You are currently browsing the tag archive for the ‘JAIS’ tag.
Membaca ucapan dan tulisan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) sejak kebelakangan ini seolah-olah baik benor orang-orang Kristian dan tidak ada apa-apa ancaman pun dari gerakan pemurtadan evangelis Kristian.
Malah dalam kes siasatan JAIS ke atas DUMC pada bulan Ogos 2011, Khalid Samad seolah-olah mempersalahkan JAIS kerana “menyerbu gereja”.
Sejak bila mulanya Khalid Samad ini dari menjadi anti-Kristian kepada menjadi pro-Kristian?
Petikan ucapan Khalid Samad ketika menjadi Setiausaha Pemuda PAS pada 7 Ogos 1987 di Parit Amal Johor, beliau mengatakan ” … seluruh Malaysia akan dikristiankan selewat-lewatnya pada tahun 2000 …” (baca: Seluruh Malaysia Akan Dikristiankan …)
Apakah Khalid Samad masih ingat akan ucapan berdegar-degar itu – 26 tahun lampau … (baca: Evolusi Sang Politikus Bernama Khalid Samad)
Baca juga: Memahami Tindak Tanduk C5 MBB
***************
Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:
- Seluruh Malaysia Akan Dikristiankan …
- Niat Puak-puak Gereja AMAT JELAS
- Isu Kalimah Allah: Antara Kebebalan Politik Atau Kebonekaan Mujahid Rawa
- Isu Kalimah Allah: Bodohnya Anwar Ibrahim!
- Isu Kalimah Allah: Perspektif Berbeza Dari Dua Pejuang Untuk Orang Kristian
- Di Sebalik Formula 10 Perkara Idris Jala
- Pembohongan Evangelis TERBONGKAR Lagi … Apa Pope Benedict XVI Kata?
- Analogi Mudah Untuk Faham Isu Tindakan JAIS Terhadap Persatuan Bible Malaysia
- Menjawab Kenyataan Herman Shastri: Demi Keamanan – Dunia Melayu Mesti Dikekalkan
- Apa Susah-susah Nak Faham Terjemahan “God”?
- Orang Arab Kristian Pun Sebut “Allah” …
- Boleh Jatuh Murtad Bila Nyanyi Lagu Agnes Monica?
- Kenapa Evangelis Kristian Risau Apabila Lagu Agnes Monica Diharamkan?
- Apakah Evangelis Kristian Benar-benar Jujur Hendak Guna Kalimah Allah?
- Nama Tuhan Kristian Boleh Ditukar-tukar
- Strategi Kontekstualisasi Gerakan Evangelis Kristian
- Kenapa Tidak Boleh Dibenarkan Pihak Gereja Mengguna Istilah “Allah” Untuk Tuhan Jesus Mereka?
- Orang Melayu Bertelingkah – Mubaligh Kristian Masuk Kampung Melayu Mendakyah
- Mubaligh Kristian Masuk Kampong – Modus Operandi Yang Sama
- Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad
- mobTV Membicara Isu-isu Kristianisasi Dan Kalimah Allah
- Strategi Kontekstualisasi – Dibicara Di MOBTV
- Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia?
- Gerakan Kristianisasi: Muslim Malaysia diasak bertubi-tubi
- Kalimah Allah: Panduan Kaedah Baru Terjemahan Antarabangsa
- Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad
- Paderi Menyamar Jurulatih Bolasepak
- Saya Bercakap Dengan Buktinya Apabila Mengatakan Paderi Kristian Menyamar Sebagai Jurulatih Bolasepak
- Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia?
- Orang Nasrani Dekat Sekali Kasih Mesranya Kepada Orang Islam (?)
dari teks Khutbah yang dikeluarkan JAIS:
“Zikrul Maut Menjana Keinsafan“
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Marilah kita meningkatkan kualiti iman dan taqwa kita ke hadrat Allah SWT, kerana iman dan taqwa merupakan sebaik-baik bekalan menuju ke hari akhirat kelak.
Tajuk khutbah kita pada kali ini adalah “Zikrul Maut Menjana Keinsafan”.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Kehidupan kita di dunia ini bermula dengan dilahirkan daripada rahim ibu. Kemudian, setelah kita hidup beberapa lama yang ditentukan Allah SWT, kita akan menemui ajal yang tidak boleh dielakkan, di mana kematian akan menjemput setiap yang bernyawa.
Imam Hasan al-Basari berkata:
“Ingatlah bahawa mati itu akan datang dengan serta-merta. Jika mati tidak datang dengan serta-merta, sakit akan datang serta-merta. Jika sakit, anda akan kurang berupaya melakukan amal soleh, sedangkan amal soleh itu adalah bekalan hari akhirat”.
Zikrul maut atau mengingati mati adalah satu perkara yang dipuji oleh syarak. Rasulullah S.A.W. bersabda;
“Banyakkanlah kamu akan menyebut perkara yang memutuskan segala kesedapan, iaitu mati”. (Riwayat at Tirmizi)
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Sesungguhnya perjalanan menuju hari akhirat merupakan suatu perjalanan yang panjang, berliku-liku, banyak halangan dan cabaran. Untuk menempuhnya, kita memerlukan suatu perjuangan dan pengorbanan, bagi menentukan, apakah kesudahan kita, sama ada sebagai penghuni syurga atau neraka.
Perjalanan ke akhirat itu dimulai dengan kematian, kemudian bersemadi di alam barzakh (kubur). Seterusnya dibangkitkan di alam akhirat. Oleh kerana keagungan perjalanan ini, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, yang bermaksud;
“Jikalau engkau mengetahui apa yang aku ketahui, menjadikan engkau sedikit ketawa dan banyak menangis”. (Muttafaqun ‘Alaihi)
Hadis ini menjelaskan kepada kita, agar menghayati hakikat kematian dan keadaan alam akhirat, serta peristiwa di dalamnya, supaya kita akan menginsafi bahawa selepas kehidupan ini, kita akan bertemu pula dengan hari akhirat. Ketika itu, amalan kita akan dinilai. Tiada suatu pun yang dapat disembunyikan. Kemudian, kita dibalas dengan syurga dan neraka.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Meninjau peristiwa ketika nyawa dicabut oleh malaikat maut, nafas kita tersekat-sekat, mulut terkunci dan anggota badan lemah longlai. Hanya kedengaran tangisan dan rintihan isteri-isteri, anak-anak dan sanak-saudara yang bakal ditinggalkan. Pada saat itu, tiada yang boleh menolong kita. Walaupun di sisi kita ada doktor pakar, ulama’ tersohor atau orang kenamaan yang disegani. Namun, mereka tiada daya dan upaya untuk menyelamatkan kita daripada sakaratul maut.
Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 78;
“Di mana jua kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh…”.
Menurut Tafsir al-Maraghiy, kematian itu sesuatu yang tidak dapat dihindari sama sekali, di mana jua kita berada, sekalipun tinggal dalam benteng-benteng yang kukuh atau dalam markas-markas yang dijaga oleh bala tentera atau dalam istana yang dikawal ketat oleh pengawal, mati tetap berlaku tanpa mengira sesiapa.
Menurut satu peristiwa yang diriwayat daripada Abu Saad dalam tafsir ‘Abrul Athir, “malaikat Izrail iaitu malaikat yang tugasnya mencabut nyawa, telah menghadiri satu majlis di istana Nabi Sulaiman a.s., di mana orang ramai sedang mengadap Baginda. Maka malaikat itu memandang kepada salah seorang yang hadir, dengan pandangan yang menggerunkan. Apabila malaikat itu berdiri, bertanyalah orang itu kepada Nabi Sulaiman, “Siapakah gerangan dia wahai tuanku? Nabi Sulaiman a.s. menjawab, “itu adalah malaikat maut”. Orang itu pun tergesa-gesa meminta Nabi Sulaiman menghantarnya jauh ke alam lain, kerana dia terlalu takut melihat orang itu.Nabi Sulaiman a.s. dengan mukjizatnya, memerintahkan angin menerbangkan orang itu jauh ke alam lain.
Sedang tidak berapa lama kemudian, datang lagi malaikat maut itu menemui Nabi Sulaiman a.s., menceritakan kisahnya, dengan berkata, “saya diperintahkan oleh Allah SWT mencabut nyawa tetamu tuan, di saat saya menghadiri majlis tadi. Tetapi, tempatnya bukan di sini, jauh di alam lain. Apabila saya dapati dia di sini, saya sungguh hairan, mengapa dia masih di sini. Dengan tidak semena-mena, orang itu telah diterbangkan angin ketika itu juga, ke tempat di mana nyawanya telah saya cabut, tepat tidak berselisih walau sesaat pun dari waktu yang ditentukan ajalnya.
Demikianlah tepatnya waktu dan masa seseorang itu menghadapi kematian apabila sampai ajalnya, tanpa boleh melarikan diri atau menangguhkan walau sesaat pun.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Seseorang yang hanya bersenang-senang dengan nikmat kemewahan dunia dan meninggalkan ibadah kepada Allah SWT, akan menjadikan dia lupa akan mati dan menganggap mati itu tidak akan berlaku secara spontan.
Menurut Imam Al Ghazali, cara yang paling baik untuk mengingati mati ialah dengan selalu mengenang dan mengingati rakan-rakan atau teman-teman yang telah meninggalkan dunia. Kita fikirkan bagaimana nasib mereka di dalam kubur, dan bagaimana pula keadaan mereka sesudah mati.Bayangkan betapa bumi telah menghapuskan jasad yang sempurna itu, sehingga semua anggota mereka hancur lumat dimakan tanah.
Kemudian, kita bayangkan pula diri kita akan menjadi seperti mereka. Apa yang telah menimpa ke atas diri mereka, akan turut menimpa ke atas diri kita juga. Kita akan diusung orang ke kubur, ditanam dan dibiarkan tinggal bersendirian dalam liang lahad yang gelap gelita.
Apakah tidak cukup kematian itu sebagai nasihat, tidak cukupkah kematian menjadikan kita insaf, menjadikan air mata berlinangan. Mati tetap berlaku. Terlucut semua pangkat dan gelaran yang dibanggakan, terlupus segala kekayaan yang dikumpulkan, tinggal rumah dan kenderaan yang dimiliki kerana kematian itu penghalang kepada segala kenikmatan. Kematian juga pemutus segala cita-cita. Ketika itu, hanya iman dan amal soleh akan membela dan melindungi kita. Apakah kita telah bersiap sedia?
Oleh itu, kita perlu muhasabah diri dan bertaubat kepada Allah SWT atas dosa yang kita lakukan. Jangan pula kita melengah-lengahkan untuk bertaubat. Allah SWT memberi peringatan kepada hamba-hamba-Nya yang menangguhkan taubat.
Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa’ ayat 18;
“Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang daripada mereka hampir mati, dia berkata; “Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini”. (sedangkan taubatnya itu sudah terlambat) dan (demikian juga halnya) orang yang mati sedangkan mereka tetap kafir. Orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab yang pedih”.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Kesimpulan, zikrul maut atau mengingati mati akan memberi beberapa kesan kebaikan, antaranya:-
1. Memberi keinsafan kepada kita supaya tidak lagi melakukan dosa dan maksiat serta menjadi orang yang bertaqwa.
2. Menyedarkan kita untuk meningkatkan imah dan amal ibadah untuk bekalan di hari akhirat kelak.
3. Mendorong kita bertaubat dan mengqada’ perintah Allah SWT yang ditinggalkan seperti solat, puasa, membayar zakat dan menyelesaikan urusan kita dengan orang lain.
4. Meningkatkan usaha membangunkan diri dan berbakti kepada masyarakat dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi serta amanah.
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya maut yang kamu cuba larikan diri daripadanya itu, tetap akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)”. (Al-Jumu’ah : 8)
[Saya mohon maaf – di atas keterbatasan upaya saya untuk salin dari bentuk pdf ke html ini – maka petikan ayat Al-Quran saya tidak dapat salin dan yang ada hanyalah terjemahannya sahaja. Namun, teks asal dalam format pdf boleh diakses di: http://e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/KhutbahJumaat(Rumi)26102012.pdf]
Irshad Manji dan para penganjur kehadirannya di Malaysia tidak akan berhenti untuk terus mencari ruang untuk dia bersuara dan menghebahkan idea kesongsangannya selagi dia berada di Tanah Air kita.
Pemantauan pelbagai tweet dan akaun FB akhir-akhir ini mengambarkan terdapat pelbagai usaha untuk mengetengahkan pengaku dan pengamal Lesbian ini supaya mendapat ruang juga setelah pembatalan ceramahnya di Universiti Monash kampus Sunway dan pelancaran buku di The Borders diumumkan.
Terdapat ramai yang bertanya dalam tweet mereka ke Irshad Manji dan Ezra Zaid (penerbit buku beliau) ingin mengetahui program alternatif – antaranya:
@moe_tayeb: have u confirmed where the event will be held?
- Not yet. Will tweet out time/day/location as soon as we have them. Stay tuned… [8:37 PM – 17 May 12]
- Then stay tuned! Hope to announce public event v soon. Hugs from KL [9:00 PM – 17 May 12]
Mereka juga mengambil-kira isu-isu keselamatan hasil dari pengalaman mengerunkan mereka di Indonesia minggu lepas:
- That’s why we work on detailed security plan b4 we can announce details of any public event. [10:30 PM – 17 May 12]
Malah, Irshad juga memaklumkan bahawa beliau telahpun membuat rakaman dengan radio BFM 89.9 yang bakal disiarkan dalam masa terdekat.
Maka, untuk ini, sesiapa yang mempunyai akses dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mesti segera bertindak untuk menyekat siaran tersebut.
Terbaru, Irshad turut bercadang untuk menyertai “Occupy Dataran”.
Sama-sama kita terus pantau dan halang sebarang ruang untuk pemikiran Liberal yang menghina Islam ini dari terus berlegar di Malaysia.
Berikut adalah siri tweet dari @EzraZaid (Pengarah ZI Publication – anak Zaid Ibrahim) sebentar tadi yang mengumumkan pembatalan kedua-dua program yang dirancangkan untuk pengaku lesbian, Irshad Manji.
- 1/8 MEDIA ADVISORY: Public events cancelled, Irshad Manji calls for free expression in Malaysia.
- 2/8 Borders Books and Monash University have cancelled the public events of Muslim reformist Irshad Manji.
- 3/8 Borders cites security concerns while Monash claims it has been pressured by Selangor Islamic Religious Department.
- 4/8 “I am committed to holding one public discussion in Kuala Lumpur before my team and I leave,” Manji says.
- 5/8 “We know that many Malaysians want to hear about Muslim reform and moral courage.
- 6/8 … because my Twitter feed has received nothing but support from Malaysians since I announced my arrival in KL yesterday.”
- 7/8 Manji’s publisher, KL-based ZI Publications, is trying to find a public space in which Manji can discuss her book, Allah, Liberty & Love
- 8/8 Her previous book, The Trouble with Islam Today, is officially banned in Malaysia. -ENDS-
“I am committed to holding one public discussion in Kuala Lumpur before my team and I leave,” Manji says.ZI Publications, is trying to find a public space in which Manji can discuss her book, Allah, Liberty & Love
Pagi ini saya telah mengirim satu emel ke pihak Monash University (melalui pegawai – En. Mohamed Ismail – nama dihebah sebagai “contact person” untuk program ini dalam poster sebelah). Emelnya:
Menurut laman: http://www.timeoutkl.com/books/events/Irshad-Manji-on-Moral-Courage-Creating-Space-for-Islam-and-Democracy nama tuan adalah diberikan sebagai contact person untuk program ini.Kami yang mewakili NGO-NGO Islam membantah sebarang penganjuran yang menghina Islam seperti ini. Orang seperti Irshad Manji tidak sepatutnya diberi ruang untuk berterusan menghina Islam apatah lagi di negara kita ini.Mohon pihak saudara batalkan program dan maklumkan kepada orang ramai pembatalan program ini dengan kadar SEGERA.
Selang beberapa minit beliau menjawab dengan kenyataan berikut dengan memetik kenyataan ketua jabatan:
There is no seminar scheduled by the School of Arts and Social Sciences on Friday 18th May 2012.
Our seminar schedule can be viewed athttp://www.sass.monash.edu.my/research/SASS-Seminar-Series.html
Prof James Chin, Head, School of Arts & Social Sciences
Dan saya dengan segera membalas emel tersebut dengan:
Terima kasih atas jawapan segera dari emel saya. Saya telah beberapa kali cuba menelefon tuan – tetapi tiada jawapan.Memandangkan maklumat sudah tersebar luas yang mengatakan adanya satu program yang akan dilangsungkan di Monash University – termasuk di”Tweet”kan oleh penulis buku sendiri (http://twitter.com/#!/IrshadManji) dan Ezra Zaid (penerbit buku), adalah wajar pihak Monash mengambil inisiatif dengan membuat kenyataan penafian secara terbuka.Ini dari tweet EzraZaid – penerbit buku: http://twitter.com/#!/EzraZaid/status/202621725110833152/photo/1 – poster program di Monash.Pihak Monash MESTI juga menghubungi pihak http://www.timeoutkl.com/books/events/Irshad-Manji-on-Moral-Courage-Creating-Space-for-Islam-and-Democracyyang membuat pengumunan majlis ini sejak 16 Mei lagi – termasuk memasukkan nama tuan sebagi contact personnya.Penafian yang lebih bersungguh dan terbuka amat perlu bagi mengesahkan jawapan emel tuan.Semoga sama-sama kita banteras gejala songsang ini dari bumi tanah air kita.
Saya tidak pasti apakah benar-benar tiada majlis seumpama itu di Monash University kampus Sunway atau ianya suatu helah. Ini memandangkan hebahan program ini telah tersebar luas dalam pelbagai media, blog, tweeter dan Facebook.
Atau apakah program ini sememangnya akan diadakan tetapi tidak dianjurkan oleh Monash hanya sekadar mengguna premisnya sahaja. Apa-apa pun kita tetap bantah.
Hebahan yang saya ambil pada imej di atas adalah antara yang awal menyiarkannya termasuk menyebut nama pegawai, no. telefon dan emel yang boleh dihubungi (tidak mungkin Monash tidak terlibat?). Kalau pihak Monash University bersungguh dalam menafi penganjurannya, mereka MESTI membuat penafian yang lebih bersungguh.
Seorang sahabat yang kanan dalam profesion guaman turut menegaskan bahawa pihak universiti MESTI membuat laporan polis kerana ada pihak yang cuba mencemar nama baik universiti.
Sama-sama kita bantah penganjuran program sebegini dan menyeru pihak penguatkuasa mengambil langkah segera mengawal program ini dan yang seumpamanya dari diadakan di tempat kita. Wajar juga orang yang menghina Islam seperti ini tidak kita benarkan berada di tanah air kita.
Setelah program asalnya yang dijadualkan diadakan di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, dibatalkan (baca) dan pelancaran bukunya yang dijadualkan diadakan di The Borders Garden Mall ditangguh, nampaknya para pendokong gerakan Liberal dan LGBT tetap ingin mengadakan program untuk Irshad Manji ini.
Terkini, menurut twitternya @IrshadManji, program yang asalnya dirancang untuk diadakan di UIA itu kini diubah ke Monash University, kampus Sunway pada 18 Mei 2012 hari Jumaat ini.Dengan mengambil pengalaman pahit beliau di Indonesia (baca: Irshad Manji is having second thoughts on Indonesia), kini para penganjur menggunakan strategi menganjurkan program tersebut diwaktu orang lelaki Islam menunaikan solat Jumaat. Dengan mengadakan majlis tersebut di waktu ini mungkin mereka beranggapan bahawa umat Islam tidak mampu bantah.
NGO-NGO mesti bangkit dan bertindak segera untuk membantah serta membuat laporan polis agar penganjuran majlis yang menghina Islam, Allah dan Rasul ini dibatalkan.
Bukan sahaja pengaku Lesbian ini menghina Islam dalam buku dan tulisan beliau, dia juga turut menghina Islam dalam tweetnya terbaru apabila ada yang bertanya apakah majlis ini tidak memberi ruang untuk orang lelaki kerana ianya diadakan waktu solat Jumaat:
Hi, selamat datang 🙂 Is this event catered to Muslim women only? Not gonna include Muslim men? Friday prayer is at about 1-2pm
Irshad Manji menjawab:
All r welcome, sis. Quran does not prescribe how/when 2 pray. This is man-made, not God-given, ritual. Salaam from KL.
Kami menyeru pihak yang berwajib menyekat dan membatalkan program yang menghina Islam ini. Pihak JAIS mungkin dapat melakukan sesuatu memandangkan ianya dilakukan di dalam kawasan yang JAIS mempunyai bidang kuasa mutlaknya.
Sama-sama kita bantah!
Berikut adalah teks khutbah Jumaat 6 April 2012 untuk seluruh masjid negeri Selangor yang telah dikeluarkan oleh JAIS. Tahniah kepada JAIS di atas kandungan khutbah dan mengetengahkan isu yang penting ini.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan penuh ketaatan, keyakinan dan keikhlasan. Iaitu dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa seterusnya selamat dan berjaya di dunia serta di akhirat.
Pada hari yang mulia ini marilah kita sama-sama menghayati khutbah yang bertajuk: “Penyelewengan Syiah Di Malaysia”.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Kita telah dengar dan mengetahui beberapa siri serbuan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap markaz perkumpulan yang menganut fahaman Syiah. Fahaman Syiah telah lama diwarta dan difatwakan kerana bercanggah dan menyeleweng daripada Ahli Sunnah wal Jamaah di negeri-negeri seluruh Malaysia. Di Selangor, fatwa pengharaman Syiah telah dikeluarkan pada 14 Februari 1998 yang menyatakan bahawa;
“Fahaman dan ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya. Terdapat beberapa percanggahan di dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut aqidah, syariah dan lain-lain”.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Syiah ialah satu mazhab yang mendakwa Saidina Ali sebagai pengganti Nabi Muhammad s.a.w yang sah dan lebih utama daripada para sahabat lain. Golonga Syiah merendah-rendahkan kedudukan para sahabat Nabi s.a.w serta mengkafirkan mereka terutamanya tiga khalifah al-Rasyidin iaitu Saidina Abu Bakar R.A, Saidina Umar R.A dan Saidina Uthman R.A.
Ringkasnya, Syiah memperkatakan sesuatu yang tidak layak serta merendahkan kedudukan khulafa al-Rasyidin, para sahabat dan sebahagian isteri-isteri Nabi s.a.w. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan Syiah daripada golongan-golongan Islam yang lain terutamanya Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Ulama’ terkenal, Syeikh Sa’id Hawwa dalam sebuah risalahnya berkaitan Syiah menyenaraikan beberapa penyelewengan mereka. Antaranya ialah:
Pertama : Syiah percaya bahawa para imam mereka adalah maksum sehingga mengatasi Nabi dan bebas daripada dosa atau tidak berdosa. Menurut Syiah lagi, para Imam Syiah bebas daripada kesalahan, ghaflah (lalai) dan lupa sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja serta kedudukan imam itu mengatasi kedudukan kenabian.
Perkara ini menurut ulama Syiah adalah ijmak atau kesepakatan golongan terdahulu dan terkemudian Syiah. Oleh kerana itu para imam Syiah mempunyai kuasa mutlak dan hak serta pemilihan dalam menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
Kedua : Syiah percaya bahawa al-Quran yang wujud di tangan kaum muslimin pada hari ini telah mengalami perubahan. Perkara ini diakui oleh ulama mereka seperti al-Kulaini dan Muhammad Baqir al-Majlisi dalam karangan mereka. Syiah mendakwa mereka memiliki al-Quran yang disebut sebagai “Mashaf Fatimah” dan ianya tiga kali ganda banyaknya daripada al-Quran yang kita miliki.
Ketiga : Syiah tidak mengiktiraf hadis-hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh kebanyakan para sahabat seperti Abu Hurairah R.A, Samrah bin Jundub R.A, Amr bin al-Ass R.A dan sebagainya. Menurut Syiah, umat Islam telah kufur selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w kecuali tiga atau empat orang sahabat iaitu al-Miqdad bin al-Aswad R.A, Abu Dzar al-Ghifari R.A dan Salman al-Farisi R.A. kerana mereka tidak berpegang dan tidak mempercayai hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat bahkan meletakkan hadis-hadis tersebut dalam kelompok hadis-hadis palsu. Syiah hanya menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh ahli al- bait atau kerabat Nabi s.a.w sahaja.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
KENYATAAN AKHBAR
D.Y.M.M. SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ
SULTAN SELANGOR DARUL EHSAN
Bismillahirrahmanirrahim
Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor amat mengambil berat di atas tindakan yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasan, Jabatan Agama Islam, Selangor (JAIS) yang telah menjalankan pemeriksaan ke atas majlis ‘Thanksgiving Dinner’ yang diadakan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 yang lalu.
Beta amat berharap agar rakyat Negeri Selangor tanpa mengira bangsa dan agama tidak menyalahanggap dan mempertikaikan tindakan JAIS tersebut sebelum mengetahui dengan jelas fakta sebenar mengenai tindakan yang telah diambil oleh pihak JAIS.
Sebagai sebuah Jabatan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang Islam dalam Negeri ini, JAIS mempunyai tugas yang berat untuk memastikan Agama Islam dalam Negeri Selangor ini sentiasa dipelihara dan dimartabatkan selaras dengan kedudukan Agama Islam sebagai agama Negeri Selangor di bawah Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 dan juga agama Persekutuan di bawah Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Pihak JAIS telah menyembahkan kepada Beta laporan penuh mengenai pemeriksaan yang telah dijalankan di kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya tersebut dan juga tindakan susulan yang telah diambil oleh JAIS. Beta sendiri telah meneliti laporan tersebut dengan terperinci dan Beta berpuas hati bahawa tindakan JAIS tersebut adalah betul dan tidak menyalahi mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Selangor ini.
Tindakan JAIS tersebut adalah selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988.
Agama Islam yang diamalkan dalam Negeri Selangor ini adalah sebuah agama yang penuh toleransi. Penganut agama Islam sentiasa dipupuk agar menghormati penganut-penganut agama lain. Walaupun begitu, mana-mana pihak tidak boleh mengambil kesempatan untuk cubamengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam. Ini adalah selaras dengan Fasal (1) dan (4) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988 yang tidak membenarkan pengembangan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam.
Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh, Kerajaan Selangor 1959, Fasal (1) Perkara 3 dan Fasal (1) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan telah memberikan hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama mereka masing-masing dengan aman dan harmoni. Hak kebebasan tersebut telah pun berjalan dengan penuh harmoni dalam Negeri ini. Beta amat berharap keharmonian tersebut yang telah wujud sekian lama terus dikekalkan. Peliharalah hak dan agama masing-masing dan jangan sekali-kali cuba mempengaruhi dan memesongkan fahaman dan kepercayaan orang Islam terhadap agama Islam.
Merujuk kepada siasatan pihak JAIS, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan aqidah umat Islam. Tetapi keterangan yang diperolehi tidak mencukupi untuk tindakan undang-undang diambil. Oleh itu setelah meneliti dengan secara mendalam laporan oleh pihak JAIS dan setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar agama dan undang-undang, Beta bersetuju tiada pendakwaan terhadap mana-mana pihak.
Walau bagaimanapun Beta menitahkan JAIS memberikan kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipulihkan. Beta juga menitahkan JAIS supaya menjalankan aktiviti dakwah terhadap orang Islam dengan lebih kerap dan tersusun supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan.
Beta amat berharap selepas daripada ini, apa-apa kegiatan dan aktiviti yang sedang berjalan atau yang akan berjalan bagi tujuan mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam dalam Negeri Selangor ini hendaklah dihentikan segera dan tiada kegiatan dan aktiviti yang serupa dijalankan di masa hadapan.
Sesungguhnya Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor ini amat mengambil berat dan berasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba untuk melemahkan kepercayaan dan aqidah orang Islam dalam Negeri Selangor ini. Beta menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS supaya sentiasa mengadakan pemantauan rapi dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa perlu teragak-agak lagi selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang.
Beta juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengambil berat berkaitan isu ini dan yang telah memberikan kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada JAIS.
DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj
Sultan Selangor Darul Ehsan
12hb Dzulkaedah 1432Hijrah
10hb Oktober 2011
Alhamdulillah, wacana tersebut berjalan baik dan mendapat sambutan dengan kehadiran seramai 500 peserta.
Baca resolusi di sini: Resolusi Wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah
Baca laporan lain di sini:
WACANA PEMIKIRAN DAN PEMBINAAN UMMAH 2
PERINGKAT KEBANGSAAN
MEMBENTERAS GERAKAN PLURALISME AGAMA
DAN PEMURTADAN UMMAH
.
Tarikh
14 Disember 2010 / 8 Muharam 1432 – Selasa
7.30 Pagi – 5.00 Petang
Tempat:
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta
.
Maklumat lanjut: (klik di bawah)
Kenapa Perlunya Wacana Membenteras Gerakan Pluralisme Agama
Pengisian:
- Meneliti Doktrin Dan Ciri-ciri Fahaman Pluralisme Agama
Dr. Anis Malik Thoha, Jabatan Usuluddin Dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
- Pluralisme Agama: Suatu Pengamatan Mengenai Isu-isu Penting Yang Berkaitan Dengannya
Ustaz (Dr) Muhammad ‘Uthman El-Muhammady, Felo Amat Utama, ISTAC, KL.
- Pluralisme Agama: Program Yahudi Antarabangsa Untuk Pemurtadan
Dr. Syamsuddin Arif, Jabatan Usuluddin, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
- Pluralisme Agama: Faham Pluralisme Agama Dan Percanggahannya Dengan ‘Aqidah Dan Syari‘ah Islamiyyah
Prof. Dr. Idris Zakaria, Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam UKM, Bangi.
- Ancaman Gerakan Pluralisme Agama Di Malaysia: Satu Analisis Awal
Dr. Yusri Mohamad, di Kulliyah Undang-Undang UIA dan bekas Presiden ABIM
.
Anjuran bersama:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)
Allied Coordinating Committee of Islamic NGO (ACCIN)
Majlis Permuafakatan Badan Amal Islam Wilayah Persekutuan
Penyertaan adalah percuma
Untuk maklumat lanjut sila lungsuri blog :
http://muafakatmalaysia.wordpress.com/
Atau telefon 019-3199-788 (Karim) atau 016-395-6497 (Wan Burhan)
Untuk pendaftaran dan pengesahan kehadiran sila hantar SMS ke
019-3199-788 atau 016-395-6497
dengan menaip:
DAFTAR PLURALISME – [NAMA PENUH] [NO. KP] [NO. TEL]
Jika lebih dari seorang sila selangi dengan tanda ( / ) untuk setiap nama dan maklumat.
Atau emel ke muafakat_malaysia@yahoo.com
Recent Comments