You are currently browsing the tag archive for the ‘John Hick’ tag.

Di hari menyambut Maulidur Rasul ini, terasa amat sayu dan sedihnya apabila  mengenang teks ucapan DS Anwar Ibrahim ceramah beliau di LSE pada tahun lalu yang mengangkat orang seperti Dante  sebagai tokoh membawa keamanan dengan “Dante’s vision of universal peace” dan mengaitkan lagi dengan tokoh ilmuan Islam dengan “linking Dante’s vision directly to the philosophical outlook of Muslim luminaries including al-Farabi and Ibn Rushd“.

Amatlah jauh tersasar rumusan Anwar jika orang seperti Dante, “seorang penyair agung dalam tradisi Kristian“, ini hendak dianggap sebagai tokoh pluralis dan meletakkan seolahnya Dante bersetuju dengan tema Pluralisme Agama yang dibawa oleh Anwar kini dengan menyama-ratakan Islam dengan agama Krsitian dan lain-lain agama lagi. (baca ciri-ciri Pluralisme Agama di sini)

Ceramahnya yang bertajuk “Religion and Pluralisme in a Divided World” (klik untuk baca teks asalnya) turut mengaitkan Maulana Jelaluddin Rumi sebagai tokoh pluralis – dan telah saya jawab dengan “Pembohongan di atas nama Maulana Jelaluddin Rumi dan kitab Mathnawinya“.

Mustahil bagi orang seperti Dante boleh kita terima sebagai pembawa “universal peace” menyamakan pula dengan orang yang dihinanya.

وَ مَا أَرْسلْنَك إِلا رَحْمَةً لِّلْعَلَمِينَ‏

“Dan tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam.” Al-Anbiayaa:21

Seperti tercatat di dalam triloginya, The Divine Comedy, Dante telah menghina Rasulullah s.a.w. dengan meletakkan Nabi s.a.w. dan Sayyidina Ali r.a. di dalam neraka.

Inferno XXVIII, 19-42.

The poets are in the ninth chasm of the eighth circle, that of the Sowers of Discord, whose punishment is to be mutilated.

Mahomet shows his entrails to Dante and Virgil while on the left stands his son Ali, his head cleft from chin to forelock.

Gambaran ilustrasi di atas adalah yang diambil dari salah satu lukisan-lukisan dalam pelbagai manuskrip yang tersimpan di perpustakaan-perpustakaan besar di dunia termasuk ada yang telahpun membuat satu filem bisu pada tahun 1911 (The 1911 Italian silent film L’Inferno contained a dramatization of the scene; Mohammed is shown with his entrails hanging out) – semuanya ini boleh diakses melalui carian internet.

Bagaimana mungkin orang seperti ini dikira pluralis seperti ide yang dibawa oleh John Hick?

Menurut Ustaz Muhammad Uthman El-Muhammady, dalam Pluralisme Agama dan Bahayanya Kepada Umat Islam (yang mengulas dengan panjang lebar bahaya Pluralisme),  Dante adalah seorang yang teguh dengan teologi Katholiknya dan seorang yang otordoks berdasarkan tulisan-tulisannya yang lain termasuk ‘Monarchia’ dan sangatlah mustahil dia seorang yang boleh menerima agama lain.

Semoga Allah sentiasa membimbing kita di jalan yang benar dan menyelamatkan kita semua dari hasutan dan bisikan yang menyesatkkan.

Advertisements

Ramai di kalangan kita yang telah mendengar atau membaca bait-bait yang dikaitkan dengan seorang tokoh abad ke 13, penyair ahli sufi terkenal, Maulana Jelaluddin Rumi. Di antara bait-bait tersebut adalah seperti berikut:

The lamps are different,
But the Light is the same.

Yang mana terjemahannya adalah:

Lampu-lampunya berlainan,
tetapi Cahaya itu sama.

Di antara yang memetik bait-bait ini ialah DS Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR, dalam syarahannya di London School of Economics (LSE) pada 18hb March 2010.

Dalam syarahannya yang bertajuk “Religion and Pluralism in a Divided World”, beliau menyebut (teks ucapananya dipetik dari blognya sendiri – namun kini telah dipadamkan semenjak sekitar bulan Ogos 2010):

Back in the 13th century, the mystical poet Jelaluddin al-Rumi wrote in the Masnavi:

The lamps are different but the Light is the same, it comes from Beyond; If thou keep looking at the lamp, thou art lost; for thence arises the appearance of number and plurality.

[Teks ucapannya kini boleh di baca di sini: Public lecture by Anwar Ibrahim at the London School of Economics]

Ramai orang mengambil jalan dengan mempercayai sahaja bahawa “ya” memang benar itu adalah bait-bait dari kitab Mathnawi (Masnavi) karangan Rumi.

Persoalannya, apakah bait-bait tersebut benar-benar terdapat dalam kitab karangan beliau yang asal?

Menurut beberapa para pengaji penulisan Rumi (antaranya Prof Ajmal M. Razak Al-Aidrus dari ISTAC yang telah siap menterjemahkan kitab Mathnawi ke dalam bahasa Melayu dan Dr. Ibrahim Gamard, pengkaji Rumi yang berautoriti dari California USA), bait-bait tersebut adalah berbeza dengan yang sebenarnya dalam kandungan asal kitab Mathnawi yang ditulis dalam bahasa Farsi dan Arab. Bait-bait tersebut telah diolah dan dimasukkan oleh para pengkaji barat (Allah sahaja yang mengetahui niat mereka) dalam terjemahan-terjemahan mereka ke dalam bahasa Inggeris.

Masalahnya ialah dengan mengaitkan bait-bait sebegitu sebagai datangnya dari Rumi, mereka kemudian membuat rumusan bahawa tokoh Sufi ini seorang pendokong yang menyamaratakan semua agama malah disabitkan beliau sebagai pencetus fahaman Pluralisme Agama dalam Islam. Antara orang yang menjaja ide ini dan diterima pakai pula oleh “sarjana-sarjana Islam” kita ialah seorang profesor dari University of Birmingham UK, John Hick (yang mengelarkan dirinya sebagai seorang philosopher of religion and theologian).

Dalam syarahan bertajuk “Religious Pluralism and Islam” di Institute for Islamic Culture and Thought, Tehran pada Februari 2005, John Hick tetap mengaitkan Rumi dengan pluralisme agama melalui bait-bait yang dipalsukan itu:

I now turn to the third option, religious pluralism. In its broadest terms, this is the belief that no one religion has a monopoly of the truth or of the life that leads to salvation. Or in the more poetic words of the great Sufi, Rumi, speaking of the religions of the world, ‘The lamps are different but the Light is the same; it comes from beyond’

Menurut Dr. Ibrahim, yang telah menulis beberapa buah buku tentang Rumi, mereka yang menyebut sedemikian cuba mengambarkan Maulana Rumi seorang mistik yang mengajar perbezaan antara agama tidak penting. Untuk itu, mereka memetik bait-bait yang dikatakan dari Rumi tapi sebenarnya yang bukan sahih bersumberkan dari Rumi. Mereka juga memetik sebahagian dari bait-bait dari Rumi secara tidak lengkap demi untuk membohongi yang Rumi tidak peduli dengan perbedaan antara agama.

Memetik dari buku, “Rumi and Islam” oleh Dr. Ibrahim Gamard, 2004:

… many people think of Rumi as someone who had been a Muslim and a dry scholar, who then became transformed into a universal mystic who transcended any particular religion. This impression is the result of frequently quoted verses which have been attributed to Rumi, but which are not authentic …

Maka isu besarnya di sini ialah mereka ini telah melakukan satu pembohongan yang besar dengan memasukkan  bait-bait yang telah dipalsukan atau mereka menerima kepalsuan dengan membuta dan pembohongan itu dibuat atas nama seorang tokoh Sufi demi menuduh Rumi sebagai seorang yang membawa fahaman pluralisme agama.

Felo Amat Utama ISTAC-UIAM, Ustaz Muhammad Uthman El-Muhammady, dalam pembentangan kertas kerja beliau di Wacana Isu-isu Semasa Aqidah: Pluralisme Agama (di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu – 15hb Januari 2011) anjuran bersama JHEAT dan Muafakat, telah menjelaskan bahawa Jelaluddin Rumi bukan seorang tokoh pluralis (baca di sini Pluralisme Agama dan Bahayanya Kepada Umat Islam).

Ustaz Uthman telah memperincikan beberapa bait yang mengesahkan Rumi sebagai seorang ulama ahli sunnah wal jamaah dan mustahil untuk berfahaman pluralis seperti yang dituduh.

Apakah kita kini terlalu mudah untuk terpengaruh dengan alunan enak hujjah orang seperti John Hick atau terlalu mudah terpedaya dengan pidato hebat Anwar dengan selitan senyumannya yang memukau kejernihan fikiran kita?

Jangan kita terlalu naive untuk begitu mudah terikut-ikut dan tenggelam dalam agenda ghazwul fikr alaf baru yang satu masa dahulu kitalah yang mempelopori istilahnya di Tanah Melayu ini.

Melalui ghazwul fikri ini tidak perlu lagi musuh Islam berusaha mengeluar kita dari anutan agama asal namun cukup dengan “terkeluar” sendiri melalui ikutan pandangan dan prinsip hidup yang jauh dari nilai-nilai Islam. Nauzubillah.

Baca lagi:


Alhamdulillah, wacana tersebut berjalan baik dan mendapat sambutan dengan kehadiran seramai 500 peserta.

Baca resolusi di sini: Resolusi Wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah

Baca laporan lain di sini:

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Effective Islamic Parenting

June 2019
M T W T F S S
« May    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 340 other followers

Tauhid

Advertisements