You are currently browsing the category archive for the ‘Melayu’ category.

Pagi ini berbelas mesej WhatsApp yang masuk ingin pengesahan tentang gambar seorang lelaki Melayu yang memakai kopiah tetapi turut memakai rantai salib. Dan pelbagai grup WhatsApp turut menular gambar yang sama – mengaitkan paderi Melayu Kristian sudah masuk Malaysia untuk berdakyah.

Tidak dapat saya jawab segera kerana pembentangan di Masjid Wilayah Persekutuan pagi tadi dan kemudian memandu untuk sesi berikutnya.

Ingin saya SAHkan bahawa gambar yang tular tersebut, berdasarkan pengakuan di FB, ialah penama Khairon bin Omar. Beliau telah mengaku sebagai Kristian, serta telah melakukan kerja-kerja missionarinya. Ya, dari Singapura.

Saya paparkan beberapa petikan dari FBnya sendiri di bawah untuk makluman pembaca.

Telah lama saya berbicara isu ini tetapi ada sesetengah orang kita memperkecilkan pendedahan-pendedahan yang dibuat, malah di Malaysia sendiri sudah ribuan lagi Melayu yang sudah Kristian tetapi masih kita ingat mereka seorang Muslim kerana masih solat seperti kita. [Baca: Ramai Kristian Melayu Rahsiakan Identiti Mereka]

[… dan Sembah Kepada JESUS Dalam MASJID]

 

Cakap-cakap ramai yang mengatakan bahawa Azmin mungkin tangguhkan untuk tidak membubar DUN Selangor bersama dengan pembubaran Parlimen untuk mengadakan Pilihanraya Negeri (PRN) Selangor kemudian, tidak bersama semasa PRU14.

Langkah ini ada yang mengatakan memberi peluang Azmin mengukur serta mengukuhkan kedudukannya dahulu selepas PRU14.

Namun, itu mungkin tidak benar.

Azmin mungkin akan mengadakan PRN Selangor lebih awal sebelum Najib membubarkan Parlimen bagi mengelak PRN Selangor serentak dengan PRU.

Sebab itu kecoh-kecoh sekarang PKR mahu bekerjasama degan PAS itu semakin kencang.

Tetapi, sebenarnya, Azmin cuba mengadakan PRN lebih awal bagi mengelak persempadan semula kawasan pilihanraya yang bakal diluluskan. Azmin sudah boleh baca dengan persempadanan semula dan kekuatan PKR tanpa PAS, kedudukan jawatannya sebagai MB bakal berakhir.

Azmin mesti membubarkan DUN Selangor sebelum persempadanan semula DUN diluluskan. Dan Azmin masih perlu bantuan PAS untuk terus kekalkan jawatannya di Shah Alam itu.

Kita lihat siapa yang lebih cekap dalam percaturan masa depan politik mereka. Azmin perlu selamatkan kedudukannya dan diri dari ancaman dalaman parti sendiri juga.

KUALA LUMPUR: Anas Zubedy, Pengarah Urusan Zubedy (M) Sendirian Berhad berkongsi mengenai penglibatan salah satu agensi kerajaan yang turut bekerjasama dalam usahanya untuk mempromosikan antara lain konsep liberal dalam Rukunegara kepada para pelajar.

sumber: menara.my

Perkongsian itu dibuat dalam ucapannya semasa majlis pelancaran Kempen #SaySomethingNice (#SSNC) 2017 di Universiti UCSI baru-baru ini.

Kempen ini antara lain memberi tumpuan kepada Rukun Negara melalui projek #RukunNegaraSomethingNice.

Rukun Negara dipilih sebagai fokus kerana ia menghasilkan kata-kata kunci yang penting seperti liberal, demokratik, progresif, keadilan dan kesaksamaan, menurut ahli perniagaan tersebut.
Beliau berkata, “Ia merupakan kerjasama di antara Zubedy dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Kita mahu membuat rakyat Malaysia memberi perhatian terhadap Rukun Negara.”

“Kempen ini adalah suatu pertandingan di mana kesemua jagaan JPNIN termasuklah Kelab Rukun Negara, Kelab Rukun Tetangga, Sekretariat Rukun Negara di sekolah-sekolah dan universiti-universiti menulis perasaan mereka, pemikiran dan idea mengenai Rukun Negara dan mengaplikasi falsafahnya dalam kehidupan seharian mereka,” katanya lagi.

Beliau berharap agar dapat bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk membawa kempen ini ke sekolah-sekolah.
Sebelum ini, Lembaga Pe­ngawalan dan Pelesenan Percetakan al-Quran (LPPPQ) Kementerian Dalam Negeri pernah mengumumkan sekatan bagi gerakan kempen Let’s Read The Quran yang juga dianjurkan oleh Anas Zubedy.

Dari “Nothing To Hide” ia menjadi “Something To Hide”.

Ringkasnya itulah komen saya apabila beberapa rakan tanya saya. Apa tidaknya?

Awalnya kata boleh tanya apa sahaja. Tetapi apabila beberapa soalan ditanya – orang yang bertanya diejek.

Soalan tentang Anwar tidak mahu dijawab dengan mengatakan isu lama. Dengan mengatakan Anwar tidak bertanyapun.

Soalannya bukan “apa pandangan Anwar?” Soalan ditanya oleh orang yang bertanya – jawablah. Nothing to hide kan.

Yang jadi semakin panas apabila soalan berkaitan insiden Memali ditanya. Akhirnya kita dapat lihat permulaan kekecohan ialah objek mula dibaling dari sebelah kumpulan yang menyokong Mahathir.

Suar dan pelbagai kekecohan lain kita dapat lihat dari rakaman lebih di sebelah kelompok baju merah dan baju hitam serta tertulis juga security.

Saya nampak pertembungan dalam majlis itu lebih kepada puak reformis tegar yang teruk dibalun semasa pemerintahan Mahathir dulu dengan anak-anak muda Bunga Raya.

 

 

Ada beberapa orang yang tidak puas hati dengan tulisan saya sebelum ini Hebat Raja Salman Tegur Trump Minum Tangan Kiri, Tetapi …

Ada yang berhujah

Bersetuhan kulit antara lelaki dan wanita ada perbezaan pendapat. Contoh mudah ketika di Mekah.
Batal atau tidak wudu apabila bersentuhan dengan wanita semasa tawaf ketika bersesak sesak mengelilingi kaabah.

Inilah yang saya ingin ketengahkan dari awal lagi tentang “faham ilmu”.

Untuk Trump minum tangan kiri atau tangan kanan tidak memberi apa-apa makna – mungkin hanya sekadar mengikuti “budaya”.

Tidak dapat pahalanya Trump minum tangan kanan. Maka tidaklah perlu untuk Raja Salman tegur Trump yang hendak minum tangan kiri, kecuali Raja Salman hendak pertegaskan adat budaya istana Saudi, protokolnya atau seumpama itu. Tetapi kalaupun Trump minum tangan kiri tiadalah makruhnya.

TETAPI, Raja Salman yang bersalam dengan perempuan bukan mahram itu ada hukumnya. Perdebatan hukum kepada yang mahu kutip perkara khilafiah – kita letak ke tepi.

POKOKnya, untuk Trump tiada penting untuk diperbetulkan pegang gelas tangan kiri atau kanan itu. Kerana dia bukan orang Islam. Hukum yang jauh lebih besar ialah dia itu kufur.

Kalaulah Raja Salman rasa perlu diperbetulkan Trump itu – beritahu dia untuk terima Islam, bukan tegur “perkara kecil-kecil”. Suruh dia terima syahadah lebih utama dari suruh dia minum tangan kanan.

Saya harap penjelasan ini dapat difahami oleh mereka yang hendak membela Raja Salman. Hendak bela pun biarlah bertempat.

Faham ilmu!

Keutamaannya ialah Aqidah.

Diikuti Syariahnya.

Kemudian Akhlak.

Sila baca: Apa Ertinya Zalim Yang Azim?

 

Apabila mendengar fitnah dan hasutan Rafizi memang ada orang yang mudah percaya.

Sebenarnya mendengar dan percaya dengan hasutan Rafizi tidak membuat kita lebih cerdik.

Malah, orang-orang yang cerdik tidak dengar dan terpengaruh dengan fitnah dan hasutan Rafizi.

Orang yang percaya dengan Rafizi sudah pasti akan mengeluh besar pada bulan ini kerana harga runcit minyak petrol sudah mencecah RM2.70 bagi RON95.

Tetapi orang yang cerdik tidak percaya dengan hasutan Rafizi, dan mereka adalah orang yang nyata bersyukur dengan harga runcit yang turun jauh lebih rendah dari apa yang Rafizi hasutkan.

Rafizi mengatakan bahawa rizab Tabung Haji sudah negatif dan tidak cukup untuk bayar balik simpanan rakyat, maka 3,954 pendeposit yang tidak cerdik berebut keluarkan simpanan mereka.

Orang yang cerdik tidak percaya dengan fitnah Rafizi, dan mereka nyata adalah orang yang bersyukur kerana mendapat dividen/bonus sehingga 8%.

Itulah dua contoh bezanya orang yang kurang cerdik dengan orang yang cerdik dan bersyukur.

Semoga kita tergolong di kalangan orang-orang yang cerdik dan bersyukur. Bijak membuat penilaian mana cerita dogeng dan hasutan mana pula yang sebenarnya fakta yang nyata.

Ada kawan hantar petikan dari “timeline” FB Pakatan Harapan Supporters (url-nya masih tulis PRsupporters), bertarikh 20 Nov 2012.

Ianya berbunyi begini:

“Al-Quran perlu ditafsir semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini” – Mahathir Mohammad 14 Ogos 1994 Pasir Mas

Tetapi ketika tahun 2012, PR masih kuat hentam Mahathir. Segala keburukan Mahathir dibongkar mereka.

Agaknya sekarang kutukan tersebut sudah terbatal? Segala Mahathir cakap sudah jadi betul pulak? Siapa makan dedak siapa telan muntah?

 

Maka semakin dekat dengan Raya, semakin orang kita zahirkan bahawa sebenarnya mereka sudah tidak kisah dengan GST. Lihatlah cara mereka berbelanja. Lihatlah mereka bazirkan dengan berdentum-dentum membakar wang ringgit.

[baca: Bantah GST! Tapi Apa Itu GST? … eerrr …]

Tidak memperduli kerehatan jiran tertangga. Setiap kali dentuman yang kuat akan ada pulak alarm kereta yang berbunyi. Sesetengah dentuman yang terlebih kuat ada pula alarm rumah berbunyi kerana gegaran yang terlalu kuat dirasakan.

Bukan sahaja mengganggu, ada pulak mangsa yang cedera sama ada akibat diri sendiri, tetapi yang lebih menyedihkan apabila akibat kerja orang lain.

Bacalah kes mercun bebola yang dibaling dalam bakul motorsikal awal Ramadhan lalu. [Hilang dua jari dibaling mercun] Tidak pasal-pasal orang lain jadi mangsa. Sepanjang hayat seorang yang mengharapkan mata pencariannya dari hasil kerja tangannya menderita bukan sahaja fisikal tetapi tidak lagi dapat lakukan satu-satunya usaha pendapatannya melalui pertukangan.

Orang-orang Cina pun terkejut melihat yang asalnya budaya mereka tetapi orang Melayu yang melebih-lebih membakar duit. Orang Cina pun terkejut kerana sebenarnya budaya mereka itu adalah untuk halau hantu. Tetapi orang kita main mercun macam hantu.

Tiada keperluan untuk orang Melayu membakar mercun dan membazir duit jika keluhanan harga barangan menjadi mahal kononnya akibat GST yang mereka sembang dan sembangkan. Malah di bulan Ramadhan dan sambutan Hari Raya inilah kita lagi nampak sebenarnya mereka banyak duit untuk dibazirkan.

Kita belum bercakap pasal hotel dan restoran penuh dengan orang berbuka puasa buffet Ramadadhan yang kebanyakkannya dengan harga yang tidak masuk akal untuk orang masih tetap melangganinya dalam keadaan yang dikatakan masyarakat merungut harga barang mahal.

Mereka hanya sibuk bermusim untuk Goods and Services Tax (GST) tapi mereka tidak pula kisah Gerakan Sesat Tauhid (GST yang satu lagi).

Posting dulu: Pembaziran Mercun dan Bunga Api Yang Tidak Berkesudahan

Fahaman dan aktiviti sesat Liberalisme Ani Zonneveld nampaknya berterusan. Dia masih berterusan dalam zulumat. Masih belum puas dengan gerakan sesat Muslim for Progressive Values (MPV) berpusat di Los Angeles, dan mempunyai pengikut di Malaysia di bawah Komuniti Muslim Universal (KMU), kini melaksanakan aktiviti sesat terbarunya di Berlin pula [baca laporan Utusan di bawah].

Dalam pada umat Islam bersungguh melakukan ibadah mengejar Laylatul Qadr di akhir Ramadhan ini, ada pula golongan yang mengaku Islam tetapi lari dari cahaya Nur Islam ke kegelapan zulumat Liberalisme.

Kita doakan agar diri kita dan ahli keluarga kita terpelihara dari hasutan Liberalisme dan fitnah akhir zaman ini. Kita juga doakan semoga Allah memberi pertunjuk kepada mereka agar keluar dari zulumat.

Baca kumpulan sesat MPV di bawah pimpinan Ani Zonneveld – Liberal Yang Sesat – Terjemahkan Bacaan Selari Dalam Solat.

Baca juga: Imam-imam Wanita Liberal Sesat – Kenali Mereka

Baca seterusnya laporan Utusan:

Masjid di Berlin sebar fahaman Islam liberal

BERLIN 17 Jun – Agama Islam berdepan pelbagai ancaman baharu termasuklah penyebaran fahaman Islam liberal.

Terbaharu, sebuah masjid yang membenarkan lelaki dan wanita solat bersama-sama dibuka semalam di bandar ini serta turut mempunyai imam wanita.

Salah seorang imam wanitanya, Ani Zonneveld yang dilahirkan di Malaysia dilihat melaungkan azan di Masjid Ibn Rushd Goethe.

“Kami mahu menghantar mesej jelas melawan keganasan Islam dan penyalahgunaan agama kami. Kami mahu mengamalkan agama kami bersama-sama,” dakwa salah seorang pengasas masjid itu, Seyran Ates.

Ates, 54, merupakan seorang peguam dan aktivis hak wanita yang sering mempersoalkan amalan bersifat pantang larang atau taboo serta pernah menggesa revolusi seks dalam dunia Islam.

Ates berkata, beliau tidak akan membenarkan golo­ngan konservatif agama menafikan hak beliau untuk menjadi seorang Muslim.

Menurut rakaman imej yang dikeluarkan, jemaah di masjid berkenaan solat secara bercampur antara lelaki dan wanita selain imam ber­ucap dalam bahasa tempatan.

Malahan ada juga jemaah wanita yang memakai tudung dan tidak memakai tudung.

Di samping itu, tujuh orang pengasas masjid tersebut berkata, mereka bercadang mahu membuka dewan solat kepada semua golongan termasuk gay dan pengkid. – AFP

dipetik dari © Utusan Melayu (M) Bhd

Ramai yang buat laporan apabila pendedahan dibuat [baca: Jerusalem Jubilee (1967) Lawan Memperingati Nakbah (1948)] tentang perancangan pelampau evangelis Kristian ingin mengadakan majlis di Tanah Air kita sambutan kejayaan Israel menawan kota Jerusalem. Memandangkan banyaknya laporan, maka Menteri Dalam Negeri pun turut membuat kenyataan. Akhirnya, KONON, penganjur membatalkan rancangan mereka untuk mengadakan majlis tersebut pada 15-18 Jun di Melaka.

Umat Islam terus merasa lega. Kita pun mula merasa selesa. Kita tidak sedar apakah pengumuman pembatalan “majlis sambutan rampasan kota Jerusalem oleh rejim zalim Zionis Israel” mungkin hanya satu “red flag”. Hanya helah sahaja? Takkan semudah itu untuk batal.

Akibat rungutan dan bantahan umat Islam, laman sesawang Christianity Malaysia turut telah memadamkan pengumuman majlis tersebut di laman mereka. Tiba-tiba url pautan asal mendapat hasil “404 – page not found“.

Entah sejauh mana siasatan yang telah dilakukan berhubung laporan-laporan pelbagai pertubuhan itu. Apakah ianya terhenti kerana penganjur mengumumkan pembatalan? Yalah, hendak siasat apa lagi kalau sudah batal.

Tidak, penganjuran majlis sedemikian walaupun sudah dibatalkan MESTI diteruskan siasatan. Kerana penganjuran majlis seumpama itu boleh disiasat di bawah Seksyen 121B Kanun Keseksaan. Penganjur MESTI DISIASAT! Mereka sudah ada niat.

121B. Whoever compasses, imagines, invents or intends the deposition or deprivation of the Yang di-Pertuan Agong from the sovereignty of Malaysia or the deprivation or deposition of the Ruler, his heirs or successors, or of the Yang di-Pertua Negeri from the rule of a State, or the overawing by means of criminal force or the show of criminal force the Government of Malaysia or of any State, shall be punished with imprisonment for life and shall also be liable to fine.

Majlis sambutan Jerusalem Jubilee bukan sahaja menyambut kejayaan rejim Zionis Israel merampas Jerusalem 50 tahun lalu dan sempena sambutan 50 tahun penubuhan ASEAN, tetapi ianya juga adalah majlis untuk membina jajaran (aligning) negara-negara “Golden Gate” dengan Jerusalem Jubilee untuk kedatangan King of Glory bagi Kerajaan Kristian Sedunia.

Apa ertinya?

Negara-negara di bawah “Pintu Gerbang Emas” (Golden Gate) – termasuk negara-negara ASEAN, akan dijajarkan untuk hubungan dengan negara Israel melalui Malaysia dengan meletak Malaysia nanti di bawah pemerintahan Kingdom of Glory (Kerajaan Kristian Sedunia) dengan Rajanya ialah “King of Glory” (Tuhan Jesus mereka).

Ini jelas, sudah ada “compasses, imagines, invents or intends the deposition or deprivation of the Yang di-Pertuan Agong from the sovereignty of Malaysia“. [Kanun Keseksaan Sek.121B] Di mana kedudukan YDP Agong apabila Malaysia ditadbir oleh King of Glory mereka?

Jangan kita lupa Tom Hess, salah seorang pengasas gerakan yang menganjurkan Jerusalem Jubilee itu, kerap keluar masuk Malaysia. Pada tahun 2015, dalam majlis sama seperti yang hendak dianjurkan di Melaka tetapi dibuat di Grace Assembly [gereja pemilik Brazil Football Centre], Tom Hess telah menguar-uarkan bahawa pada tahun 1948, asas kepada pembinaan semula Kerajaan David “restoration of the tabernacle of David” telah dilaksanakan dengan terbentuknya negara Israel.

“… in 1948, the promised nation Jerusalem is restored, which is the foundation of the restoration of the tabernacle of David. God is not only restoring this nation, he’s also restoring the church. Since the promised nation’s restoration, Tom has also observed that there was a great outpouring of the Holy Spirit all over the world, pointed out by the book of Acts.”

Dengan sambutan Jubilee sempena 5o tahun rampasan kota Jerusalem serentak dengan 50 tahun Jubilee penubuhan ASEAN maka inilah masanya pula untuk membentuk jajaran bagi pembinaan hubungan antara Israel dengan negara-negara “Golden Gate” melalui Malaysia.

Hubungan ini disebut oleh George Annadorai sebagai “Isiah Highway” yang diberi tanggungjawab kepada orang-orang Cina evangelis Kristian di Tanah Melayu ini. [baca: Paderi Annadorai: Orang-orang Cina Akan Hubungkan Malaysia Dengan Israel]

Baca juga: Rabbi “GANAS” Dibawa Masuk Malaysia Oleh Evangelis Kristian

 

 

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

July 2021
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 359 other followers

Tauhid