You are currently browsing the tag archive for the ‘Ustaz Uthman’ tag.
Kami doakan kesihatan untuk guru kami Al-Fadhil Ustaz Muhammad Uthman El-Muhammady.
Ustaz dirujukkan ke Institut Jantung Negara selepas beliau pergi ke klinik kesihatan di Universiti Islam Antarabangsa pagi semalam. Beliau kini ditahan untuk pemeriksaan lanjut di IJN untuk beberapa hari.
Sama-sama kita doakan untuk Ustaz.
***************
Wacana anjuran MUAFAKAT dan Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam UM yang diwarwarkan semalam ditangguh buat seketika. Rujuk: http://muafakatmalaysia.com/
Kadang-kadang hairan juga dengan komen-komen yang ditulis oleh para pembaca. Hendak ketawa pun ada. Ada juga hasil dari komen seseorang, ianya melarat hingga ramai pula yang komen-mengkomen atas komen asal tu dengan balas membalas menjadi satu “thread” yang panjang pula.
Posting saya yang lalu bertajuk “Kebiadaban Spiritual – Bila Imam Shafi’i Diketawakan” tidak disangka pula saya ianya dibaca oleh begitu ramai apabila Tranungkite Online menyiarkannya di laman mereka [klik di sini]. Dalam masa kurang dari 12 jam ianya disiarkan artikel tersebut telah mencecah 2,000 kali bacaan. Kemudian kurang dari 48 jam ianya disiarkan laman TKO telah meletakkan artikel tersebut dikedudukan No. 1 “Top Hits Minggu Ini”.
Yang menghairankan ialah ketinggian ini dicapai di hujung minggu. Pada hujung minggu semua webmasters/bloggers pasti memperakui bahawa lazimnya hits mereka menurun sedikit atau mungkin ketara untuk sesetengah orang. [Ini menandakan bahawa ramai orang melungsuri internet di pejabat atau waktu kerja!!!]
Berbalik kepada komen-komen yang ditulis dan tajuk posting ini, terdapat pelbagai reaksi terhadap posting “Kebiadaban Spiritual – Bila Imam Shafi’i Diketawakan” tersebut. Ada beberapa pembaca agak marah sehingga “pesilat_timur” menuduh saya Shiah:
APA PUNYA ARTIKEL LA NI!!!KARIM’S, KAU NI SYIAH KE?X CERDIK PUNYA ARTIKEL..
Seorang lagi yang mengguna nama “petehkaki” bertanya:
betul ke tak panelist tu cakap?
tanpa cuba mendengar video youtube yang saya sertakan. Petikan kata-kata panelis ketiga (Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman) saya petik dari video tersebut:
Kalau pergi haji kalau ikut mazhab Shafi’i kena 3 bulan duduk di sana … (orang ketawa) … bagi orang Hanafi balik dulu, bagi orang Maliki balik dulu, tinggal puak-puak Shaf’i’i, (biar jarak) sedepa seorang tawaf … (diketawa ramai) …
Yang saya tambah ialah dalam kurungan – reaksi hadirin dan bagi menjelaskan maksud sedepa yang disebutnya (i.e. “biar jarak”).
Komen yang seolah-olah menuduh saya ini Shiah amat tidak berasas. Entah dari bahagian mana tulisan saya yang “pesilat_timur” merasakan saya mengguna hujjah Shiah.
Namun, apa yang mengembirakan ialah lebih ramai yang membenarkan tulisan saya tersebut dari mereka yang merasa tidak selesa. Sebab musabab mereka tidak selesa itu wallahu `alam.
Teringat pula saya dalam ceramah Ustaz Zamihan bahawa beliau pun selalu dituduh macam-macam. Antara yang suka dilemparkan ialah bahawa beliau Shiah. Entah bahagian mana amalan atau tulisan beliau yang membuat sesetengah orang mudah menuduh beliau Shiah tidaklah diketahui. Namun, sudah berapa kali Ustaz Zamihan menawarkan kepada mereka ini agar duduk semeja untuk bersemuka dan berhujah tetapi masih belum lagi dijawab oleh mana-mana pihak yang gemar menuduh ini.
Apakah kerana tidak mempunyai hujah yang hendak dikemukakan dan terasa kepanasan dengan fakta-fakta beliau maka cara terbaik ialah menembak secara rambang?
p.s.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kesemua mereka yang telah memetik posting “Kebiadaban Spiritual – Bila Imam Shafi’i Diketawakan” untuk siaran di laman-laman mereka. Selain TKO, dua laman yang wajar juga disebut dan turut menyumbang hits kepada blog saya ialah Laman M@rhaen dan korban-demokrasi.blogspot.com.
Apakah apabila kita sudah mempunyai segulung ijazah mahupun PhD serta bergelar dengan Profesor Madya, kita sudah setaraf atau lebih hebat dari Imam Shafi’i? Hingga kita boleh “menghina” imam-imam besar untuk diketawakan dalam majlis ilmu?
Sila tonton bahagian soal jawab dalam rakaman program Al-Kulliyyah terbitan TV3 ini (perhatikan pada minit mulai 04:24, yang ahli panel menyebut:
Kalau pergi haji kalau ikut mazhab Shafi’i kena 3 bulan duduk di sana … (orang ketawa) … bagi orang Hanafi balik dulu, bagi orang Maliki balik dulu, tinggal puak-puak Shaf’i’i, (biar jarak) sedepa seorang tawaf … (diketawa ramai) …
Kemudian, di akhirnya pada minit 05:10, pengajaran Sifat 20 pula dijadikan bahan ketawa.
Maka terharulah seorang ahli panel lain dengan ulasan beliau di sini (tontonlah dan renungilah):
Apakah ini benar-benar yang disebut sebagai kebiadaban spiritual?
p.s.
- Saya difahamkan bahawa rakaman Al-Kulliyyah tersebut dibuat di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka pada pertengahan November 2009, atas tajuk “Satu Aqidah” namun, sehingga kini, ianya belum disiarkan lagi.
- Saya juga difahamkan bahawa bahagian soal-jawab yang disiarkan dalam “youtube” ini tidak dirakam oleh TV3 semasa itu dan bahagian ini tidak akan disiarkan.
- Kalau hendak baca ulasan rakaman dari salah seorang hadirin sila klik: Sekitar Rakaman Al-Kuliyyah: Antara Adab dan Biadab
- Dicadangkan juga agar baca posting/artikel berikut:
***************
Hasil dari tulisan ini, saya dituduh Jadi Shiah Pulak …, astaghfirullah.
Recent Comments