You are currently browsing the tag archive for the ‘Katy Lim Li Lian’ tag.

Satu demi satu kita dihidangkan dengan isu-isu yang tidak senang untuk kita hadamkan. Setelah pelbagai kes-kes penderaan, pencabulan seksual, kecurian dan ragutnya serta pembunuhan, kita turut disua berturut hari dengan pembuangan bayi yang baru lahir.

Tidak cukup dengan itu akhbar pula galak mensensasi pelbagai lagak dan masalah keluarga para artis dan orang-orang ternama. Pihak industri seni dan hiburan tidak habis-habis membariskan pelbagai aktiviti yang melalaikan belia yang masih mencari-cari identiti dan nilai diri dari aktiviti yang membina jati-diri anak-anak. Penyemarakan budaya hedonisme ini tidaklah sangat berusaha untuk memupuk keharmonian keluarga dan didikan nilai untuk para remaja.

Akhirnya tercernalah anak-anak muda yang bernilai tanpa moral budaya halus ketimuran yang semarak mekar di tanah air kita berabad lamanya sebelum ini. Kehidupan masyarakat yang harmoni dengan nilai-nilai toleransi yang tinggi terhakis hari demi hari.

Tidak lama dahulu masyarakat pelbagai bangsa hidup dengan aman damai. Bukannya asing untuk kita mendengar cerita-cerita anak Cina diserahkan kepada keluarga Melayu untuk dijaga atau diserahkan terus untuk menjadi anak angkat dan di”bin/binti” Melayu.

Masyarakat Cina yang kebanyakkannya beragama Buddha dan mempraktiskan ajaran-ajaran Confucius amat tinggi nilai ketimuran yang menghormati jiran. Masyarakat India yang beragama Hindu tidak menghadapi masalah mengamal kepercayaan mereka. Dan masyarakat India Muslim pula tidak terasa canggung bermesra dalam kehidupan multi-etnik, multi-budaya dan multi-agama ini.

Teringat akan bunyi loceng dari kuil Jalan Cerong Lanjut yang jauhnya lebih dari 1.5km dari kediaman kami – tidak pula menjadi masalah untuk masyarakat Melayu di sekitar bandar Kuala Terengganu ketika itu. Walaupun bunyi bertubi-tubi pada-pada ketikanya. Begitu pula tidak kedengaran keluhan mereka yang bukan Islam dengan kumandangnya merdu azan lima kali sehari serta tarahim di awal-awal pagi yang membangunkan mereka dari tidur.

Apabila ada pihak yang menuntut ke mahkamah untuk pemberhentian laungan azan di tempat mereka kita merasa ianya suatu keterlaluan. Keharmonian masyarakat timur tiba-tiba terganggu dek belaian dan sogokkan budaya asing barat yang hilang nilai-nilai unsur toleransi.

Gejala tidak hormat menghormati di antara satu sama lain kini berlaku bertali arus. Cetusan terbaru dengan memaki kesucian [melalui laman sosial Facebook] sesuatu agama bukannya suatu yang diundang. Provokasi-provokasi seperti ini tidak kedengaran dulu-dulu.

Apakah bentuk dan nilai kemajuan negara yang ingin kita bangga? Apakah kita mahu menjadi negara maju “sans-values”?

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

June 2021
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 359 other followers

Tauhid