You are currently browsing the tag archive for the ‘Kak Sham’ tag.
Tag Archive
Bubur Lambuk Kampung Baru Kak Sham
22 July, 2012 in Food, Maklumat | Tags: bubur lambuk, Kak Sham, Kampung Baru, puasa, Ramadan | by akarimomar | 2 comments
Bubur Lambuk di musim bulan puasa … mana lagi kalau tidak dari gerai Kak Sham. Memang itulah yang kami akan cari setiap tahun semenjak kami kenali bubur lambuk Kampung Baru 20 tahun lalu (memang berbeza dengan bubur lambuk Trengganu – jugak kegemaran kami).
Mana nak cari?
Untuk panduan, kami sertakan imej ini untuk panduan:

Bubur Lambuk Warisan Kak Sham – gerai kedua sebelah kanan dari simpang lampu isyarat Jalan Raja Abdullah-Jalan Raja Alang – depan Hospiital Al-Islam dan bertentang dengan Masjid Kg. Baru [Klik untuk paparan lebih besar]
Sedapnya … tiada bandingan dengan yang lain.
Untuk tempahan boleh telefon Kak Sham sendiri: 016-616-0593.
Pastikan ianya yang Kak Sham punya – gerai kedua sebelah kanan Jalan Raja Alang kalau datang dari persimpangan lampu isyarat. AWAS! Ada sesetengah gerai akan mengaku mereka juga menjual bubur dari Kak Sham.
.
.
.

Panduan lokasi. Kalau bukan bulan Ramadan, Kak Sham menjual nasi lemaknya di Jalan Raja Uda (lokasi dalam peta)
*****************
Kiriman/Artikel lain yang berkaitan:
- Bubur Lambuk Kg Baru – Karim’s blog (2010)
- Bubur Lambuk Kampung Baru -Aeshah Adlina Karim
- Bubur Lambuk Kampung Baru – Ahmad Ali Karim
- Bubur Lambuk Kampung Baru – Aiman Amani Karim
- The Best Bubur Lambuk Kampung Baru – Ahmad Ali Karim
- How To Cook Bubur Lambuk In Pictures – Ahmad Ali Karim
- The return of Bubur Lambuk Kampung Baru – Aiman Amani Karim
- Where To Get The Best Bubur Lambuk Kampung Baru – Ahmad Ali Karim
- Bubur Lambuk Kampung Baru – is finally back! – Aiman Amani Karim
Bubur Lambuk Kg Baru
11 August, 2010 in Food | Tags: bubur lambuk, bubur lambuk Kak Sham, bubur lambuk Kg Baru, Hospital Al-Islam, juadah puasa, Kak Sham, Kg Baru, Masjid Kg Baru, Ramadan | by akarimomar | Leave a comment
Bila Ramadan tiba, suasana di Kg Baru, Kuala Lumpur, pastinya sibuk. Aktiviti sekitar Masjid Kg Baru ialah jualan pelbagai hidangan berbuka puasa, kurma dan sudah mestinya ada jualan bubur lambuk. Selain pemberian bubur lambuk percuma oleh pihak masjid, orang ramai tetap mengunjungi deretan gerai yang menjual bubur lambuk Kg. Baru.
Berbeza dengan jualan seberang Jalan Raja Alang yang satu lagi (menghala ke Jalan Tuanku Abdul Rahman) di bazaar Ramadan yang dipenuhi dengan pelbagai juadah berbuka puasa, tumpuan di sekitar masjid adalah lebih kepada bubur lambuk.
Hitungan rambang saya terdapat lebih 20 gerai yang menjual bubur lambuk sekitar 200 meter sekeliling masjid.
Bagi kami, bubur lambuk Kak Sham adalah menjadi pilihan semenjak entah berapa tahun yang lalu. Di luar bulan Ramadan kami akan mengunjungi gerai Nasi Lemak Kak Sham pula di Jalan Raja Uda (lihat peta di atas).
Pada hari pertama Ramadan, Kak Sham telah menerima tempahan yang banyak. Kebiasaannya, satu-satu tempahan adalah sekitar 300-400 bungkus (ada juga yang tempah 1000 bungkus atau lebih). Jualan bermula seawal 11:30 pagi lagi.
Untuk setiap periuk boleh dapat sekitar 470 bungkus. Bayangkan hampir 10 periuk yang ada semasa saya kunjunginya tadi. Ada yang sudah kosong habis dibungkus dan ada yang baru mula dengan memasak air.

Semasa saya sibuk mengambil gambar sepasang jurukamera dan wartawan turut sama merakam di gerai Kak Sham
Namun, bagi orang Terengganu seperti saya, apabila ditanya mana yang lebih sedap, kadang-kadang sukar juga hendak jawab. Lazimnya saya dengar mereka lebih gemar bubur lambuk Terengganu yang unik dengan banyaknya sayuran istimewa di dalamnya. Tetapi bagi saya kedua-keduanya sedap dan ada keistimewaan masing-masing. Mungkin bagi mereka yang tidak sukakan bubur lambuk Kg. Baru kerana mereka belum bertemu yang sedap.
Cuba try Kak Sham punya …
Kalau nak baca lagi pasal bubur lambuk klik di sini:
Recent Comments