You are currently browsing the tag archive for the ‘toleransi’ tag.

Satu demi satu kita dihidangkan dengan isu-isu yang tidak senang untuk kita hadamkan. Setelah pelbagai kes-kes penderaan, pencabulan seksual, kecurian dan ragutnya serta pembunuhan, kita turut disua berturut hari dengan pembuangan bayi yang baru lahir.

Tidak cukup dengan itu akhbar pula galak mensensasi pelbagai lagak dan masalah keluarga para artis dan orang-orang ternama. Pihak industri seni dan hiburan tidak habis-habis membariskan pelbagai aktiviti yang melalaikan belia yang masih mencari-cari identiti dan nilai diri dari aktiviti yang membina jati-diri anak-anak. Penyemarakan budaya hedonisme ini tidaklah sangat berusaha untuk memupuk keharmonian keluarga dan didikan nilai untuk para remaja.

Akhirnya tercernalah anak-anak muda yang bernilai tanpa moral budaya halus ketimuran yang semarak mekar di tanah air kita berabad lamanya sebelum ini. Kehidupan masyarakat yang harmoni dengan nilai-nilai toleransi yang tinggi terhakis hari demi hari.

Tidak lama dahulu masyarakat pelbagai bangsa hidup dengan aman damai. Bukannya asing untuk kita mendengar cerita-cerita anak Cina diserahkan kepada keluarga Melayu untuk dijaga atau diserahkan terus untuk menjadi anak angkat dan di”bin/binti” Melayu.

Masyarakat Cina yang kebanyakkannya beragama Buddha dan mempraktiskan ajaran-ajaran Confucius amat tinggi nilai ketimuran yang menghormati jiran. Masyarakat India yang beragama Hindu tidak menghadapi masalah mengamal kepercayaan mereka. Dan masyarakat India Muslim pula tidak terasa canggung bermesra dalam kehidupan multi-etnik, multi-budaya dan multi-agama ini.

Teringat akan bunyi loceng dari kuil Jalan Cerong Lanjut yang jauhnya lebih dari 1.5km dari kediaman kami – tidak pula menjadi masalah untuk masyarakat Melayu di sekitar bandar Kuala Terengganu ketika itu. Walaupun bunyi bertubi-tubi pada-pada ketikanya. Begitu pula tidak kedengaran keluhan mereka yang bukan Islam dengan kumandangnya merdu azan lima kali sehari serta tarahim di awal-awal pagi yang membangunkan mereka dari tidur.

Apabila ada pihak yang menuntut ke mahkamah untuk pemberhentian laungan azan di tempat mereka kita merasa ianya suatu keterlaluan. Keharmonian masyarakat timur tiba-tiba terganggu dek belaian dan sogokkan budaya asing barat yang hilang nilai-nilai unsur toleransi.

Gejala tidak hormat menghormati di antara satu sama lain kini berlaku bertali arus. Cetusan terbaru dengan memaki kesucian [melalui laman sosial Facebook] sesuatu agama bukannya suatu yang diundang. Provokasi-provokasi seperti ini tidak kedengaran dulu-dulu.

Apakah bentuk dan nilai kemajuan negara yang ingin kita bangga? Apakah kita mahu menjadi negara maju “sans-values”?

Melihat apa yang dilapor oleh media semalam bahawa terdapat tiga buah gereja dikatakan telah dirosakkan dengan bom api (kemudian laporan hari ini ada satu lagi cubaan yang gagal ke atas gereja keempat semalam) kadang-kadang terfikir kenapakah ianya perlu berlaku.

Orang Islam tidak diajar untuk melakukan sedemikian. Sunnah mengajar kita, walaupun di dalam peperangan, tentera Islam dilarang keras merosak pokok dan tanaman serta tempat ibadat orang lain. Maka bolehlah dikatakan apa yang berlaku semalam bukan dilakukan oleh orang Islam. Boleh begitu?

Yang peliknya, apabila berlaku perkara sedemikian terlalu mudah untuk sesetengah orang menuduh ianya dilakukan oleh orang Islam. Begitulah kelazimannya bila sesuatu keganasan berlaku di negara barat, maka dengan cepat media dan masyarakat yang “Islamophobic” menunding jari ianya kerja-kerja “pengganas” Islam. Namun, apabila ianya dilakukan oleh pejuang Basque (sebagai contoh), ianya disebut sebagai dilakukan oleh “pejuang pembebasan” Basque – bukan teroris Basque. Begitulah seumpamanya.

Bagaimanapun dalam hal yang baru berlaku pagi Jumaat itu saya ingin menjadi seorang pelakon yang mahu menyelamatkan situasi tersebut. Saya ingin menjadi Michael J Fox dalam cerita “Back to the Future”. Saya ingin pergi ke tahun 2008. Pada beberapa hari sebelum Paderi Murphy Patiam mengemukakan saman terhadap Kementerian Dalam Negeri dalam menuntut hak untuk mengguna kalimah Allah. Bayangkan jika saya dapat hilangkan dokumen yang hendak dia bahawa ke mahkamah. Maka saman itu tidak berlaku.

Maka kes penghakiman tuntutan mengguna kalimah Allah oleh Roman Katolik ini tidak berlaku. Maka, pada 31hb Disember 2009, tiada perhimpunan orang-orang Islam dan penganut Kristian di mahkamah tinggi Jalan Duta untuk mendengar keputusan penghakiman. Mungkin semasa itu hakim Lau Bee Lan sibuk meneliti kes lain yang bukannya di luar bidangnya seperti kes kalimah Allah, kerana dia sudah pun ditukarkan ke cawangan lain. Atau mungkin dia bercuti panjang menyambut hari Natal.

Maka, ketika menyambut tahun baru 2010, masyarakat Islam seluruh negera tenteram tetapi sibuk dengan kehidupan masing. Media tidak perlu ke hulu dan ke hilir mencari para pemimpin dan intelektual untuk melaporkan pendapat mereka berhubung kes kalimah Allah. NGO-NGO Islam mungkin sibuk dalam merancang aktiviti mereka untuk tahun 2010 dan tidak disibukkan sidang-sidang media atau membincang tindakan susulan serta merangka perhimpunan bantahan.

Begitulah dengan keupayaan untuk kita ubah kes kalimah Allah itu supaya tidak berlaku, mungkin tiadalah gereja-gereja diancam dengan dibom atau dibakar. Masyarakat pelbagai kaum yang tinggi nilai toleransi mereka sebelum ini mampu berusaha untuk menjaga keharmonian hidup dengan aman.

Ketegangan yang dirasai oleh masyarakat di tanah air kita kini hanya tercetus akibat berlakunya tuntutan sesetengah pihak yang ingin mencabar larangan pihak berkuasa atas penggunaan kalimah Allah yang selama ini disepakati hanya digunapakai oleh orang-orang Islam sahaja.

“Back to the Future” masih boleh berlaku dengan pihak yang terlanjur sedia menarik balik tuntutan yang telah menimbulkan kegelisahan di kalangan masyarakat yang selama ini telah hidup harmoni dengan toleransi yang amat tinggi.

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

June 2021
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 359 other followers

Tauhid