You are currently browsing the tag archive for the ‘akhlak’ tag.
Petikan dari kitab “Bidayatul Hidayah” karangan al-Imam al-Ghazzali
Bersambung dari: Menjauhi Maksiat – Lidah Perbuatan Mengumpat (Ghibah) dari Bab Menjauhi maksiat
Hindarilah lidahmu itu dari:
d. Bertengkar dan berbantahan untuk mencari kemenangan
Pada dasarnya perbuatan bertengkar dan berbantahan tentang soal-soal yang berkenaan urusan keagamaan dan ketuhanan member kesan yang tidak baik terhadap pihak lawan; menghina, meremehkan dan mencaci maki terhadap lawan. Bahkan member akibat timbulnya penyakit memuji diri sendiri seolah-olah dirinya yang paling cerdik dan paling pintar.
Dengan demikian jelaslah bahawa perbuatan iu dapat mengganggu ketenteraman hidup.
Oleh sebab itu tidaklah engkau berdebat dengan orang yang bodoh kecuali engkau akan menerima penghinaan darinya. Dan tidaklah engkau berbantahan dengan orang yang pandai kecuali ia akan menaruh rasa benci dan dendam kepadamu.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barangsiapa meninggalkan perdebatan sedang ia di pihak yang salah, maka Allah menyediakan tempat yang indah di keliling syurga; dan barangsiapa meninggalkan perdebatan sedang ia di pihak yang benar, maka Allah menyediakan baginya tempat yang indah di puncak syurga”
Janganlah engkau tertipu oleh syaitan yang merayumu dengan mengatakan “Nyatakan kebenaran dengan seterang-terangnya dan janganlah engkau lemah menyampaikan kebenaran”
Demikianlah syaitan selalu menggoda dalam kejahatan dengan alas an-alasannya yang pura-pura baik. Kerana itu janganlah terperangkap oleh rayuan syaitan hingga engkau ditertawakannya dan menjadi permainannya.
Memang tidak salah untuk menyatakan kebenaran apabila seseorang itu mahu menerima darimu – yakni apabila mengemukakan sesuatu nasihat dan tidak melalui jalan perdebatan. Kerana sesuatu bersifat nasihat itu mempunyai sifat dan cara tertentu yang memerlukan kewibawaan dan kebijaksanaan. Jika sampai salah langkah atau keliru di dalam cara mempergunakannya sebagai suatu bagi pendengar akan menganggapnya sebagai suatu sindiran yang kemungkinan besar dapat menimbulkan hal-hal yang tidak diiginkan.
Ketahuilah bahawa bagi siapa yang menggabung atau sering berkumpul dengan golongan mutafaqqihah di masa kini (golongan yang pura-pura berilmu), maka nescaya ia akan mudah berwatak senang berdebat dan sukar baginya untuk tinggal diam (meninggalkan perdebatan).
Hal ini disebabkan kerana golongan yang buruk itu mempengaruhi dan mengajarkan bahawa sesungguhnya perdebatan itu merupakan suatu kebaikan dan patutlah dihargai bagi seseorang yang mampu mempertahankan hujjah dalam menyampaikan perdebatan.
Maka larilah jauh-jauh dari pengaruh yang menyesatkan itu seperti halnya engkau lari dari singa yang buas.
Waspadalah dan ingatlah selalu bahawa perdebatan itu merupakan sebab terkutuknya seseorang di sisi Allah dan mengakibatkan timbulnya kebencian di antara sesame makhluk.
Insha Allah bersambung dengan maksiat perbuatan bertengkar/berbantahan
Petikan dari kitab “Bidayatul Hidayah” karangan al-Imam al-Ghazzali
Bersambung dari: Menjauhi Maksiat – Lidah Perbuatan Mungkir Janji dari Bab Menjauhi maksiat
Hindarilah lidahmu itu dari:
c. Mengumpat (Ghibah) – membuka keburukan orang
Jagalah lisanmu jangan sampai membuka keburukan orang lain (mengumpat), kerana menurut pandangan Islam perbuatan ghibah (mengumpat) itu lebih berbahaya daripada tiga puluh kali perbuatan zina, demikian seperti yang telah ditegaskan di dalam hadith.
Sedang yang dimaksudkan dengan mengumpat/ghibah ialah menyebut atau membicarakan keadaan diri orang lain yang apabila didengar oleh orang yang berkenaan nescaya orang tersebut tidak menyukainya. Perbuatan seperti ini adalah suatu kezaliman dan merupakan perbuatan mengumpat/ghibah sekalipun apa yang dibicarakan itu benar.
Hindarkanlah lidahmu dari perbuatan mengumpat terutama jangan sampai mengumpat dengan cara menyindir yakni dengan cara halus terhadap orang tertentu seperti ucapan:
“Semoga Allah menjadikan dia orang baik kerana dia telah memburukkan dan merugikan peribadi saya, hendaknya Allah jadikan kami berdua sebagai orang yang saleh”
Ucapan seperti ini pada hakikatnya mengandungi dua rangkaian perbuatan yang buruk.
- Pertama, dinilai sebagai perbuatan mengumpat apabila sindirin tersebut dapat difahami isinya.
- Kedua, dinilai sebagai suatu kesombongan, menyanjung diri sendiri seolah-olah hanya dirinya sahaja yang baik dan tidak berdosa.
Cubalah engkau renungkan, jika ucapan itu engkau maksudkan sebagai doa, maka hendaklah engkau mendoakan orang yang engkau kehendaki dengan cara diam-diam (rahsia dalam hati) sahaja. Dan jika sekiranya engkau merasa kecewa disebabkan perlakuannya, tidak perlu engaku ungkapkan dengan cara menyindir dan membuka keburukan-keburukan orang tersebut, kerana demikian itu bererti engkau mencemarkan nama orang itu.
Untuk menghindar dari perbuatan mengumpat wajarlah untuk kita perhatikan firman Allah
“Janganlah anda suka mengumpat antara sebahagian dengan sebahagian yang lain. Apakah anda suka memakan daging saudaramu yang sudah menjadi bangkai? Tentu kamu benci memakannyakan?” – Al Hujarat 12
Renungkanlah, betapa Allah menyamakan engkau dengan perbuatan orang yang memakan bangkai manusia. Dengan itu hindarilah perbuatan yang terkutuk ini.
Cara lain yang dapat menjaga agar engkau tidak sampai mengumpat orang lain, ialah dengan membandingkan kepada dirimu sendiri. Tidak pernahkah engkau mempunyai aib? Sama ada yang jelas atau yang dirahsiakan? Tidak pernahkah engkau melakukan suatu pekerjaan dosa sama ada secara terang atau secara rahsia.
Ketahuilah bahawa jika engkau menutupi keburukan orang lain, maka Allah akan menutup keburukanmu. Sebaliknya jika engkau membuka rahsia orang lain, maka Allah akan membuka rahsiamu sehingga nama baikmu di dunia akan jatuh dan kelak di hari kiamat segala keburukanmu akan dibuka terang-terang di hadapan setiap makhluk.
Oleh kerana itu, janganlah engkau mencari-cari kesalahan orang lain, sebaliknya periksalah dan hitunglah kesalahan-kesalahan yang telah engkau lakukan. Jika ternyata engkau telah berbuat salah tetapi engkau tidak mengerti atau tidak menyedari akan kesalahan-kesalahan itu, maka hal ini merupakan puncak kejahilan dan tiada kejahatan yang lebih hina daripada kejahilan ini kerana tidak menyedari keaiban sendiri.
Jika Allah hendak engkau berada di dalam kebaikan, dihulurkanNya kepadamu kemampuan untuk menyaksikan keaibanmu sendiri dan selanjutnya engkau berusaha memperbaiki kekurangan-kekurangan itu.
Sebaliknya jika engkau meredhai segala kekurangan engkau tersebut dan tidak berusaha untuk memperbaikinya maka yang demikian merupakan puncak kejahilan.
Namun, jika ternyata engkau sememangnya benar, maka bersyukurlah kepada Allah atas anugerah kebenaran itu. Maka janganlah engkau mengotori dengan perbuatan yang tercela iaitu menghina dan memburukkan orang lain. Ini kerana perbuatan itu merupakan kejahatan yang amat besar.
Insha Allah bersambung dengan maksiat perbuatan bertengkar/berbantahan
Petikan dari kitab “Bidayatul Hidayah” karangan al-Imam al-Ghazzali
Bersambung dari: Menjauhi Maksiat – Lidah Perbuatan Dusta dari Bab Menjauhi maksiat
Hindarilah lidahmu itu dari:
b. Mungkir Janji
Janganlah engkau terlalu mudah berjanji jika sekiranya engkau tidak sanggup memenuhi janjimu itu. Lebih baik diam daripada janji tidak ditepati. Kalau pun engkau terpaksa berjanji, maka jagalah baik-baik jangan sampai janjimu itu engkau langgar sendiri, kecuali jika engkau sudah benar-benar berikhtiar untuk memenuhinya tetapi engkau masih tidak berdaya memenuhi janji tersebut.
Melanggar janji adalah termasuk sebahagian dari tanda-tanda perbuatan orang munafik dan juga merupakan akhlak yang rendah dan tidak terpuji.
Nabi s.a.w. telah bersabda, ertinya:
“Ada tiga hal yang apabila seseorang melakukan, maka ia tergolong dalam orang-orang munafik, sekalipun ia telah beribadah puasa dan melakukan solat. Iaitu apabila berbicara ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila diberi kepercayaan ia mengkhianatimya”
Insha Allah bersambung dengan maksiat perbuatan mengumpat (ghibah)
Petikan dari kitab “Bidayatul Hidayah” karangan al-Imam al-Ghazzali
Bersambung dari: Menjauhi Maksiat – Lidah dari Bab Menjauhi maksiat
Hindarilah lidahmu itu dari:
a. Dusta
Peliharalah dan jagalah lidah kamu jangan sampai engkau pergunakan untuk berdusta baik secara sungguh-sungguh ataupun secara main-main dalam bentuk bersenda-gurau. Janganlah bohong itu engkau jadikan permainan dalam bersenda-gurau, kerana akibatnya akan menjadi kebiasaan berdusta secara sungguh-sungguh.
Dusta adalah ibu segala dosa yang paling berbahaya. Oleh kerana itu jika engkau sampai dikenali orang sebagai pendusta, maka hilanglah harga dirimu dan ucapanmu tidak akan dipercayai orang lagi. Akhirnya apapun yang engkau lakukan orang akan tetap menilainya sebagi dusta dan syak wasangka.
Jika engkau ingin mengetahui hinanya dusta itu, cubalah engkau misalkan seandainya engkau dibohongi oleh seorang teman, maka tentu sahaja engkau akan merasa marah dan sakit hati kepadanya, serta dalam hatimu akan terasa betapa jahatnya berdusta itu. Demikian pula soal kejahatan-kejahatan yang lain, engkau tidak akan mampu menilai hinanya kejahatanmu kecuali jika kejahatan itu engkau perumpamakan datang dari orang lain.
Oleh kerana itu jika engkau memandang kepada orang lain yang berdusta itu sebagai buruk, maka orang lain pun akan memandangmu buruk.
Andaikata apa yang engkau tidak suka orang lain melakukannya kepada diri engkau maka janganlah pulak engkau melakukannya terhadap orang lain pula
Insha Allah bersambung dengan perbuatan mungkir janji
Petikan dari kitab “Bidayatul Hidayah” karangan al-Imam al-Ghazzali
Bersambung dari: Menjauhi Maksiat – Telinga dari Bab Menjauhi maksiat
Menjauhi Maksiat
3. Lidah
Allah telah menganugerahkan lidah kepada kamu agar dapat engkau pergunakan untuk memperbanyakkan zikir kepada Allah dan membaca kitabNya, mengajak ummat untuk taat menuju ke jalan Allah, berdoa dan melahirkan kehendak hatimu tentang usaha agama dan kehidupanmu. Jika lidahmu engkau pergunakan untuk tujuan-tujuan lain yang tidak baik, maka bererti engkau tidak mensyukuri nikmat-nikmat Allah yang telah diberikan kepadamu.
Lidah adalah salah satu anggota badan yang paling mudah membawa kepada kehancuran terhadap dirimu dan juga terhadap orang-orang lain. Oleh kerana itu kebanyakan manusia yang diseret ke dalam api neraka adalah disebabkan oleh perbuatan lidah. Maka peliharalah dan kuasailah lidahmu supaya jangan sampai kerananya engkau terjerumus ke dasar api neraka.
Di dalam hadith lain yang isi menyatakan, ertinya;
“Di masa Rasulullah s.a.w., pada suatu saat ada seorang yang mati dalam medan pertempuran. Maka berkata seseorang: ‘Bahagialah baginya kerana tersdia syurga’. Kemudian Nabi s.a.w. berkata kepada orang itu: ‘Apakah engkau tahu barangkali dia pernah mengucapkan sesuatu yang tidak berfaedah atau dia bakhil kerana takut dirinya rugi?”
Kerana sedemikian beratnya pembalasan yang disebabkan oleh perbuatan lidah maka jagalah baik-baik dan hindarkan lidahmu itu dari lapan perkara berikut:
- Dusta
- Engkar janji
- Ghibah (membuka keburukan orang)
- Berbantahan untuk mencari kemenangan
- Memuji diri sendiri
- Mengutuk
- Mendoakan yang buruk terhadap sesama makhluk
- Bersenda-gurau yang cela dan mengejek
*********
Kerana topik Menjauhi Maksiat – Lidah agak panjang, akan disiarkan secara berperingkat menurut topik-topik kecil berikut selepas ini:
- Dusta – klik untuk baca
- Engkar janji
- Ghibah (membuka keburukan orang)
- Berbantahan untuk mencari kemenangan
- Memuji diri sendiri
- Mengutuk
- Mendoakan yang buruk terhadap sesama makhluk
- Bersenda-gurau yang cela dan mengejek
Petikan dari kitab “Bidayatul Hidayah” karangan al-Imam al-Ghazzali
Bersambung dari: Menjauhi maksiat – Mata dari Bab Menjauhi maksiat
Menjauhi Maksiat
2. Telinga
Hendaklah engkau jaga telingamu jangan sampai engkau mengguna untuk mendengar sesuatu bid’ah yang menyesatkan, mendengar umpatan, percakapan kosong lagi kotor, perbualan yang bathil dan pembicaraan tentang keburukan orang lain. Kerana Allah menciptakan telinga bagimu untuk dapat engkau menggunanya bagi mendengar Kalam Illahi, Sunnah Nabi s.a.w. dan ilmu-ilmu hikmah yang dibawa oleh para ulama dan wali, agar dengan demikian engkau mendapat pengetahuan yang bernilai tinggi hingga kelak engkau dapat memperoleh kebahagiaan yang abadi di sisi Allah.
Sebaiknya jika engkau sampai menggunakan telingamu itu untuk mendengar hal-hal yang dilarang Allah, maka apakah nanti akibatnya terhadap dirimu. Akibatnya bukan kemanafaatan dan kebahagiaan yang engkau terima, tetapi sebaliknya, bencana dan kehancuran yang membawa dirimu menjadi sesat.
Janganlah engkau mengira bahawa yang berdosa hanya orang yang berbicara sahaja, tetapi sebenarnya engkau yang mendengar pun turut sama berdosa.
Insha Allah bersambung Menjauhi Maksiat – Lidah
Petikan dari kitab “Bidayatul Hidayah” karangan al-Imam al-Ghazzali
Bersambung dari: Menjauhi maksiat
Menjauhi Maksiat
1. Mata
Engkau telah dianugerahi mata agar engkau pergunakan hanya untuk melihat menuju ke jalan yang benar, untuk memenuhi berbagai macam dari kerja-kerja kamu, untuk melihat keindahan alam semesta agar dapat engkau renungkan betapa besar keagungan Allah.
Oleh kerana itu janganlah engkau gunakan mata kamu itu untuk empat hal yang tercela:
- Melihat perempuan yang bukan mahrammu;
- Melihat sesuatu yang menghairahkan nafsu berahi dan memperbesarkan syahwat;
- Melihat sesama muslim dengan pandangan mengejek dan meremehkan;
- Melihat atau mencari-cari kesalahan orang lain dari kalangan kaum muslimin.
Insha Allah bersambung Menjauhi Maksiat – Telinga
Apakah ini hasil dari pemupukan budaya hedonisme yang melampau dan berterusan tanpa unsur agama dan nilai ketimuran?
dipetik dari The Star:
197 Terengganu secondary school students caught for khalwat
KUALA TERENGGANU: Some 197 students from secondary schools and higher learning institutes in were caught for khalwat (close proximity) for the first seven months of this year, the state assembly was told Wednesday.
State Education, higher learning, Science, Technology and Human Resource committee chairman Ahmad Razif Abd Rahman said Dungun topped the list with the 55 khalwat cases followed by 39 cases in Besut, Kuala Terengganu (35), Marang (29), Kemanan(16), Setiu (8) and five cases in Hulu Terengganu.
He said the enforcement officer from state Religious Department caught these offenders behaving indecently during operations.
The department has also embarked on prevention measures to reduce the menace by creating awareness in schools and colleges in the state, he said in his reply to a written question by Mohd Nor Hamzah (PAS-Bukit Payung) on the number of close proximity cases involving students in the state.
Ahmad Razif said the senior officials from the state Religious Department are also in constant touch with youth organisations and students leaders to foster a close relationship with such groups in a bid to advocate the bane of khalwat.
He said the department had also intensified checks, surveillance and raids to curtail the khalwat cases in the state.
Ahmad Razif added that the scope of enforcement initiated by the religious department covered checks at hotels, chalets, entertainment centers and recreational parks.
Recent Comments