demi meneruskan usaha membela nasib rakyat, selepas menjadi PM, beliau membuka kedai roti rakyat. Katanya sudah ada beberapa buah kedai yang dibuka.

Mahathir sendiri turun padang untuk perasmian kedai rotinya yang pertama di KL di sebuah pusat membeli belah di mana hanya rakyat marhaen yang miskin menghadapi kos “gaya hidup” yang mencabar sahaja mampu membeli belah di situ.

Kedai yang diberi nama “The Loaf” itu dibuka di Pavillion. Dan kemudian satu lagi dikatakan dibuka di Bangsar Village – inilah kawasan-kawasan perleseran rakyat marhaen yang “miskin’ merungut “kos gaya hidup” yang semakin meningkat saban hari.

Saya tidak sempat ke kedai Mahathir, tetapi dari pelbagai laporan dan tulisan, maka saya boleh faham kenapa Mahathir hanya makan beras tempatan – sebab dia perlu bantu rakyat marhaen dengan hidangan roti khas untuk rakyat marhaen yang merungut tentang kos gaya hidup yang tinggi.

Bagi menjaga rakyat marhaen yang tidak mampu dengan kos gaya hidup, kedai rotinya hanya mengguna bahan-bahan import. Tepung beras diimport dari Kanada. Tak mainlah tepung gandum yang kita buat cucur kodok tu. Gandum itu dikisar dengan mengguna batu pengisar diimport khas dari Jepun. Menteganya pun dari Belgium, Garamnya dari pergunungan Himalaya. “Freezer” yang digunakan adalah khas diimport untuk proses pembekuan kopi ke tahap “minus” 60 darjah selsius! Wow … bagaimana rasa kopi yang sudah dibekukan sedemikian?

Sebab itulah harga di kedai roti Mahathir adalah sangat bertepatan untuk rakyat marhaen yang merungut tentang “kos gaya hidup”. Hanya rakyat marhaen yang merungut kos gaya hidup sahaja mampu ke kedai roti Dr. Mahathir.

Sepinggan spaghetti dengan dua hirisan ikan Salmon sangat murah. Hanya RM28.00. Sangat berpatutan untuk rakyat marhaen yang risau dengan “kos gaya hidup” yang tinggi di KL.

Bayangkan, satu roti bun yang kecil, dihidang dengan sup di dalamnya hanyalah berharga RM18.00 (pada tahun 2011 … mungkin sekarang, dengan inflasi yang teruk di Malaysia,  harga semakin rendah!). Bandingkan saiz sudu dalam gambar untuk anggar saiz roti yang sangat besar untuk harga istimewa mampuS makan.

Kita yang hanya mampu dengan kos SARA hidup bermewah sentiasa makan bergaya dengan roti Gardenia tidaklah seperti mereka yang merungut kos GAYA hidup yang terpaksa ke kedai roti Mahathir!

…. nasi goreng istimewa …. hanya RM24.00 SAHAJA! … jangan sampai mampuS makan.

 

Seorang paderi Kristian, Benjamin Stephen, mengatakan bahawa sudah ada 10,000 orang Melayu yang sudah terima Jesus sebagai Penyelamat atau Tuhan di negeri Johor sahaja. Dan beliau mengatakan bahawa di tempat-tempat lain, di gereja-gereja lain, di seluruh Semenanjung Malaysia, beliau sentiasa berjumpa dengan orang-orang Melayu yang sudah menerima Jesus.

Jika di Johor sudah ada 10,000, dan di setiap negeri lain pun ada orang Melayu Kristian apakah mungkin angkanya juga 10,000 (atau hampir) bagi setiap negeri lain? Jika sedemikian, mungkin sudah melebihi 100,000 orang Melayu yang sudah murtad dan menerima Jesus sebagai Penyelamat/Tuhan.

[Baca: Ramai Kristian Melayu Rahsiakan Identiti Mereka]

Dan ucapan ini beliau buat pada tahun 2009. Jika angka tersebut terus bertambah, sudah pasti ianya jauh lebih ramai sekarang!

Persoalannya ialah kenapa sedemikian besar angkanya tetapi kita tidak nampak dan bertemu dengan orang-orang Melayu Kristian ini. [Baca kajian yang telah dilakukan di univeristi Kristian di Amerika Syarikat tentang identiti dan cara hidup orang Melayu Kristian: Melayu Kristian?]

Jawapannya telah disebut oleh seorang missionari, Joshua Massey, dalam tulisannya di dalam International of Journal Frontiers (Vol. 17:1 Spring 2000) bahawa “kebanyakan kita tidak pernah jumpa “pengikut Jesus” …” (Most Muslims have never met Muslims who “follow Jesus”…) kerana mereka ini menerima Jesus sebagai Tuhan tetapi mereka kekal identiti mereka sama seperti orang Islam. Mereka tidak ubah segala cara kehidupan kerana mengganggap cara hidup Islamnya dulu itu dikekalkan hanya sebagai adat budaya sahaja.

Mereka ini dikategorikan sebagai C5 MBB (Muslim Background Believer – orang yang asalnya Muslim tetapi sudah “beriman” dengan Tuhan Jesus). Atau juga disebut sebagai Gerakan Dalaman (Insider Movement) – yakni mereka yang sudah menganut agama Kristian tetapi kekal hidup dalam keluarga atau masyarakat Islam tanpa disedari mahupun disyaki. [Baca: Insider Movement – Cara Melayu Kristian Merahsiakan Murtad]

Mereka teruskan kehidupan mereka sama seperti sebelumnya malah mereka Sembah Kepada JESUS Dalam MASJID. [baca: Sembah Kepada JESUS Dalam MASJID?]

Mungkin inilah yang disebut oleh paderi tersebut bahawa jumlahnya sudah 10,000 orang yang menerima Jesus sebagai Tuhan di negeri Johor sahaja!

Baca: Sembah Kepada JESUS Dalam MASJID?

Apakah mungkin ada orang seperti ini di kalangan ahli keluarga anda? Bagaimana hendak kenali mereka?

Sekarang ini sudah dilaporkan bahawa ada missionari Kristian sanggup jadi mualaf (masuk Islam) untuk mendekati orang Islam di masjid – Missionari Kristian Masuk Islam Untuk Dakyahkan Orang Islam Di Masjid

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:

Seorang missionari Kristian membuat pengakuan bahawa ada sesetengah missionari, yang beliau panggil sebagai “missionari expatriat” (expat missionaries), “memeluk agama Islam dengan bersyahadah” tetapi sebenarnya ialah untuk tujuan masuk masjid bergaul dengan Jemaah untuk menarik orang Islam ke agama Kristian.

Beliau mengaku sendiri bahawa terdapat sekurangnya tiga orang missionari yang mengucap syahadah untuk mendekati mangsa Islam di masjid di kawasan kota Jakarta Indonesia.

Pengakuan beliau ini mula dicatat pada tahun 2006 sebagai susulan kepada pembongkaran strategi jahat missionari Kristian yang memurtadkan orang Islam tetapi membiarkan si-murtad berterusan hidup dalam keluarga atau di kalangan masyarakat Islam dengan mengekalkan segala amalan agama Islam sebagai budaya sahaja tetapi sudah mengakui Jesus sebagai Tuhannya.

Strategi licik ini disebut sebagai “Gerakan Dalaman” (Insider Movement) atau juga disebut sebagai C5 MBB (Muslim Background Believer). [baca – Sembah Kepada JESUS Dalam MASJID?]

Gerakan ini dikesan telahpun berleluasa dari kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Pelbagai kajian telah dilakukan untuk tujuan memahami identiti dan kehidupan orang Melayu Kristian seperti ini di Malaysia; antaranya ialah kajian peringkat Ph.D pada September 2012. [baca lanjut – Ramai Kristian Melayu Rahsiakan Identiti Mereka]

Baca kuga:

Kita harus faham bahawa orang-orang yang kita lihat sebagai orang pondan itu sebenarnya GILA. Itu adalah definisi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation – WHO).

Mereka yang pondan, yang lelaki suka pakai pakaian wanita, dan seumpamanya, adalah diklasifikasikan di bawah kategori F64 – iatu Kekeliruan Identiti Jantina (Gender Indentity Disorder – GID).

Berdasarkan klasifikasi terkini 2017/2018, F00-F99 adalah bagi yang sakit mental … Bahasa mudah kita panggil GILA.

Tak percaya? Baca sendiri – http://www.icd10data.com/ICD10CM/Codes/F01-F99/F60-F69/F64-

Cuma yang menjadi hairan dalam masyarakat kita orang-orang gila seperti ini diberi perhatian oleh sesetengah orang. Ramai jugak mak-mak Datin yang minat sangat melayan kerenah pondan-pondan gila ini.

Bukan sahaja mereka itu gila, jika kita melayan kita jugak menggalakkan mereka berterusan dalam keadaan berdosa. Kesian mereka orang gila ini dan kesian mereka yang suka melayan orang gila. Orang gila patutnya dirawat. Bukan biar berterusan dalam kegilaannya.

Dulu-dulu, kalau di kampung, hanya budak-budak nakal sahaja yang suka ganggu orang gila. Dalam masyarakat kita hari ini, orang gila seperti ini diberi layanan bagai artis. … ishhh … tak faham betul.

Sedarkah kita anggaran bilangan orang gila seperti ini di Malaysia sudah mencapai 100,000 orang – dan kebanyakannya adalah orang Melayu! Ada yang anggarkan 70% adalah orang Melayu. Jika kita layan dan terus beri sokongan kepada mereka bayangkan generasi masa depan anak cucu kita.

Lagi sukar untuk faham ialah apa sebenarnya agenda mereka apabila pentadbiran Obama Amerika Syarikat memberi anugerah istimewa kepada orang pondan dari Malaysia.

Baca lagi yang berkaitan:

 

 

Walaupun ucapan itu dibuat Wan Ji pada tahun 2013 (berdasarkan rakaman video), namun saya masih kerap menerima berkali-kali petikan rakaman video tersebut. Apabila dilantik menjadi “pegawai penerangan agama” negeri Pulau Pinang,  saya pernah tulis – Hapuskan Sultan Pada Tahun 2030 – Malaysia Jadi Republik.

Yang menjadi persoalan orang ramai apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak berkuasa sehingga ini. Saya tidak mampu untuk jawab. Mungkin soalan itu sepatutnya diajukan kepada pihak berkuasa sendiri. Tidak salah jika pihak Polis boleh buat penjelasan kerana kebelakangan ini timbul semula isu ini.

Kenapa hendak tahu?

Sebab Wan Ji pernah kata beliau ada rancangan hendak hapuskan sistem Raja pada tahun 2030. Untuk tujuan tersebut beliau merancang supaya orang benci Sultan dengan mengatakan “Sultan Syaitan”.

Wan Ji juga pernah dipetik menulis dalam FBnya bahawa “ciri-ciri adik beradik Syaitan ada pada Sultan Johor”

.

 

Dilaporkan Kassim Ahmad meninggal hari ini. Apakah beliau layak disebut Allahyarham atau boleh dipanggil mendiang?

Menurut Warta Kerajaan Negeri Terengganu, bertarikh 21hb Januari 2016, pemikiran Kassim Ahmad adalah kufur dan murtad.

Dipetik:

3. Berdasarkan kepada ucapan yang telah disampaikan oleh Kassim Ahmad itu, terdapat unsur-unsur penyelewengan dan terpesong daripada ajaran Islam sebagimana berikut:

3.1 Mempertikaikan syahadah yang kedua

3.2 Mengingkari dab mempertikaikan hadis sebagai sumber hukum

3.3 Mempertikaikan hukum rambut perempuan sebagai aurat yang telah sabit dalam Al-Quran, Hadis dan Ijmak

3.4 Mempertikaikan hukum selawat yang telah sabit dalam Al-Quran, Hadis dan Ijmak

3.5 Membenarkan jenayah murtad berlaku dalam masyarakat

Maka Jawatankuasa memutuskan bahawa orang yang terbabit dengan ucapan tersebut telah terkeluar dari Islam kerana telah mengingkari hukum Islam yang telah sabit dalam AL-Quran, Hadis dan Ijmak

Maka apakah layak disebut Allahyarham, seolah-olah mendoakan Allah merahmati?

Dalam bahasa mudah, Liberalisme itu ialah mahukan kebebasan. Bebas. Bebas dari dua unsur utama, iaitu bebas dari asas-asas agama dan bebas dari asas-asas Negara.

Secara mudah boleh dilihat Liberalisme dalam revolusi Perancis ialah mereka menolak pemerintahan Raja dan pengaruh agama, Kristian. Mereka mahu bebas dari dua unsur itu, Raja-Negara dan Agama-Kristian.

Begitulah untuk kita fahami pelbagai pemikiran sesat dan pergolakan hari ini berpunca dari ciri-ciri fahaman Liberalisme ini yang telah dan sedang meresapi dalam kehidupan dan masyarakat kita hari ini.

Kisah Wan Ji yang mahu hapuskan Sultan itu adalah unsur-unsur Liberalisme yang telah menanami dalam pemikirannya. [baca: Hapuskan Sultan Pada Tahun 2030 – Malaysia Jadi Republik]

Tuntutan atas nama hak asasi untuk hidup bergelumang dengan seks songsang LGBT itu juga menolak asas agama yang mengatakan ianya haram. Mereka mahu bebas dari asas agama. Itu juga Liberalisme.

Pengaruh Liberalisme di Indonesia memuncak hinggakan pelajar-pelajar Islam di Universiti Islam, sama-sama berzikir dengan laungan “Anjing Akbar” seolah-olah menanjingkan Allah itu. Fenomena seperti ini, yang berlaku pada tahun 2004, bukanlah suatu yang asing di Indonesia. Pengaruh Liberalisme seperti ini turut menular di tempat kita dengan didokong pula oleh beberapa tokoh dan pertubuhan yang pelbagai di Tanah Air.

Gejala seperti ini dibimbangi akan menjadi meluas sebarannya di kalangan anak-anak muda kita hari ini. Kita dapat lihat ucapan sesetengah tokoh yang lantang bersuara tanpa segan silu lagi menyanggahi hukum agama serta berani bertindak untuk menyerang keluruhan Perlembagaan dan undang-undang di Tanah Air kita.

Kita turut melihat golongan Liberaslis ini tidak peduli lagi dengan kritikan orang awam malah mereka berbangga dengan sikap bebal mereka itu.

 

 

 

Ikrar 800 orang Warga Kota Tinggi di Dewan Jubli Intan 27 September 2017 … Tahniah!

IKRAR

JAWATANKUASA DAN PEGAWAI MASJID DAN SURAU

NEGERI JOHOR

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

 

Bahawasanya kami Ahli Jawatankuasa Masjid dan Pegawai Masjid dan Surau Negeri Johor, dengan ini berikrar dan berjanji:

Pertama, terus istiqamah dengan Islam sebagai agama Negeri Johor yang meliputi semua aspek kehidupan bertepatan dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor.

Kedua, mengamalkan Islam berpandukan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran Imam Abu Hassan al-Asyari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi sebagai asas penyatuan ummah.

Ketiga, menumpahkan seluruh tenaga dan usaha bagi menyebarluaskan fahaman dan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran Imam Abu Hassan al-Asyari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi.

Keempat, sentiasa mendalami dari masa ke semasa fahaman dan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran Imam Abu Hassan al-Asyari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi melalui mana-mana sistem pengajian yang dianjurkan atau dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Agama di negeri Johor.

Kelima, bersumpah dan berjanji untuk terus mempertahankan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran Imam Abu Hassan al-Asyari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi dengan apa juga usaha dan ikhtiar yang kami mampu kerana kami yakin inilah fahaman dan amalan yang diwarisi daripada Nabi SAW dan dikembangkan oleh para sahabat Nabi SAW dan seterusnya disampaikan oleh ulama kepada kami.

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

June 2021
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 358 other followers

Tauhid