You are currently browsing the monthly archive for November 2012.

dari teks Khutbah yang dikeluarkan JAIS:

“Zikrul Maut Menjana Keinsafan

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Marilah kita meningkatkan kualiti iman dan taqwa kita ke hadrat Allah SWT, kerana iman dan taqwa merupakan sebaik-baik bekalan menuju ke hari akhirat kelak.

Tajuk khutbah kita pada kali ini adalah “Zikrul Maut Menjana Keinsafan”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Kehidupan kita di dunia ini bermula dengan dilahirkan daripada rahim ibu. Kemudian, setelah kita hidup beberapa lama yang ditentukan Allah SWT, kita akan menemui ajal yang tidak boleh dielakkan, di mana kematian akan menjemput setiap yang bernyawa.

Imam Hasan al-Basari berkata:

“Ingatlah bahawa mati itu akan datang dengan serta-merta. Jika mati tidak datang dengan serta-merta, sakit akan datang serta-merta. Jika sakit, anda akan kurang berupaya melakukan amal soleh, sedangkan amal soleh itu adalah bekalan hari akhirat”.

Zikrul maut atau mengingati mati adalah satu perkara yang dipuji oleh syarak. Rasulullah S.A.W. bersabda;

“Banyakkanlah kamu akan menyebut perkara yang memutuskan segala kesedapan, iaitu mati”. (Riwayat at Tirmizi)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Sesungguhnya perjalanan menuju hari akhirat merupakan suatu perjalanan yang panjang, berliku-liku, banyak halangan dan cabaran. Untuk menempuhnya, kita memerlukan suatu perjuangan dan pengorbanan, bagi menentukan, apakah kesudahan kita, sama ada sebagai penghuni syurga atau neraka.

Perjalanan ke akhirat itu dimulai dengan kematian, kemudian bersemadi di alam barzakh (kubur). Seterusnya dibangkitkan di alam akhirat. Oleh kerana keagungan perjalanan ini, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, yang bermaksud;

“Jikalau engkau mengetahui apa yang aku ketahui, menjadikan engkau sedikit ketawa dan banyak menangis”. (Muttafaqun ‘Alaihi)

Hadis ini menjelaskan kepada kita, agar menghayati hakikat kematian dan keadaan alam akhirat, serta peristiwa di dalamnya, supaya kita akan menginsafi bahawa selepas kehidupan ini, kita akan bertemu pula dengan hari akhirat. Ketika itu, amalan kita akan dinilai. Tiada suatu pun yang dapat disembunyikan. Kemudian, kita dibalas dengan syurga dan neraka.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Meninjau peristiwa ketika nyawa dicabut oleh malaikat maut, nafas kita tersekat-sekat, mulut terkunci dan anggota badan lemah longlai. Hanya kedengaran tangisan dan rintihan isteri-isteri, anak-anak dan sanak-saudara yang bakal ditinggalkan. Pada saat itu, tiada yang boleh menolong kita. Walaupun di sisi kita ada doktor pakar, ulama’ tersohor atau orang kenamaan yang disegani. Namun, mereka tiada daya dan upaya untuk menyelamatkan kita daripada sakaratul maut.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 78;

“Di mana jua kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh…”.

Menurut Tafsir al-Maraghiy, kematian itu sesuatu yang tidak dapat dihindari sama sekali, di mana jua kita berada, sekalipun tinggal dalam benteng-benteng yang kukuh atau dalam markas-markas yang dijaga oleh bala tentera atau dalam istana yang dikawal ketat oleh pengawal, mati tetap berlaku tanpa mengira sesiapa.

Menurut satu peristiwa yang diriwayat daripada Abu Saad dalam tafsir ‘Abrul Athir, “malaikat Izrail iaitu malaikat yang tugasnya mencabut nyawa, telah menghadiri satu majlis di istana Nabi Sulaiman a.s., di mana orang ramai sedang mengadap Baginda. Maka malaikat itu memandang kepada salah seorang yang hadir, dengan pandangan yang menggerunkan. Apabila malaikat itu berdiri, bertanyalah orang itu kepada Nabi Sulaiman, “Siapakah gerangan dia wahai tuanku? Nabi Sulaiman a.s. menjawab, “itu adalah malaikat maut”. Orang itu pun tergesa-gesa meminta Nabi Sulaiman menghantarnya jauh ke alam lain, kerana dia terlalu takut melihat orang itu.Nabi Sulaiman a.s. dengan mukjizatnya, memerintahkan angin menerbangkan orang itu jauh ke alam lain.

Sedang tidak berapa lama kemudian, datang lagi malaikat maut itu menemui Nabi Sulaiman a.s., menceritakan kisahnya, dengan berkata, “saya diperintahkan oleh Allah SWT mencabut nyawa tetamu tuan, di saat saya menghadiri majlis tadi. Tetapi, tempatnya bukan di sini, jauh di alam lain. Apabila saya dapati dia di sini, saya sungguh hairan, mengapa dia masih di sini. Dengan tidak semena-mena, orang itu telah diterbangkan angin ketika itu juga, ke tempat di mana nyawanya telah saya cabut, tepat tidak berselisih walau sesaat pun dari waktu yang ditentukan ajalnya.

Demikianlah tepatnya waktu dan masa seseorang itu menghadapi kematian apabila sampai ajalnya, tanpa boleh melarikan diri atau menangguhkan walau sesaat pun.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Seseorang yang hanya bersenang-senang dengan nikmat kemewahan dunia dan meninggalkan ibadah kepada Allah SWT, akan menjadikan dia lupa akan mati dan menganggap mati itu tidak akan berlaku secara spontan.

Menurut Imam Al Ghazali, cara yang paling baik untuk mengingati mati ialah dengan selalu mengenang dan mengingati rakan-rakan atau teman-teman yang telah meninggalkan dunia. Kita fikirkan bagaimana nasib mereka di dalam kubur, dan bagaimana pula keadaan mereka sesudah mati.Bayangkan betapa bumi telah menghapuskan jasad yang sempurna itu, sehingga semua anggota mereka hancur lumat dimakan tanah.

Kemudian, kita bayangkan pula diri kita akan menjadi seperti mereka. Apa yang telah menimpa ke atas diri mereka, akan turut menimpa ke atas diri kita juga. Kita akan diusung orang ke kubur, ditanam dan dibiarkan tinggal bersendirian dalam liang lahad yang gelap gelita.

Apakah tidak cukup kematian itu sebagai nasihat, tidak cukupkah kematian menjadikan kita insaf, menjadikan air mata berlinangan. Mati tetap berlaku. Terlucut semua pangkat dan gelaran yang dibanggakan, terlupus segala kekayaan yang dikumpulkan, tinggal rumah dan kenderaan yang dimiliki kerana kematian itu penghalang kepada segala kenikmatan. Kematian juga pemutus segala cita-cita. Ketika itu, hanya iman dan amal soleh akan membela dan melindungi kita. Apakah kita telah bersiap sedia?

Oleh itu, kita perlu muhasabah diri dan bertaubat kepada Allah SWT atas dosa yang kita lakukan. Jangan pula kita melengah-lengahkan untuk bertaubat. Allah SWT memberi peringatan kepada hamba-hamba-Nya yang menangguhkan taubat.

Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa’ ayat 18;

“Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang daripada mereka hampir mati, dia berkata; “Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini”. (sedangkan taubatnya itu sudah terlambat) dan (demikian juga halnya) orang yang mati sedangkan mereka tetap kafir. Orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab yang pedih”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Kesimpulan, zikrul maut atau mengingati mati akan memberi beberapa kesan kebaikan, antaranya:-

1. Memberi keinsafan kepada kita supaya tidak lagi melakukan dosa dan maksiat serta menjadi orang yang bertaqwa.
2. Menyedarkan kita untuk meningkatkan imah dan amal ibadah untuk bekalan di hari akhirat kelak.
3. Mendorong kita bertaubat dan mengqada’ perintah Allah SWT yang ditinggalkan seperti solat, puasa, membayar zakat dan menyelesaikan urusan kita dengan orang lain.
4. Meningkatkan usaha membangunkan diri dan berbakti kepada masyarakat dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi serta amanah.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya maut yang kamu cuba larikan diri daripadanya itu, tetap akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)”. (Al-Jumu’ah : 8)

[Saya mohon maaf – di atas keterbatasan upaya saya untuk salin dari bentuk pdf ke html ini – maka petikan ayat Al-Quran saya tidak dapat salin dan yang ada hanyalah terjemahannya sahaja. Namun, teks asal dalam format pdf boleh diakses di: http://e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/KhutbahJumaat(Rumi)26102012.pdf]

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

November 2012
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid