You are currently browsing the tag archive for the ‘Pluralisme Agama’ tag.

UIMA-UMPRESIDEN Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad, mempunyai sejarah persahabatan yang panjang dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bermula sebagai teman sekampus di Universiti Malaya (UM), sama-sama terlibat dalam pimpinan mahasiswa dan mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Namun seperti ramai teman akrab lain, Ismail juga akhirnya meninggalkan Anwar.

Dalam wawancara bersama Utusan Malaysia, beliau meluahkan rasa kecewa dengan perkembangan pemikiran dan sikap keislaman Anwar yang semakin merosot di samping mengupas soal prinsip dan pendekatan politik yang menjarakkan mereka.

Apa yang menyebabkan tuan meninggalkan Anwar Ibrahim?

utusan-sikap mungkar pisah-UIMAISMAIL: Saya berkawan dengan Anwar sejak di Universiti Malaya lagi. Kami sama-sama aktif sebagai pimpinan di dalam persatuan pelajar. Saya di Persatuan Mahasiswa Islam atau PMIUM dan dia di Persatuan Bahasa Melayu atau PBMUM dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia atau PKPIM. PMIUM adalah ahli gabungan PKPIM.

Selepas graduan, kami tidak bekerja dengan kerajaan tetapi membuka sekolah swasta sendiri. Tidak ramai kawan yang ikut bersama.

Maklumlah, gaji jauh lebih rendah daripada orang yang bekerja dengan kerajaan. Oleh kerana kami aktif semasa belajar dahulu dan mempunyai hasrat untuk mendaulatkan Islam di Malaysia, maka kena cari landasan untuk meneruskan hasrat murni tersebut. Jadi kami tubuh persatuan dengan nama Angkatan Belia Islam Malaysia atau ABIM.

Saya salah seorang yang mengasaskan ABIM bersama kawan-kawan lain seperti (Datuk) Kamarudin Md. Nor, (Tan Sri) Sanusi Junid dan lain-lain. Saya ahli ABIM yang ke-11.

Masa di dalam ABIM, hasrat untuk menyuburkan Islam sebagai nizom atau sistem hidup yang lengkap di Malaysia amat tinggi. Apabila dia menyertai UMNO, ramai kawan menaruh harapan tinggi kepadanya semoga cita-cita murni ABIM itu dapat dilaksanakan.

Tetapi mereka kecewa kerana tidak ada agenda keislaman yang konkrit dibuat olehnya, padahal Perdana Menteri pada masa itu mengharapkan dia dapat memberi sumbangan besar kepada perkembangan dan kekuatan Islam.

Banyak orang keliru mengatakan dialah yang menubuhkan Bank Islam dan Universiti Islam atau UIA. Tidak. Bukan idea dia pun. Selepas dipecat daripada UMNO dan kerajaan, perkembangan pemikiran dan sikap keislamannya semakin merosot.

Ini bercanggah dengan prinsip ABIM yang memperjuangkan Islam berlandaskan al-Quran, al-Sunnah dan al-Ijmak.

Sikap melencong dan mungkarnya dalam pegangan beragama yakni Islam ternyata jelas dalam ucapannya di London School of Economics atau LSE, Universiti London pada 18 Mac 2010 yang bertajuk: Religion and Pluralism In A Divided World. Kertas ucapannya itu kami bincang di dalam usrah Muafakat.

Kemudian Anwar memanggil kami. Perjumpaan berlaku pada 2 Januari 2011 lepas solat Isyak di rumah Presiden Muafakat pada masa itu. Dalam perjumpaan tersebut dia mengaku menulis ucapannya itu dengan “sedikit longgar” dan bersetuju menyunting bahagian yang “sedikit longgar” itu bersama saya dan Prof. Osman Bakar.

Tetapi hingga sekarang janjinya itu tidak ditunaikan, malah semakin menjadi-jadi dan bertambah dahsyat pegangan liberalisme dan pluralisme agamanya itu.

Dalam ucapannya di LSE itu, antara lain dia menolak sifat eksklusif agama Islam sebagai satu-satunya agama yang benar di sisi Allah dan Rasul-Nya. Dia beranggapan semua agama sama benar belaka dan melarang orang Islam berkata agama lain sebagai salah.

Pegangan beliau ini bercanggah sama sekali dengan ajaran dan doktrin akidah dan syariah Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Pegangan seperti itu disebut dalam pemikiran dan falsafah pasca modenisme sebagai liberalisme dan pluralisme agama.

Justeru saya mengambil pendirian menyanggah dan apabila dia masih tegar dengan pendirian liberalisme dan pluralisme agamanya, saya terus meninggalkannya. Agama Islam menolak fahaman liberalisme dan pluralisme agama yang diusung olehnya. Hal ini amat prinsipal dan fundamental kerana ayat al-Quran yang terakhir menyatakan kesempurnaan agama Islam sebagai satu-satunya agama yang diterima dan diredai oleh Allah SWT.

Semasa Anwar dipenjara dulu, tuan masih rapat dengannya dan banyak memberikan sokongan moral. Apa pula pandangan tuan apabila Anwar dijatuhkan hukuman sekali lagi oleh mahkamah?

Ya, saya ialah salah seorang rakan Anwar yang kuat mempertahankannya.

Oleh kerana sokongan kuat dan padu saya kepadanya, saya telah diminta olehnya supaya memanggil kawan-kawan berbincang untuk menubuhkan sebuah parti politik. Saya memanggil perjumpaan dengan kawan-kawan dan mempengerusikan perjumpaan tersebut, tetapi saya dan seorang sahabat lain tidak bersetuju dengan penubuhan parti politik baharu.

Saya juga sampaikan rasa tidak bersetuju itu kepada Dr. Wan Azizah. Saya mencadangkan supaya masuk Pas.

Semasa Anwar di Munich atas urusan ‘perubatan’, saya berkesempatan bercakap melalui telefon dengannya dan saya nyatakan bahawa Allah tolong sekali sahaja.

Pernah seorang pemimpin tinggi ABIM datang berjumpa saya menyatakan yang dia percaya kes liwat 1 itu. Pada masa itu saya orang paling kuat tidak percaya.

Mengenai sabit tuduhan liwat ke atas Anwar baru-baru ini oleh Mahkamah Rayuan, sebagai seorang Islam saya beriman dengan Rukun Iman iaitu beriman kepada ketetapan qadak dan qadar Alllah.

Keduanya, saya mempunyai keyakinan yang cukup tinggi kepada kewibawaan dan integriti mahkamah membuat keputusan kerana mahkamah sebelumnya pernah membebaskan Anwar dalam kes tersebut. Ketiganya, eloklah disegerakan keputusan kerana kes itu tertangguh terlalu lama, bazir masa dan tenaga mahkamah.

Pernahkah tuan meminta Anwar bersumpah supaya imejnya terpelihara?

Sebahagian besar kawan saya tidak percaya kes moral Anwar itu, malah saya juga tidak percaya dalam kes yang pertama dahulu.

Apabila berita mengenai kes moral kedua tersebar, saya menghubungi Anwar memintanya bersumpah seperti kebiasaan orang Islam lakukan untuk membersihkan nama. Dia berkata Dr. Yusuf Qardawi dan seorang bekas mufti sebuah negeri melarangnya berbuat demikian, jadi dia tidak buatlah – tidak mahu bersumpahlah.

Dalam ajaran Islam, di samping mekanisme mahkamah, boleh juga seseorang bersumpah atas nama Allah menafikan tuduhan tidak baik yang dilemparkan kepada dirinya seperti perbuatan Khalifah Uthman Affan lakukan.

Saya ulangi dalam kesempatan yang lain, minta dia bersumpah lagi. Dia enggan. Dalam tuduhan yang pertama dahulu pun saya minta dia bersumpah juga, dia kata dah. Wallahualam.

Pemimpin Pas suatu ketika dulu kuat menghentam Anwar tetapi kini tidak lagi kerana pakatan politik. Pada penelitian tuan, apakah orang Pas tidak ada rasa syak dan ragu terhadap wibawa Anwar?

Saya ada bersembang dengan pimpinan Pas peringkat tinggi dan mereka memang ada keraguan yang tinggi mengenai kewibawaan moral beliau.

Mereka juga ragu tentang kewibawaan kepimpinan politik Anwar terutama dalam kes 16 September yang ternyata mereka sedar kena main oleh Anwar.

Mereka juga tidak nampak idea dan pemikiran yang bernas dan konstruktif yang dikemukakan oleh Anwar terutama bagi mengurus dan merancang ekonomi di Selangor.

Banyak contoh yang mereka pertikaikan seperti kes PKNS. Mereka juga mempertikaikan kejujuran Anwar dalam berurusan dengan Pas yang semacam dibuli. Paling penting ialah kewibawaan keagamaan Anwar apabila ada yang menggelarnya sekular. Pemimpin Pas sedar hal ini. Mereka juga menolak fahaman liberalisme dan pluralisme agama anutan Anwar itu.

Walaupun ramai kawan Anwar sejak di universiti mula meninggalkannya namun ada yang tetap bersamanya.

Kepada kawan-kawan Anwar yang berkata mereka tetap bersamanya sepanjang masa, saya ingin bertanya ke mana mereka ketika Datuk Ibrahim Ali dan saya menubuhkan Sekretariat Pengampunan Anwar ketika dia dipenjara. Tidak seorang pun berani bersama kami. Kini mereka itu menjadi pengikut buta Anwar.

sumber: Utusan Malaysia – http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140319/re_01/Sikap-mungkar-pisahkan-kami

Baca juga: – Bahaya fahaman Liberalisme-Pluralisme https://akarimomar.wordpress.com/2012/01/05/bahaya-fahaman-liberalisme-pluralisme/

Advertisements

Isu kehadiran Anwar Ibrahim di perayaan Pongal dan dicalit dengan “tilak” tidak sudah-sudah menjadi kontroversi. Setelah mendengar dan membaca berita kehadiran Anwar serta melihat gambar-gambarnya terpampang di merata laman maya, saya menulis: Kemuncak Anutan Pluralisme Agama Bagi Anwar Ibrahim?

Susulannya saya menulis pula Anwar dan Pongal: Penjelasan Dr. Mohd Nor Manuty, setelah mendengar sendiri penghujahan beliau kenapa tidak ada masalah dengan apa yang berlaku di Batu Gajah Perak itu. Walaupun tulisan saya tersebut tidaklah suatu yang betul-betul akademik dan menyeluruh, tetapi ianya cukup dijadikan pedoman untuk kita tidak terikut sama tergelincir iman kita.

Walaupun komen-komen dari posting tersebut, termasuk yang disiar semula oleh beberapa portal web lain, kebanyakannya positif namun ada juga beberapa kerat yang masih cuba menjustifikasikan apa yang berlaku.

Surat yang memberi "sokongan maruah" kepada Anwar

Antara yang saya terima ialah berhubung surat edaran oleh Presiden Malaysian Hindu Sangam yang mengatakan bahawa ianya “merupakan satu upacara tradisi dan tidak patut dikaitkan dengan agama

“Belit”nya surat tersebut amat ketara kerana ia tidak langsung menyebut pasal perayaan Pongal. Ianya menyebut pasal “Upacara mengambil ‘Aarathi’.

Surat ringkas itu seolah-olah ingin memberi “sokongan maruah” untuk Anwar yang terpalit dengan “fitnah” mengadai agama. Bagi saya, kalau saya ingin membela diri, saya akan rujuk kepada sumber-sumber yang lebih berwibawa.

Saya tidak akan hanya sekadar bertanya “dengan kawan-kawan saya di Malaysia, Singapore dan UIA” tetapi sebagai seorang yang ada serba sedikit latar belakang akademik, saya akan cari sumber yang lebih “solid”.

Kalau setakat kenyataan Hindu Sangam hendak dipakai, saya amat sangsi.

Kita rujuk kenyataan media pertubuhan yang sama ini pada tahun 2005, untuk sambutan perayaan yang sama (sumber: http://www.hinduismtoday.com):

“It has been the tradition for the Hindus in South India especially Tamil Nadu to offer thanks to God with a pongal …

Kenyataan media oleh Presiden Hindu Sangam pada tahun 2005 yang mengkaitkan perayaan Pongal dengan agama Hindu

Kenapa apabila perlu ada sesuatu “helah” dibuat, kenyataan pertubuhan yang sama membuat dua kenyataan yang berbeza?

Mereka (yang hendak justifikasi tindak-tanduk Anwar) boleh lagi berhujah, jika mahu. Yakni, dalam kenyataan 2005, ianya dibuat oleh Presiden yang dahulu. Sekarang Presiden lain.  Tak pasti ada perkara dalam agama Hindu yang boleh tukar-tukar.

Kalau mereka ingin katakan bahawa, Presiden dulu sebut pasal “Pongal” manakala kenyataan baru menceritakan hal “aarathi” – itu pun boleh disangkal. Isu yang kita bincang ialah kehadiran Anwar di perayaan Pongal dan dicalit dengan “tilak”.

Hindu Sangam sebut pasal ‘aarathi’ – mungkin ada perbezaan sedikit. Namun, apa yang dapat diselidiki ialah, penyediaan “aarathi” ini melalui suatu “ritual” yang khusus dalam agama Hindu. [Istilah “tilak” telah kita perkatakan di sini]

Boleh juga saya tambahkan lagi dari sumber lain pulak [Understanding Hinduism oleh Swami Shivananda]:

Tilak is a mark of auspiciousness. It is put on the forehead with sandal paste, sacred ashes or kumkum (red tumeric). The devotees of Siva apply sacred ashes (Bhasma) on the forehead, the devotees of Vishnu apply sandal paste (Chandan), and the worshippers of Devi or Shakti apply Kumkum, a red tumeric powder.

Ini pula maklumat pasal “aarathi” bersumberkan wikipedia:

Aarti (Hindi आरती), also spelled arathi, aarthi (from the Sanskrit term Aaraatrik) is a Hindu religious ritual of worship, a part of puja, in which light from wicks soaked in ghee (purified butter) or camphor is offered to one or more deities. Aartis also refer to the songs sung in praise of the deity, when lamps are being offered.

Walaupun Hindu Sangam seolah-olah tidak mahu mengaku ianya majlis ibadat mereka, Encyclopaedia of Hinduism oleh Sunil Sehgal, Jilid 2, dalam bab membicarakan “Fast and Festivals in Grishma” pada m.s. 523-524, diperincikan perayaan itu termasuk segala apa yang dilakukan pada hari-hari perayaan tersebut.

Saya petikkan juga dari Encyclopaedia Britannica:

Pongal, three-day Hindu festival held throughout South India. It is celebrated on the winter solstice, when, according to the traditional Hindu system of reckoning, the Sun …  Cows are especially venerated during Pongal: their horns are painted, and they are garlanded with flowers and fruit, taken in procession, and allowed to graze freely.

Gambar Anwar diarak ini tersebar luas di internet. Tanduk lembu yang menarik kereta yang Anwar naiki itu memang dicat dengan warna merah

Kalau kita lihat gambar-gambar yang tersebar, Anwar memang diarakkan atas kereta lembu yang lembunya dipenuhi dengan pelbagai hiasan.

Hatta apa sekalipun, baik yang terzahir dalam tulisan dan ajaran Hindu atau pun yang cuba disembunyikan, ataupun suatu yang baru yang direka-reka, kita, sebagai seorang yang beriman dengan ajaran tauhid, kita ada neraca sendiri.

Kita tidak boleh pakai neraca agama lain atau apa yang orang lain kata untuk menentu syirik atau tidak perbuatan kita.

Wallahu ‘alam

Karim

p.s. gambar sebelah: bendera PAS diarak dalam perayaan Hindu?

Dalam kiriman sebelum ini, saya memberi tajuk dalam bentuk soalan “Kemuncak Anutan Pluralisme Agama Bagi Anwar Ibrahim?(baca) dan saya sebut di akhir tulisan itu dengan mengatakan bahawa “Dalam hal ini, hanya Anwar dan Dr. Mohd Nor sendiri sahaja yang dapat memberi penjelasannya.”

Seorang rakan wartawan telah cuba mendapat penjelasan dari kedua-dua mereka tetapi gagal. Dan ada seorang sahabat meminta saya sendiri yang bertanya Ustaz Mohd Nor Manuty. Dan selepas percubaan kedua – Ustaz Mohd Nor telefon saya kembali.

Tanpa membuang masa saya terus bertanya:

Saya nak tanya apa yang orang ramai sebut pasal Anwar dan Pongal, betul ke Ustaz?

Seterusnya Ustaz memberi penjelasannya dan saya hanya mendengar sepanjang tempoh perbualan sambil mencatit. Antara yang beliau sebut:

1. Pongal itu maknanya masak pulut … beras dengan minyak sapi dengan susu sebagai tanda … apa namanya … pesta berterima kasih kerana ada hasil tanaman padi, macam orang di Sabahlah.

2. Jadi Pongal ni, saya pun dah cek dengan kawan-kawan saya di Malaysia, Singapore dan UIA, Pongal ini memang budaya. Ada orang Islam di India pun ada yang buat.

3. Tetapi dalam majlis itu, apa yang berlaku, Anwar tanpa … ah … bukan dengan kehendak dia memang dibubuh “tandak”.

4. “Tandak” itu kita cek dengan kawan-kawan Indian Muslim dia bukannya ada konotasi agama tetapi dia melambangkan imej keluarga orang kaya … mengikut colour dia.

Walaupun sebelum menulis kiriman asal saya telah terlebih dahulu memeriksa fakta dan mengkaji serba sedikit berhubung pesta Pongal ini. Dan sebab itu saya berani menulis apa yang telah saya tulis dengan mempersoalkan apa itu manifestasi Anwar dengan fahaman Pluralisme Agamanya?

Saya perturunkan di bawah ini maklumat yang saya perolehi berhubung Pongal yang secara tidak langsung semacam tidak secucuk dengan justifikasi Ustaz Mohd Nor berhubung pesta Pongal.

Ini dari wikipedia:

Pongal (Tamil: பொங்கல்,Telugu: పొంగలి) is a popular rice dish based in South India. Pongal is unique to Tamil cuisine …

Maka benarlah sebahagian yang disebut oleh Ustaz Mohd Nor berhubung makanan itu. Cuma, tetapi ianya juga suatu bahan untuk pujaan:

Traditionally ancient Tamil people cook pongal before pooja and offer it to the deities.

Maka, apa yang yang disebut sebagai tujuan pesta (Pongal) untuk ucap terima kasih itu, “macam orang di Sabahlah” itu – masih berkaitan terima kasih kepada “dewa matahari” dalam kepercayaan Hindu.

Ada orang kata tidak “standard” kalau setakat guna wikipedia.

Baik, cuba rujuk laman “rasmi” (?) Pongal itu, http://www.pongalfestival.org/.

Klik untuk baca dengan lebih jelas

1. Pongal is the only festival of Hindu that follows a solar calendar and is celebrated on the fourteenth of January every year. Pongal has astronomical significance: it marks the beginning of Uttarayana, the Sun’s movement northward for a six month period.

2. In Hinduism, Uttarayana is considered auspicious, as opposed to Dakshinaayana, or the southern movement of the sun.

3. In Hindu temples bells, drums, clarinets and conch shells herald the joyous occasion of Pongal.

4. Some of the rituals performed in the temple include the preparation of rice, the chanting of prayers and the offering of vegetables, sugar cane and spices to the gods. Devotees then consume the offerings to exonerate themselves of past sins.

5. Pongal is also celebrated as a thanksgiving festival for various Hindu deities. The festivities begin with `Bhogi’ and the first day is considered to be a prelude to the celebrations that follow. `Bhogi’ is observed as a thanksgiving occasion to Lord `Indra’, the God of Heavens. The next day is the `Pongal’ day, which is celebrated to pay respects to `Surya’, the Sun God.

Apabila kita menjustifikasikannya dengan menyamai pesta ini macam di “Sabahlah” (Pesta Kaamatan?), apakah bermakna pesta di Sabah itu suatu yang cucuk dengan aqidah Islamiyyah? Sefaham saya Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) adalah juga suatu perayaan berterima kasih kepada “semangat padi” dan jika diselidiki lebih mendalam, perayaan itu turut juga sebagai penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun kepada Penciptanya (Kinoingan) yang mengorbankan anaknya Huminodun (yang mana mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama “Bambazon”).

Apakah ini juga hampir serupa dengan yang pernah dirayakan masyarakat Melayu Semenanjung suatu masa dahulu dengan mengadakan “main pantai” sebagai tanda kesyukuran semangat padi kerana hasilnya. Pesta yang pernah dirayakan oleh kaum petani di Terengganu 50 tahun dulu telah pun diharamkan kini.

Kemudian, kita beralih kepada isu meletak “tandak” di dahi Anwar. [Pelbagai istilah digunakan untuk tanda tersebut – antaranya ada yang menyebut ianya tilak, kumkum dan sebagainya]

Ini definisi yang saya petik dari Encyclopedia Britannica:

tilak, Sanskrit tilaka (“mark”),  in Hinduism, a mark, generally made on the forehead, indicating a person’s sectarian affiliation. The marks are made by hand or with a metal stamp, using ash from a sacrificial fire, sandalwood paste, turmeric, cow dung, clay, charcoal, or red lead.

Apakah benar hujah Ustaz Mohd Nor bahawa tanda itu adalah “melambangkan imej keluarga orang kaya” atau apa yang disebut dalam Encyclopedia Britannica – indicating a person’s sectarian affiliation – itu bermakna tiada kaitan atau konotasi agama?

Saya mohon Allah berikan taufik dan hidayahNya kepada kita serta keluarga kita semua dan selamat dari fitnah akhir zaman. Ameen.

********

Tulisan susulan:

Bila Hindu Sangam Bela Anwar – Jangan Kita Mudah Tertipu

Teguran demi teguran telah dibuat. Mesej yang dibawa telah pun sampai kepada beliau. Namun, Anwar Ibrahim bagai tidak menghiraukan itu semua malah semakin galak dengan mengzahirkan anutan pluralisme agamanya (baca: Anwar Tidak Peduli Apa Orang Kata)

Selepas meneliti beberapa keping gambar serta rakaman video Anwar menghadiri serta menyertai ritual agama orang Hindu baru-baru ini bagaikan kemuncak bagi beliau dalam menempelak orang-orang yang sekian ketika berusaha menegur dan menasihatinya.

Susunatur imej-imej berikut dapat memberi gambaran yang lebih jelas:

.

.

Tidak cukup dengan gambar-gambar di atas, satu rakaman video yang berlegar di youtube (boleh tonton di sini: klik) jelas juga mengambarkan pulak Anwar, dalam majlis yang sama, menyanyi dan menari di atas pentas dengan turut diberi sokongan dan tepukan oleh barisan pimpinan PKR Islam termasuk Dr. Mohd Nor Manuty yang saya kagumi ilmunya.

Keratan “frame” dari video tersebut seperti di bawah jelas menunjukkan Dr. Mohd Nor dan beberapa wanita Islam yang bertudung turut sama bertepuk di atas pentas tersebut.

Dalam hal ini, hanya Anwar dan Dr. Mohd Nor sendiri sahaja yang dapat memberi penjelasannya. Jika tidak inilah petanda yang Anwar sememangnya bersungguh dalam anutan pluralisme agamanya. DAN jika Anwar mahu membersihkan namanya dia wajib memberi penjelasan dan tidak lagi berdolak-dalih seperti ini (klik).

Tulisan sususlan:

********************

Baca artikel berkaitan:

Apabila teguran demi teguran dibuat, Anwar tidak peduli apa orang kata.

Kehangatan kembali isu Anwar berpegang dengan fahaman pluralisme agama nampaknya bukannya membuat Anwar berfikir, insaf dan bertaubat, malah Anwar semakin mengesahkan, ya, bahawa beliau sememangnya menerima fahaman itu.

Apabila Utusan menyiarkan temubual sahabat saya, Haji Ismail Mina, berhubung isu pluralisme agama yang dibawa oleh Anwar, ramai juga kawan komen dan tegur saya kerana saya menyiarkannya di blog ini dan juga update di dinding FB saya. Saya terima teguran dan komen itu dan menjawab sedaya mungkin.

Ramai yang bersetuju namun ada yang tidak dapat menerima fakta tersebut atas sebab-sebab mereka sendiri maklum.

Cuma kepada sahabat-sahabat yang tidak bersetuju ini, apakah tidak mereka renung sejenak dan memikirkan apakah mungkin ada kebenaran yang disebut oleh sahabat saya itu?

Apakah mungkin Anwar sememangnya berpegang dengan akidah Pluralisme Agama? Ramai di kalangan mereka ini mungkin bersangka baik dengan Anwar. Itu mungkin bagus, dalam hal-hal tertentu.

Namun, apakah kita mesti sentiasa bersangka baik dalam semua hal? Atau saya “rephrase”, apakah kita memilih-milih bila masa kita bersangka baik dan bila masa kita bersangka buruk?

Saya petik beberapa teguran dan komen di blog/FB saya dan ada yang hantar PM dan ada juga yang hantar emel. (Jangan bimbang saya tidak hebahkan identiti mereka)

mungkin tersilap quote/tersilap faham oleh DSAI..tapi ana tidak percaya bahawa dia menganuti religious pluralism…

ok…i note ur word. and being pluralism is kafir?

ismail mina nak heboh apa lagi…? Nuwar dah diam pasal isu tu…dia dah tarik balik….

Ketiga-tiga mesej di atas datang dari seorang kenalan lebih 20 tahun. Dua isu: Apakah “being pluralism is kafir?” Ya. Sepakat sekalian ulamak. Nauzubillah. Jika tidak apa gunanya Muhammad bin Abdullah diutuskan menjadi Rasulullah sebagai rahmat seluruh alam?

Isu kedua: “…dia dah tarik balik…“.  Jawab saya, tidak. Baca kenyataan Anwar di blog rasminya bertarikh 5 Jan 2012 (ya, baru dimasukkan semula teks ucapan beliau di LSE dulu). Ertinya, Anwar tidak peduli apa orang kata. Lagi orang tegur, lagi dia siarkan.

bukan tak dapat membezakan…isu tu dah selesai lama dah Rim…dok geger lagi wat ape…org nmpk u all di amik kesempatan oleh pihak tertentu. Kan kah ari tu dah diskus rumah osman bakar? Meil Mina dok nak bising lagi untuk apa? nak suruh orang percaya Nuwar tu kafir?

Belum selesai. Sebab itulah Anwar siar semula teks beliau di blog RASMInya. Benar sudah dibincang di rumah Prof Osman dan Anwar mengakui kesilapannya dan berjanji akan edit. Tapi tidak edit. Disiar semula tanpa sebarang pindaan walaupun satu perkataan.

Kedua, kalau kesempatan diambil untuk menyelamatkan umat dari terjerumus ke dalam neraka, saya bersyukur kerana Allah berikan saya (dan sahabat lain yang menentang pluralisme ini) ilmu, kekuatan dan istiqamah ini. Inilah amr maaruf nahi mungkar. Semoga ianya memberatkan timbangan amal kami di sebelah kanan.

Kita menuduh Anwar dek kerana satu isu yang selepas itu telah menjelaskan dan memperakui kelemahan yang ada dalam tulisan tersebut.

Kita bersikap beliau masih terus beraqidahkan secara istiqamah dengan pluralism.

… semacam kita ingin mengukuhkan fitnah bahawa Anwar memang seorang peliwat.

Apa misi dan visi kita sebenarnya; kita nak apa? Umumnya, kita berada di lingkaran umur kubur sudah lama memanggil. Ana tidak dapat bayangkan, jika kita merasakan apa yang kita lakukan ini adalah amal soleh. Kita yakin begitu?

Ya, benar Anwar sendiri mengaku. Dan dia janji untuk ubah. Dia tidak ubah. Disiarkan semula tanpa sebarang pindaan. Jelas dia istiqamah dalam pendirian itu. Dan beliau ulangi ucapan sebegini di tempat-tempat lain. Mungkin para sahabat yang tidak ikuti dan peka dengan ucapan-ucapan beliau dek seronok dengan tepukan dan sorakan.

Kedua, tidak ada di mana-mana kenyataan sahabat saya dalam Utusan itu dan apa yang saya tulis selama ini mensabitkan isu moral Anwar (walaupun saya berpengalaman dan mendalami teknologi video dan CCTV). Saya tidak mahu terlibat dalam “fitnah” itu. Begitu juga saya tidak mahu terlibat dengan “fitnah” cerita-cerita Najib-Rosmah atau lain-lain personaliti lagi yang selalu menjadi cerita pisang goreng panas dalam media alternatif. Begitu mudah kita mengiya dan memanjangkan cerita pelbagai perlakuan pemimpin yang kita tidak sukai namun kita bingkas menerkam orang yang menegur sahabat kita dan marah orang “fitnah” pemimpin yang kita sayangi. Kita tidak guna timbangan yang sama. Apakah keadilan seperti itu yang kita ingin tegakkan?

Ketiga: “… kita nak apa? ” Jawabnya: kita mahu selamatkan umat dari gejala pascamodernisme yang antaranya pluralisme agama. Dan inilah amal soleh yang hendak kita bawa sebagai bekalan kita. Di akhir hayat kita, kita tidak mahu tergelincir iman.

Kita perlu ingat isu aqidah membezakan kita – antara masuk syurga jua atau kekal dalam neraka selama-lamanya (nauzubillah).

Jika kita berpegang dengan aqidah Syiah yang mengkafirkan para sahabat, maka kita kekal dalam neraka. Jika kita beraqidah bahawa semua agama sama jua, tidak perlu masuk Islam, apa-apa agamapun membawa kepada masuk syurga, maka itu fahaman pluralisme. Dan jika kita yakin dengan akidah sedemikian kita kekal dalam neraka – nauzubillah

Nahkum bizzawahir – kami hukum dengan yang zohir!

Semoga Allah selamatkanku, keluargaku, sahabat handai ku.

**********

Baca artikel berkaitan:

sumber: Utusan Malaysia

ISU pluralisme agama atau menyamaratakan semua agama hangat dibincangkan setelah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 menyatakan sokongan terhadap fahaman itu.Menyedari pemikiran Anwar telah terpesong, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) yang kebanyakannya dianggotai bekas ahli dan pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menganjurkan beberapa siri wacana sebagai teguran kepada bekas Presiden ABIM yang kedua itu untuk menghentikan fahaman tersebut.Dalam satu wawancara dengan wartawan Utusan Malaysia, NIZAM YATIM di Kuala Lumpur, semalam, Ahli Jawatankuasa Muafakat, ISMAIL MINA AHMAD (gambar) menjelaskan mengenai bahaya fahaman liberalisme-pluralisme berkenaan.Ismail pernah bersama Anwar Ibrahim dalam membangunkan Yayasan Anda dan bersama-sama dalam ABIM suatu ketika dulu.

 

Utusan-bahaya liberalisme-pluralisme -UIMAUTUSAN: Pada hemat Tuan Haji, mengapa isu akidah ini sesuatu yang penting.

ISMAIL: Isu akidah teramat penting kerana ia adalah pembeza di antara seorang Islam dengan bukan Islam. Justeru, semua Rasul dan Nabi yang diutuskan Allah SWT membawa tema akidah, seawal Nabi Adam as. Apabila kita berkata akidah sebagai pembeza status agama seseorang, maka kita sampai kepada satu doktrin lagi iaitu doktrin salvation atau keselamatan atau dalam istilah akidah disebut najiyah yakni kumpulan yang selamat.

Dalam epistemologi Islam, keselamatan bermakna selamat di dunia daripada syirik dan selamat di akhirat. Yakni selamat daripada api neraka dan berjaya masuk ke syurga. Akidah teramat penting kerana salah akidah akan menyebabkan salah laku dalam semua perkara. Betapa jika seseorang itu beriktikad yang Zat yang disembah itu berbagai-bagai maka implikasinya ialah ia akan menyembah Zat itu menurut kefahaman akidahnya, yang mana ini tidak dibenarkan oleh Islam.

Akidah Islam mengajar cara untuk menyembah Tuhan dan cara beribadat yang tercetus daripada akidah. Yang di luar akidah Islam tidak diiktifaf dan tidak diterima oleh Allah SWT dan justeru tidak akan membawa keselamatan di akhirat. Seperti Fritjh Schuon, yang mewajarkan cara beribadat yang berbagai-bagai kerana bagi beliau setiap agama memiliki cara pandangan yang berbeza dalam menyembah tuhan, tetapi mempercayai tuhan yang satu, tuhan yang sama. Doktrin ini juga sudah mula bercambah di Malaysia.

Yang membezakan ‘tempat kembali’ iaitu sama ada di syurga atau neraka adalah akidah. Suatu perkara yang wajar difahami dengan baik ialah seseorang yang akidahnya benar tetapi membuat maksiat hatta dosa besar sekalipun, dia cuma akan dihukum berdasarkan perlakuannya membuat maksiat sahaja, tetapi selepas dihukum, dia masih berpeluang masuk syurga dengan rahmat Allah SWT.

Tetapi seseorang yang akidahnya salah tetapi masih puasa dan berhaji, dia akan dihukum dengan neraka dan kekal selama-lama di dalamnya berdasarkan firman Allah SWT dalam surah an-Nasa’ ayat 116: Allah SWT tidak mengampuni syirik (yakni akidah yang bercanggah dengan akidah Islam) dan Dia mengampuni dosa kecuali dari dosa syirik itu… Ya, akidah yang teramat penting.

Saya perhatikan dewasa ini, persoalan akidah tidak begitu diperhalusi oleh sebahagian umat Islam hatta orang yang mendakwa memperjuangkan Islam. Ini terbukti apabila sebahagian yang mendakwa memperjuangkan Islam tetapi menganut akidah yang berfahaman liberalisme-Pluralisme yang menyamakan Allah SWT, yang orang Islam sembah sama dengan tuhan yang orang bukan Islam sembah sehingga mereka mewajarkan orang bukan Islam berkongsi menggunakan kalimah Allah SWT Yang Maha Suci Lagi Maha Tinggi itu dengan orang yang bukan Islam.

Berlaku perlanggaran akidah dalam pelbagai bentuk. Apakah isu “Kalimah Allah” itu juga sesuatu yang dikaitkan dengan pelanggaran akidah.

Ya, oleh kerana kita sudah menyentuh perihal kalimah Allah SWT, maka saya bersetuju dengan pendapat saudara bahawa kalimah Allah SWT ada kaitan dengan akidah kerana jika tasawur atau konsepsi seseorang itu kepada Allah SWT bercanggah dengan apa yang Allah sendiri nyatakan mengenai Zat dan Sifat-Nya, maka seseorang itu sudah tergolong ke dalam golongan melanggar akidah.

Saya sendiri pernah mendengar seorang Liberalis-Plurais Malaysia berkata kepada satu audiens bukan Islam dalam satu rapat politik tidak lama dahulu bahawa Allah SWT yang disembah oleh orang Islam sama dengan yang disembah oleh orang bukan Islam.

Dia memetik ayat Allah SWT yang berbunyi kalimatun sawa dengan salah, untuk mewajarkan pegangannya itu. Ahli politik diabolik murahan ini telah menjual Tuhannya kepada orang bukan Islam dengan harga sebuah neraka, kerana sesiapa yang memberi makna kepada sesebuah ayat Allah SWT dengan salah, maka tempatnya adalah dalam neraka. Sebab itu seperti saudara katakan ia adalah pelanggaran kepada akidah, amat benar dan tepat sekali.

Kita katakan penggunaan Allah SWT yang dianuti golongan liberalis-pluralis tadi salah adalah kerana Allah SWT yang orang Islam sembah adalah berbeza dengan fahaman Allah yang difahami dan disembah oleh orang bukan Islam seperti Yahudi dan Nasrani – Kristian. Kerana kualiti Allah yang sebenar telah terhakis oleh fahaman dekonstruksionisme tajaan Yahudi-Kristian itu.

Kenapa tidak, dengan menyamakan Allah SWT sembahan kita dengan Allah sembahan orang bukan Islam bermakna seseorang itu menerima epistemologi bukan Islam itu sebagai benar. Walhal Allah SWT memberitahu kita bahawa Allah SWT adalah Zat yang tidak beranak dan diperanakan tetapi orang Yahudi beriktikad yang Nabi Uzaiyr anak Allah dan Isa anak Allah dan Allah. Inilah yang dikatakan ia melanggar akidah.

Wacana mengenai kewajaran penggunaan kalimah Allah SWT telah banyak dibuat, baik oleh badan kerajaan mahupun NGO Islam yang semuanya sepakat menolak penggunaan kalimah Allah itu termasuk Dr. Harun Din aktivis penting Pas dan ulama intelektual terkenal Ustaz Uthman Muhammady.

Saya fikir tak payah saya panjangkan hal ini dan elok kita rujuk kepada resolusi perbincangan mereka itu. Dan yang menariknya Anwar Ibrahim pernah mengadakan perbincangan bersama intelektual dan NGO Islam mengenai hal ini di rumahnya pada suatu waktu tetapi gagal membuat resolusi untuk mewajarkannya kerana disanggah kuat oleh peserta. Tapi kemudian mereka menerbitkan buku mewajarkan penggunaan kalimah itu.

Apakah aliran ini ada kaitannya dengan isu Islam liberal dan pluralisme beragama?

Oh, ya memang benar. Aliran ini adalah produk daripada fahaman Liberalisme-Pluralisme agama. Kalau dah semua agama sama, maka tuhan pun samalah, satu prinsip fahaman liberal Islam ini ialah sapere aude atau bebas sebebasnya yang dianuti seorang pemimpin dalam menginterprestasi dan memahami Islam.

Fahaman ini juga menyamakan semua agama sama taraf dan sama benar, pada hal jelas dalam al-Quran agama yang diterima oleh Allah SWT hanyalah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW bukan seperti yang dibawa oleh Kahar atau Ghulam Ahmad dan sebagainya.

Saya bukan tuduh, tetapi saudara boleh lihat sendiri dalam buku-buku yang diterbitkan oleh Institut Kajian Dasar (IKD) sebuah badan pemikir yang dinisbahkan kepada Anwar. Buku-buku terbitan IKD ini semuanya, saya ulangi, semuanya adalah berfahaman Liberal-Pluralisme.

Dalam buku mereka bertajuk Pergolakan Pemikiran Islam dan banyak lagi, menjurus kepada membebaskan umat Islam daripada autoriti yang diijmakan dan berpegang kepada autoriti mereka yang diabolik itu, pada hal mereka sebenarnya berpegang kepada Kant dan sebagainya. Mereka menerima huraian orang bukan Islam mengenai agama kita tetapi menolak ulama Islam sendiri.

Memang kalimah Allah SWT ini amat terkait dengan fahaman liberal. Saya cuba melihat satu perspektif lain daripada fahaman ini yang merupakan fenomena baru di Malaysia. Saya melihat di Malaysia, kelompok ini sungguh-sungguh mempromosikan fahaman ini.

Usaha ini mempunyai dua motif. Pertama untuk memusnahkan akidah ummah Islam dengan menjadikan orang Islam sebagai agentur. Kedua untuk menjayakan agenda politik kerana dengan menurunkan taraf agama Islam sama taraf dengan agama bukan Islam, maka cita-cita orang bukan Islam untuk menolak Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, terhasil.

Pembohongan kelompok ini berterusan tanpa rasa bersalah. Mereka hanya berani di kalangan audiens bukan Islam atau yang kurang maklumat mengenai perkara ini.

Apa bezanya pluralisme dan pluraliti dalam konteks beragama dan bermasyarakat?

Memang terdapat perbezaan. Bukan sahaja perbezaan epistemologi bahkan dari etimologi. Saya tidak begitu hirau sangat jika orang awam tidak memahami perbezaan kedua-duanya, tetapi agak pelik jika kekeliruan timbul dari kalangan cerdik pandai. Perbezaan amat nyata.

Pluraliti adalah kepelbagaian, seperti kepelbagaian pakaian, budaya, bahasa, makanan bahkan agama juga, tetapi, pluralismemerujuk kepada konsep, fahaman dan doktrin yang dinaungi dalam satu entiti, baik secara eksoterik mahu pun eksoterik.

Menurut fahaman ini, bagi kelompok seperti John Hicks berusaha supaya wujud satu agama baru yang menyatukan semua agama dalam satu entiti secara fizikal. Pelbagai golongan menamakannya sebagai World Religion atau Global Faith atau Abrahamic Faiths, yang amat aktif membuat promosi tentang idea ini dan amat kerap menghadiri program-program tajaan kelompok ini bersama-sama dengan pendita Yahudi dan rahib-rahib Kristian.

Ada lagi satu versi pluralisme agama ini yang disebut sebagai kelompok Transcendentalist atau Pure Metaphysic tajaan Frithjof Schoun. Fahaman Pluralisme agama versi ini ialah semua agama secara rohaniah akan bertemu Allah dan akan selamat dari api neraka jika mereka mengamalkan ajaran agama itu, tidak kira apa agama sekali pun, sama ada Buddha atau Yahudi atau Hindu dan sebagainya.

Kelompok pluralis ini keliru bahkan salah apabila mereka merujuk kepada Perlembagaan Madinah yang didakwa sebagai pluralisme agama. Perlembagaan Madinah dengan jelas menyebut entiti Yahudi berbeza daripada orang Islam. Islam menolak Pluralisme agama, akan tetapi Islam tidak menolak pluraliti agama dan menerima hakikat kewujudan berbagai agama, bangsa, puak, budaya, bahasa dan sebagainya di muka bumi Allah ini.

Islam mengiktiraf hak-hak mereka, yakni hak orang bukan Islam untuk hidup dan beramal dengan ajaran dan kepercayaan keagamaan mereka. Hal ini jelas dalam sejarah negara Islam Madinah al-Munawwarah dengan Sahifah Madinah yang terkenal itu, yang mana orang yang berlainan agama dari agama Islam, diberi perlindungan dan kebebasan yang optimum dalam kegiatan keagamaan mereka.

 

Pengusung pluralisme agama menuduh penentang tidak memahami secara benar gagasan atau konsep Pluralisme Agama mereka. Pada hakikatnya, merekalah yang naif, tidak memahami dan tidak dapat membezakan antara pluraliti dengan pluralisme dan salah dalam memahami kewujudan pelbagai agama dan bangsa di Madinah al-Munawwarah itu.

Penentang pluralisme agama dari awal-awal, sudah menerima hakikat kewujudan pelbagai agama di dunia ini, hatta sejak zaman Nabi SAW lagi. Golongan Pluralis ini telah jatuh ke dalam gaung kesesatan yang dalam apabila mendakwa dan berpendirian bahawa pelbagai agama yang wujud di zaman Nabi SAW itulah pluralisme Agama.

Kalau semua agama itu sama, tidak perlu lagi Nabi dan sahabat-sahabat berdakwah dan berjihad, mengajak orang bukan Islam menganut Islam bahkan memerangi orang murtad. Demikian juga dalam masyarakat yang berbagai bangsa, agama dan budaya yang bersifat kosmopolitan di zaman Damsyik dan Baghdad, tidak terdapat catatan yang ulama menyamakan agama Islam dengan agama lain.

Kosmopolitan bukan baru bagi masyarakat Islam. Maka diversiti dan pluraliti agama serta kosmopolitan bangsa dan budaya dalam negara Islam itu tidak menukar “akidah dan syariat mereka.

 

Pluralislah sebenarnya yang tidak dapat membezakan antara pluraliti agama dan pluralisme agama, bukan penentangnya. Mereka menulis dengan jelas menyatakan bahawa pluraliti agama adalah pluralisme agama. Mereka sangat keliru.

Seorang tokoh dari Malaysia pernah bercakap mengenai isu pluralisme di London School of Economics. Apakah pandangan Tuan Haji mengenai perkara itu?

Tokoh atau ditokohkan? Ya, selepas kami mendapat maklumat dan mendapat teks ucapannya itu, kira-kira sebulan kemudian, kami dari Muafakat mengadakan satu wacana di UIAM, menolak dan sekali gus menjawab pendirian Pluralisme beliau. Atas permintaan, kami ulang lagi wacana tersebut. Untuk maklumat, audiensnya semua bukan Islam.

Ya, jelas dalam ucapannya itu ia memang berfahaman semua agama sama sahaja, bukan Islam sahaja yang paling benar; semua agama memberi keselamatan di akhirat; agama itu bukan hanya amalan sahaja dan sebagainya yang semua ini menjejaskan akidah sebagai seorang Islam. Sebagai seorang Islam beliau tidak sepatutnya mengucapkan perkataan tersebut.

Kalau beliau berniat untuk berdakwah, isi dakwah ialah menerangkan Islam sebenar, bukan mendiskreditkan Islam atau memberi maklumat palsu mengenai ajaran Islam. Tetapi apa boleh buat, itulah kualiti kefahaman agamanya dan jangan lupa ia ada agenda-agenda besar, menjadikan semua agama berada dalam satu entiti pluralisme agama.

 

Sebagai orang yang pernah terlibat dengan ABIM apakah pada pemerhatian Tuan Haji, kepimpinan ABIM-WADAH- PKPIM kini menyedari tentang kecenderungan baru yang berlaku.

Kepimpinan gerakan Islam menyedari fahaman Pluralisme agama Anwar ini kerana mereka hadir dalam perjumpaan pada malam itu. Ada pemimpin tertinggi WADAH dan ABIM dan tersesat seorang AJK Pas. Tak tahu siapa yang ajak. Agak menggelikan hati, ada pemimpin WADAH hanya menceritakan hubungannya dengan Anwar sepanjang percakapannya itu, pada hal orang bincang pasal Pluralisme agama. Pelik.

Bab akidah tak penting agaknya bagi mereka. Saya rasa kalaulah fahaman ini keluar daripada mulut lawan politik mereka, saya tak tahulah apa akan terjadi. Selepas perjumpaan pada malam itu, ada seseorang berkata kepada saya: Kita ada agenda yang lebih besar. Saya jawab: tidak ada agenda yang lebih besar daripada agenda akidah, akidah yang benar.

Tengok, kalau dulu kami dalam ABIM, tolak Arqam kerana mereka merosakkan akidah, tapi bila Anwar yang terang-terang tulis dan ucap perkara yang bercanggah dengan akidah, mereka masih mahu mempertahankannya. Adakah perjuangan mereka mahu membela akidah atau membela orang yang rosak akidah?

ABIM perlu muhasabah. Dalam perlembagaan ABIM, perjuangan adalah untuk menegakkan ajaran al-Quran dan sunnah. Tidak ada seorang awam pun yang menerima semua agama sama. Nabi bukan Pluralis.

Apa jalan yang terbaik supaya faham pluralisme ini tidak mengakar dan berkembang menggugat akidah umat Islam di Malaysia.

Untuk membendung supaya fahaman Liberalisme-Pluralisme tidak berkembang saya fikir antara caranya ialah kembali kepada wacana ilmu-ilmu Islam arus perdana yang sering ditekankan sangat oleh Dr. Uthman Muhammady dan ulama-ulama Islam. Badan-badan dakwah Islam perlu membuat manifesto yang jelas mengenai agenda dakwah mereka, bukan mengikut agenda peribadi orang tertentu.

Baca juga: ‘Sikap mungkar pisahkan kami’https://akarimomar.wordpress.com/2014/03/19/sikap-mungkar-pisahkan-kami/

Fahaman pasca modernisme menghasilkan pelbagai pemikiran seperti liberalisme, sekularisme, pluralisme dan pelbagai lagi termasuk menentang otoriti dan termasuk juga mereka yang menimbul dan membesar-besar isu-isu furu’iyyah (termasuk wahhabi).

Rakaman ceramah Al-Fadhil Ustaz Uthman El-Muhammady:

Utusan-cegah pluralisme AKOsumber: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 18 Mac – Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) meminta pihak berkuasa agama di semua peringkat mengambil langkah mencegah gerakan pluralisme agama dengan apa cara sekalipun.

Setiausaha Agungnya, A. Karim Omar berkata, langkah itu perlu memandangkan masih ada individu dan organisasi yang tetap berpegang kepada fahaman pluralisme agama walaupun kerajaan dengan jelas mahu mengekang ideologi berkenaan.

Katanya, antara pandangan terbaru yang terus berpegang kepada fahaman itu dapat dilihat pada artikel Ketua Eksekutif Institut Pengajian Lanjutan Islam (IAIS), Dr. Mohammad Hashim Kamali bertajuk Islam’s religious pluralism in context yang disiarkan akhbar The New Straits Times, 8 Februari lalu.

”Justeru pihak berkuasa agama wajar memanggil individu atau organisasi yang menganut fahaman pluralisme agama untuk diberi kaunseling, nasihat dan ajaran mengenai akidah Islam sebenar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

A. Karim juga mahu kerajaan menyiasat Institut Kajian Dasar (IKD) yang dilihat mendokong fahaman itu dengan mengadakan seminar serta menerbitkan pelbagai buku bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0319&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

 

 

http://muafakatmalaysia.wordpress.com/

KENYATAAN MEDIA

logo muafakat 2012Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) ingin mengulangi serta menegaskan kembali resolusi Wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah yang telah diadakan pada 14hb Disember 2010 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, bahawa Gerakan Pluralisme Agama yang berteraskan kepada faham semua agama adalah sama dan boleh membawa kepada keselamatan di Akhirat; adalah bertentangan dengan ajaran dan ‘Aqidah Islamiyyah yang sebenar dan boleh menjerumuskan kepada pemurtadan dan ketidakstabilan masyarakat.

Muafakat sekali lagi meminta:

1.       Pihak berkuasa Agama di semua peringkat di Malaysia, wajar memantau Gerakan Pluralisme Agama ini dan mengambil langkah mencegah dengan apa cara sekali pun.

2.       Pihak berkuasa Agama wajar memanggil individu atau Jawatankuasa Organisasi yang menganut faham Pluralisme Agama ini, untuk diberi kaunseling, nasihat dan ajaran mengenai ‘Aqidah Islam yang sebenar.

3.      Pihak berkuasa Agama yang boleh memboleh memberi fatwa, iaitu majlis fatwa (peringkat Kebangsaan dan negeri-negeri) supaya segera memberi fatwa yang lebih jelas mengenai faham atau ideologi pluralisme agama.

Muafakat mengulangi pendirian ini memandangkan masih ada mereka yang tetap menyuarakan pendapat “pluralisme agama” mereka walaupun YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan pendirian kerajaan yang mahu mengekang pengaruh fahaman ini ketika berucap pada merasmikan Multaqa Guru Takmir seluruh Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 18hb Februari 2011. Perdana Menteri telah menyatakan bahawa:

“… hakikatnya Islam tidak boleh disamakan dengan agama lain kerana agama yang benar di sisi Allah hanya Islam sahaja.”

Antara suara yang melanggar pendirian rasmi kerajaan adalah dari Dr. Mohammad Hashim Kamali, Ketua Eksekutif International Institute of Advanced Islamic Studies, IAIS yang disiarkan oleh akhbar The New Straits Times pada 8hb Februari 2011 dengan tajuk ”Islam’s religious pluralism in context”. Sebagai ketua sebuah institusi kerajaan, Dr. Hashim sewajarnya akur dengan pendirian rasmi kerajaan dan bukannya mengeluarkan pendapat yang mengelirukan dan bertentangan.

Muafakat turut menggesa agar kerajaan mengenal pasti, menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mana-mana pertubuhan, institusi atau pusat kajian yang berterusan mempromosi dan mengembangkan fahaman sesat pluralisme agama. Antara institusi tersebut ialah Institut Kajian Dasar (IKD), yang telah sekian lama mendokong fahaman ini dengan mengadakan seminar serta menerbitkan pelbagai buku yang jelas bertentangan dengan aqidah ahlus sunnah wal jamaah termasuk membenarkan kahwin campur antara agama.

Malah, penerbitan serta program IKD telah dibiayai dengan dana besar oleh pertubuhan luar negara, Konrad-Adenauer-Stiftung, yang jelas mempromosi fahaman-fahaman liberal dan mempunyai agenda politik mereka sendiri.

Muafakat juga menggesa media perdana supaya lebih peka dan teliti dalam menerbitkan pandangan dan pendapat mereka yang boleh mencemari kemurnian aqidah ahlus sunnah wal jamaah dan membawa kepada ketidakstabilan negara.

A. Karim Omar

Setiausaha Agung

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

http://muafakatmalaysia.wordpress.com/

18hb Mac 2011

Di hari menyambut Maulidur Rasul ini, terasa amat sayu dan sedihnya apabila  mengenang teks ucapan DS Anwar Ibrahim ceramah beliau di LSE pada tahun lalu yang mengangkat orang seperti Dante  sebagai tokoh membawa keamanan dengan “Dante’s vision of universal peace” dan mengaitkan lagi dengan tokoh ilmuan Islam dengan “linking Dante’s vision directly to the philosophical outlook of Muslim luminaries including al-Farabi and Ibn Rushd“.

Amatlah jauh tersasar rumusan Anwar jika orang seperti Dante, “seorang penyair agung dalam tradisi Kristian“, ini hendak dianggap sebagai tokoh pluralis dan meletakkan seolahnya Dante bersetuju dengan tema Pluralisme Agama yang dibawa oleh Anwar kini dengan menyama-ratakan Islam dengan agama Krsitian dan lain-lain agama lagi. (baca ciri-ciri Pluralisme Agama di sini)

Ceramahnya yang bertajuk “Religion and Pluralisme in a Divided World” (klik untuk baca teks asalnya) turut mengaitkan Maulana Jelaluddin Rumi sebagai tokoh pluralis – dan telah saya jawab dengan “Pembohongan di atas nama Maulana Jelaluddin Rumi dan kitab Mathnawinya“.

Mustahil bagi orang seperti Dante boleh kita terima sebagai pembawa “universal peace” menyamakan pula dengan orang yang dihinanya.

وَ مَا أَرْسلْنَك إِلا رَحْمَةً لِّلْعَلَمِينَ‏

“Dan tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam.” Al-Anbiayaa:21

Seperti tercatat di dalam triloginya, The Divine Comedy, Dante telah menghina Rasulullah s.a.w. dengan meletakkan Nabi s.a.w. dan Sayyidina Ali r.a. di dalam neraka.

Inferno XXVIII, 19-42.

The poets are in the ninth chasm of the eighth circle, that of the Sowers of Discord, whose punishment is to be mutilated.

Mahomet shows his entrails to Dante and Virgil while on the left stands his son Ali, his head cleft from chin to forelock.

Gambaran ilustrasi di atas adalah yang diambil dari salah satu lukisan-lukisan dalam pelbagai manuskrip yang tersimpan di perpustakaan-perpustakaan besar di dunia termasuk ada yang telahpun membuat satu filem bisu pada tahun 1911 (The 1911 Italian silent film L’Inferno contained a dramatization of the scene; Mohammed is shown with his entrails hanging out) – semuanya ini boleh diakses melalui carian internet.

Bagaimana mungkin orang seperti ini dikira pluralis seperti ide yang dibawa oleh John Hick?

Menurut Ustaz Muhammad Uthman El-Muhammady, dalam Pluralisme Agama dan Bahayanya Kepada Umat Islam (yang mengulas dengan panjang lebar bahaya Pluralisme),  Dante adalah seorang yang teguh dengan teologi Katholiknya dan seorang yang otordoks berdasarkan tulisan-tulisannya yang lain termasuk ‘Monarchia’ dan sangatlah mustahil dia seorang yang boleh menerima agama lain.

Semoga Allah sentiasa membimbing kita di jalan yang benar dan menyelamatkan kita semua dari hasutan dan bisikan yang menyesatkkan.

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Effective Islamic Parenting

September 2017
M T W T F S S
« Aug    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 275 other followers

Tauhid