You are currently browsing the tag archive for the ‘Mahamad Naser Disa’ tag.

Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam

Haji Mahamad Naser bin Disa[1]

 

 

 

Islam Agama Negara: Undang-undang Tertinggi Negara

Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Negara ini memartabatkan Islam sebagai Agama Negara – Fasal 1 Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan – “Islam adalah agama bagi Persekutuan;” atau dalam teks asalnya  “Islam is the religion of the Federation;”[2] Jika diterjemahkan ke bahasa Arab ia bermaksud – “Al Islam deen alDawlah”. Bersandar kepada ketinggian kedudukan Islam sebagai Agama Negara ini, Fasal 1 Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mewajibkan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk membuat satu komitmen atas nama suci Allah dengan melafazkan sumpah – wallahi; wabillahi; watallahi untuk memelihara agama Islam pada semua masa. Lafaz sumpah ini dilakarkan secara khusus di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.

Atas sifat dan kedudukan Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara (The Supreme Head of Federation), semua pihak yang ada hubung kait dengan pemerintahan Negara ini juga terikat untuk melaksanakan sumpah berkenaan kerana segala urusan pemerintahan dalam Negara ini bersumberkan kepada kuasa eksekutif Baginda sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, berpaksikan kepada kedudukan Islam sebagai Agama Negara dan komitmen Ketua Utama Negara, segala agenda Negara sama ada dalam bentuk dasar mahupun perundangan semestinya berpaksikan kepada prinsip Islam dan tidak boleh sama sekali menyanggahi atau menjejaskan ketinggian dan kedaulatan Agama Negara.

Seluruh dasar dan agenda pembangunan Negara semestinya berteraskan kepada prinsip Agama Negara dan bukan pemikiran atau pengaruh pemikiran sekularisme dan liberalisme kerana sifat kedua-dua pemikiran itu masing-masing menyisih dan menghakis agama dari kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Rakyat Negara ini seharusnya menyedari dan bersyukur sebagai kerangka asas Negara, Islam telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa sifat kemanusiaan yang dipupuk dalam minda umat Melayu/Islam, Negara Malaysia telah berjaya membawa semua kaum sama ada yang beragama Islam atau bukan beragama Islam ke mercu kejayaan dan keamanan yang berpanjangan – bebas dari cengkaman penjajah dan bebas dari ancaman komunis dan segala bentuk ancaman. Justeru, ketika rakyat Negara ini menikmati rahmat pembangunan dan keamanan ini, tiada pilihan lain selain dari terus memartabatkan kedaulatan dan ketinggian agama Islam sebagai Agama Negara.

Penghijrahan Minda yang mesti dilakukan oleh seluruh umat Islam adalah untuk menyedari dan menginsafi bahawa kewajipan untuk memelihara agama (hifz ad deen) bukan hanya menjadi kewajipan keagamaan semata-mata, malah ia juga Kewajipan Kenegaraan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan menjadi Agenda Tertinggi Negara (Constitutional Obligation).

Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bukan hanya setakat prinsip kepercayaan dan amal ibadah khususiyyah semata-mata, malah Islam yang menjadi tanggungjawab kenegaraan itu adalah Islam yang syumul dan sempurna sebagaimana yang telah diputuskan oleh mahkamah tertinggi Negara – Mahkamah Persekutuan dalam kes Lina Joy lwn Majlis agama Islam Wilayah Persekutuan & 1 Lagi  [2007] 4 MLJ 585 telah memberikan tafsiran yang luas kepada Islam yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Islam itu bukan sahaja suatu himpunan dogma-dogma dan ritual-ritual tetapi ianya adalah juga suatu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti manusia, persendirian atau awam, perundangan, politik, ekonomi, sosial, budaya, moral atau kehakiman.”

Penghakisan Kedaulatan Agama Islam

Walaupun kedudukan dan ketinggian Islam sebagai Agama Negara sudah terang lagi bersuluh tertera dalam Perlembagaan Persekutuan, Negara masih lagi dibelenggu dengan pegangan dan fahaman salah kononnya Malaysia adalah sebuah ”Negara Demokrasi Sekular dengan Islam sekadar Agama Rasmi”. Fahaman salah ini masih menular dengan meluas, termasuk di kalangan umat Islam malahan juga di kalangan sebahagian besar ahli politik, pengamal undang-undang, penggubal dasar sama ada pada peringkat Persekutuan mahupun Negeri dan juga dalam kalangan majoriti rakyat.

Read the rest of this entry »

Advertisements

sumber: Berita Harian

AHLI jawatankuasa Majlis Peguam, Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir mungkin perlu menjelaskan lebih lanjut dan menunjukkan di mana perkataan sekular yang terkandung dalam Perlembagaan negara bagi menguatkan hujah beliau bahawa struktur asas Perlembagaan Persekutuan berdasarkan sekularisme dan bukan teokrasi (sistem kerajaan yang menggunakan hukum agama sebagai dasar pemerintahan negara) yang tersiar dalam akhbar baru-baru ini.

Bersandarkan pendapat bahawa struktur asas Perlembagaan Persekutuan berdasarkan sekularisme, beliau berkata, Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipinda untuk membolehkan pelaksanaan hukum hudud walaupun ada cadangan meminda Perlembagaan dan diluluskan dengan undi majoriti dua pertiga.

Tuan Haji Naser Disa semasa membentang kertas-kerjanya di Kongres Majlis Agama Islam Negeri-negeri 2011

Jika begitu, bagaimana pula kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan yang termaktub dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan – Islam is the religion of Federation – dan di mana perkataan demokrasi, sekular atau agama rasmi jika benar wujud dalam Perlembagaan, kata Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Seksyen Syariah) Jabatan Peguam Negara, Mahamad Naser Disa.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja ‘10 Salah Tanggapan Mengenai Kedudukan Islam di Malaysia’ pada Muzakarah Pakar Pemacuan Transformasi Sistem Perundangan Islam di Malaysia anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia, baru-baru ini.

Beliau berkata, apa yang berlaku sejak dulu hingga kini ialah prinsip ajaran Islam tidak diberi perhatian sewajarnya dalam penggubalan dasar ekonomi, pendidikan, sosial, budaya serta dasar lain digubal kerana alasannya, kita masyarakat majmuk.

Oleh sebab itulah berlaku salah tanggapan terhadap kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan hingga sering dirujuk sebagai agama rasmi menyebabkan Malaysia disifatkan negara demokrasi sekular dengan Islam sebagai agama rasmi.

Salah tanggap Islam negara sekular berpunca daripada hakikat Perlembagaan negara dirintis suruhanjaya diketuai Lord Reid. Namun, tidak ramai menyedari fungsi dan peranan suruhanjaya ini hanya menyediakan laporan ke arah penggubalan Perlembagaan.

Daripada cadangan dikemukakan dalam memorandum Perikatan berkaitan agama negara, hanya dua perkara diterima dan dipersetujui untuk dimasukkan dalam Perlembagaan iaitu Islam sebagai agama Persekutuan tanpa menafikan hak penganut agama lain mengamalkan agama mereka.

Bagaimanapun, prinsip tidak menafikan ciri sekular negara ini tidak dimasukkan dalam mana-mana bahagian dalam Perlembagaan. Justeru, rakyat Malaysia wajib menerima hakikat tiada sepatah pun perkataan sekular wujud dalam Perlembagaan. Jadi, kenapa Malaysia masih dianggap negara sekular?

Ada pihak cuba memberikan hujah mengelirukan dengan mengemukakan hujah kes Che Omar Che Soh yang sering digunakan pengamal dan pelajar undang-undang kononnya Tun Salleh Abas pernah memutuskan Malaysia ialah negara sekular.

Cerita ini amat mengelirukan kerana Salleh hanya mengatakan undang-undang yang sedang berkuat kuasa adalah undang-undang sekular, bukannya negara ini negara sekular.

Mahkamah Persekutuan iaitu mahkamah tertinggi negara dalam kes Lina Joy lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sudah memberikan tafsiran lebih meluas kepada Islam iaitu satu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti manusia, persendirian atau awam.

Jelaslah mahkamah tertinggi negara telah menggubal tafsiran Islam yang diberikan Tun Salleh dalam kes Che Omar kepada tafsiran yang luas. Hairannya, kenapa umat Islam masih mahu berpegang kepada tafsiran sempit itu.

Dalam isu ini, Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari berpendapat, apa pun tanggapan kita terhadap kedudukan Islam dalam Perlembagaan hari ini, satu yang jelas ialah Malaysia bukan negara sekular.

Katanya, dari segi konsepnya adalah ganjil mengatakan negara ini sekular sedangkan pada masa sama, ada peruntukan mengenai agama dalam Perlembagaan.

“Negara sekular yang sebenar tidak mengizinkan negara turut serta dalam membantu menegakkan agama atau mengizinkan wang pembayar cukai digunakan untuk tujuan agama,” katanya.

Titah Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah, supaya tafsiran Perlembagaan dengan perspektif yang menghormati sejarah penubuhan Malaysia amat penting diingatkan semula, manakala semua persetujuan yang sudah dicapai harus dihormati, perlu diberi perhatian.

Begitu juga penegasan baginda ketika bertitah pada Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri seluruh Malaysia bahawa prinsip asas, terutama yang menyentuh Islam dan Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan negara tidak boleh dikompromikan sama sekali.

Menurut baginda, Islam akan terhakis apabila tanggungjawab terhadap urusan Islam gagal dipantau secara tegas kerana Islam kini mula dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa sehingga ke peringkat sedia berkompromi kepada perkara prinsip yang menyentuh aqidah.

Melihat kepada senario yang berlaku, usaha memperbetulkan salah tanggapan terhadap kedudukan Islam perlu dilakukan dan menjadi kewajipan pemerintah memelihara Islam sebagai agama negara dan menjadikan negara ini negara Islam yang sebenarnya.

Caranya ialah melalui transformasi sistem pengurusan Islam dalam semua aspek iaitu pentadbiran, pendidikan, ekonomi dan sosial yang dibentuk peraturannya berasaskan syariat Islam seperti Piagam Madinah yang digubal Rasulullah SAW untuk membentuk sebuah negara menempatkan penduduk berbilang bangsa serta kaum.

Prinsip Piagam Madinah yang bersumberkan al-Quran dan Sunnah memelihara kesatuan ummah dan kedaulatan negara, dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warga negara, menegakkan keadilan sosial, kebebasan beragama dan tanggungjawab terhadap bukan Islam.

Hanya apabila sistem pentadbiran negara diuruskan berasaskan kepada ajaran Islam, barulah perkara lain bersangkutan keperluan serta tuntutan semasa dapat dilaksanakan termasuk pelaksanaan hukum hudud atau undang-undang Islam.

Hukum hudud bukan tidak boleh dilaksanakan kerana salah tanggapan bahawa Malaysia bukan negara Islam tetapi hukum itu tidak mampu dilaksanakan selagi sistem pentadbiran serta pengurusan negara tidak benar-benar mengikut syariat Islam.

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Effective Islamic Parenting

June 2019
M T W T F S S
« May    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 340 other followers

Tauhid

Advertisements