You are currently browsing the category archive for the ‘Universal Periodic Review-UPR’ category.

Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua pembaca.

stats-pascaUPR2-31Mac2014s (800x540)Kiriman di blog ini bertajuk Pasca UPR ke 2: Ancaman Lagi Besar Sedang Mendatang pada 21 Mac 2014 telah mencapai lebih 70,000 “hits” sehingga pagi ini. Artikel ini melaporkan apa yang telah berlaku pada sesi Penerimaan Muktamad di sidang UPR untuk negara kita pada 20 Mac 2014 di Geneva.

Walaupun Kerajaan bertegas menolak tuntutan-tuntutan melampau Comango, namun kita dapat lihat bahawa cabaran di masa akan datang tidak semudah lagi. Gerombolan musuh telah memberi tekanan sangat hebat ke atas Tanah Air kita kali ini dan sudah pastinya mereka akan menambahkan lagi perancangan jahat mereka serta mengerakkan segala kekuatan untuk kerajaan kita tunduk kepada serangan anasir luar ini.

artikel - PascaUPR2

Klik untuk baca kiriman tersebut

Capaian yang tinggi begini bermakna ramai di antara kita yang peka dengan ancaman musuh ini dan bantu menyebarkan luaskan lagi supaya saudara mara dan sahabat handai kita tahu agenda jahat anasir luar yang ingin merosakkan aqidah dan memporak perandakan Tanah Air kita.

 

Namun, bilangan 70,000 ini tidak sampai 0.5% dari orang Islam di negara kita ini. Bermakna masih ramai lagi yang tidak tahu ancaman Comango dan rakan-rakan sekutu mereka. Teruskan usaha menyedarkan saudara mara dan sahabat handai.

 

*****************

Bahan-bahan rujukan lain UPR:

Video: Taklimat Proses UPR dan Ancaman Tuntutan COMANGO Oleh Sdr. Azril Mohd Amin

 

UN-Geneva-UPRSESI pembentangan Malaysia dalam proses semakan berkala (UPR) di Geneva telah berlalu. Proses seterusnya adalah dijangkakan pada tahun 2017.

Alhamdulillah, kerajaan Malaysia telah menyatakan maklum balas yang cukup meyakinkan khasnya dalam mempertahankan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan, selain dengan jelas menolak cadangan beberapa buah negara anggota supaya Malaysia menandatangani beberapa perjanjian (covenant) antarabangsa dan juga mengiktiraf hak-hak LGBT (singkatan bagi Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).

Antara negara yang terang-terang meminta supaya Malaysia mengiktiraf LGBT ialah Belanda, Kanada dan Argentina, selain itu juga bebebarapa buah NGO luar dan dalam negara mendesak agar Malaysia dan kerajaannya mengiktiraf golongan-golongan pengamal seks songsang ini melalui kenyataan-kenyataan seperti “…regrets Malaysia rejection of all recommendations related to sexual orientation and gender identity. Carnal intercourse against the order of nature is punished with imprisonment and whipping…Criminalisation of same sex conduct encourages and reinforces intolerance, abuse, discrimination and marginalisation – leading to an overall destabilisation of society…”

Walaupun pendirian Malaysia sudah jelas dalam hal yang berkaitan dengan LGBT, namun pihak Comango masih belum berdiam diri. Pada 21 Mac 2014, iaitu sehari selepas Malaysia membentangkan pendiriannya di HRC, pihak Comango telah mengadakan satu acara sampingan di Geneva. Antara yang berucap ialah wakil penganjur Seksualiti Merdeka, Thilaga Sulathireh, yang menyentuh isu LGBT ini secara terbuka malah menuduh pihak polis dan pihak berkuasa agama bertindak ganas terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender.

Thilaga memanipulasi isu ini apabila menuduh pihak berkuasa dan autoriti agama dengan perbuatan ‘mendiskriminasi’ golongan LGBT, sedangkan mereka berselindung di sebalik isu ini, dengan bermatlamat akhir untuk mendapat pengiktirafan perlakuan homoseksual secara bebas dan perkahwinan sesama jenis.

Pihak Comango dalam laporan mereka kepada proses kedua UPR Malaysia, dengan jelas menyatakan tuntutan mereka tentang hak LGBT yang mana mereka menyatakan bahawa “Malaysia refuses to recognise SOGI rights as human rights. Lesbians, bisexuals, gays, transgendered, inter-sexed and queer persons (LGBTIQ) are vilified, faced violence…” dengan memetik insiden-insiden seperti serbuan terhadap sebuah pusat mengurut yang menawarkan khidmat kepada golongan songsang ini, selain menuntut agar Malaysia mengkaji, meminda dan memansuhkan undang-undangnya agar mematuhi prinsip-prinsip Yogyakarta. Tindakan ini juga selari dengan tekanan-tekanan antarabangsa di UPR yang mengesyorkan agar Malaysia memulakan proses memansuhkan elemen-elemen perundangan Seksyen 377A, Seksyen 377B, dan Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang menyifatkan amalan seks di luar tabii itu sebagai perbuatan jenayah.

Saya percaya bahawa umumnya, masyarakat kini telah terdedah dan mengetahui akan polemik serta ancaman tuntutan hak asasi manusia yang dibawa oleh Comango pada sesi UPR Malaysia yang kedua ini (sesi pertama telah diadakan pada 2009). Namun mungkin juga terdapat pertanyaan dalam kalangan masyarakat tentang apakah itu LGBT, SOGI dan kini, Prinsip Yogyakarta?

Seksualiti-MerdekaKesinambungan kepada LGBT ini, telah wujud dasar SOGI (Sexual Orientation and Gender Identity) yang memperjuangkan kebebasan bagi mereka yang mengamalkan perhubungan seks songsang, semuanya di atas nama hak asasi manusia.

Bagi kelangsungan perjuangan mereka, suatu pertemuan kumpulan-kumpulan pakar hak asasi manusia telah diadakan di Yogyakarta pada 2006. Menurut mereka, sebagai suatu bentuk respons terhadap apa yang dirasakan sebagai pola penderaan dan penindasan terhadap golongan ini, maka diilhamkan Prinsip Yogyakarta 2006. Di dalamnya terkandung prinsip-prinsip hak asasi manusia yang bersifat ‘sejagat,’ mematuhi dan menuruti piawaian undang-undang antarabangsa yang mana kesemua negara di dunia ini harus patuhi. Setakat kini, dalam kerancakan dunia mencanang penerimaan budaya seks songsang ini sebagai satu bentuk hak asasi manusia, tinggal 76 negara sahaja yang tidak mengiktiraf homoseksualiti dan mengkategorikannya sebagai unsur jenayah.

Umat Islam di dunia kini, yang mengakui beriman kepada Allah dan berpegang pada al-Quran dan as-Sunnah, seharusnya menentang gerakan untuk membenarkan, mengiktiraf dan mempromosikan kegiatan mungkar ini. Malahan, penentangan ini juga tidak terhad kepada agama Islam memandangkan tidak wujud mana-mana agama lain yang mengiktiraf budaya dan kelakuan homoseksual ini.

Akhir tahun lalu, Mahkamah India telah menarik kembali pengiktirafannya terhadap LGBT dan penentangan ini bukan sahaja terdiri daripada umat Islam, bahkan juga penganut Hindu, Kristian berserta aktivis-aktivis lain. Keputusan yang sama juga dilihat di Australia. Keputusan-keputusan sebegini memberi harapan bahawasanya masih wujud nilai-nilai moral di negara-negara lain selain polemik yang timbul dalam kalangan mereka sendiri apabila aktivis-aktivis hak asasi manusia ini mahukan hak perlakuan beastiality (hubungan intim bersama haiwan seperti anjing dan kambing) seperti yang diperjuangkan oleh sebuah organisasi bernama Equality For All (EFA). Polemik juga timbul ekoran keputusan senat Amerika meluluskan undang-undang membenarkan askar-askarnya untuk bukan sahaja berperilaku homoseksual tetapi beastiality juga.

Merujuk kepada al-Quran sendiri dan pendirian Islam terhadap seks luar tabii, Allah telah menerangkan akan laknat-Nya terhadap kaum Nabi Lut (a.s) yang melakukan perbuatan-perbuatan terkutuk (homoseksual), yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kaum sebelum itu dalam Surah al-‘Ankabut, ayat 28-29.

Kisah kehancuran kaum Nabi Luth a.s ini juga telah dimaktubkan dalam al-Quran (Surah Hud, ayat 82) yang berbunyi: “Maka apabila datang (masa pelaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu daripada tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.”

Persoalannya, adakah sanggup bagi seseorang Muslim untuk kita menidakkan perintah Allah SWT setelah datangnya peringatan daripada Rasulullah SAW, dan adakah kita lebih gagah daripada kaum Nabi Luth a.s? Di sini, saya amat tertarik dengan kenyataan seorang pendakwah terkenal iaitu Mufti Ismail Menk, dalam satu ceramahnya, telah menyatakan bahawa jika umat terdahulu melakukan satu jenis kemungkaran atau kemaksiatan, namun umat masa kini seperti berlumba-lumba melakukan kesemua kemungkaran dan kemaksiatan yang telah dinyatakan dalam al-Quran. Sesungguhnya, Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang berbunyi, “Dari Jabir r.a., Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya yang paling aku takuti (menimpa) umatku ialah perbuatan kaum Luth.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Dalam hal ini, adalah amat wajar bagi umat Islam, dalam melaksanakan kewajiban al-amr ma‘ruf nahi munkar, selain bangkit untuk menentang gerakan fahaman hak asasi manusia yang bersifat sekular ini secara ilmiah, untuk juga mengamalkan pendekatan prinsip Sad al Zaraie dalam fiqh Islam (yakni menutup jalan yang boleh membawa keburukan).

Melihat kepada konteks ini, kita amat berterima kasih di atas usaha-usaha pihak kerajaan dan juga masyarakat setempat (baik persatuan guru dan lain-lain) dalam usaha mendidik para guru dan ibu bapa mengenal pasti anak-anak yang cenderung ke arah tersebut, selain usaha mendekati dan memulihkan golongan yang terjerumus dalam kancah seks songsang.

Antara cadangan usaha itu ialah diwujudkan dana untuk tujuan kaji selidik mengenal pasti dan mencegah fahaman luar tabii selain menyekat penularan budaya mempromosikan budaya lelaki menjadi perempuan dan seangkatannya, yang kian hari kian galak dilakukan.

Selain itu, kita berharap dengan adanya kerjasama yang erat antara pihak-pihak yang prihatin, dapat dibentuk sebuah gerak kerja mantap dalam menyelidiki dan seterusnya menentang serta mencegah penularan fahaman-fahaman atas hak asasi manusia yang dikatakan sebagai agama sekular dunia moden, yang mengancam nilai-nilai agama, secara ilmiah dan bersepadu. Ini kerana, pada hemat saya, kita amat bernasib baik pada kali ini selain usaha-usaha ini juga tidak akan terhenti di sini, sesuai dengan firman Allah yang berbunyi:

“Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (daripada menjalani) jalan-Mu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.” (Surah Al- A’raf; ayat 16-17).

oleh: NASHARUDIN MAT ISA

sumber: © Utusan Melayu (M) Bhd

MUSLIMpro official logo

KENYATAAN MEDIA

DELEGASI PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ISLAM KE SEMAKAN BERKALA SEJAGAT KE GENEVA, SWITZERLAND (MUSLIMUPRO)

 

27 Mac 2014 bersamaan 25 Jamadil Awal 1435

 

Sesi penerimaan muktamad (final adoption) bagi Malaysia di pusingan kedua Semakan Berkala Sejagat (Universal Periodic Review – UPR) di Majlis Hak Asasi Manusia, Geneva, Switzerland telah selesai pada 20 Mac 2014 dengan 150 iaitu 2/3 dari keseluruhan syor-syor diterima secara penuh atau secara prinsip manakala baki syor-syor ditolak Kerajaan Malaysia. Pihak MuslimUPRo ingin sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia, khususnya kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, yang telah menzahirkan penegasan terhadap tuntutan-tuntutan Hak Asasi Manusia (HAM) bersifat kontroversi, tetapi pada masa yang sama mengambil inisiatif untuk memperbaiki keadaan HAM di Malaysia menurut kerangka Perlembagaan Persekutuan dan realiti agama, budaya dan sejarah Negara.

Delegasi MuslimUPRo seramai enam orang telahpun selamat kembali ke tanahair. MuslimUPRo ingin menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas taufiq dan inayahNya untuk kami menyuarakan kegusanan umat Islam terhadap beberapa tuntutan tidak munasabah HAM, melalui siri lobi, pertemuan serta perbincangan dengan wakil-wakil misi asing dan NGO-NGO HAM di Geneva. Usaha kecil MuslimUPro ini adalah berkat doa, sokongan serta sumbangan pelbagai pihak, khususnya pertubuhan-pertubuhan Islam (NGI) apabila kesedaran mengenai isu-isu yang melatari HAM ini mulai tercetus, khususnya semenjak 1 Mac 2012 susulan penyataan keprihatinan NGI terhadap Resolusi 17/19 PBB mengenai Hak-hak berdasarkan SOGI.

Semasa di Geneva, kekhuatiran MuslimUPRo telah dilupuskan dengan pendirian beranggungjawab Kerajaan Malaysia menolak tuntutan-tuntutan tidak munasabah khususnya enam perkara utama yang menjadi pemusatan keprihatinan MuslimUPRo. Kami bersyukur, walaupun dengan beberapa kelemahan situasi HAM yang wujud dan boleh diperbaiki, bahawa secara keseluruhannya Malaysia tegas mempertahankan HAM tanpa berkompromi dengan asas-asas utama Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara 3(1) berhubung keistimewaan kedudukan Islam sebagai agama Negara.

Walaubagaimanapun, kami meyaksikan dengan mata kami sendiri, betapa kebiadaban pihak COMANGO berterusan, apabila secara terus menerus memanipulasi fakta dengan melemparkan pelbagai tuduhan. Acara sampingan yang dianjurkan COMANGO pada 21 Mac 2014 terbukti menjadi medan yang menyerlahkan angkuh mereka yang mahukan tuntutan-tuntutan tidak munasabah diterima kerajaan Malaysia. Selain dari menyatakan tidak puas hati terhadap pendirian tegas Malaysia untuk tidak terburu-buru meratifikasi baki enam konvensyen HAM (termasuk ICCPR & ICERD) mereka juga terus menimbulkan tuntutan berkaitan undang-undang perkahwinan Islam. Mereka terus campurtangan di dalam hal ehwal undang undang Islam dengan mempersoalkan penafian Malaysia tentang wujud sebarang diskriminasi terhadap wanita Islam dan mendesak Malaysia menarik semula pengecualian atau “reservation” di dalam beberapa konvensyen berkaitan CEDAW dan CRC.

Yu Ren Cheng (Women’s Aid Organization) menyatakan: “We are disappointed that Malaysia rejected all seven recommendations to remove its reservations to CEDAW, CRC, and CRPD.” “Malaysia stated during its review that it is ‘unfounded’ that Malaysia’s ‘Islamic Family Law … discriminates Muslim women on marriage issues.’ This means Malaysia should have no objections to removing its reservations to Article 16 of CEDAW, on equality in marriage.”

Selain itu, isu LGBT terus dipolemikkan dengan kenyataan Thilaga Sulathireh dari Seksualiti Merdeka – Pada sesi lalu, Malaysia telah menolak terus segala tuntutan berkaitan ‘Sexual orientation and gender identity (SOGI). Thilaga memanipulasi isu ini dengan menuduh pihak berkuasa dan autoriti agama “mendiskriminasi” golongan LGBT, sedangkan mereka berselindung di sebalik isu ini dengan bermatlamat akhir untuk mendapat pengiktirafan perlakuan homoseksual secara bebas dan perkahwinan sesama jenis. Thilaga: “Violence against LGBT persons continues with impunity by the police, religious officials and some members of the public.” “Restrictions on freedom of assembly, association and expression equally affect LGBTI persons in Malaysia. It is of great concern that issues pertaining to sexual orientation and gender identity continue to be politicized to further create religious and racial divide in Malaysia,”.

Kenyataan-kenyataan yang tidak bertanggungjawab daripada COMANGO juga telah menyebabkan beberapa NGO luar Negara seperti British Humanist Association, Amnesty International, Human Rights Watch, Action Canada for Population and Development dan sebagainya mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak tepat mengenai isu-isu berkaitan Islam dan HAM di Malaysia, malah menggesa pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan dibuat bagi memastikan tuntutan-tuntutan mereka dipenuhi. Malah, kami percaya bahawa untuk tempoh seterusnya sehingga sesi pusingan ketiga UPR apda 2017, COMANGO akan terus membuat tuntutan tidak munasabah terhadap Malaysia.

Pihak MuslimUPRo, dengan kekuatan dan dokongan NGI-NGI yang prihatin tentang gerakan COMANGO tersebut akan meneruskan lobi dan usaha menjelaskan persepktif sebenar mengenai situasi HAM di Malaysia, khususnya yang melibatkan kedudukan Islam. Di kesempatan ini MuslimUPRo ingin mengumumkan secara rasmi penubuhan “Centre for Human Rights Research And Advocacy” atau ringkasnya CENTHRA yang akan berdaftar di bawah undang-undang Malaysia dan berfungsi sebagai entiti non-partisan yang memfokus pada isu-isu Islam dan HAM. CENTHRA merupakan penzahiran prinsip permuafakatan NGI-NGI di Malaysia yang mahu menangani isu HAM secara kolektif, proaktif dan berjangka masa panjang. Kemuncak inspirasi penubuhan CENTHRA juga lahir dari kesepakatan NGI-NGI seusai Seminar Islam dan Hak Asasi Manusia yang dianjurkan bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaaan Malaysia pada 12 Mac 2014, beberapa hari sebelum delegasi MuslimUPro berangkat ke Geneva.

MuslimUPro merakamkan rasa penghargaan terhadap YADIM yang berjaya mengumpulkan kesepakatan lebih 80 NGI dan terhadap UKM yang menampilkan keprihatinan akademik berwibawa yang berupaya menyediakan landasan kukuh untuk CENTHRA menyerlahkan artikulasi dan hujahan Islam dan HAM di pelbagai peringkat. Kerjasama seumpama ini juga akan diteruskan dengan lebih banyak NGI di Negara ini dan di peringkat antarabangsa.

CENTHRA yang bakal mempunyai pejabat di Kuala Lumpur dan Geneva mempunyai objektif-objektif berikut:

  1. Memperhalusi kajian tema-tema penting di sekitar isu-isu HAM menurut pandangan Islam;
  2. Memainkan peranan sebagai wahana untuk MuslimUPRo dan NGI berkongsi idea dan pengalaman semasa Proses UPR dan mekanisme-mekanisme HAM dan mendapatkan respons serta pandangan arah tuju perjuangan HAM menurut perspektif Islam;
  3. Meneruskan sebahagian inisiatif penyelidikan dan penerbitan sebagai sumbangan terhadap kegiatan ilmiah di dalam bidang kajian Islam dan HAM;
  4. Memperkasa wacana dan usaha advokasi Islam dan HAM di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa dengan pendedahan isu-isu mutakhir serta kupasan cabaran-cabaran yang melatari perkembangan perbahasan Islam dan HAM di pelbagai peringkat.
  5. Mengenal pasti di kalangan ahli akademik dan aktivis NGI yang boleh diketengahkan untuk memperkasa agenda memperjuangkan isu-isu HAM dari peringkat serantau dan antarabangsa termasuk di dalam proses UPR dan mekanisme lain HAM di pelbagai peringkat.

Diantara perancangan terdekat MuslimUPRo melalui CENTHRA termasuklah mengadakan sesi perundingan di peringkat kebangsaan bagi meneliti laporan penuh UPR 2013 yang telah diterima secara muktamad pada 20 Mac 2014. Sesi perundingan ini diharapkan dapat mengumpulkan para pemimpin NGI bersama-sama wakil ulama dan sarjana Muslim yang akan mengkaji syor-syor UPR 2013, bagi membantu perlaksanaan syor-syor yang bertujuan memperbaiki situasi HAM di Malaysia, serta memberikan cadangan kepada pembaikan menjelang penilaian separuh penggal (mid-term assessment) UPR. Sesi perundingan tersebut juga akan membincangkan isu-isu yang masih menajdi kontroversi dan perlu ditangani secara bijaksana melalui mekanisme UPR dan saluran HAM di PBB.

Inisiatif berterusan MuslimUPRo untuk membuat siri penerangan kepada masyarakat awam tentang bahaya tuntutan-tuntutan COMANGO akan diteruskan. Di peringkat serantau, pihak MuslimUPRo telah mencetuskan persefahaman awal dengan Pusat Advokasi HAM Indonesia (PAHAM) dan Majlis Ulama dan Intelektual Muda Indonesia bagi merangka pendekatan berkesan menangani isu-isu Islam dan HAM secara berkesan di antara Negara-negara ASEAN.

Selain itu, MuslimUPRo juga telah merangka hasrat memperkukuh peranan Suruhanjaya Tetap dan Bebas OIC bagi Hak Asasi Manusia, dalam usaha menyemarakkan usaha pendidikan dan kesedaran mengenai perspektif Islam dalam HAM di kalangan Negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Usaha-usaha ini dilakukan atas keinsafan bahawa strategi permuafakatan adalah lebih berkesan di dalam usaha jangka panjang menangani faham sekular-liberal yang mewarnai persepktif semasa mengenai Hak Asasi Manusia.

 

AZRIL MOHD AMIN

Ketua Delegasi MuslimUPRo

Hotel Putra, Kuala Lumpur

delegasi MuslimUPRo-2014

Delegasi MuslimUPRo yang menghadiri Penerimaan Muktamad sesi UPR Malaysia pada 20 Mac 2014 di Geneva.

KUALA LUMPUR 23 Mac – Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) sengaja mempolemikkan pendirian tegas kerajaan menolak pelbagai tuntutan tidak munasabah yang mereka kemukakan pada sesi penerimaan muktamad Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, Switzerland, Khamis lalu.

 

Ketua delegasi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo) ke Geneva, Azril Mohd. Amin berkata, wakil-wakil Comango telah menganjurkan acara sampingan di Geneva pada Jumaat lalu bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap keputusan kerajaan itu.

Menurut beliau, wakil Seksualiti Merdeka, Thilaga Sulathireh menuduh polis dan pihak berkuasa agama bertindak ganas terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Thilaga memanipulasi isu ini dengan menuduh pihak berkuasa mendiskriminasi golongan LGBT sedangkan matlamat mereka adalah untuk mendapat pengiktirafan perlakuan homoseksual secara bebas dan perkahwinan sesama jenis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Daripada 232 syor yang dikemukakan kepada Malaysia semasa sesi penerimaan muktamad laporan mengenai hak asasi manusia di Geneva, Khamis lalu, kerajaan menerima sepenuhnya sebanyak 113 syor dan 21 diterima secara prinsip manakala sebanyak 83 syor ditolak.

Kebanyakan syor yang ditolak ialah yang dihantar oleh Comango semasa sesi pusingan kedua proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) pada 24 Oktober 2013 termasuk tuntutan supaya kerajaan Malaysia memansuhkan atau meminda undang-undang yang mengharamkan perlakuan jenayah seperti aktiviti LGBT.

Selain itu, Azril menjelaskan, wakil Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Yu Ren Chung seolah-olah tidak dapat menerima hakikat bahawa Undang-undang Keluarga Islam tidak mendiskriminasi golongan wanita.

“Comango terus campur tangan dalam hal ehwal undang-undang Islam dengan mempersoalkan penafian Malaysia berhubung kewujudan diskriminasi terhadap wanita Islam.

“Mereka juga mendesak Malaysia menarik semula pengecualian di dalam beberapa konvensyen berkaitan Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC),” ujarnya.

Beliau turut membidas Comango kerana membuat tuduhan palsu kononnya mereka ditindas dan diberi layanan buruk ekoran memperjuangkan hak asasi manusia di Malaysia.

“Hakikatnya, Kementerian Dalam Negeri hanya mengisytiharkan status pendaftaran NGO-NGO di bawah Comango dan tidak kesemuanya berdaftar secara sah mengikut undang-undang Malaysia.

“Walaupun tidak berdaftar, mereka masih dibenarkan bersuara namun membuat tuduhan melulu apabila status pendaftaran mereka didedahkan. Mengapa wujud sikap hipokrit sebegini” ujarnya.

SHMurad

Dr. Abdal Hakim Murad

Dalam perkembangan lain, Azril berkata, delegasi MuslimUPRo kini berada di London, United Kingdom (UK) untuk bertemu dengan tokoh-tokoh sarjana Islam termasuk Dekan Kolej Islam Universiti Cambridge, Dr. Abdal Hakim Murad.

 

Tambah beliau, pertemuan turut diadakan dengan beberapa pertubuhan seperti Majlis Muslim Britain, Campaign Against Criminalizing Communities (Campacc) dan Gabungan Peguam-peguam Muslim London.

“MuslimUPRo juga dalam proses melantik sarjana-sarjana Islam terkemuka Eropah untuk menyertai sarjana dan aktivis Islam di Malaysia ke International Council of Experts yang akan diwujudkan bagi membantu pembentukan Pusat Hak Asasi Manusia Malaysia,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140324/dn_203/Comango-sengaja-cetus-polemik#ixzz2wvMcMpCY
© Utusan Melayu (M) Bhd

*****************

Lagi maklumat berkaitan UPR:

Video: Taklimat Proses UPR dan Ancaman Tuntutan COMANGO Oleh Sdr. Azril Mohd Amin

NGO-Comango-Bersih

Cari perbezaan antara pendokong utama Bersih dengan Comango

Memang benarlah bahawa musuh-musuh bersatu dan sentiasa bersama untuk menentang Islam. Tidak kira apa aktiviti, kempen atau perancangan, mereka akan sentiasa merancang untuk menjahanamkan umat Islam.

Cuba kita lihat satu contoh kecil yang ingin saya bawa di sini. Cuba carikan perbezaan di antara NGO-NGO yang menjadi penganjur utama kepada kempen Bersih dan dan Comango.

Cuma yang sayangnya, kadang-kadang kita sesama kita bertelingkah. Dan ada pula sesama kita yang sanggup bersekongkol menjadi pak turut dalam agenda halus yang dirancang oleh musuh yang sudah nyata ini.

Sudah sampai kita di akhir zaman yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. bahawa kita sudah bagaikan buih sahaja.

Semoga Allah melindungi kita dan anak cucu kita dari bala bencana jika Allah turunkan.

MUSLIMpro official logo

Kenyataan Media MuslimUPRo 23/3/2014

Sesi berkaitan Malaysia pada 20/3/2014 yg lepas dan telah selesai dgn penerimaan muktamad tersebut.

Pada 21/3 pihak Comango telah mengadakan suatu acara sampingan – ‘side event’ untuk menyatakan bantahan mereka terhadap ketegasan kerajaan Malaysia menolak pelbagai tuntutan yg tidak munasabah.

Selain dari menyatakan tidak puas hati terhadap pendirian tegas Malaysia untuk tidak terburu-buru meratifikasi baki enam konvensyen HAM (termasuk ICCPR & ICERD) mereka juga terus menimbulkan tuntutan berkaitan undang-undang perkahwinan Islam. Mereka terus campurtangan di dalam hal ehwal undang undang Islam dengan mempersoalkan penafian Malaysia tentang wujud sebarang diskriminasi terhadap wanita Islam dan mendesak Malaysia menarik semula pengecualian atau “reservation” di dalam beberapa konvensyen berkaitan CEDAW dan CRC.

Yu Ren Cheng (Women’s Aid Organization) menyatakan: “We are disappointed that Malaysia rejected all seven recommendations to remove its reservations to CEDAW, CRC, and CRPD.” “Malaysia stated during its review that it is ‘unfounded’ that Malaysia’s ‘Islamic Family Law … discriminates Muslim women on marriage issues.’ This means Malaysia should have no objections to removing its reservations to Article 16 of CEDAW, on equality in marriage.”

Selain itu, isu LGBT terus dipolemikkan dengan kenyataan Thilaga Sulathireh dari Seksualiti Merdeka – Pada sesi lalu, Malaysia telah menolak terus segala tuntutan berkaitan ‘Sexual orientation and gender identity (SOGI).

Thilaga memanipulasi isu ini dengan menuduh pihak berkuasa dan autoriti agama “mendiskriminasi” golongan LGBT, sedangkan mereka berselindung di sebalik isu ini dengan bermatlamat akhir untuk mendapat pengiktirafan perlakuan homoseksual secara bebas dan perkahwinan sesama jenis. Thilaga: “Violence against LGBT persons continues with impunity by the police, religious officials and some members of the public.” “Restrictions on freedom of assembly, association and expression equally affect LGBTI persons in Malaysia. It is of great concern that issues pertaining to sexual orientation and gender identity continue to be politicized to further create religious and racial divide in Malaysia,”.

Pihak COMANGO juga terus menuduh secara palsu bahawa mereka ditindas di dalam melaksanakan perjuangan HAM di Malaysia dan mengadu kepada Majlis HAM PBB seolah olah mereka dilayan dengan buruk. Hakikatnya, pihak KDN hanya mengisytiharkan kedudukan pendaftaran NGO NGO individu yg tidak semuanya berdaftar sebagai pertubuhan yang sah di bawah mana mana undang-undang Malaysia. Sangat menghairankan apabila di PBB mereka hanya dibenar bercakap jika mewakili NGO berdaftar dgn status ECOSOC, tetapi hal ini tidak dijadikan isu. Di Malaysia, mereka tidak berdaftar, tetapi masih dibenarkan bersuara tetapi membuat tuduhan melulu apabila status pendaftaran mereka didedahkan. Mengapa wujud sikap hipokrit sebegini?

Di London MuslimUPRo sedang di dalam rangka untuk bertemu beberapa tokoh sarjana Muslim, termasuk Syaikh Dr. Abdal Hakim Murad (Universiti Cambridge), Muslim Council of Britain, Campaign Againts Criminalizing Communities (CAMPACC), Muslim Lawyers’ Circle London dan beberapa NGO dan institusi HAM di UK. Tujuan pertemuan yang dirancang ini adalah untuk menerangkan kepada pihak tersebut tentang isu isu terkini pasca UPR Malaysia dan mendapatkan pandangan dan maklum balas tentang respons NGI.

Selain itu, pihak MuslimUPRo juga sedang dalam rangka melantik di kalangan sarjana Muslim terkemuka Eropah untuk bersama sama sarjana terkemuka dan aktivis Islam di Malaysia ke ‘International Council of Experts’ yang akan diwujudkan dlm usaha membantu ke arah pembentukan Pusat Hak Asasi Manusia Malaysia. Ini merupakan suatu usaha gabungan NGI2 di Malaysia sebagai suatu inisiatif jangka panjang menangani isu isu Islam dan HAM.

Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan. Tahniah kepada kerajaan Malaysia yang berpendirian tegas.

Azril Mohd Amin
Ketua Delegasi MuslimUPRo
London, United Kingdom

http://azrilmohdamin.com/

*****************

Lagi maklumat berkaitan UPR:

Video: Taklimat Proses UPR dan Ancaman Tuntutan COMANGO Oleh Sdr. Azril Mohd Amin

SUDAH hampir seminggu saya berada di Geneva bersama-sama dengan anggota delegasi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo) seramai enam orang. Seperti yang kita sedia maklum, MuslimUPRo merupakan gabungan NGO-NGO Islam yang bersama-sama bangkit untuk membantah pihak Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango), dan dalam masa yang sama berusaha melibatkan diri dalam Proses Semakan Berkala (UPR) di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui konsultasi dan memberikan pandangan dan saranan kepada pihak Kerajaan Malaysia.

Kami hadir untuk melihat sendiri proses penerimaan muktamad oleh wakil Kerajaan Malaysia terhadap saranan yang telah dibuat oleh negara-negara anggota PBB melalui proses tersebut. Daripada sejumlah 232 syor yang dikemukakan pada Oktober 2013, iaitu sebanyak 113 syor kesemuanya, 21 syor secara prinsipnya diterima, manakala 83 lagi ditolak.

UNashaSetelah sekian waktu pihak MuslimUPRo mengadakan beberapa siri kempen dan penerangan di seluruh negara, dengan di akhiri melalui Seminar Hak Asasi Manusia yang dianjurkan bersama Universiti Kebangsaan Malaysia dan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia baru-baru ini.

Pihak kami juga telah turut mengadakan beberapa siri pertemuan dengan pihak kerajaan dan saban hari mengharapkan agar kerajaan tidak akan tunduk kepada tuntutan pihak Comango yang jelas cuba mencabar Perlembagaan Persekutuan, mempertikai kedudukan Islam dan juga mempromosi budaya songsang seperti aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang bertentangan dengan undang-undang Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

MUSLIMpro official logoMuslimUPRo ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah dan syabas kepada kerajaan Malaysia yang telah menolak pelbagai tuntutan tidak munasabah Hak Asasi Manusia berdasarkan syor-syor negara-negara anggota Majlis Hak Asasi Manusia. Penerimaan muktamad Malaysia telah pun dinyatakan di dalam dokumen rasmi PBB rujukan A/HRC/25/10/Add.1 bertarikh 4 Mac 2014.

Pendirian Malaysia ini yang dinyatakan semasa Sesi Penerimaan Muktamad pada 20 Mac 2014, bagi saya adalah satu manifestasi tepat yang menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh yang mengamalkan kesederhanaan berdasarkan prinsip wasatiyyah dan komitmen Malaysia terhadap usaha untuk memperbaiki tahap dan keadaan hak asasi manusia di negara ini, tanpa berkompromi dengan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan realiti sejarah, agama dan budaya negara.

Syukur alhamdulillah kerana semua ini dapat berlaku berkat doa dan munajat yang tidak putus-putus daripada rakyat Malaysia beragama Islam yang prihatin dan sedar bahawa ancaman terhadap agama kita sedang berlaku.

Menghentam

Tidak cukup dengan usaha dari dalam, negara kita cuba diheret sehingga ke pentas antarabangsa untuk akur dan menerima norma-norma Barat yang asing daripada agama dan budaya kita. Kita harus terus berdoa dan melakukan sesuatu dalam isu ini kerana usaha mereka yang memusuhi agama kita ini tidak terhenti setakat proses UPR yang kedua ini.

Pihak MuslimUPRo menjangkakan proses UPR yang ketiga yang dijadualkan pada 2017 nanti pastinya akan lebih hebat dan mencabar. Sudah tentu pihak Comango khasnya akan meneruskan kempen jahat mereka yang melanggar prinsip dan amalan agama Islam. Malah acara sampingan yang mereka anjurkan di Geneva ini pun telah mula mereka jadikan medan untuk menghentam kerajaan Malaysia dan masih berterusan membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh menggugat agama Islam di negara kita.

Agenda Comango tidak terhenti setakat proses UPR. Pentas yang mereka gunakan juga bukan sekadar PBB. Mereka telah mengadakan lobi di sana sini. Dengan sokongan dan dana yang mereka perolehi dari luar negara khasnya, usaha mereka akan terus mereka gerakkan untuk memaksa negara kita menerima kesesatan dan kebatilan perjuangan mereka yang kononnya dilakukan atas prinsip hak asasi manusia!

Satu perkara yang hendak saya ketengahkan di sini ialah, walaupun yang diperjuangkan oleh Comango itu adalah sesuatu yang batil dan bercanggah dengan kehendak agama dan budaya, tetapi kerana mereka itu bersatu, maka suara mereka sampai ke pentas antarabangsa.

Mereka kelihatan kuat walaupun jumlah mereka bukanlah begitu ramai mana pun, tetapi mereka berupaya mengumpul tenaga dan kekuatan yang sedikit itu untuk memperjuangkan suara kebatilan mereka.

Dengan demikian, inilah masa yang terbaik bagi umat Islam negara ini untuk sama-sama sedar dan insaf, bermuhasabah dan bangkit sebagai satu saff yang kukuh, ibarat batu-batu yang diikat kemas dan rapi sebagaimana yang Allah jelaskan dalam Surah as-Saff ayat 4. Marilah kita renungkan bersama – bagaimana jika kumpulan yang batil ini boleh bangkit dan berjuang, kenapa tidak kita sebagai umat Islam yang sudah disebut Allah SWT sebagai khaira ummah ukhrijat lillnas (sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia) tidak mampu untuk bergabung tenaga dan bermuafakat mempertahankan dan memperjuangkan agama ini pada tahap paling maksimum yang kita mampu?

Saya amat yakin, apa yang telah kita capai di Geneva kali ini adalah berkat daripada doa orang ramai, penyatuan gerak kerja dalam kalangan NGO-NGO Islam dan komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan, maka kita dikurniakan Allah SWT dengan keputusan yang saya anggap sebagai satu kemenangan untuk Islam di negara kita.

Ada banyak lagi isu di hadapan kita yang memerlukan kesepakatan dan perpaduan di kalangan umat Islam. Kenapa tidak dalam hal yang berkaitan dengan mempertahankan agama, kita berpegang pada perintah Allah SWT …inna hazihi ummatukum ummatan wahidah… (sesungguhnya inilah dia umat kamu… umat yang satu). Kekuatan kita adalah pada kesepakatan dan perpaduan yang jitu selaku umat yang satu.

MuslimUPRo sedang merancang beberapa strategi untuk berdepan dengan cabaran mendatang khasnya dalam isu yang berkaitan dengan hak asasi manusia. Antaranya ialah penubuhan sebuah pusat kecemerlangan ilmu hak asasi manusia. Kita bukan anti kepada tuntutan hak asasi tetapi ia mestilah dalam kerangka agama, budaya dan perundangan negara.

Menarik juga untuk dinukilkan di sini, ketika kami di Geneva ini, di mana sahaja kami pergi, sama ada di restoran, kedai buku, di tempat penginapan malah di dalam bas pun, apabila kami ditegur; “kamu semua dari mana,” lalu kami jawab “dari Malaysia,” spontan sahaja kalimah yang akan diungkapkan kepada kami ialah “we are all praying for the safety of the aircraft”.

Benar, dua topik besar yang saban hari menjadi tajuk utama dalam media di sini ialah isu kehilangan pesawat MH370 dan perkembangan politik di Rusia dan Ukraine.

Rakyat asing di sini merakam tahniah kepada usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia dengan bantuan kukuh dan kerjasama erat 26 negara yang terus-menerus berusaha untuk mencari pesawat tersebut. Yang menarik bagi saya adalah ungkapan “we are all praying for the safety of the aircraft”.

Sekali lagi, dalam suasana yang sedang kita hadapi ini, sebagai hamba Allah SWT, doa ialah senjata orang mukmin yang paling ampuh yang mampu kita tadahkan tangan agar usaha pencarian ini akan terjawab segera.

Islam mengajar kita bahawa di antara mereka yang mustajab doanya insya-Allah ialah doa orang yang sedang bermusafir. Di sini kami juga turut mendoakan dipermudahkan Allah SWT agar usaha pencarian pesawat ini berjaya dan kami juga bermohon agar Allah SWT memelihara negara kita daripada sebarang ancaman pihak-pihak yang merancang untuk menghancurkan Islam, keharmonian dan kemakmuran negara kita.

Amin Ya Rabb al alamin.

Oleh NASHARUDIN MAT ISA Dari Avenue Louis-Casai, Cointrin, Geneva, Switzerland.

* PENULIS ialah Ahli Jawatankuasa MuslimUPRo.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140323/re_02/Warkah-Geneva:-Berkat-doa,-kesatuan#ixzz2wkCec500 ©  Utusan Melayu (M) Bhd

*****************

Lagi maklumat berkaitan UPR:

Video: Taklimat Proses UPR dan Ancaman Tuntutan COMANGO Oleh Sdr. Azril Mohd Amin

tuntutan COmangoKUALA LUMPUR 21 Mac – Ketegasan kerajaan mempertahankan Islam dengan menolak pelbagai tuntutan tidak munasabah dalam sesi penerimaan muktamad Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, Switzerland semalam adalah manifestasi Malaysia sebuah negara Islam contoh yang mengamalkan kesederhanaan berdasarkan prinsip wasatiyyah.

Ahli Jawatankuasa Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo), Nasharudin Mat Isa berkata, pendirian kerajaan Malaysia itu juga menunjukkan komitmen terhadap usaha memperbaiki kedudukan hak asasi manusia di negara ini tanpa berkompromi dengan tuntutan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, realiti sejarah, agama dan budaya negara.

MUSLIMpro official logo“Namun, ini bukanlah penamat kepada serangan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) terhadap Islam. Ini adalah permulaan kepada keperluan pertubuhan-pertubuhan Islam (NGI) dan pihak kerajaan untuk lebih berusaha memperkukuhkan kekuatan bagi menghadapi serangan mereka.

“Saya yakin pihak Comango akan bertindak lebih agresif selepas ini untuk meneruskan agenda mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semasa sesi penerimaan muktamad laporan mengenai hak asasi manusia terhadap Malaysia di Geneva semalam, daripada 232 syor yang dikemukakan kepada Malaysia, kerajaan menerima sepenuhnya sebanyak 113 syor dan 21 diterima secara prinsip manakala sebanyak 83 syor ditolak.

Kebanyakan syor yang ditolak ialah yang dihantar oleh Comango semasa sesi pusingan kedua proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) pada 24 Oktober 2013 termasuk tuntutan supaya kerajaan Malaysia memansuhkan atau meminda undang-undang yang mengharamkan perlakuan jenayah seperti aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Nasharudin yang kini bersama delegasi MuslimUPRo berada di Geneva berkata, apabila pulang ke Malaysia nanti, pihaknya akan membuat persiapan bagi menghadapi serangan-serangan berterusan daripada Comango yang dijangka sehingga proses Semakan Berkala Sejagat seterusnya pada 2017.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140322/dn_14/Penolakan-tuntutan-Comango-bukti-komitmen-Malaysia#ixzz2we7UQRxn ©  Utusan Melayu (M) Bhd

*****************

Lagi maklumat berkaitan UPR:

Video: Taklimat Proses UPR dan Ancaman Tuntutan COMANGO Oleh Sdr. Azril Mohd Amin

KUALA LUMPUR 20 Mac – Kerajaan Malaysia tegas mempertahankan kedaulatan Islam apabila menolak pelbagai tuntutan tidak munasabah dalam 232 syor negara anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) dalam sesi penerimaan muktamad mengenai hak asasi manusia di Geneva, Switzerland hari ini.

UPR-Geneva-Malaysianreps

NASHARUDIN Mat Isa (kanan), Azril Mohd. Amin (dua dari kiri) bersama wakil dari Wisma Putra dan Jakim yang menghadiri sesi penerimaan muktamad syor mengenai hak asasi manusia UNHRC di Geneva, Switzerland, semalam

Sambil memuji ketegasan kerajaan, Ahli Jawatankuasa Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo), Nasharudin Mat Isa berkata, kebanyakan syor yang ditolak ialah tuntutan yang dihantar oleh Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) semasa sesi pusingan kedua proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) pada 24 Oktober 2013.

Katanya, pendirian kerajaan itu merupakan satu perkembangan yang sangat baik dalam usaha mempertahankan Islam di negara ini.

“Cabaran kita sekarang ialah untuk menghadapi proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) ketiga yang dijangkakan pada 2017. MuslimUPRo akan menggembleng usaha semaksimum mungkin ke arah persiapan tersebut.

“Antara usaha tersebut ialah penubuhan sebuah pusat hak asasi manusia yang akan diketuai oleh Azril Mohd. Amin selaku ketua delegasi kami ke Geneva,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Azril memberitahu, daripada 232 syor yang dikemukakan kepada Malaysia, kerajaan menerima sepenuhnya sebanyak 113 syor dan 21 diterima secara prinsip manakala sebanyak 83 syor ditolak.

“Antara yang ditolak termasuklah syor Comango supaya kerajaan Malaysia memansuhkan atau meminda undang-undang yang mengharamkan perlakuan jenayah seperti aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Turut ditolak ialah syor memeterai Perjanjian Antarabangsa Tentang Hak-Hak Awam dan Politik (ICCPR) dan Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak istimewa bumiputera dan hak-hak absah kaum lain,” katanya.

Menurut beliau, Artikel 18 ICCPR apabila dibaca bersama Artikel 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) adalah berkaitan hak kebebasan beragama termasuklah hak untuk meninggalkan agama atau murtad.

“Selain itu, Malaysia juga menolak secara khusus gesaan untuk mengkaji semula sistem undang- undang syariah dengan menegaskan tiada konflik berkenaan kecekapan Mahkamah Sivil dan Syariah atas dasar keutuhan dan kejelasan pembahagian bidang kuasa menurut Perkara 121(1A) di dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Susulan penerimaan muktamad itu, beliau memberitahu, MuslimUPRo akan menganjurkan persidangan nasional perundingan pakar bersama ilmuwan Islam, syariah dan pertubuhan-pertubuhan Islam untuk memperhalusi Dokumen Penerimaan Muktamad Malaysia.

Katanya, persidangan itu dibuat bagi meneliti penerimaan yang telah dibuat dan merangka tindakan susulan syor-syor yang diperakui serta mempersiapkan gagasan ke arah pusingan ketiga UPR pada 2017.

Beliau berkata, di samping itu, MuslimUPRo akan memperkukuhkan jaringan dengan pertubuhan hak asasi manusia di Eropah serta merangka pelan bagi penubuhan Pusat Kecemerlangan Ilmu Hak Asasi Manusia.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140321/dn_14/Kerajaan-bertegas-tolak-tuntutan-Comango#ixzz2we5NrvfV ©  Utusan Melayu (M) Bhd

*****************

Lagi maklumat berkaitan UPR:

Video: Taklimat Proses UPR dan Ancaman Tuntutan COMANGO Oleh Sdr. Azril Mohd Amin

UPR-sesiMalaysie

Sesi Malaysia yang diketuai oleh Dato’ Mazlan Muhammad, wakil tetap Malaysia di PBB di Geneva

Bersedialah kita semua. Dari sesi Final Adoption UPR di Geneva petang semalam ianya jelas yang amat ketara – bahawa Malaysia dan umat Islam di Tanah Air ini menjadi SASARAN yang sedang diSERANG bertubi-tubi oleh musuh-musuh Islam.

Apabila sesi dibuka untuk NGO-NGO bersuara, beraturlah satu demi satu mereka mula menghentam Malaysia dengan isu-isu yang mereka semua sepakati dan ulangi berkali-kali (semacam sudah tidak ada modal lain).

Hampir kesemua mereka asyik menekan dan mengulangi:

1. Beri kebebasan untuk orang Melayu MURTAD

2. Benarkan seks songsang LGBTIQ

3. Tuntutan untuk orang Kristian guna kalimah Allah

4. Persoal kenapa SUNNI sahaja dibenarkan dan kenapa halang Syiah

5. Hampir setiap NGO luar ini senada hentam NGO-NGO Islam yang berkempen bantah tuntutan melampau COMANGO.

6. Dan tidak kurang juga mereka menCAMPURI urusan kehakiman serta mempolitikkan medan PBB untuk tuntut bebaskan Anwar dan Karpal Singh yang telah dijatuhi hukuman baru-baru ini. Apakah ketelusan yang mereka laungkan?

UPR-sesiNGO

Dapat dilihat betapa banyaknya NGO-NGO luar negara yang sibuk mencampuri hal ehwal Tanah Air kita

Kenapa Malaysia diASAK dan diTEKAN begitu sekali? Dalam sesi-sesi negara lain tidak banyak NGO yang bersuara – dan selalu masih ada masa lebih hinggakan sesi negara-negara lain selesai awal. Apabila giliran Malaysia, terdapat 11 NGO luar yang cuba mencampuri urusan Tanah Air kita hinggakan masa diberi tidak cukup dan terpaksa pengerusi sidang menghentikan. Yang menariknya ketika itu terdapat seorang ahli politik Malaysia yang sibuk mengatur NGO-NGO barat ini.

Sesi Malaysia boleh dikatakan sesi yang paling panjang (selain China). Ada 2-3 negara lain yang melebihi masa sesi Malaysia tetapi ianya kerana wakil kerajaan mereka sendiri yang bercakap terlalu lama.

Selain Malaysia, hanya negara China sahaja yang benar-benar turut menjadi sasaran negara barat dan NGO-NGO mereka kerana dilihat China sebagai suatu kuasa besar yang bakal mengugat barat dalam masa yang terdekat. Wakil kerajaan China dengan berani dan lantang menghentam NGO-NGO ini yang tidak memahami dan mengikuti undang-undang China.

Maka kita semestinya sedar bahawa ada AGENDA BESAR dari anasir-anasir luar dengan DANA yang begitu besar. Mereka semua sepakat. NGO-NGO luar dan mendapat upah ini mempunyai matlamat yang jelas mahu menyekat umat Islam dari HAK ASASI ORANG ISLAM atas nama Hak Asasi Manusia.

Bagi kita umat Islam berSIAPlah. Ancaman ini pasti tiba. Selamatkan aqidah anak cucu kita.

Patut baca juga di sini … persamaan NGO-NGO utama di belakang COMANGO dan BERSIH adalah sama – Musuh-musuh Islam, Mereka Bersatu

*****************

Lagi maklumat berkaitan UPR:

Video: Taklimat Proses UPR dan Ancaman Tuntutan COMANGO Oleh Sdr. Azril Mohd Amin 

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

June 2021
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 358 other followers

Tauhid