You are currently browsing the tag archive for the ‘Penolong Kanan’ tag.

Cuti sekolah baru-baru telah memberi kesempatan untuk saya berjumpa dengan Cikgu Mohd @ Omar Abdul Rahman (Cikgu Mat Omar). Cikgu Mat Omar pernah menjadi Penolong Kanan untuk tempoh yang agak lama dalam tahun 70an-80an. Saya difahamkan beliau kemudian pernah juga menjadi pengetua maktab perguruan sebelum bersara.

12062009(149)

Ketika menghadiri kenduri “sambut menantu” seorang kenalan, saya sengaja pergi pada masa rombongan pengantin tiba untuk bertemu dengan bekas guru SS yang tidak pernah mengajar saya namun saya rapat dengan beliau.

Sebagai Penolong Kanan, Cikgu Mat Omar menyelia Lembaga Pengawas. Beliau terkenal dengan ketegasannya walaupun orangnya bertubuh kecil.

Namun sebab utama saya rapat dengan beliau ialah kerana saya kerap menumpang beliau untuk ke sekolah pada tahun-tahun 1975-1976. Setiap pagi saya akan keluar rumah dari berek kerajaan Lorong Mok Pe (Jalan Tekukur) membonceng motorsikal ayahanda saya. Disebabkan ayahanda saya mengajar di SK Tepoh pada ketika itu – arah yang bertentang serta jarak yang agak jauh, maka saya akan turun di persimpangan Jalan Mengadang Akar (Jalan Sultan Omar) dengan Jalan Kamaruddin – depan Sekolah Agama Khairiah.

Cikgu Mat Omar memerhatikan anak ke 5nya menyuap cucu beliau yang teringin sangat merasa kelazatan jamuan di meja pengantin

Saya akan menunggu sesiapa yang saya kenali yang melalui jalan tersebut untuk ke sekolah. Terdapat beberapa guru lain yang kerap mengambil saya selain dari Cik Mat Omar. Antaranya ialah Cikgu Mohd Radai Omar dan Cikgu Wan Hassan bin Abu Bakar. Namun oleh kerana Cikgu Mat Omar antara yang awal ke sekolah, maka beliaulah yang lebih kerap saya sempat tumpang.

Selain guru, ramai juga kawan-kawan lain yang sering berhenti mengambil saya di persimpangan tersebut untuk ke sekolah.

12062009(155)Perjumpaan dengan Cikgu Mat Omar amat dirasai kerana sudah sekian lama saya ingin berjumpa dengan beliau namun tidak pernah menjadi. Ditambah pula beliau tidak lagi tinggal di rumahnya di Losong yang saya ketahui dahulu. Maka jemputan dari kenalan yang berkahwin dengan anka kelima Cikgu Mat Omar saya ambil kesempatan sepenuhnya. Malah, saya turut mengambil peluang ini untuk melayan beliau ketika makan di meja pengantin. Bila lagi hendak ditaburkan khidmat kembali kepada guru kita?

Dalam usianya begini, Cikgu Mat Omar yang kini tinggal di Wakaf Beruas, masih kelihatan segak dan bergaya seperti dulu. Cuma yang kurangnya sekarang ialah tiada lagi misai garangnya dahulu.

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

June 2021
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 358 other followers

Tauhid