You are currently browsing the tag archive for the ‘halal’ tag.
Hari ini tersebar satu surat yang dikatakan ditulis oleh seorang pekerja sebuah hotel, (The Plaza Hotel, Jalan Raja Laut, KL) yang mengadu kepada JAKIM bahawa:
… roti yang dibelinya (Purchasing Officer hotel tersebut) daripada syarikat Ming Kee Cake House adalah roti yang diberikan sebagai makanan anjing. Syarikat tersebut diperkenalkan oleh Pengurus Besar, Cik How Ai Bee malah pembelian roti-roti tersebut adalah di atas arahan Pengurus Besar untuk diberikan sebagai hidangan sarapan pagi kepada sejumlah 390 pelajar daripada Jabatan Pelajaran Selangor yang menginap di The Plaza Hotel Kuala Lumpur, pada tarikh 14hb sehingga 17hb November 2011
Baca keseluruhan suratnya di sini:Plaza Hotel KL hidang Roti makanan anjing
Lanjutan aduan ini, pihak JAKIM datang siasat dan mengesahkan roti tersebut mengandungi babi.
The incident that brought Jakim to investigate the premise of The Plaza Hotel sometime in December 2011, of which are made known that it aroused from that the buns served for 390 students from Jabatan Pendidikan Malaysia, that you had directed to purchase from Meng Kee Cake House are confirmed to be with contents of pork. I could not tolerate this act as it is an insult for Islam. The hotel had been accorded the HALAL certificate and your act is absolutely contravene the said certification.
Baca surat perletakan jawatan pengadu: Notice of Resignation-THEPLAZAHOTEL
sumber: Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 15 Jun – Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.
Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.
“Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.
“Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.
Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April lalu.
sumber: http://www.halal.gov.my
JAKIM ingin memaklumkan bahawa produk ‘Minyak Sapi jenama QBB Pure Ghee’ keluaran Syarikat QBI Packaging Sdn. Bhd. adalah menepati konsep Halalan Toyiban dan dengan itu permohonan dari Syarikat QBI Packaging Sdn. Bhd. adalah DILULUSKAN mulai 01 November 2010.
Harap maklum.
Sebelum ini:
Alhamdulillah syukur, saya belum pernah lagi menjejaki kaki di Pavillion setakat ini … apatah lagi untuk makan di sana.
Berita dipetik dari Bernama:
Kuala Lumpur, 1 Sept (Bernama) — Melihat pemeriksaan mengejut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap sebuah premis makanan di medan selera di pusat beli-belah Pavillion, beberapa pengusaha premis makanan lain bergegas menanggalkan logo dan sijil halal bukan diiktiraf jabatan itu dari dinding premis mereka.
Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim Amri Abdullah berkata tindakan itu dipercayai untuk mengelakkan premis berkenaan diambil tindakan kerana penggunaan logo dan sijil halal yang bukan dikeluarkan Jakim.
Beliau berkata keadaan menjadi kecoh seketika apabila Jakim disertai pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memeriksa premis menjual ayam dan itik panggang kerana cara penyembelihan diragui.
“Apa yang menimbulkan tanda-tanya, semasa tinjauan awal, kami mendapati adanya logo halal yang dipamerkan. Tetapi ketika pemeriksaan berikutnya, logo berkenaan sudah tiada lagi dipamerkan,” katanya kepada pemberita selepas selesai memeriksa premis-premis di medan selera berkenaan.
![]() |
Pemeriksaan itu yang disertai tiga pegawai Jakim, tiga pegawai KPDNKK dan lima anggota PPIM dilakukan setelah menerima rungutan dan aduan orang ramai berkaitan penyalahgunaan sijil halal yang diguna pakai premis makanan berkenaan.
Dalam pemeriksaan semalam itu, pengusaha premis makanan itu berkata mereka memperoleh logo dan sijil halal melalui pihak pengurusan pusat beli-belah itu tanpa berurusan terus dengan pengeluar sijil halal terbabit.
Amri kemudiannya mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan medan selera itu untuk mendapat penjelasan berhubung penggunaan logo berkenaan.
“Pihak pengurusan itu menjelaskan kepada saya permohonan logo dan sijil halal daripada Jakim sudah dibuat untuk semua premis-premis makanan di medan makan menggunakan pihak ketiga.
“Oleh itu, saya menasihatkan mereka supaya berurusan terus dengan Jakim dan Jakim juga bersedia datang ke premis untuk memberi panduan tentang kaedah-kaedah yang betul untuk memastikan makanan disediakan secara halal,” katanya.
Beliau berkata premis berkenaan belum pernah dipantau atau diaudit oleh pihak berkuasa berkaitan menyebabkan mereka kurang arif tentang isu penggunaan logo halal.
Sementara itu, Setiausaha Kerja PPIM Datuk Nadzim Johan berkata tindakan terburu-buru peniaga menanggalkan logo dan sijil halal berkenaan menunjukkan mereka sedar penggunaan logo halal selain Jakim adalah salah tetapi mereka masih menggunakannya.
Katanya semasa tinjauan itu, PPIM mendapati sijil halal yang digunakan di premis-premis berkenaan dikeluarkan oleh syarikat Bahtera Lagenda Sdn Bhd melalui logo tertera IFRC. Syarikat berkenaan merupakan antara enam syarikat yang tidak diiktiraf akan kesahihan sijil halalnya.
– Bernama
sumber portal http://www.halal.gov.my JAKIM
Jumlah keseluruhan pemegang sijil halal hotel/dapur hotel/restoran hotel yang dikeluarkan oleh JAKIM dan jabatan-jabatan Agama Islam negeri adalah sebanyak 301 buah. Berikut adalah pecahan mengikut susunan negeri (kemaskini 24 Ogos 2010):
NEGERI | JAIN | JAKIM | |
HOTEL | DAPUR | ||
PERLIS | 2 | 0 | 0 |
KEDAH | 18 | 2 | 2 |
PULAU PINANG | 23 | 2 | 4 |
PERAK | 21 | 1 | 1 |
SELANGOR | 13 | 9 | 22 |
NEGERI SEMBILAN | 19 | 1 | 1 |
MELAKA | 19 | 0 | 0 |
JOHOR | 23 | 2 | 4 |
PAHANG | 26 | 2 | 2 |
KELANTAN | 6 | 0 | 0 |
TERENGGANU | 12 | 1 | 1 |
SABAH | 38 | 0 | 0 |
SARAWAK | 39 | 0 | 0 |
W. PERSEKUTUAN | 0 | 22 | 52 |
JUMLAH | 259 | 42 | 89 |
.
Klik di sini untuk senarai hotel yang mempunyai Sijil Halal.
Setelah mengantung (baca laporan sebelum ini) Sijil Pengesahan Halal kepada QBI Packaging (pengeluar QBB Pure Ghee), kini JAKIM telah mengambil keputusan untuk menarikbalik sijil tersebut berkuatkuasa 26hb Ogos 2010.
Berikut adalah kenyataan penuh yang disiarkan di laman mereka (click imej di atas untuk paparan lebih besar):
PENARIKAN SIJIL PENGESAHAN HALAL SYARIKAT QBI PACKAGING SDN BHD
JAKIM mengambil keputusan untuk MENARIKBALIK Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd berkuatkuasa 26 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.
Sekian, terima kasih.
*
Dari akhbar Utusan Malaysia 24hb Ogos 2010:
Jangan Guna Minyak Sapi Ghee QBB
laporan dipetik dari Utusan
KUALA LUMPUR 23 Ogos – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya segera menarik balik penjualan minyak sapi QBB di pasaran.
Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, ia berikutan tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang
menarik balik status halal minyak sapi itu kerana didakwa mengandungi elemen yang meragukan.
“CAP telah berhubung dengan Jakim bagi mendapatkan kesahihan status halal minyak sapi itu sejak Julai lalu.
“Jakim menjelaskan bahawa mereka telah menarik balik status halal minyak sapi itu sehingga yakin dengan status halal produk tersebut,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini. (klik pada imej sebelah untuk baca)
Menurut beliau, Jakim dan Jabatan Kimia telah menguji minyak sapi itu dan mendapati ia mengandungi elemen yang meragukan dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam.
Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya menghentikan segera pengambilan minyak sapi itu sehingga kandungannya disahkan halal oleh Jakim.
Sementara itu, Jakim menerusi laman web http://www.halal.gov, turut mengumumkan pihaknya telah menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn. Bhd. berkuat kuasa 19 Ogos lalu (baca pada imej di atas).
“Tindakan itu diambil sehingga Jakim berpuas hati status halal produk berkenaan. Oleh itu, QBI Packaging Sdn. Bhd. dilarang menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk minyak sapi QBB,” katanya.
Kepada mereka yang galak berbuka di hotel-hotel (dan seumpamanya) wajar berhati-hati …
PETALING JAYA: Sos mengandungi alkohol dan arak digunakan sebagai bahan masakan juadah berbuka puasa. Itulah yang dibongkar penguat kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berikutan operasi khas ke beberapa hotel di sekitar Lembah Klang, semalam dan kelmarin.
Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah berkata, sepanjang dua hari itu pihaknya memeriksa sembilan hotel dengan tumpuan diberikan kepada hotel yang menawarkan sajian bufet Ramadan.
Menurutnya, hasil pemeriksaan itu menemui bukti kukuh arak dan sos beralkohol digunakan sebagai bahan masakan termasuk juadah berbuka puasa di dua hotel.
“Operasi itu dilakukan bagi mengotakan janji Jakim bertegas mengambil tindakan terhadap hotel yang menganjurkan promosi bufet berbuka puasa tanpa mematuhi garis panduan ditetapkan, khususnya dalam aspek halal,” katanya.
Beliau berkata, satu daripada hotel yang menggunakan bahan beralkohol sebagai resipi masakan dikesan hasil operasi terbaru dilakukan jam 11 pagi semalam di pinggir ibu negara.
Menurutnya, pemeriksaan rapi dilakukan di dapur hotel berkenaan yang dibahagikan kepada bahagian penyediaan makanan tempatan serta bahagian dapur khusus makanan Cina dan barat.
“Ketika memeriksa di dapur makanan Cina dan barat, kami menemui deretan botol arak masakan dan sos beralkohol diletakkan di rak khas. Setiap botol arak dan sos itu kandungan alkohol melebihi 10 peratus.
“Selepas disoal siasat, tukang masak di hotel berkenaan mengaku mencampurkan arak dan sos beralkohol ke dalam masakan bagi menambah perisa hidangan.
Amri berkata, berikutan itu dia berjumpa pihak pengurusan hotel terbabit dan memberi amaran terhadap kesalahan dilakukan dan meminta mereka memastikan ia tidak berulang.
“Penjelasan diberikan bagi memastikan mereka mematuhi syarat terutama membabitkan makanan pelanggan beragama Islam,” katanya.
Menurutnya, pihak hotel berkenaan sebelum ini pernah memohon sijil halal Jakim, namun ia ditolak disebabkan mereka gagal mematuhi prosedur dan syarat ditetapkan.
Katanya, penguat kuasa Jakim dibahagikan lapan kumpulan membabitkan hampir 20 anggota untuk melakukan tugas pemantauan di hotel sepanjang Ramadan ini.
“Tujuan Jakim bukan saja mengambil tindakan undang-undang, malah kami cuba mendidik dan memberi maklumat tepat kepada pihak hotel berhubung kaedah bagi mendapatkan sijil halal Jakim. Maklum balas diterima menunjukkan ramai pengusaha hotel tidak faham berhubung kaedah memohon sijil halal berkenaan,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz memaklumkan hanya 51 dapur restoran dan premis makanan di 22 hotel di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diberikan pensijilan halal Jakim.
Beliau menasihatkan pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal tidak menyalahgunakan mengelirukan pengguna termasuk penggunaan terma ‘Bufet Ramadan’ kerana ia menggambarkan persediaan makanan halal sedangkan hakikat sebenar belum terbukti.
sumber utusan.com.my
![]() |
Mohd. Amri Abdullah (kanan) bersama pegawai penyelidikan halal Jakim, Roslan Bahari menunjukkan resit pembelian ayam tidak halal sewaktu operasi di sebuah restoran di Kepong, Kuala Lumpur, semalam.
|
KUALA LUMPUR 23 Julai – Sebuah kopitiam terkenal di sini, diserbu oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selepas dipercayai mendapatkan bekalan daging ayam daripada sebuah syarikat penyembelihan bukan Islam.
Ia terbongkar selepas pasukan penguat kuasa jabatan itu melakukan pemeriksaan di sebuah syarikat penyembelihan ayam bukan Islam yang tidak diiktiraf Jakim di Jinjang, Rabu lalu.
Dalam pemeriksaan itu, Jakim menemui sejumlah salinan invois urusan jual beli melibatkan kopitiam berkenaan.
Kopitiam tersebut mempunyai sijil halal yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat swasta.
Turut ditemui di pusat penyembelihan itu adalah invois tertulis nama orang Islam dipercayai turut berurusan mendapatkan bekalan ayam daripada syarikat berkenaan.
Berikutan penemuan itu, pasukan sama diketuai Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim, Mohd. Amri Abdullah melakukan pemeriksaan balas di kopitiam tersebut.
Malangnya, invois pembelian ayam yang sepatutnya disimpan tiada di premis berkenaan sebaliknya hanya catatan pembelian dalam sebuah buku log.
Mohd. Amri berkata, dalam pemeriksaan pada pukul 10.30 pagi, pihaknya gagal mendapatkan bukti mengaitkan kopitiam itu mendapatkan bekalan ayam daripada pusat penyembelihan terbabit.
“Kita telah periksa, tetapi tidak menemui salinan invois sama seperti ditemui di pusat penyembelihan itu.
“Namun ia ditulis dalam buku log yang mencatatkan urusan pembelian ayam dari syarikat penyembelihan itu.
“Oleh itu kita akan meminta syarikat berkenaan supaya membawa semua dokumen berkenaan ke pejabat untuk disiasat selepas ini,” katanya ketika ditemui di kopitiam tersebut di sini hari ini.
Mohd. Amri menambah, logo halal yang tertera di hadapan premis itu didapati bukan daripada Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri sebaliknya sebuah syarikat swasta.
Berikutan itu, beliau menasihatkan orang ramai yang ingin menjamu selera di kopitiam atau mana-mana restoran supaya tidak terpedaya dengan logo halal berkenaan kerana tidak diiktiraf.
“Kita akan meneruskan pemeriksaan terhadap kopitiam seperti itu dan ia akan diperhebatkan lagi ketika bulan Ramadan nanti,” ujarnya.
Sementara itu, jurucakap kopitiam tersebut yang dikenali sebagai Karens ketika dihubungi menafikan dakwaan berkenaan dan enggan mengulas lanjut.
Apabila terlalu kerap makan di luar adakalanya kita menjadi buntu untuk membuat pilihan apa yang hendak dimakan. Kadang-kadang terasa semacam muak untuk makan walaupun di tempat kegemaran kita. Mungkin kerana terlalu kerap mengulangi masakan yang sama.
Satu jenis masakan yang ramai di kalangan kita orang Melayu kurang meminati untuk makan (atau kurang mempunyai pilihan untuk makan yang halal) ialah jenis masakan Cina. Mungkin kerana konotasi makanan kegemaran mereka yang sentiasa ada hidangan haram membuat sesetengah orang tidak berani untuk makan masakan Cina. Ada sesetengah kita terlalu alahan dengan konotasi tersebut sehinggakan melintasi depan restoran Cina dengan asap dan bau masakannya sudah cukup untuk hilang selera.
Namun, jika benar-benar dicari terdapat banyak restoran Cina yang dimiliki oleh orang Cina yang Muslim yang menyediakan pelbagai masakan yang halal. Mungkin satu senarai lengkap restoran masakan halal yang dimiliki oleh orang-orang Cina Muslim patut dikemaskinikan oleh Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). [Senarai yang ada sekarang tidak begitu lengkap] Ini bukan sahaja untuk memudahkan masyarakat Islam umumnya dapat merasakan masakan Cina yang halal tetapi juga mengalakkan ikatan persaudaraan sesama Islam apabila umat Islam sama-sama membantu ekonomi saudaranya.
Salah satu yang tidak tersenarai dalam direktori MACMA tersebut ialah Pak Ya Chinese Muslim Food Corner yang dimiliki Sdr. Yahya Yeo yang telah memeluk Islam. Beliau yang berniaga bersama isterinya yang berasal dari tanah besar China turut juga memeluk Islam.
Pak Ya yang ramah dan mesra pelanggan telah membuka restorannya di Kampung Pandan/Taman Chempaka sejak beberapa tahun lalu. Dengan membuka restorannya di kawasan yang ramai penduduk Melayu maka kebanyakkan pelanggannya terdiri dari orang-orang Melayu. Namun akan sentiasa pula kita dapati ada pelanggan Cina sendiri yang datang menjamu selera mereka di situ (tetapi tidak dapat kami pastikan sama mereka juga beragama Islam).
Yang penting bagi mana-mana kedai makan ialah rasa makasannya. Jika sedap maka majulah kedainya. Jika masakannya kadangkala sedap dan pada waktu lain pula ianya tidak seperti dahulul maka sukar untuk kita terus melangganinya dan dapat kita lihat bilangan pelanggan yang sukar untuk dikekalkan. Namun, setakat sekian lama kami melanggani layanan mesra Pak Ya, kami yakin untuk menepati ekspektasi kami dengan pilihan yang pelbagai dari menunya yang kemas.
Kedainya terletak di Lorong G1 (atau Jalan Cempaka 1), Kampung Pandan Dalam, 55100 Kuala Lumpur [klik pada peta untuk panduan arah yang lebih besar]. Jika kita dari MMR2, selepas exit Jalan Ampang Putra (menghala ke Taman Dagang/Nirwana/IPD Polis Ampang Jaya) sebelum exit Pandan Jaya dan bertentangan dengan Tesco ada exit kecil (Jalan Chempaka 1). Masuk exit tersebut – terus sahaja hingga ke hujung persimpangan T, anda pasti ankan nampak kedainya. Anda boleh juga melalui dari pelbagai arah dari Kampung Pandan Dalam, Taman Chempaka atau Taman Nirwana jika diteliti peta yang disediakan ini.
Waktu operasi kedainya ialah di antara 3 petang – 1 pagi – setiap hari kecuali Rabu (selang seminggu). Anda boleh hubungi Pak Ya terus untuk sebarang maklumat lanjut.
[kemaskini: Restoran Pak Ya akan berpindah ke Galaxy Ampang pada 25 September 2011]
*****************************
Posting berkaitan:
Recent Comments