You are currently browsing the tag archive for the ‘MAZA’ tag.

Dalam sesi pertama pada hari kedua Himpunan Ulama’, Cendikiawan Islam dan Penulis Maya di Seri Pacific, KL pagi tadi, Dr. Asri MAZA mengatakan bahawa kita jangan menjadi pelik. Sambil memberi contoh bahawa jika di majlis yang semua orang memakai baju batik jangan kita seorang pulak memakai jubah.

Sebaik sahaja ungkapan tersebut keluar dari mulut MAZA, seorang peserta yang berjubah dan berserban dilihat keluar dari dewan.

Ketika rehat, kami dekati peserta yang tidak kami kenali tersebut dan bertanyakan kenapa beliau keluar sebaik sahaja MAZA mengatakan sedemikian. Beliau berkata bahawa MAZA menghina orang yang memakai jubah.

Apakah ungkapan seperti ini yang harus diungkapkan oleh seorang yang dianggap banyak ilmunya dan dalam ceramah tersebut banyak mengatakan bahawa penulis maya tidak harus memprovoke dan semesti menjaga adab dalam penulisan mereka sedang dia sendiri tidak menjaga lidahnya.

Kenapa tidak MAZA mengguna contoh sebaliknya yakni, jangan kita jadi pelik dengan memakai baju batik dalam majlis yang semua orang berjubah. Lebih manis contoh sebegini.

Atau kalau nak yang lebih “extreme” :-), jangan kita tidak menutup aurat dalam majlis yang semua orang sepatutnya menutup aurat.

Komen terdahulu pasal Himpunan ini ialah: Kod Pakaian Himpunan Ulama dan Cendikiawan Islam

Posting terbaru: Kemuncak Anutan Pluralisme Agama Bagi Anwar Ibrahim?

 

Advertisements


KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berpendapat bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin cenderung kepada pandangan kumpulan seperti Muhammadiyyah di Indonesia dan Ibnu Taymiyyah di Asia Barat, berdasarkan penulisan artikelnya bertajuk Cabaran Gerakan Pembaharuan.

Beliau juga berkata, artikel Mohd Asri itu yang didakwa berunsur hasutan terhadap agama dan institusi Raja-Raja Melayu, boleh dilihat sebagai lebih kepada tujuan mencari publisiti. “Penulisannya yang seolah-olah memperkecil Raja dan ulama adalah satu fitnah serta tuduhan melulu,” katanya kepada Berita Harian.

Ahad lalu, 50 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam membuat laporan polis terhadap Mohd Asri yang didakwa menulis artikel di sebuah laman web berunsur hasutan terhadap agama dan institusi Raja-Raja Melayu.

Laporan polis itu dibuat oleh Yang Dipertua Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Yusri Mohamed. Yusri berkata, dakwaan Mohd Asri dalam artikel itu jelas menunjukkan Raja-Raja Melayu dan istana menolak pembaharuan agama kerana didakwa tunduk kepada penjajah serta diampu oleh ulama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim, turut sependapat bahawa kebanyakan isu yang ditimbulkan satu persatu oleh Mohd Asri lebih kepada bertujuan mencari publisiti.
Sebagai ulama, katanya, kenyataan yang dikeluarkan Mohd Asri perlu ada bukti supaya tidak mengakibatkan orang ramai hilang kepercayaan kepada kewibawaan beliau.

“Mohd Asri tidak wajar mencetuskan isu berkaitan agama secara terbuka bagi mengelakkan berlaku lebih banyak lagi kekeliruan dalam masyarakat.

“Beliau sebagai bekas mufti mesti tahu bahawa kita ada jawatankuasa dan juga perjumpaan antara mufti dan ulama… di situlah tempat untuk menyalurkan apa saja yang tidak puas hati,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) di sini, semalam.

Sementara itu di SHAH ALAM, kehadiran Mohd Asri ke Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kelmarin, untuk membantu siasatan berhubung tulisannya bertajuk ‘Telan Air Ludah Ustaz’ dalam laman berita portal Malaysiakini.com pada 12 April lalu, disifatkan gagal membuahkan hasil.

Pegawai Perhubungan Awam Jais, Nurhamizah Othman, berkata Mohd Asri tidak dapat memberikan maklumat tepat dan spesifik membabitkan sumber asal maklumat penulisannya yang diperlukan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jais untuk mengambil tindakan selanjutnya bagi mengekang dan membanteras kegiatan berkenaan.

Katanya, dakwaan Dr Mohd Asri bahawa beliau mendapat maklumat untuk penulisannya daripada lima indi-vidu yang terpaksa dirahsiakan nama mereka kerana sudah diamanahkan untuk berbuat demikian, adalah tidak konsisten dengan prinsip bersama menjaga agama.

“Sebaliknya, pendedahan bersifat terbuka kepada umum sebegitu rupa boleh dikatakan sebagai satu tindakan tidak bertanggungjawab dan bersifat subjudis atau `baling batu sembunyi tangan’, yang memungkinkan lahir senario baru dan persepsi tidak baik umat Islam di Selangor dan Malaysia terhadap aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang selama ini menjadi pegangan,” katanya.

sumber: bERITA hARIAN

KUALA LUMPUR 18 April – Sembilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat dua laporan polis terhadap bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berhubung penulisan rencananya yang didakwa menghina agama Islam dan institusi raja-raja Melayu.

Penulisan bertajuk Cabaran Gerakan Pembaharuan itu disiarkan dalam kolum beliau di portal Malaysiakini, 4 April lalu.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Tun H. S. Lee di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, pukul 11 pagi ini.

Satu lagi laporan dibuat di Balai Polis Senawang, Seremban kira-kira pukul 11.30 pagi.

Laporan pertama dibuat wakil tujuh NGO iaitu Timbalan Yang Dipertua Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS), Yusri Mohamed

Manakala di Senawang, laporan dibuat oleh wakil Persatuan Kebajikan Al-Hidayah Negeri Sembilan (PKANS), Mohd. Rizal Mansor dan wakil YSNS, Ishak Talib.

Enam NGO lain iaitu Pertubuhan Kebajikan al-Jamiatul Khairiah, Persatuan Alumni Kolej Islam Kelang (ALKIS) dan Kesatuan Madrasah Islamiyah Malaysia (ITMAM).

Selain itu, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Intergrated Muslim Associations Selangor (IMAN) dan Persatuan Sinar Damsyik (PERSIDAM).

Yusri yang ditemui hari ini berkata, mereka membuat laporan itu kerana percaya Mohd. Asri telah mencabuli undang-undang negara selain menghina umat Islam di negara ini.

“Kami berpandangan bahawa tulisan beliau (Mohd. Asri) melampaui batas dan melanggar peruntukan undang-undang negara khususnya Akta Hasutan 1948.

“Beberapa bahagian dalam tulisannya jelas menimbulkan krisis keyakinan terhadap institusi raja-raja Melayu dan ulama.

“Selain itu, beliau cuba menggambarkan bahawa raja-raja atau pihak istana menjadi penghalang kepada aliran pembaharuan agama,” katanya.

Menurut Yusri, rencana itu membayangkan seolah-olah raja-raja Melayu sebagai mereka yang membelakangkan kepentingan Islam malahan tidak mampu menilai baik buruk dalam urusan agama.

“Kami percaya bahawa kenyataan-kenyataan beliau ini juga telah mengancam keutuhan Islam dan umatnya di negara ini,” jelasnya.

Sebelum ini pada 1 November lalu, Mohd. Asri ditahan oleh JAIS di Taman Sri Ukay, Hulu Klang kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Baru-baru ini kontroversi juga tercetus apabila Mohd. Asri mendakwa terdapat ‘upacara telan air ludah ustaz’ yang didakwanya dilakukan oleh seorang tokoh agama di negeri ini.

Sementara itu, Ishak menuntut supaya siasatan dijalankan terhadap Mohd. Asri serta pengendali portal berita tersebut.

“Kami berharap laporan ini diambil perhatian serius serta mendapat tindakan segera daripada pihak yang berwajib,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Senawang hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia

Berikut adalah rakaman sidang media selepas laporan polis akta hasutan terhadap Dr. Asri dan Malaysiakini di Balai Polis IPD Dang Wangi 18 April 2010.

dipetik dari Bernama:

NGO Islam Buat Laporan Polis Terhadap Dr Asri Dan Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) — Kira-kira 50 orang wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam pada Ahad membuat laporan polis terhadap bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin kerana mengeluarkan artikel berunsur hasutan.

Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Yang Dipertua Yayasan Sofa Negeri Sembilan Yusri Mohamad di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 11.30 pagi.

Beliau juga membuat laporan polis itu turut dibuat terhadap laman web Malaysiakini kerana menyiarkan artikel tersebut yang bertajuk ‘Cabaran Gerakan Pembaharuan’ bertarikh 4 April lepas.

Yusri berkata artikel tersebut mengandungi unsur-unsur hasutan yang melanggar Akta Hasutan 1948 kerana didakwa menghina agama Islam dan Institusi Raja-raja Melayu.

“Antara artikelnya (Mohd Asri) mendakwa sultan-sultan Melayu ketika itu dikuasai oleh Inggeris dan golongan pembaharuan pula gagal mendekati para sultan dan raja kecuali di Perlis,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata Mohd Asri juga mendakwa golongan penentang pembaharuan mempunyai kelebihan kerana mereka sanggup menuruti kehendak istana dengan mengadakan doa-doa yang memuja dan memuji sultan dan raja.

“Ini menunjukkan raja-raja Melayu dan istana menolak pembaharuan agama kerana didakwa tunduk kepada penjajah dan diampu oleh ulama-ulama,” katanya.

Yusri berkata laporan polis itu juga dibuat di seluruh negara oleh NGO Islam yang lain pada Ahad.

Antara NGO yang hadir ialah Pertubuhan Kebajikan al-Jamiatul Khairiah, Persatuan Alumni Kolej Islam Kelang (ALKIS), Kesatuan Madrasah Islamiyah Malaysia (ITMAM), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Persatuan-persatuan Integrasi Muslim Selangor (IMAN) dan Persatuan Sinar Damsyik (Persidam).

Sementara itu jurucakap polis IPD Dang Wangi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu pada pagi Ahad.

— BERNAMA

Satu laporan polis telah dibuat pada jam 11:30 pagi tadi, 18 April 2010 (Sabtu), di Balai Polis IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur, terhadap Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (MAZA) di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Hasutan 1948 berhubung tulisan beliau dalam Malaysiakini pada 4 April dan 28 Mac 2010.

Sdr. Yusri Mohamed yang mewakili pelbagai NGO Islam membuat laporan tersebut dengan diiringi oleh lebih 150 penyokong. Laporan yang serupa turut dibuat di seluruh negara di balai-balai polis yang lain.

Kenyataan media yang dibuat selepas laporan tersebut adalah seperti berikut:

Laporan Polis Terhadap Tulisan Dr.Asri di Malaysiakini yang mengandungi Hasutan terhadap Agama dan Institusi Raja-raja Melayu.

Kami terpanggil untuk memohon agar suatu siasatan dibuat terhadap satu kesalahan yang kami percayai telah mencabuli undang-undang negara, mencabar institusi asas negara serta menghina Islam dan umatnya di negara kita.

Kami merujuk kepada tulisan Dr. Mohd. Asri bin Zainul Abidin bertajuk “Cabaran Gerakan Pembaharuan” bertarikh 4 April 2010 yang lepas. Tulisan ini yang merupakan tulisan kedua dalam ruang kolum baru yang diberikan kepadanya oleh laman web berita Malaysiakini (edisi Bahasa Melayu).

Kami berpandangan bahawa secara keseluruhan dan di beberapa tempat dalam tulisan tersebut secara khusus, Dr.Asri telah melampaui batas dalam mengemukakan pandangan dan komentarnya hingga ke tahap melanggar beberapa undang-undang negara terutamanya Akta Hasutan 1948.

Akta Hasutan 1948 memperuntukkan definisi hasutan sebagai termasuk, “kecenderungan bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan.” (Seksyen 3(1)(a) Akta Hasutan 1948)

Dr.Asri dalam tulisannya jelas cuba menimbulkan krisis keyakinan terhadap institusi-institusi rasmi Islam yang utama di Malaysia iaitu institusi Raja-raja dan ulama. Dalam tulisan beliau ini Dr.Asri jelas cuba menggambarkan bahawa pihak Raja-raja Melayu atau pihak Istana telah menjadi penghalang kepada aliran pembaharuan agama kerana tunduk kepada penjajah serta kerana telah diampu oleh para ulama yang beliau istilahkan sebagai anti-pembaharuan. Berikut dinukilkan antara petikan daripada tulisan tersebut yang berkaitan :

i. “Namun disebabkan sultan-sultan Melayu ketika itu dikuasai oleh Inggeris dan golongan pembaharuan pula gagal mendekati para sultan dan raja kecuali di Perlis di tangan Abu Bakar Ashaari. Namun di negeri-negeri lain, golongan pembaharuan gagal untuk mengikuti kehendak dan kerenah istana.”

ii. (Di bawah tajuk kecil “Enggan Mengampu”) “Golongan penentang pembaharuan mempunyai kelebihan kerana mereka sanggup menurut kehendak istana. Mereka adakan doa-doa yang memuja dan memuji sultan dan raja. Mereka diamkan tindakan-tindakan istana yang tidak serasi dengan agama.”

iii. “Hasilnya, kuasa istana pun digunakan untuk menindas gerakan pembaharuan. Apatah lagi istana juga tahu sikap para reformis amat tidak secucuk dengan budaya mengampu dan mesra penjajah.

iv. “Akibat penggunaan kuasa istana, para reformis agama ini terpaksa berlindung di Negeri-Negeri Selat yang tidak mempunyai kuasa istana. Maka kita lihat sepanjang sejarah tokoh-tokoh reformis tertumpu di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Di negeri-negeri ini sahaja gerakan pembaharuan tidak dipintas atau diganggu oleh kuasa istana.”

v. “Ternyata saki-baki kuasa istana masih cuba digunakan oleh sesetengah pihak, namun kita berharap kematangan fikiran rakyat satu hari akan dapat melumpuhkan penyalahgunaan kuasa ini.” (dengan tambahan garis bawah)

Membaca tulisan ini, pembaca akan mendapat gambaran bahawa pihak Raja-raja Melayu (kecuali di negeri yang disebut oleh beliau) sebagai mereka yang membelakangkan kepentingan Islam hanya kerana tunduk kepada penjajah dan ampuan ulama yang tidak sealiran dengan ‘gerakan pembaharuan’. Raja-raja Melayu juga digambarkan seolah-olah tidak mampu menilai yang baik dan buruk dalam urusan agama hanya kerana termakan ampu dan puji. Para ulama yang tidak sealiran pula digambarkan sebagai bersedia untuk membelakangkan Islam demi pengaruh dan kuasa. Istana digambarkan penuh dengan khurafat dan perkara yang bercanggah dengan Islam yang dibiarkan sahaja oleh mereka. (rujuk juga mesej yang berkaitan dalam tulisan beliau dalam kolum yang sama seminggu sebelumnya bertajuk “Kuasa Politik dan Kuasa Agama”, Malaysiakini, edisi Bahasa Melayu, 28 Mac 2010). Turut jelas dalam tulisan beliau, Dr.Asri cuba memberi gambaran negatif dan menghakis keyakinan terhadap autoriti agama di hampir kesemua negeri-negeri di negara kita.

Kami percaya bahawa dengan kenyataan-kenyataan beliau ini, selain daripada mengancam keutuhan Islam dan umatnya di Malaysia, Dr.Asri sudah melanggar beberapa batas undang-undang negara. Kedaulatan undang-undang adalah salah satu rukun negara ini. Kami menuntut hak kami sebagai warganegara agar undang-undang negara ini memelihara kami, masyarakat dan negara daripada ancaman dan kerosakan yang boleh terhasil akibat tulisan sebegini. Kepercayaan kepada Tuhan dan Kesetiaan kepada Raja dan Negara juga merupakan paksi-paksi Rukunegara. Kami percaya tulisan sebegini sangat bercanggah dengan kemuliaan agama Islam sebagai agama rasmi negara serta ketinggian institusi Raja-raja sebagai payung negara dan agama. Tulisan ini juga cuba memberikan imej yang buruk terhadap para tokoh ulama tanah air, dulu dan kini, terutamanya yang berperanan secara rasmi dalam pentadbiran agama Islam.

Oleh itu kami menuntut agar siasatan berlandaskan undang-undang negara dibuat terhadap tulisan ini dan penulisnya. Ini bukanlah kali pertama Dr.Asri menerbitkan tulisan yang berunsur sebegini dan adalah tidak wajar jika beliau dibiarkan berterusan melakukan perkara yang sama secara terbuka. Jika dibiarkan, tidak mustahil perbuatannya akan ditiru dan diulangi oleh lebih ramai yang lain yang akan membawa kesan yang lebih buruk kepada negara. Laman web Malaysiakini yang telah memberi ruang kepada tulisan seumpama ini juga perlu di siasat di atas alasan dan semangat yang sama. Jika terbukti bersalah, tindakan undang-undang tegas perlu diambil terhadap mereka untuk mencegah mereka daripada mengulangi kesalahan ini. Kami berharap agar laporan kami ini diambil perhatian serius serta mendapat tindakan segera daripada pihak yang berwajib.

(Laporan ini dibuat oleh beberapa individu yang mewakili beberapa pertubuhan Islam termasuk Pertubuhan Kebajikan al-Jamiatul Khairiah, Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Persatuan Alumni Kolej Islam Kelang (ALKIS), Kesatuan Madrasah Islamiyah Malaysia (ITMAM), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Integrated Muslim Associations Selangor (IMAN) dan Persatuan Sinar Damsyik (PERSIDAM). Laporan yang sama telah dibuat secara serentak di setiap negeri di seluruh negara)

Rakaman sidang media ringkas yang diadakan di pintu masuk balai tersebut – akan di”upload” di youtube – Insha Allah. Klik di sini – Sidang Media Laporan Polis Akta Hasutan Terhadap Dr. Asri dan Malaysiakini

Sila kembali untuk ikuti perkembangan seterusnya.

Lagi pasal Asri MAZA:

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Effective Islamic Parenting

October 2017
M T W T F S S
« Sep    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 276 other followers

Tauhid