You are currently browsing the monthly archive for June 2021.
Alhamdulillah, hari ini tulisan saya “‘Ibu, Kenapa Orang Dewasa Ganas Bila Bergaduh?’” di dalam kolum saya, Diari Remaja telah diterbit di akhbar Utusan Malaysia.
Tulisan saya boleh dibaca di akhbar Utusan Malaysia hari ini, serta di Utusan Digital melalui pautan di bawah.
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2020 akan diumumkan pada Khamis, 10 Jun 2021. Perkara tersebut diumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia sebentar tadi melalui satu kenyataan akhbar.
Menurut kenyataan tersebut, keputusan SPM akan diumumkan pada jam 10.00 pagi.
Keputusan boleh disemak secara dalam talian melalui portal Lembaga Peperiksaan https://lp.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh.
Keputusan juga boleh didapati menrusi perkhidmatan SMS bagi mendapatkan ringkasan keputusan SPM dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke nombor 68886. Perkhidmatan ini akan aktif sehingga jam 6.00 petang pada 17 Jun 2021.
Calon-calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet akan dikenal pasti pihak oleh pihak sekolah dan memaklumkan kaedah yang sesuai bagi mendapatkan keputusan tersebut.
Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, pihak Jabatan Pendidikan negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenal pasti calon-calon tersebut dan memaklumkan kaedah sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.
Recent Comments