You are currently browsing the tag archive for the ‘murtad’ tag.

bantah IFCDalam kita baru berjaya menanggani ancaman tuntutan-tuntutan melampau Comango, wajar juga kita ingat kembali apa yang disebut sebagai IFC. Mungkin ada di kalangan kita sudah lupa suatu masa dahulu agenda penubuhan IFC (bermula tahun 2001) pernah mengugat kita dan telah berjaya menyatukan umat Islam untuk sama-sama bangkit menentang IFC secara sepadu.

Kebetulan juga pada masa yang sama umat Islam di Tanah Air digemparkan dengan kes pemurtadan Azlina Jailani. Sentimen dan kepekaan umat Islam ketika itu terhadap ancaman musuh Islam berjaya mengumpulkan berbelas ribu umat Islam untuk berhimpun di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta ketika itu.

Sebagai mengingatkan kembali tentang ancaman dari cadangan penubuhan IFC ini dan dilihat bersekali dengan tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh Comango supaya kita dapat faham bahawa semua ini adalah penerusan agenda musuh bersesuaian dengan ayat 120 surah Al Baqarah. Mereka akan terus selama-lamanya melaksanakan pelbagai perancangan dan usaha untuk merosakkan aqidah umat Islam. Peringatan Allah pasti benar.

Apa Itu Interfaith Commission (IFC)?

IFC yang nama asalnya ialah IRC – Inter Religious Council (IRC) – adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama (termasuk aduan orang bukan Islam terhadap agama Islam dan orang Islam).

Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC? IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.

MCCBCHS yang diasaskan pada 1986 kini dikenali sebagai MCCBCHST setelah dimasukkan pula ajaran Taoisme dalam majlis ini pada tahun 2006.

Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC? Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya.

Kronologinya seperti berikut:

  • Pada 8 Ogos 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu idea penubuhan IRC berjalan dengan lancar.
  • Pada 8 Disember 2001 satu perayaan ‘Festival of Rights’ diadakan dengan tema ‘Kebebasan Beragama’.
  • Pada 10 Disember 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai ‘Kebebasan Beragama’ dan menerbitkan satu artikel dalam jurnal INSAF.
  • Pada 17 Mac 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN, JUST dan Sisters in Islam termasuk Dr. Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimanapun Sisters in Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.
  • Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.
  • Mengemukakan deraf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC. Persidangan ini dianjurkan oleh Konrad Adeneuer Foundation (KAF), suatu badan yayasan Kristian yang beribu pejabat di negara Jerman.

Kenapa Kita Mesti Tentang IFC

1. Sikap Anti-Islam Pihak Penaja

Pihak Penaja IFC jelas menunjukkan sikap yang anti-Islam. Ini adalah kerana beberapa memorandum yang dikeluarkan mereka sebelum ini seperti berikut:

  • Seseorang Muslim  patut diberi hak untuk meninggalkan Islam walaupun agama Islam tidak membenarkannya;
  • Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan (dilihat dari aspek pelbagai dokumen antarabangsa mengenai hak asasi manusia dan hujah-hujah kes mahkamah di negara-negara bukan Islam) seharusnya diguna-pakai dalam menentukan hak seseorang Muslim memilih untuk murtad, dan bukannya  undang-undang syarak;
  • Untuk memudahkan proses murtad Mahkamah Sivil  dan bukannya Mahkamah Syariah yang seharusnya diberi kuasa menentukan hak seorang Muslim  itu keluar dari agamanya;
  • Usaha yang diambil oleh Pihak Berkuasa Syariah Negeri memulihkan orang-orang yang bakal murtad dipertikaikan;
  • Istilah “Muslim” di bawah Undang-undang Enakmen Negeri terlalu luas walaupun didapati konsisten dengan undang-undang Syariah;
  • Seseorang itu tidak harus dianggap Muslim hanya disebabkan kedua ibubapanya Muslim atau beragama Islam atau dalam keadaan lain berdasarkan Undang-undang Syariah. Individu berkenaan sepatutnya membuat pilihan atas kehendaknya sendiri;
  • Agama seseorang Muslim itu tidak sepatutnya tercatat pada Kad Pengenalannya.

Isu-isu di atas langsung tidak ada kena mengena dengan hubungan antara agama tetapi adalah bersabit dengan ajaran Islam yang tidak boleh dipertikaikan oleh penganut-penganutnya sendiri apatah lagi oleh orang-orang bukan Islam.

2. Isu-isu yang Dibangkit Tidak ada Kena Mengena Dengan Hubungan Antara Agama

Tiada satupun perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat-mesyuarat mereka ada berhubung dengan isu-isu orang-orang bukan Muslim. Malah isu-isu yang antaranya disebut di atas adalah kesemuanya berhubung kait dengan ajaran dan hak-hak orang Islam.

3. IFC/IRC Mencabar Perlembagaan Islam Sebagai Agama Persekutuan Malaysia

Sebagai suatu strategi bagi menentukan penubuhan IRC, hanya bentuk kasar pertubuhan ini sahaja diperkenalkan buat masa ini. Isu-isu yang dibangkitkan itu, sekiranya tidak diambil kira implikasinya, kelihatan seperti munasabah: contohnya, mualaf yang ingin kembali kepada agama asal mereka apabila perkahwinan mereka dengan orang Islam gagal.

4. IFC Akan Menjadi Badan Yang Boleh Mempersoalkan Hukum-hakam Islam

Berdasarkan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Penubuhan IRC badan ini akan diwakili oleh Islam dan yang bukan Islam dengan  kuasa untuk menerima aduan daripada penganut mana-mana agama terhadap agama Islam dan akan membuat keputusan menyoal dan menuntut supaya diubah beberapa ajaran Islam yang fundamental, yang telah sekian lama termaktub dalam sistem perundangan Malaysia.

5. IFC Bakal Campur Tangan Dalam Pentadbiran Hal Ehwal Islam

IFC semestinya akan campur tangan dalam susunan perlembagaan sedia ada yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal agama Islam yang mana kuasa diberi kepada Raja-Raja, Majlis Agama Islam Negeri dan Badan-badan lain serta pegawai-pegawainya. IFC akan mendapat tentangan hebat daripada pihak-pihak tersebut. Implikasi bagi perpaduan ummah, hubungan di peringkat Persekutuan dengan Negeri dan cabaran kepada pentadbiran Islam yang sedang menghadapi pelbagai masalah, adalah serius.

MAKA, adalah menjadi tanggung jawab seluruh ummat Islam di negara ini supaya membantah cadangan penubuhan IRC/IFC ini. Membenarkan penubuhannya walaupun dalam bentuk yang paling sederhana sekalipun akan membuka ruang kepada lebih banyak lagi tuntutan untuk memperkukuhkannya sehingga ia dapat melemahkan Islam dengan  berkesan.

Insha Allah akan disambung lagi ulasan lanjut tuntutan IFC and implikasi jika ianya terlaksana.

(sebahagian tulisan di atas dipetik dari bahan-bahan edaran kempen anti-IFC sebelum ini)

baca sambungnya … Tuntutan dan Ancaman Berterusan IFC

*****************

Baca juga isu-isu berkaitan Comango:

KUALA LUMPUR 13 Jan. – Kedegilan Gereja Katolik untuk terus menggunakan kalimah Allah dalam bible versi bahasa Melayu dan majalah mingguan The Herald, adalah kerana langkah itu sebahagian daripada gerakan murtad berteraskan kaedah kontekstualisasi.

Kontekstualisasi adalah meletakkan sesuatu dalam konteksnya dan bagi gerakan Kristian konsep itu membawa maksud, pendekatan yang tidak kelihatan asing kepada kumpulan sasaran dengan cara mengguna pakai amalan serta kebudayaan masyarakat setempat.

Utusan-Kaedah Kontekstualisasi-14Jan2014Seorang penceramah bebas, A. Karim Omar berkata, melalui kaedah kontekstualisasi gerakan Kristian akan cuba menyesuaikan ajaran mereka agar dilihat orang Melayu sebagai sama dengan agama Islam dan langkah paling berkesan ialah memasukkan kalimah Allah dalam bible.

Beliau yang juga lulusan Universiti Putra Malaysia (UPM) sebelum melanjut pengajian ke Southern Illinois University Carbondale dan seterusnya di University of Illinois di Amerika Syarikat berkata, pendedahan itu bukan berasaskan dakwaan tetapi memang diakui sendiri kumpulan Evangelist.

Jelasnya, Evangelist iaitu cabang Kristian yang paling aktif menyebarkan ajaran itu mengakui kalimah Allah adalah senjata paling berkesan kepada gerakan murtad menerusi artikel mereka bertajuk Islam, Once a Hopeless Frontier, Now? Comprehensive Contextualization.

“Artikel ini diterbitkan oleh International Journal of Mission Frontier iaitu badan khusus mengenai Kristian. Gerakan Kristian mengakui sebelum ini sukar memurtadkan orang Islam menyebabkan mereka beralih kepada kaedah kontekstualisasi agar orang Melayu tidak berasa janggal.

“Hakikat ini juga disebut dalam sebuah kajian di University of Chicago pada tahun 1928. Mereka menyimpulkan perlu guna istilah serta cara masyarakat setempat seperti kalimah Allah bagi menyesatkan umat Islam di Nusantara,” kata beliau menerusi blognya, akarimomar.wordpress.com.

Polemik kalimah Allah kembali membara apabila Pengarang The Herald, Lawrence Andrew berkeras mahu kalimah suci umat Islam tersebut terus diguna di seluruh gereja Katolik di Selangor, meskipun Mahkamah Rayuan telah melarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan The Herald.

Isu itu kemudian bertambah panas apabila Persatuan Bible Malaysia cuba mengedarkan bible versi bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah Allah memaksa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak kerana menyalahi Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) 1988.

Dalam pada itu, A. Karim memberitahu, di Indonesia gerakan kontekstualisasi sudah lama menjadi barah di mana pelajar Kristian dilatih memakai kopiah dan jilbab (tudung) selain membaca bible dalam bahasa Arab dengan gaya taranum bagi mengelirukan orang Islam.

“Di Malaysia juga berlaku perkara seperti ini tetapi masih belum kritikal. Pernah dalam satu serbuan di Taman Tun. Dr Ismail, sekumpulan Melayu yang telah murtad memakai songkok, berbaju Melayu, berkain pelekat dan menggunakan rehal seperti mana amalan orang Islam,” dakwanya.

Beliau kemudian menyeru seluruh umat Islam bersatu menyokong tindakan JAIS dan jangan ada pihak cuba bermain politik dalam soal kalimah Allah sebelum menutup bicara dengan doa semoga pendedahannya itu diterima Allah sebagai amal dalam usaha memelihara akidah.

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140114/dn_06/Kaedah-kontekstualisasi-pesongkan-akidah#ixzz2qQIW1sg8 ©  Utusan Melayu (M) Bhd

***************************************************

 

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:

dipetik dari Rakyatnews.com

AKO-rakyatnewsdotmy1KUALA LUMPUR 17 Ogos – Pentafsiran Bible (Contextualization) [baca: Strategi Kontekstualisasi Gerakan Evangelis Kristian] menjadi strategi baharu bagi orang kristian untuk mendakyah umat Melayu dan Islam di Malaysia.

Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) A.Karim Omar berkata, orang Kristian memperakui sememangnya orang melayu susah untuk di murtadkan.

“Kita ada dokumen sehingga tahun 1968, mereka memperakui lagi susahnya untuk memurtadkan orang melayu. “Strategi Contextualization ini adalah satu strategi baru bagi orang kristian untuk berdakyah orang islam,” katanya pada Wacana Agenda Kristian Sedunia di Dewan Muktamar Pusat Islam di sini hari ini.

Tambah Karim Omar, pendedahan yang dibuat hari ini banyak menunjukan orang kristian ini menggunakan banyak tipu helah. “Contoh kita ambil satu kes, dia (orang kristian) pergi melawat orang sakit yang tiada saudara mara yang datang ziarah pun berkata “makcik pakcik kalau keluar hospital tiada rumah dan tempat tinggal datang ke rumah kami” yang pergi cakap itu orang Melayu kita iaitu paderi Melayu kristian.”

“Dia menggunakan strategi seperti pendidikan, contoh setiap tahun ada sebuah kapal yang Bernama Logos Skop, Hope ini macam perpustakaan bergerak dia datang ke Pulau Pinang, Pelabuhan Klang dan baru-baru ini dia beralih ke Kuching pula dan di dalamnya ada pameran buku tetapi dalam itu mereka membawa  mesej kristian.” katanya.

AKO-rakyatnewsdotmy2Jelas beliau lagi, Strategi yang digunakan sekarang untuk memecah belahkan orang islam sekarang ini dengan memainkan isu kalimah allah serta penggunaan teknologi zaman sekarang yang memudahkan lagi orang-orang Melayu murtad.

“Kalimah Allah adalah satu strategi yang paling baik kerana strategi kalimah Allah ini telah dapat memecah belahkan kita umat islam. Dengan isu kalimah allah dianggap mudah kerana ada yang sokong dan ada yang tidak sokong.

“Disebut dalam kajian di Universiti Amerika, seorang paderi menyatakan bahawa adanya globalisasi, adanya teknologi terkini internet alam maya dan sebagainya itu memudahkan menarik orang-orang melayu untuk murtad dengan mengekalkan cara kehidupan orang melayu islam (bersolat dan berpuasa) tetapi berpengetahuan dalam ajaran kristian,” ujarnya.

Menurut beliau, pergerakan dalaman (Insider Movement) [baca: Insider Movement – Cara Melayu Kristian Merahsiakan Murtad] dikatakan amat berkesan, mereka masuk kristian dengan identiti seorang islam tidak nampak pun individu tersebut beridentitikan kristian dan tidak mengaku walaupun dikatakan ia seorang kristian.

Asal: http://www.rakyatnews.my/index.php/2013081778322/ekslusif/kitab-contextualization-strategi-baru-memurtadkan-orang-melayu

Ada sedikit kesalahan dalam tulisan di atas – kapal tersebut bernama Logos Hope – baca tentang kala Logos Hope di sini Kapal Logos Hope: Agenda Kristianisasi Berselindung Di Sebalik Pameran Buku

**********

Rakaman perbincangan – Strategi Kontekstualisasi – Dibicara Di MOBTV

**********

Bacaan berkaitan:

Apa yang dituntut oleh puak-puak gereja evangelis Kristian untuk mengguna nama suci Allah adalah suatu tipu helah terancang mereka. Kaedah untuk menuntut penggunaan nama Allah sebagai ganti nama Tuhan mereka bagi memperdayakan umat Islam adalah disebut sebagai kontekstualisasi (contextualization).

Bible-spokentongue-Malay-Barton

Tidak dapat dinafikan bahawa orang-orang Melayu adalah sasaran puak-puak evangelis Kristian sejak sekian lama (buku ini ditulis pada tahun 1918)

Kontekstualisasi adalah kaedah menterjemahkan Bible dan bahan-bahan bacaan Kristian serta kaedah pendakyahan yang disesuaikan dengan keadaan setempat yang hendak didakyahkan. Ianya juga disebut sebagai “indigenization”.

Dalam tulisan sebelum ini telah dijelaskan penggunaan nama suci Allah untuk terjemahan istilah God adalah tersasar dan tidak tepat (baca di sini).

Saya juga telah mendedahkan bahawa puak-puak evangelis Kristian (hinggakan di Amerika Syarikat) gelisah apabila Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melarang penyiaran lagu “Allah Peduli” oleh Agnes Monica (baca di sini) kerana ini mereka kata akan menghadkan penyebaran dakyah Kristian mereka.  Walhal seseorang itu boleh jatuh murtad apabila menyanyikan lagu tersebut (baca di sini).

Sebenarnya puak-puak evangelis Kristian ini TIDAK JUJUR dalam tuntutan mereka hendak mengguna nama suci Allah ini. Orang-orang yang dulunya didakyah dengan mengguna kalimah Allah akhir tidak lagi dibenakan menggunakan kalimah Allah setelah murtad masuk Kristian (baca disini).

Bagi mereka nama Tuhan mereka ini boleh ditukar-tukar mengikut mangsa yang mereka ingin murtadkan.

Di Malaysia kita dengar mereka bersungguh mengatakan nama suci Allah adalah kalimah yang paling sesuai untuk mereka guna sebagai ganti kepada istilah God. Malah mereka katakan tidak ada istilah lain yang sesuai dan tepat.

Mari kita lihat pembohongan puak-puak evangelis Kristian. Dalam usaha dakyah mereka kepada penganut agama Hindu di Bangladesh, mereka tidak mahu gunakan kalimah Allah. Untuk mengelirukan penganut Hindu ini evangelis Kristian ini menggunakan istilah Iswar (atau ada juga dieja dengan Ishwar atau juga Iswara [sepertimana nama model kereta Proton]).

Dalam majalah mereka sendiri, Christianity Today (Jan-Feb 2013), dalam artikel bertajuk “How Much Muslim Context Is Too Much for the Gospel?” ada menyebut:

To Hindus, who compose about 10 percent of the Bangladesh population, Iswar is a positive bridge word into the Christian faith.

ChristianGod-Iswar

Nama Tuhan Kristian boleh ditukar-tukar mengikut sasaran pendakyah mereka bersesuaian dengan kaedah pembohongan atas nama konteksualisasi (contextualization).

Terjemahannya:

Untuk 10% penduduk Bangladesh yang beragama Hindu, ISWAR adalah istilah pengantara kepada kepercayaan Kristian.

Kalau hendak dikira dari segi sepatutnya, kalimah Allah lah yang patut evangelis Kristian guna dengan menyeluruhnya di Bangladesh kerana penduduk Islam di sana adalah majoriti yang besar berbanding dengan di Malaysia.

Tetapi untuk satu kelompok peratusnya yang kecil pun mereka tukarkan nama Tuhan mereka kepada nama Tuhan yang biasa digunakan oleh sasaran pendakyahan mereka. Penggunaan istilah Iswar itu tidak menyeluruh untuk semua orang Bangladesh.

Malah kalau kita buat carian mudah untuk maklumat “God in Christianity” atau “Name of God in Christianity” dalam Google, kita sudah pasti tidak akan temui Allah digunakan dalam carian-carian awal/popular termasuk dalam “wikipedia” dan seumpamanya.

Ini menunjukkan bahawa nama suci Allah bukanlah suatu kalimah yang disepakati dan diguna dengan menyeluruh di bumi ini oleh orang Kristian untuk menggantikan istilah God.

Sememangnya orang-orang Kristian tidak berniat dan bersungguh untuk mengguna nama suci Allah untuk menggantikan istilah yang biasa mereka guna Lord/God/Jesus/Yahweh/Elohim itu. Mereka sebenarnya berNIAT JAHAT dan untuk MENIPU.

**********

Bacaan berkaitan:

Puak-puak evangelis Kristian masih ingin menegakkan benang yang basah. Mereka masih berkeras menyatakan bahawa penggunaan kalimah Allah untuk terjemahan istilah God adalah satu keperluan. (Saya telah ulaskan bahawa terjemahan tersebut adalah tersasar dari segi kaedah peristilahan di sini: klik untuk baca).

Niat sebenar puak-puak evangelis berbohong untuk mengguna kalimah Allah bagi terjemahan kepada istilah “God” telahpun didedahkan sendiri oleh majalah mereka Christianity Today yang berpusat di Chicago, Amerika Syarikat. Mereka dengan jelas mengatakan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah suatu usaha strategik untuk menipu umat Islam agar terkeliru untuk membaca bahan-bahan bacaan Kristian. (baca di sini: Kenapa Evangelis Kristian Risau Apabila Lagu Agnes Monica Diharamkan?).

Untuk kiriman ini saya ingin dedahkan pula apakah puak-puak evangelis ini benar-benar jujur hendak mengguna nama suci Allah itu. Apakah mereka benar-benar percaya bahawa nama yang sepatutnya untuk Tuhan mereka adalah Allah? Apakah mereka akan benarkan pula penganut Islam yang telah tertipu oleh mereka itu berterusan mengguna nama suci Allah apabila telah murtad dan mengamal agama Kristian?

Majalah Christianity Today keluaran Januari-Februari 2013 telah mendedahkan sepasang suami isteri Islam telah ditipu dan berjaya dimurtadkan serta percaya bahawa Tuhan dalam agama Kristian juga bernama Allah. Laporan majalah tersebut menyebut bahawa akhirnya mereka berterusan mengguna nama suci Allah (seperti dalam ucapan Alhamdulillah dan Insha Allah) apabila telah murtad dan masuk agama Kristian.

Maka pada suatu hari, mereka bertemu kembali dengan paderi yang telah memperdayakan mereka untuk murtad. Maka paderi itu bertanya khabar kepada mereka.

One day the pastor came to me and said, “How are you?” I answered, “Alhamdulillah!” (“Praise be to God!”). The pastor was very angry. He said, “No, brother! No more Alhamdulillah. Your God is changed from Allah to God [using the tribal name]. You have to express your thanksgiving to God as a Christian …

Allah-changedTerjemahannya:

Suatu hari paderi tersebut datang berjumpa saya dan berkata, “Awak apa khabar?” Saya menjawab, “Alhamdulillah!” (“Segala puji kepada Allah!”). Paderi tersebut sangat marah. Dia mengatakan, “Tidak, saudara! Tidak lagi Alhamdulillah. Tuhan awak sudah bertukar dari Allah ke Tuhan [dengan mengguna nama Tuhan dalam istilah bahasa tempatan]. Awak perlu menyatakan kesyukuran awak kepada Tuhan sebagai seorang Kristian …

Dengan JELAS dan TERANG, sememangnya paderi tersebut menipu. Dan ini membuktikan bahawa sememangnya puak-puak evangelis ini MENIPU hanya untuk memperdayakan umat Islam dalam tuntutan mereka untuk mengguna nama suci Allah itu.

PENIPUAN dan KEJAHATAN puak-puak evangelis ini semakin ketara apabila majalah mereka sendiri mendedahkan bahawa sebenarnya mereka tidak mahu guna nama suci Allah untuk tujuan nama Tuhan mereka. Malah majalah tersebut mendedahkan lagi bahawa mereka AMAT BENCI dengan nama Allah itu.

Ini yang disebut lagi dalam perenggan yang sama:

He asked me to not use the term Allah because Allah is evil, Allah is the Devil, Allah is the black stone, Allah is an idol.

Allah-is blackstone

Terjemahannya:

Dia (paderi itu) melarang saya guna kalimah Allah kerana Allah jahat, Allah adalah Syaitan, Allah adalah batu hitam (Kaabah), Allah itu adalah berhala.

KEBENCIAN puak-puak evangelis ini terhadap nama suci Allah ini sungguh jelas sekali apabila mereka menghina Allah.

PERSOALAN POKOK, jika mereka sungguh bencikan nama suci Allah ini mengapa mereka menuntut hendak gunanya?

BUKTI dari bahan Kristian sendiri mendedahkan kebencian dan kesumat mereka terhadap nama suci Allah. Tetapi kerana tujuan untuk MENIPU dan memperdayakan umat Islam mereka tuntut penggunaan kalimah Allah. Dan fenomena ini nampak jelas bukan sahaja berlaku di Malaysia.

Inilah asas penyebaran kepalsuan ajaran Kristian yang berlandaskan menipu orang untuk masuk agama mereka dan terjerumus sama dalam api neraka selama-lamanya. نعوذ بالله من ذلك

**********

Baca seterusnya:

Tahniah diucapkan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang telah mengeluarkan larangan penyiaran lagu “Allah Peduli” nyanyian Agnes Monica, penyanyi dari Indonesia. Larangan ini adalah untuk memelihara aqidah umat Islam dari terjatuh murtad kerana menyanyikan lagu tersebut. (baca lanjut: Boleh Jatuh Murtad Bila Nyanyi Lagu Agnes Monica?)

CT-what is in the name-2009-AgnesApabila larangan tersebut dikeluarkan pada Mac 2009, sebuah majalah Kristian, Christianity Today, mengulas larangan tersebut dalam laporan mereka pada terbitan bulan Julai 2009.

“… using Allah in Indonesia is strategic …  The negative impact of not using it is that it would make it harder for a Muslim to pick up a Bible.”

Terjemahannya:

” … penggunaan (istilah) Allah di Indonesia (termasuk Malaysia dalam kes mengulas larangan ini) adalah strategik … Impak negatif tidak membenar penggunaannya ialah bahawa ia menjadi susah untuk orang Islam mengambil (dan membaca) Bible.”

Maka, sahlah niat dan tujuan mereka untuk mengguna istilah Allah untuk terjemahan kepada istilah God adalah bertujuan untuk memperdayakan orang-orang Islam.

Sedangkan kita tahu, terjemahan God kepada Allah adalah tidak tepat malah bersalahan dari segi peristilahannya (baca lanjut: Apa Susah-susah Nak Faham Terjemahan “God”?)

Bukti sejelas ini tidak boleh dinafikan lagi oleh evangelis Kristian kerana pengakuan yang membongkarkan niat jahat mereka untuk menipu serta memperdayakan umat Islam dinyatakan sendiri oleh mereka dalam majalah mereka sendiri.

**********

Bacaan berkaitan:

perkara bawa murtadMenurut risalah yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:

… murtad boleh terjadi dengan melakukan salah satu daripada tiga perkara berikut:-

1. Melalui perkataan atau ucapan dan kata-kata. (Murtad Qawli)

2. Melalui perbuatan atau tingkahlaku. (Murtad Fi’li)

3. Melalui akidah, kepercayaan atau niat. (Murtad I’tiqadi)

Maka, jika seseorang menyanyikan lagu Agnes Monica, penyanyi dari Indonesia, bertajuk “Allah Peduli”, seseorang itu boleh jatuh murtad “melalui perkataan atau ucapan dan kata-kata. (Murtad Qawli)”.

Mengapa begitu?

Di hujung lagu tersebut terdapat senikata yang berbunyi:

Sebab Allah Yesus ku mengerti

Berapa ramaikah orang-orang kita yang menyanyi lagi ini tanpa perasan Allah yang dimaksudkan itu adalah tuhan Kristian?

Jika kita dengar betul-betul lagu tersebut, Agnes Monica tidak menyebut nama “Jesus” itu dengan jelas yang mudah untuk kita sedari. Dengan loghat dan pelat sebutan Indonesia, “Yesus” yang disebutnya sukar untuk orang-orang biasa ketahui maksud perkataan yang disebut.

Setelah beberapa bulan saya memainkan lagu ini dalam siri ceramah penerangan polemik isu kalimah Allah di merata pelusuk negara terutama di kawasan pendalaman, didapati ramai orang-orang kita yang hadir dan mendengar lagu tersebut tidak perasan akan sebutan Tuhan Allah yang dimaksudkan dalam lagu tersebut adalah Tuhan orang Kristian – Jesus/Yesus.

Sebab itu kita kena berhati-hati dalam percakapan kita. Jangan kerana mulut badan binasa dalam api neraka.

***************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:

Nama saya Abdul Karim.
Saya seorang lelaki.
Dalam Bahasa Inggeris, lelaki disebut sebagai “man”.
Untuk diterjemahkan “man” ke dalam Bahasa Melayu, ianya ialah “lelaki”.
Bukan “Abdul Karim”.
Kerana itu nama saya, dan nama lain-lain lelaki yang senama dengan saya.
Takkan semua “man” yang ditemui hendak kita kirakan itu adalah “Abdul Karim”.terjemah god bukan Allah

Begitu juga untuk seorang yang bernama “Mariam”.
Beliau seorang wanita.
Dalam Bahasa Inggeris, wanita disebut sebagai “woman”.
Untuk diterjemahkan “woman” ke dalam Bahasa Melayu, ianya ialah “wanita”.
Bukan “Mariam”.
Kerana itu nama khas kepada wanita itu dan lain-lain wanita yang bernama “Mariam”

Begitulah apabila kita hendak terjemah istilah “God” dari Bahasa Inggeris.
“God” dalam Bahasa Melayu disebut “Tuhan” bukannya diterjemahkan dengan nama khas “Allah”.

Mudahnya nak faham.

Rencana yang telah disiarkan dalam Majalah Al-Islam keluaran terbaru – September 2009:Al-Islam September 2009

**************

Klik pada imej untuk membaca.

tragedi natrah 1

tragedi natrah 2

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

June 2021
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 358 other followers

Tauhid