You are currently browsing the category archive for the ‘Pelampau Evangelis’ category.

Alhamdulillah hampir seluruh umat Islam bangkit untuk bantah keputusan Trump untuk mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota Israel dan memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat ke Jerusalem.

Tetapi ramai tidak tahu bahawa ianya bukan perkara baru. Keputusan mengiktiraf kota Jerusalem ini sudah lama diluluskan oleh Amerika Syarikat.

Jerusalem Embassy Act (An act to provide for the relocation of the United States Embassy in Israel to Jerusalem, and for other purposes) telah diluluskan sejak tahun 1995 dengan majoriti undian yang sangat besar di Senat dan Kongres.

Cuma bezanya ialah, setiap Presiden Amerika Syarikat sebelum ini memutuskan untuk tangguh perlaksanaan Akta tersebut sehingga suatu persetujuan dicapai berhubung konflik Palestin-Israel.

Maka yang kita nampaklah – berani, jahat dan ganasnya Trump.

Tetapi kita lupa. Atau kita tidak sedar.

Bahawa pelampau Kristian Evangelis di Malaysia sudah lama mengiktiraf Jerusalem dan menyokong Israel merampas kota Baitul Maqdis. Jatuhnya kota suci Baitul Maqdis ke tangan rejim Zionis Israel itu disambut oleh Evangelis di Malaysia.

Malah mereka telah mengaturkan sambutan besar-besaran sempena ulang tahun ke 50 kemenangan Israel dalam Perang 6-Hari pada tahun 1967.

Sambutan Jerusalem Jubilee telah dirancang oleh golongan pelampau Evangelis yang berfahaman Kristian Dominionisme dan juga Kristian Zionis.

Mereka mengadakan sambutan besar-besaran 4 hari (15-18 Jun 2017) di gereja Calvary Life Assembly Chinese Melaka. [Namun selepas menerima pelbagai laporan Polis, mereka tukar dan pindahkan program tersebut ke tempat lain – BACA: Jerusalem Jubilee – Betulkah Mereka Batal? Atau Mereka TUKAR STRATEGI?]

Itulah sikap duri dalam daging yang ada di Tanah Air kita. Dalam pada negara kita bersama dengan Kesatuan Negara-negara Islam (OIC) membantah tindakan Trump, ada golongan pelampau Evangelis Kristian di Malaysia yang melanggar ketetapan negara dengan mereka pula menyokong penuh rejim ganas Zionis Israel.

Itulah sikap sebenar pelampau Evangelis Kristian di Tanah Air kita. Kesetiaan mereka boleh dipersoalkan. Malaysia, negara yang mereka tinggal atau musuh negara, Israel, yang mereka sokong.

Malah, ramai dari pelampau Evangelis Kristian ini sentiasa berulang alik memasuki Israel – sedangkan passport negara kita jelas tertera larangan masuk Israel.

… semenjak isu ini panas kebelakangan ini … ada kita dengar puak Kristian mana yang hentam dan kutuk Presiden Trump? Tahulah kita apakah ada musuh dalam selimut.

Tambahan:

Jerusalem Jubilee (1967) Lawan Memperingati Nakbah (1948)

Malaysia Bakal Mempunyai Hubungan Diplomatik Dengan Israel

Mereka SOKONG ISRAEL! Baca: artikel Bendera Israel Dikibar Di DALAM GEREJA Di Tanah Air Kita !!!

[Tonton video dari sini: Video Bendera Israel Dikibar Dalam Gereja Di Malaysia]

Baca juga hasutan Paderi Annadorai: Orang-orang Cina Akan Hubungkan Malaysia Dengan Israel]

Baca juga: Rabbi “GANAS” Dibawa Masuk Malaysia Oleh Evangelis Kristian

Dua Menara Berkembar Malaysia Mahu DiRUNTUHkan Oleh Pelampau Evangelis Kristian

 

Advertisements

Tajuk asal dari Menara.my ialah – Kalimah ‘Allah’ Sepatutnya Bukan Isu Lagi. Tetapi bagi saya ia bukan sepatutnya, tetapi Kalimah ‘Allah’ Bukan Isu Lagi.

Sebabnya ialah – JELAS, mereka guna hanya untuk strategi KONTEKSTUALISASI.

Baca: Strategi Kontekstualisasi Gerakan Evangelis Kristian [klik]

Baca juga: Apakah Evangelis Kristian Benar-benar Jujur Hendak Guna Kalimah Allah?

BOHONG & JAHAT semata-mata!

Baca petikan laporan Menara.my seterus:

Kuala Lumpur: Isu penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh golongan bukan Islam di negara ini sebenarnya sudah lama selesai dan sepatutnya tidak menjadi isu lagi, tulis seorang aktivis peguam tempatan.

Faidhur Rahman Abdul Hadi, seorang aktivis kolektif Young Professionals berpandangan bahawa tindakan mana-mana pihak yang cuba membangkitkan isu ini adalah tidak wajar kerana seawal 1986 lagi terdapat larangan yang telah diwartakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan kalimah ‘Allah’ untuk bukan Islam dan larangan ini telah dijadikan undang-undang peringkat negeri di semua negeri kecuali Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

Di Selangor, ia diluluskan sebagai Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Bukan Islam) 1988. Beliau turut memetik rayuan kes Catholic Church yang ditolak pada tahun 2013 kerana kalimah ‘Allah’ bukan sebahagian daripada amalan agama Kristian.

“The Court of Appeal in 2013 subsequently reversed this position and held Christians had no right to use of the word. Among others, the appellant court reasoned that the term ‘Allah’ is not an integral part of Christianity since it was never used at all in any Christian Bible in any language, not even Malay. Since the word is not a part of Christianity, prohibiting its use by Christians did not amount to denying them freedom of religion. An attempt to appeal this decision by the Catholic Church was dismissed in 2014,” tulis beliau.

Sidang Injil Borneo (SIB) baru-baru ini mahu pihak kerajaan mendedahkan dokumen yang menjadi titik tolak kenapa adanya larangan kepada pengunaan kalimah ‘Allah’ oleh orang bukan Islam.

Dalam perkembangan kes Jill Ireland Lawrence, Mahkamah Tinggi mengarahkan pihak kerajaan menyediakan satu laporan pakar berkenaan dengan larangan pengunaan kalimah ‘Allah’ oleh orang bukan Islam.

“Jadi, persoalan yang cuba ditimbulkan oleh Sidang Injil Borneo (SIB) dan Jill Ireland Lawrence, sama ada mereka berhak untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai sebahagian daripada amalan beragama mereka sebenarnya telah pun dijawab, mereka tiada hak, kerana kalimah ‘Allah’ bukanlah sebahagian daripada amalan beragama mereka,” komen beliau lagi.

Tulis Faidhur Rahman, hakikatnya sistem keadilan Malaysia memakai maxim Latin stare decisis atau duluan mengikat dan res judicata yang menekankan pengakhiran perkara yang telah diputuskan.

Maka persoalannya, “So why, in the case of SIB, are our courts still considering a question that has already been answered?”

Kuala Lumpur (menara.my): Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa dokumen yang digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menyokong pengharaman gereja daripada menggunakan kalimah ‘Allah’ adalah tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) dan tidak perlu didedahkan seperti yang diminta Gereja Sabah.

Peguam bagi pihak kerajaan Shamsul Bolhassan berkata Hakim Nor Bee Ariffin memutuskan bahawa tidak ada keperluan untuk berbuat demikian dalam permohonan semakan kehakiman.

“Isu ini boleh diputuskan berdasarkan afidavit dan dokumen-dokumen yang ada yang dipamerkan dalam kes itu,” kata Shamsul sambil memetik alasan hakim untuk menafikan permohonan itu.

Nor Bee membuat keputusan di kamarnya. Shamsul berkata pengurusan kes akan diadakan pada 1 November untuk menetapkan tarikh untuk mendengar merit kes itu.

Seperti yang dilaporkan sebuah portal, Gereja Sabah meminta mahkamah memerintahkan supaya kerajaan mendedahkan dokumen yang digunakan untuk menyokong larangan kerajaan terhadap orang bukan Islam daripada menggunakan kalimah ‘Allah’, tetapi kerajaan membantah dengan mengatakan dokumen tersebut adalah “rahsia rasmi”.

Peguam Sidang Injil Borneo (SIB) Lim Heng Seng berhujah bahawa kerajaan perlu mendedahkan maklumat yang berkaitan dengan larangan asalnya pada tahun 1986 dengan perkataan “Allah” ke atas penerbitan bukan Islam.

Lim berkata larangan ini merupakan punca utama masalah yang sentiasa berulang yang dihadapi oleh orang Kristian yang menggunakan Bahasa Malaysia yang telah menggunakan perkataan “Allah” selama beratus-ratus tahun.

Shamsul berhujah bahawa dokumen yang dicari oleh SIB jatuh di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).

Pada 2013 Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, yang mengetuai panel tiga anggota, berkata mahkamah mendapati kalimah ‘Allah’ tidak pernah menjadi bahagian penting dalam amalan kepercayaan agama Kristian.

Katanya dengan mengambil fakta sejarah dan keagamaan, beliau tidak menemukan sebarang sebab munasabah kenapa Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur “berkeras” untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mingguan itu.

Dalam Bahasa Malaysia, kata ganti ‘God’ ialah ‘Tuhan’. Manakala ‘Allah’ adalah kata nama khas bagi Tuhan orang-orang Islam di Malaysia. Berbeza dengan Arab Koptik, penduduk pribumi Borneo mempunyai berpuluh dialek suku-suku yang berbeza dan tidak ada satu pun daripada mereka berbahasa Arab.

sumber: https://www.menara.my/kalimah-allah-rahsia-rasmi-sib-kalah/

Pelampau evangelis Kristian mengguna ayat 82 dari surah Al-Maaidah sebagai salah satu ayat untuk mendekati mangsa sasaran orang Islam. Mereka mengguna ayat-ayat dari Al-Quran untuk menipu mangsa mereka.

Dalam kaedah CAMEL (CAMEL Method), pendakyah Kristian tidak lagi mengguna Bible untuk menarik orang Islam. Bagi mereka, Bible itu menjadi penghalang (barrier) untuk orang Islam menerima ajakan mereka. Maka, ayat-ayat Al-Quran yang mereka guna dianggap sebagai jambatan (bridge) untuk mereka mendekati orang Islam dan orang Islam akan lebih selesa dengan ayat-ayat Al-Quran berbanding dengan mengguna Bible.

Strategi hasutan dan tipu helah kaedah CAMEL ini adalah kaedah terbaru yang mereka hasilkan untuk memurtadkan orang-orang Islam yang tidak mendalami asas dan ilmu agama mereka. Kaedah ini adalah khusus untuk menipu orang-orang Islam. Kaedah ini adalah sangat berkesan terutama jika pendakyah Melayu (pendakyah yang asalnya Muslim – MBB) sendiri yang menggunanya.

[baca lanjut – MBB – Muslim Background Believer]

Umumnya bagi orang awam, apabila ada orang yang mendekatinya untuk berhujah berkenaan agama dengan membawa Bible, mereka akan rasa tidak selesa atau lazimnya mungkin menimbulkan persoalan bahawa orang tersebut telah sesat atau mungkin telah murtad serta ingin mendakyahnya untuk masuk Kristian. Ini merupakan suatu halangan untuk pendakyah Kristian.

Namun, apabila “pendakyah Kristian” (yang tidak menunjukkan identitinya sebagai missionari) bercakap pasal ayat-ayat Al-Quran, orang-orang Islam akan lebih terbuka untuk menerima dan meneruskan perbincangan. Apabila pancing ini sudah diterima, maka, pendakyah Kristian itu (seorang Islam yang telah murtad – MBB) akan mula menyusun hujah-hujah yang sudah dilatih dengan menggunakan beberapa petikan ayat yang sudah mereka pilih-pilih untuk diselewengkan tafsirannya.

[baca juga: Dakyah Kristianisasi Mengguna Ayat-ayat Al Quran Untuk Menipu dan Mempengaruhi Orang Islam]

Biasanya, masyarakat awam yang kurang ilmu asas agama, terutama anak-anak muda yang hanya belajar agama setakat di sekolah sekadar untuk lulus peperiksaan, tidak mempunyai sandaran hujah untuk menangkis tipu helah dusta pendakyah Kristian. Pendakyah-pendakyah ini telah dilatih dengan pelbagai selok belok hujah untuk menjawab pelbagai kemungkinan jawapan dari mangsa.

Di antara kaedahnya yang diguna ialah memetik ayat-ayat dari surah Yunus:94, Al-Maaidah:82, An Nisaa:136 dan Al An’aam:115 (sebagai contoh).

Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasraniyang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong. 5:82

Dalam menghujahkan ayat Al-Maaidah:82, di atas, mereka akan mengatakan kenapa kita perlu benci dengan orang Kristian, sebab dalam Al-Quran sebut bahawa “orang Nasrani dekat sekali mesranya dengan orang Islam. Orang Nasrani itu orang Kristian. Quran sebut mereka baik dengan kita!

Bagi mangsa yang kurang asas ilmu agama akan mudah terpedaya. Sedangkan ayat tersebut bersambung kisahnya dengan ayat seterusnya, ayat 83. Disebut siapakah orang Nasrani tersebut.

Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w). 5:83

Ayat ini berkisar kisah Raja Najasi Habsah yang menangis gembira apabila mengetahui bahawa di dalam Injil disebut tentang kedatangan Nabi akhir zaman, Muhammad s.a.w., dan Raja Najasi ini memeluk agama Islam. Ini kerana pendita-pendita mereka “tidak berlaku sombong”. Mereka jujur dengan kebenaran kisah Nabi akhir zaman yang telah jelas ada di dalam kitab Injil.

Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku – bernama: Ahmad”. Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!” 61:6

Malangnya, ayat 82 surah Al Maaidah turut diguna oleh orang Islam sendiri untuk mesra dengan orang Kristian dan menjustifikasikan kerja jahat pelampau evangelis Kristian. Asri MAZA dipetik Malaysian Insider menyebut “Orang yang dekat dengan Muslim ialah Kristian. Al-Quran kata kamu akan dapati orang yang paling dekat perasaan sayangnya pada orang Islam itu adalah Kristian” (MalaysianInsider 17 Mei 2014).

Pagi ini berbelas mesej WhatsApp yang masuk ingin pengesahan tentang gambar seorang lelaki Melayu yang memakai kopiah tetapi turut memakai rantai salib. Dan pelbagai grup WhatsApp turut menular gambar yang sama – mengaitkan paderi Melayu Kristian sudah masuk Malaysia untuk berdakyah.

Tidak dapat saya jawab segera kerana pembentangan di Masjid Wilayah Persekutuan pagi tadi dan kemudian memandu untuk sesi berikutnya.

Ingin saya SAHkan bahawa gambar yang tular tersebut, berdasarkan pengakuan di FB, ialah penama Khairon bin Omar. Beliau telah mengaku sebagai Kristian, serta telah melakukan kerja-kerja missionarinya. Ya, dari Singapura.

Saya paparkan beberapa petikan dari FBnya sendiri di bawah untuk makluman pembaca.

Telah lama saya berbicara isu ini tetapi ada sesetengah orang kita memperkecilkan pendedahan-pendedahan yang dibuat, malah di Malaysia sendiri sudah ribuan lagi Melayu yang sudah Kristian tetapi masih kita ingat mereka seorang Muslim kerana masih solat seperti kita. [Baca: Ramai Kristian Melayu Rahsiakan Identiti Mereka]

[… dan Sembah Kepada JESUS Dalam MASJID]

 

Suatu yang mustahil apabila penjenayah ditangkap, mereka dengan mudah mengaku bahawa merekalah penjenayah. Mustahil juga mereka dengan mudah menunjukkan segala bahan bukti. ITULAH SIFAT PENJENAYAH.

[baca: Mengapa Evangelis Kristian “GANAS” Gemar Dijemput Ke Malaysia?]

Apabila terdedah bahawa seorang pastor Pelampau Evangelis menyeru orang Kristian untuk serang dan tawan Tanah Air ini, majalah Kristian, Christianity Malaysia, cepat-cepat buangkan bahan bukti yang merupakan kenyataan Pastor Afeef Halasah yang pernah disiar mereka pada 8hb April 2016.

Kenapa mereka buang? Apakah mereka sudah tahu mereka BERSALAH dan mahu LUPUSKAN bahan bukti?

[boleh baca: Evangelis sudah boleh ditangkap dan didakwa]

Apakah apabila mereka sudah kantoi, kini mereka hendak menafikan sikap RADIKAL evangelis Kristian ini?

Apakah tidak apa penganut Kristian yang benci dengan keganasan sebegini? Orang-orang Kristian yang cintakan kedamaian, mereka MESTI tolak sikap RADIKAL PELAMPAU EVANGELIS sebegini.

Sebagai warganegara Persekutuan Malaysia, anda mesti sedar bahawa Perlembagaan Persekutuan menetapkan anda hanya boleh mengamalkan agama anda jika anda jaga “aman dan damai” seperti mana termaktub dalam Perkara 3 Fasal 1:

3. (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

3. (1) islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation

Mengapa Christianity Malaysia selalu sembunyikan bukti? – baca: Kenapa ChristianityMalaysia Padamkan Banyak Post?

Terus membaca lagi …

Pagi ini, ada yang hangat bincang pertikaikan siri pendedahan-pendedahan yang saya buat. Ada yang tidak puas hati dengan pendedahan saya.

Ada seorang kirim … “you dah bankrap idea ni.” … hmmm … kalau rasa idea saya bankrap kenapa baca?

Malah pernah seorang yang bergelar “Baba” (atau Ustaz) komen di FB saya suatu ketika dahulu mengatakan bahawa seminar yang kami adakan pada masa itu [Wacana Agenda Kristian Se Dunia 2013] ialah “program UMNO untuk orang melayu tinggalkan Hukum Allah” – أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ

[Lihat sebelah ->]

Untunglah UMNO dapat kredit kerja orang lain. Kenapa mendedahkan perancangan jahat pelampau evangelis Kristian mesti parti UMNO?

Ada juga mengatakan pendedahan-pendedahan yang saya buat ini kerja yang tidak berfaedah.

Perbincangan kami pagi tadi bermula tentang isu kalimah Allah dan saya pertegaskan bahawa kesungguhan evangelis Kristian hendak guna (atau lebih kepada SALAH GUNA) kalimah Allah itu ialah semata-mata kerana mahu sesatkan orang kita, khususnya orang Melayu.

[Untuk orang Hindu, mereka guna ISWAR. Baca: Nama Tuhan Kristian Ialah ISWAR? Bukan Jesus dan Bukan Allah?]

Sebenarnya mereka benci nama Allah. Baca: Evangelis Kristian Benci dan Hina Nama ALLAH. Kalimah Allah hanya mahu diguna sebagai alat kontekstualisasi mereka untuk murtadkan orang Islam.

Kontekstualisasi adalah cara mereka mengubahsuaikan agama mereka mengikut istilah-istilah dan adat budaya setempat. Agama mereka ini boleh diubah-ubah. Bible mereka boleh diubah-ubah.

JELAS! Baca petikan di bawah:

“Pada setiap ketika kita tidak sepenuhnya kontekstualkan terjemahan Bible, kita memasukkan racun yang membuat terjemahan Bible itu kurang menarik dan melemahkan kekuatannya untuk menembusi masyarakat Islam.”
(At every point we fail to fully contextualize translation of the Bible, we inject it with poison that renders it less appealing and weakens its power to penetrate Islamic society.)

[Harley Talman, Islam, Once a Hopeless Frontier, Now? Comprehensive Contextualization, IJFM]

Bermakna …. KONTEKSTUALISASI ini semacam WAJIB mereka guna.

Begitulah JAHAT dan HALUSnya tipu helah missionari Kristian untuk murtadkan orang Islam … hinggakan orang Melayu murtad seolah-olah masih Muslim, cuma percaya kepada Tuhan Jesus, tetapi pakaian, amalan harian – kekal seperti Melayu Islam lain.

Instead of … making Muslims into Christians, we need to encourage and enable believers to continue their identification with their community as “Muslims,” but express their allegiance to Christ in Islamic terms and forms.

Baca: Ubah Suai Agama Kristian Untuk Orang Melayu

Awasilah ahli keluarga kita, sahabat handai kita. Moga dijauhi dari kesesatan ini.

Silalah baca kumpulan tulisan dari blog ini berkaitan isu-isu Kristianisasi:

 

Huruf “A” pada logo Pakatan harApan bermaksud “GUNUNG”, kata Dr. M semasa pelancaran logo mereka. Dalam temubual selepas sesi tersebut, Wan Azizah turut mengesahkan bahawa simbol huruf “A” pada logo itu juga bermaksud “GUNUNG”.

Pelampau evangelis Kristian juga mempunyai mandat untuk merampas “tujuh gunung” (Seven Mountains Mandate) . Tujuh Gunung Yang Mahu Dikuasai Evangelis Kristian adalah perjuangan pelampau evangelis Kristian Dominionisme yang mahukan negara kita dijadikan negara Kristian.

Dari tulisan, laporan, ucapan, video dan pelbagai bahan bukti jelas bahawa mereka telah pun meletakkan sasaran-sasaran yang terkandung dalam tujuh sektor/bidang yang disebut dalam “Seven Mountain Mandate” (Mandat Tujuh Gunung) ke atas Tanah Air ini.

Merampas dan mendominasikan kekuasan mereka ke atas semua tujuh sektor ini adalah syarat wajib untuk mereka mendirikan negara Kristian bagi kedatangan “Raja Agong” (King of Glory) yang akan memerintah “Kerajaan Tuhan” (Kingdom of God). Kesungguhan evangelis Kristian melaksanakan perancangan ini jelas dengan pelbagai program dan aktiviti yang bertali arus ke arah ini.

Program-program yang disebut sebagai siri “All Nation Convocation” jelas untuk menyediakan Malaysia tunduk di bawah kerajaan “Raja Agong” yang berpusat di Jerusalem. Dalam tidak kurang lapan program dari  siri majlis seumpama itu yang telah dilaksanakan, semua tema dan slogannya menjurus kepada “Paving the Way for the King of Glory” – yakni menyediakan Malaysia ini untuk kedatangan “Raja Agong”/Jesus Christ mereka.

Salah seorang paderi kanan yang terlibat sama dalam majlis-majlis seperti ini, Henry Pillai, mengatakan bahawa Malaysia hari ini dalam kegelapan malam. Yang menyinari malam ialah cahaya bulan, dan bulan itu adalah simbolik kepada pemerintahan Islam ke atas Malaysia. Dia mengatakan sudah sampai masa untuk malam bertukar menjadi siang – memberi rujukan bahawa kerajaan Kristian akan menerangi bumi Tanah Air kita.

Dan kerajaan itu sendiri sememangnya adalah salah satu sektor/bidang “tujuh gunung” yang mahu dirampas oleh pelampau evangelis Kristian. Ungkapan hasrat mereka mahu merampas kerajaan sering kali ulang laungkan.

Dengan hasrat mengunung untuk menjatuhkan kerajaan Islam yang ada, pelampau evangelis Kristian akan sanggup berganding dengan “bidak-bidak” yang tidak sedar percaturan yang dilakukan oleh pemain catur di belakang tabir. Orang-orang Islam yang dipergunakan merasa bangga apabila mereka mendapat tempat, peranan dan ganjaran bagi melaksanakan untuk kerja-kerja pelampau evangelis Kristian.

Mereka bebal dalam politik. Diperguna musuh untuk meruntuhkan kedaulatan Islam di Tanah Air ini. Sesungguhnya mereka bebal.

Konsep yang disebut sebagai “Seven Mountains Mandate” (Mandat Tujuh Gunung) adalah suatu ramalan yang mengatakan bahawa sebelum Jesus Christ turun untuk kali kedua (Jesus second coming) kesemua tujuh bidang/sektor ini mesti ditawan. Hanya selepas semua tujuh bidang/sektor ini dikuasai oleh Kerajaan Tuhan Agong (Kind of Glory), barulah Jesus akan kembali memimpin dunia.

Pendekatan ini adalah dimulakan sekitar tahun 1970an oleh kumpulan gereja  Charismatic Pentecostal.

Tujuh bidang/sektor (“gunung”) tersebut ialah”

1) Pendidikan (Education)
2) Agama (Religion)
3) Keluarga (Family)
4) Perniagaan (Business)
5) Kerajaan (Government)
6) Seni/Hiburan (Arts/Entertainment)
7) Media

Kesemua tujuh bidang dalam masyarakat ini dianggap mampu membentuk pemikiran dan tindakan masyarakat. Maka, amat penting untuk menguasai masyarakat, ketujuh-tujuh “gunung” ini mesti ditawan dan dikuasai.

Penguasaan tujuh “gunung” sektor ini adalah asas kepada fahaman Kristian Dominionisme. Mereka mengambil ayat Kitab Kejadian 1:28 (Genesis 1:28) sebagai alasan mandat untuk orang Kristian menguasai segala di bumi ini, termasuk bidang kehidupan yang dianggap “sekular”:

And God blessed them, and God said unto them, Be fruitful, and multiply, and replenish the earth, and subdue it: and have dominion over the fish of the sea, and over the fowl of the air, and over every living thing that moveth upon the earth.

Malah gerakan “New Apostolic Reformation” (NAR), yang mempunyai nabi-nabi yang mereka lantik sendiri, menguasai gerakan “tujuh gunung” ini melalui cara mereka sendiri menerima “mimpi”, mendapat “visi” dan “bercakap” dengan Tuhan serta menafsirkan Bible itu mengikut kehendak mereka dan gerakan mereka.

Gerakan berasaskan mandat tujuh bidang (gunung) ini menganggap sebagai kewajipan untuk semua orang Kristian menawan dunia ini untuk kerajaan Kristian Sedunia yang disebut sebagai Kerajaan Agong (Kingdom of Glory) di bawah daulat Raja Agong Jesus Christ (King of Glory). Dan ini mereka guna ayat dari Kitab Isaiah 2:2 bagi merujuk prinsip “Mandat Tujuh Gunung” bagi fahaman Kristian Dominionisme.

And it shall come to pass in the last days, that the mountain of the LORD’S house shall be established in the top of the mountains, and shall be exalted above the hills; and all nations shall flow unto it.

Gerakan New Apostolic Reformation ini membawa kepada suasana alaf baru dalam gereja-gereja dipimpin oleh nabi-nabi yang dilantik ini dan tidak lagi tertumpu kepada pengkhususan pecahan denominasi. Dan para nabi ini menerima pesanan/arahan dari Tuhan secara langsung. [ini yang kerap kita akan dengar dalam syarahan-syarahan paderi Kristian sebegini] Malah sesetengah mereka ini ada yang mengguna ilmu mistik untuk mempengaruhi pengikut mereka supaya terasa kagum dengan kebolehan mereka.

Namun, tidak semua fahaman Kristian menerima dan bersama dengan sikap radikal pelampau evangelis Kristian sebegini. Ramai juga menganggap kesesatan yang dibawa oleh kumpulan radikal seperti ini jauh tersasar dengan tafsiran-tafsiran ajaran Kristian mereka sendiri.

Bersambung … HarApan Tujuh Gunung Evangelis Kristian Terlaksana?

  • nota – saya mengguna KJV Bible untuk terjemahan Inggeris sebagai rujukan dalam tulisan ini.

 

Kenapakah Gambar “Pastor Victor” Sentiasa Dirahsiakan? Sungguh hairan sekali. Setiap kali ada liputan dalam media-media Kristian yang menyiarkan gambar “Pastor Victor” yang mahukan Bangsa Johor Dimurtadkan Satu Persatu, gambarnya akan dipadam/kaburkan.

Namun, setelah saya membuat rayuan, lebih sebulan lalu, untuk sesiapa yang mempunyai maklumat atau gambar berkenaan “Pastor ‘Misteri’ Victor”supaya kongsikan, saya telah menerima banyak respons:

Sesiapa yang ada gambar penuh Pastor “Misteri” Victor boleh share? Kalau segan hendak hantar secara terbuka boleh hantar secara rahsia melalui “inbox”/”messenger” di FB page saya: www.facebook.com/akarimomarpage/

Sebahagian dari himpunan gambar yang saya terima saya gabungkan dan kongsikan di bawah. Ada yang gambar yang saya agak kurang tepat, ada yang terlalu samar untuk dipastikan, dan banyak juga yang sama dikirim. Ada juga gambar-gambar yang kurang sesuai untuk disiarkan.

Namun, yang masih menjadi persoalannya ialah kenapa identiti “Pastor ‘misteri’ Victor” ini sentiasa dirahsiakan?

Apakah besar sangat peranannya dalam memurtadkan orang-orang Melayu Islam? Apakah dia mempunyai tugas dan tanggungjawab penting?

Siapa sebenarnya Pastor “misteri” Victor ini, sehingga begitu penting untuk rahsiakannya? Kita cuba bongkar lagi identiti dan tugas/peranan sebenarnya dalam kiriman-kiriman akan inshaAllah.

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Effective Islamic Parenting

December 2017
M T W T F S S
« Nov    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 286 other followers

Tauhid