You are currently browsing the tag archive for the ‘peguam syarie’ tag.

dipetik dari: http://drasmadinet.blogspot.com

Oleh: Dr Asmadi Mohamed Naim
Universiti Utara Malaysia

Saya membaca pertentangan pandangan Dr Juanda Jaya dan Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan keharusan melantik orang bukan Islam sebagai Peguam Syar’ie. Pertentangan ini berlaku mungkin di atas sifatnya isu ini Rasulullah SAW tidak menyebut kata-kata yang tepat sebegini: “Jangan kamu melantik peguam Syari’e dari golongan kafir!”. Lantas, atas alasan ini, menurut Dr Juanda, isu larangan ini tidak ada nas al-Quran untuk melarangnya kerana peguam Syar’ie lebih bersifat ‘kontrak wakalah’ sebagaimana dalam perceraian dan jual beli. Lebih-lebih lagi, dalam kes cerai, seseorang boleh melantik seorang kafir untuk menceraikan isterinya sebagaimana pandangan kebanyakkan ulama.

Justeru, Dr Juanda lebih mengkiaskan urusan Guaman Syar’ie kepada urusan jual beli dan urusan cerai di atas nama urusan keduaniaan sesama manusia. Benarkah begitu? Mungkin beliau berpegang teguh kepada pembahagian yang selalu beliau pakai: “Pertambahan dalam ibadah bid’ah dilarang, dalam kehidupan dibolehkan”. Pada saya, inilah bahayanya pembahagian umum sebegini. Pembahagian ulama-ulama silam bahawa bid’ah terbahagi kepada lima hukum adalah lebih selamat sebagaimana disebut oleh al-Imam al-Izz bin Abd al-Salam.

Hukum nikah kahwin ialah urusan sesama manusia yang ada suruhan Syarak, maka hukum asalnya ialah haram. Maka tidak boleh dikatakan ada ikatan atau hubungan, sehinggalah ada bukti ikatan perkahwinan berlaku, maka perlu kepada saksi dan wakil beragama Islam. Namun perceraian, hukum asalnya ialah mudah dilakukan berdasarkan hadis, tiga perkara betul-betul padanya adalah betul, main-main melafazkannya juga dikira betul (sah). Atas alasan itu ulama membenarkan wakil orang kafir kerana Syarak menetapkan mudah jatuhnya perceraian walaupun secara main-main.

Sebaliknya, persoalan kehakiman ialah persoalan urusan sesama manusia yang juga ada panduan Syarak. Namun hukum asal pada persoalan kehakiman ialah ‘tathabbut’ (mendapatkan kepastian dan keadilan), bukannya seperti ‘jual beli’ yang lebih kepada kelonggaran dan keharusan!

Sebab itu, mengkiaskan urusan guaman Syar’ie kepada Nabi Muhammad SAW pernah bermuamalah (berurusniaga) dengan menggadaikan baju besinya kepada seorang Yahudi, adalah kiasan yang salah. Mana mungkin, urusan jual beli dikiaskan dengan urusan mahkamah.

Terdapat beberapa hujah yang Dr Juanda mengkiaskan isu ini dengan suatu suasana pemerintahan yang bukan sepenuhnya mengikut kehendak Syara’ dan dalam keadaan umat Islam lemah, lalu dijadikan hujah untuk membenarkan Peguam Syar’ie, walhal kita ada kekuatan untuk mempertahankan urusan guaman Syari’ie supaya berada dalam ‘haimanah’ (penguasaan) umat Islam. Malangnya Dr Juanda menutup pemikirannya pada persoalan ini. Walhal mengekalkan ‘haimanah’ ini adalah tidak salah di sudut Syarak. Di sinilah kebijaksanaan ahli-ahli lain Majlis Fatwa Kebangsaan yang lain apabila tidak membicara isu haimanah secara terbuka kerana ia mengundang isu sensitif.

Demikian juga, beliau mengkiaskan isu ini dengan perlaksanaan di sebuah negara Sosialis iaitu Mesir. Saya sedikit kehairanan dan ingin tahu semenjak bila pula ulama-ulama Azhar berperanan menggubal undang-undang di Negara tersebut? Seorang tokoh iaitu al-Sanhuri berhijrah dari undang-undang sekular negaranya ke arah fiqh Islam.

Namun begitu, perlu diingat, larangan ini tidak bermaksud orang-orang bukan Islam tidak boleh menuntut haknya dengan menggunakan peguam Muslim. Kebenaran wajib ditegakkan walaupun kepada orang-orang bukan Islam. Ini disokong oleh kisah yang disebutkan beliau bahawa Saidina Ali bin Abu Talib RA pernah bertelingkah di mahkamah kerana urusan baju besinya dengan seorang Yahudi?

Namun ia bukannya dalil boleh melantik peguam Syar’ie di kalangan orang Bukan Islam. Sebaliknya ini adalah dalil setiap orang Bukan Islam berhak mempertahankan diri. Persoalannya, bolehkah menggunakan dalil ini untuk membenarkan perlantikan Peguam Syar’ie Bukan Islam, kemudiannya orang Islam akan melantiknya? Adakah Dr Juanda akan pasti, kita boleh juga menggubal undang-undang melarang orang Islam melantik Peguam Syar’ie yang Bukan Islam. Pasti semakin menampakkan prejudis!

Seharusnya, kita tidak mempunyai masalah mengistinbat hukum sekiranya tidak ada kata-kata yang betul-betul menyebut persoalan ‘peguam syar’ie’. Inilah masalahnya bila kita menyempitkan pengeluaran hukum kepada al-Quran dan sunnah, walhal ulama-ulama silam telah menggariskan banyak cara untuk mengeluarkan hukum supaya bertepatan dengan ruh Syarak. Hujjah dan dalil dlm Syariah Islam bukan hanya al-Quran & sunnah. Di situnya keperluan kembali kpd ijma’, qiyas (bukan qiyas ma’a al-fariq), qaul sahabi dan lain-lain dengan juga melihat ‘kesan-kesan tindakan’ kpd fatwa (ma alat al-af’al).

Bila seseorang hanya mengkhususkan sumber hukum pd al-Quran & sunnah, bila tiada ‘nas’, mereka akan menggelabah menggunakan akal dengan alasan tiada ‘nas’. Akhirnya, dalam banyak perkara kita menggunakan akal dan tidak berpegang kepada ruh Syariah.

Sepatutnya isu-isu bidang kehakiman dikiaskan dengan isu-isu berkaitan kehakiman seperti kelayakan hakim, saksi, penulis kes dan penterjemah perbicaraan, bukan dikiaskan dengan isu-isu jual beli. Tidak sepatutnya peguam Syar’ie dikiaskan dengan wakil jualan di Tesco dan Giant kerana hukum asal jual beli adalah harus, tapi hukum asal dalam kehakiman adalah tathabbut (mendapatkan kepastian), dan hukum asal pada al-abda’ (kemaluan/nikah kahwin) adalah haram.

Alangkah baiknya sekiranya Dr Juanda dan JAKIM menghalusi persoalan ini dengan mengkiaskan dengan persoalan al-Katib (penulis perbicaraan) dan al-Mutarjim(penterjemah) dalam menentukan keperluan kepada beragama Islam. Adalah tidak sesuai mengkiaskan persoalan kehakiman ini kepada urusan jual-beli.

Saya memetik kata-kata Ibn Qudamah (sebab Dr Juanda memetik kata-katanya) mengenai al-katib: “Tidak boleh seorang bukan Islam menjadi penulis di sisi Hakim kerana apa yang dibuat oleh Hakim adalah dari urusan agama, mereka (Bukan Islam) kebiasaannya mengkianati umat Islam dalam urusan agama dan membawa kefasadan, demikian juga Penulis kepada Hakim ini dimuliakan di kalangan manusia, maka kita dilarang memuliakan mereka”.

Jadi, ada dua isu iaitu urusan kehakiman juga adalah urusan agama dan memuliakan mereka dengan jawatan yang mulia ini. Peguam Syar’ie mulia sifatnya. Tidak membenarkan mereka menjadi ‘Penulis’, bukan bererti kita mahu menzalimi mereka dalam urusan kehakiman.

Lihat pula, kata-kata al-Imam Malik berkaitan dengan kelayakan Penterjemah (al-Mutarjim) dalam Tabsirah al-Hukkam: “Maka hendaklah menterjemahkannya seorang Muslim yang boleh dipercayai, kalau dua orang, adalah lebih baik”.

Akhirnya, akal yang terbuka sememangnya berpegang Peguam Syar’ie dan Penterjemah adalah insan yang mulia. Mana mungkin kita samakan Peguam Syar’ie dengan wakil-wakil urusan jualbeli macam di Tesco, Giant atau syarikat MLM lain. Wallahu Ta’ala a’lam. Semoga Allah SWT memberikan kita hidayah dan taufiq sebagai pemegang amanah ilmu di bumi Allah ini.

– satu ulasan yang komprehensif … sukar untuk percaya kalau ada orang yang masih ingin menegakkan benang yang basah. Wassalam Karim

************

Posting sebelum berhubung topik yang sama:

dipetik dari http://www.ustazamin.com/

 

Baru-baru ini, Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-92 di Melaka bersetuju untuk menyatakan agar non-Muslim dihalang daripada menjadi peguam syarie.

Ada ahli muzakarah yang tidak bersetuju dengan hal ini, antaranya Mufti Perlis kemudiannya giat menulis mengenainya.

Saya rasa terpanggil untuk menulis perkara ini kerana saya salah seorang daripada pegamal undang-undang syarie di Malaysia dan saya ingin ulas perkara ini berdasarkan realiti perjalanan Mahkamah Syariah di Malaysia.

1. Perjalanan Mahkamah Syariah di Malaysia berlainan dengan perjalanan mahkamah negara lain. Pertamanya soal bidang kuasa mahkamah syariah yang kecil dan ia tidak mencakupi persoalan kehidupan yang lebih luas, ia hanyalah mencakupi bidang yang terlalu kecil iaitu perkara yang berkaitan dengan orang Islam sahaja, sama ada kekeluargaan mahupun jenayah Syariah. Sebagai contoh,  Jika dua orang di dapati berzina, seorang Islam dan seorang lagi kristian, hanya orang Islam sahaja yang akan dikenakan hukum di mahkamah syariah di Malaysia kerana mahkamah ini  tidak mempunyai bidang kuasa terhadap orang kafir.

Realiti ini berbeza dengan kes di zaman Rasullullah kerana bidang kuasa hukum Islam itu menjangkau soal kehidupan yang lebih luas sama ada kehidupan hingga kepada orang kafir seperti di dalam kes baju besi yahudi dan Saidina Ali.

Ia juga berbeza dengan negara Mesir yang bidang kuasa mahkamah itu lebih luas dari yang ada di Malaysia. Kita tidak boleh berhujjah dengan mendatangkan contoh pada dasar dan keadaan yang tidak sama.

2. Konsep dan etika Peguam Syarie di Malaysia bukan sebagai pembela seperti yang fahami oleh sesetengah pihak, tetapi peguam syarie adalah orang yang membantu mahkamah di dalam memutuskan sesuatu perkara. Ini kerana, hukuman yang akan dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Syariah bukan sahaja berkaitan dengan hak di dunia, tetapi tanggungannya hingga ke akhirat. Ini yang didoktrinkan pada kami Peguam Syarie terutama bagi yang mengambil Diploma In Law And Administation Of Islamic Judiciary (DAIJ) yang melayakkan seseorang itu menjadi peguam Syarie. Bagaimana orang yang tidak percaya pada Allah mahu berpegang kepada etika tanggungan hingga akhirat?

Sebab itu, bagi peguam Syarie yang benar-benar berpegang kepada etika ini, mereka tidak akan membela orang salah sekalipun tawaran pembayaran khidmat professional itu dibayar dengan berkali ganda.

Alangkan di kalangan orang Islam pun ada yang melupakan tanggungan akhirat ini, mahu diharapkan orang kafir berpegang padanya?

3. Selain itu, keputusan yang dibuat di Mahkamah Sivil tidak sama dengan Mahkamah Syariah. Mahkamah sivil, keputusan kes-kes terdahulu akan mengikat keputusan seorang hakim sedangkan di Mahkamah Syariah, keputusan kes terdahulu tidak mengikat. Jadi setiap keputusan adalah ijtihad bagi hakim, jadi peranan peguam Syarie adalah membantu hakim di dalam berijtihad, sudah tentu pembantu untuk ijtihad sesuatu hukum, orang yang juga mahir di dalam hukum itu dan sudah tentu jika berkaitan dengan syarak, orang itu mestilah muslim. Mana ada dalam sirah Rasullullah dan para sahabat yang mengambil pandangan orang kafir untuk mentafsir hukum Allah. Lihatlah ayat-ayat Allah yang melarang kita mengambil orang kafir sebagai pelindung, pembela pemimpin, teman rapat dan sebagainya.

Surah al-Ankabut ayat 41, surah al-Zumar ayat 3, surah al-Syura ayat 9, surah al-Mumtahinah ayat 1, surah Ali Imran ayat 28 dan puluhan ayat lagi.

4. Dasar hujjah yang digunakan di dalam penghujahan adalah berdasarkan dalil syarak. Jika kita teliti tuntutan, pembelaan dan sebagainya di Mahkamah Syariah, ia berdasarkan hujjah syarak. Bagaimana orang kafir yang tidak percaya kepada al-Quran dan hadis ini mampu berhujjah pada perkara yang mereka tidak faham. Jika atas tiket dakwah agar mereka masuk Islam, dahulukan cara lain untuk dakwah, jadikan mereka peguam pemerhati dan bukannya laluan untuk bergelanggang.

5. Membenarkan orang kafir menjadi peguam syarie bermakna membenarkan dan memberi pengiktirafan pada  mereka mengulas segala isu syariah. Bayangkan jika mereka akhirnya memberi ulasan bahawa hukum syarak sebenarnya memang tidak sesuai diamalkan. Walaupun tidak memberi apa-apa kesan pada enakmen, tetapi kita memberi pengiktirafan pada mereka untuk mengulas perjalanan hukum dan Mahkamah syariah mengikut pemahaman mereka, dan jika perkara ini terjadi, ia akan lebih mengelirukan. Akhirnya, apa yang tinggal pada umat Islam?… hanya melihat agamanya terus diperleceh tanpa mampu berbuat apa-apa di tanah airnya sendiri…

Bagi saya secara peribadi, di dalam realiti perjalanan Mahkamah Syariah di Malaysia, saya menyokong Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-92 di Melaka yang menyatakan agar non-Muslim dihalang daripada menjadi peguam syarie.

Non-Muslim boleh untuk menjadi peguam Syarie jika satu hari nanti, bidang kuasa Mahkamah Syariah diperluaskan hingga dapat mendengar dan membicarakan kes-kes yang menjangkau tuntutan hingga kepada orang bukan Islam dan di dalam bidang yang lebih luas lagi.

“Sekilas Mewarkan Peristiwa”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

16 Muharram 1431/ 22 Disember 2010 jam 2.30 pagi

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

June 2021
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 358 other followers

Tauhid