You are currently browsing the tag archive for the ‘Yesus’ tag.

Apa yang dituntut oleh puak-puak gereja evangelis Kristian untuk mengguna nama suci Allah adalah suatu tipu helah terancang mereka. Kaedah untuk menuntut penggunaan nama Allah sebagai ganti nama Tuhan mereka bagi memperdayakan umat Islam adalah disebut sebagai kontekstualisasi (contextualization).

Bible-spokentongue-Malay-Barton

Tidak dapat dinafikan bahawa orang-orang Melayu adalah sasaran puak-puak evangelis Kristian sejak sekian lama (buku ini ditulis pada tahun 1918)

Kontekstualisasi adalah kaedah menterjemahkan Bible dan bahan-bahan bacaan Kristian serta kaedah pendakyahan yang disesuaikan dengan keadaan setempat yang hendak didakyahkan. Ianya juga disebut sebagai “indigenization”.

Dalam tulisan sebelum ini telah dijelaskan penggunaan nama suci Allah untuk terjemahan istilah God adalah tersasar dan tidak tepat (baca di sini).

Saya juga telah mendedahkan bahawa puak-puak evangelis Kristian (hinggakan di Amerika Syarikat) gelisah apabila Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melarang penyiaran lagu “Allah Peduli” oleh Agnes Monica (baca di sini) kerana ini mereka kata akan menghadkan penyebaran dakyah Kristian mereka.  Walhal seseorang itu boleh jatuh murtad apabila menyanyikan lagu tersebut (baca di sini).

Sebenarnya puak-puak evangelis Kristian ini TIDAK JUJUR dalam tuntutan mereka hendak mengguna nama suci Allah ini. Orang-orang yang dulunya didakyah dengan mengguna kalimah Allah akhir tidak lagi dibenakan menggunakan kalimah Allah setelah murtad masuk Kristian (baca disini).

Bagi mereka nama Tuhan mereka ini boleh ditukar-tukar mengikut mangsa yang mereka ingin murtadkan.

Di Malaysia kita dengar mereka bersungguh mengatakan nama suci Allah adalah kalimah yang paling sesuai untuk mereka guna sebagai ganti kepada istilah God. Malah mereka katakan tidak ada istilah lain yang sesuai dan tepat.

Mari kita lihat pembohongan puak-puak evangelis Kristian. Dalam usaha dakyah mereka kepada penganut agama Hindu di Bangladesh, mereka tidak mahu gunakan kalimah Allah. Untuk mengelirukan penganut Hindu ini evangelis Kristian ini menggunakan istilah Iswar (atau ada juga dieja dengan Ishwar atau juga Iswara [sepertimana nama model kereta Proton]).

Dalam majalah mereka sendiri, Christianity Today (Jan-Feb 2013), dalam artikel bertajuk “How Much Muslim Context Is Too Much for the Gospel?” ada menyebut:

To Hindus, who compose about 10 percent of the Bangladesh population, Iswar is a positive bridge word into the Christian faith.

ChristianGod-Iswar

Nama Tuhan Kristian boleh ditukar-tukar mengikut sasaran pendakyah mereka bersesuaian dengan kaedah pembohongan atas nama konteksualisasi (contextualization).

Terjemahannya:

Untuk 10% penduduk Bangladesh yang beragama Hindu, ISWAR adalah istilah pengantara kepada kepercayaan Kristian.

Kalau hendak dikira dari segi sepatutnya, kalimah Allah lah yang patut evangelis Kristian guna dengan menyeluruhnya di Bangladesh kerana penduduk Islam di sana adalah majoriti yang besar berbanding dengan di Malaysia.

Tetapi untuk satu kelompok peratusnya yang kecil pun mereka tukarkan nama Tuhan mereka kepada nama Tuhan yang biasa digunakan oleh sasaran pendakyahan mereka. Penggunaan istilah Iswar itu tidak menyeluruh untuk semua orang Bangladesh.

Malah kalau kita buat carian mudah untuk maklumat “God in Christianity” atau “Name of God in Christianity” dalam Google, kita sudah pasti tidak akan temui Allah digunakan dalam carian-carian awal/popular termasuk dalam “wikipedia” dan seumpamanya.

Ini menunjukkan bahawa nama suci Allah bukanlah suatu kalimah yang disepakati dan diguna dengan menyeluruh di bumi ini oleh orang Kristian untuk menggantikan istilah God.

Sememangnya orang-orang Kristian tidak berniat dan bersungguh untuk mengguna nama suci Allah untuk menggantikan istilah yang biasa mereka guna Lord/God/Jesus/Yahweh/Elohim itu. Mereka sebenarnya berNIAT JAHAT dan untuk MENIPU.

**********

Bacaan berkaitan:

Puak-puak evangelis Kristian masih ingin menegakkan benang yang basah. Mereka masih berkeras menyatakan bahawa penggunaan kalimah Allah untuk terjemahan istilah God adalah satu keperluan. (Saya telah ulaskan bahawa terjemahan tersebut adalah tersasar dari segi kaedah peristilahan di sini: klik untuk baca).

Niat sebenar puak-puak evangelis berbohong untuk mengguna kalimah Allah bagi terjemahan kepada istilah “God” telahpun didedahkan sendiri oleh majalah mereka Christianity Today yang berpusat di Chicago, Amerika Syarikat. Mereka dengan jelas mengatakan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah suatu usaha strategik untuk menipu umat Islam agar terkeliru untuk membaca bahan-bahan bacaan Kristian. (baca di sini: Kenapa Evangelis Kristian Risau Apabila Lagu Agnes Monica Diharamkan?).

Untuk kiriman ini saya ingin dedahkan pula apakah puak-puak evangelis ini benar-benar jujur hendak mengguna nama suci Allah itu. Apakah mereka benar-benar percaya bahawa nama yang sepatutnya untuk Tuhan mereka adalah Allah? Apakah mereka akan benarkan pula penganut Islam yang telah tertipu oleh mereka itu berterusan mengguna nama suci Allah apabila telah murtad dan mengamal agama Kristian?

Majalah Christianity Today keluaran Januari-Februari 2013 telah mendedahkan sepasang suami isteri Islam telah ditipu dan berjaya dimurtadkan serta percaya bahawa Tuhan dalam agama Kristian juga bernama Allah. Laporan majalah tersebut menyebut bahawa akhirnya mereka berterusan mengguna nama suci Allah (seperti dalam ucapan Alhamdulillah dan Insha Allah) apabila telah murtad dan masuk agama Kristian.

Maka pada suatu hari, mereka bertemu kembali dengan paderi yang telah memperdayakan mereka untuk murtad. Maka paderi itu bertanya khabar kepada mereka.

One day the pastor came to me and said, “How are you?” I answered, “Alhamdulillah!” (“Praise be to God!”). The pastor was very angry. He said, “No, brother! No more Alhamdulillah. Your God is changed from Allah to God [using the tribal name]. You have to express your thanksgiving to God as a Christian …

Allah-changedTerjemahannya:

Suatu hari paderi tersebut datang berjumpa saya dan berkata, “Awak apa khabar?” Saya menjawab, “Alhamdulillah!” (“Segala puji kepada Allah!”). Paderi tersebut sangat marah. Dia mengatakan, “Tidak, saudara! Tidak lagi Alhamdulillah. Tuhan awak sudah bertukar dari Allah ke Tuhan [dengan mengguna nama Tuhan dalam istilah bahasa tempatan]. Awak perlu menyatakan kesyukuran awak kepada Tuhan sebagai seorang Kristian …

Dengan JELAS dan TERANG, sememangnya paderi tersebut menipu. Dan ini membuktikan bahawa sememangnya puak-puak evangelis ini MENIPU hanya untuk memperdayakan umat Islam dalam tuntutan mereka untuk mengguna nama suci Allah itu.

PENIPUAN dan KEJAHATAN puak-puak evangelis ini semakin ketara apabila majalah mereka sendiri mendedahkan bahawa sebenarnya mereka tidak mahu guna nama suci Allah untuk tujuan nama Tuhan mereka. Malah majalah tersebut mendedahkan lagi bahawa mereka AMAT BENCI dengan nama Allah itu.

Ini yang disebut lagi dalam perenggan yang sama:

He asked me to not use the term Allah because Allah is evil, Allah is the Devil, Allah is the black stone, Allah is an idol.

Allah-is blackstone

Terjemahannya:

Dia (paderi itu) melarang saya guna kalimah Allah kerana Allah jahat, Allah adalah Syaitan, Allah adalah batu hitam (Kaabah), Allah itu adalah berhala.

KEBENCIAN puak-puak evangelis ini terhadap nama suci Allah ini sungguh jelas sekali apabila mereka menghina Allah.

PERSOALAN POKOK, jika mereka sungguh bencikan nama suci Allah ini mengapa mereka menuntut hendak gunanya?

BUKTI dari bahan Kristian sendiri mendedahkan kebencian dan kesumat mereka terhadap nama suci Allah. Tetapi kerana tujuan untuk MENIPU dan memperdayakan umat Islam mereka tuntut penggunaan kalimah Allah. Dan fenomena ini nampak jelas bukan sahaja berlaku di Malaysia.

Inilah asas penyebaran kepalsuan ajaran Kristian yang berlandaskan menipu orang untuk masuk agama mereka dan terjerumus sama dalam api neraka selama-lamanya. نعوذ بالله من ذلك

**********

Baca seterusnya:

Tahniah diucapkan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang telah mengeluarkan larangan penyiaran lagu “Allah Peduli” nyanyian Agnes Monica, penyanyi dari Indonesia. Larangan ini adalah untuk memelihara aqidah umat Islam dari terjatuh murtad kerana menyanyikan lagu tersebut. (baca lanjut: Boleh Jatuh Murtad Bila Nyanyi Lagu Agnes Monica?)

CT-what is in the name-2009-AgnesApabila larangan tersebut dikeluarkan pada Mac 2009, sebuah majalah Kristian, Christianity Today, mengulas larangan tersebut dalam laporan mereka pada terbitan bulan Julai 2009.

“… using Allah in Indonesia is strategic …  The negative impact of not using it is that it would make it harder for a Muslim to pick up a Bible.”

Terjemahannya:

” … penggunaan (istilah) Allah di Indonesia (termasuk Malaysia dalam kes mengulas larangan ini) adalah strategik … Impak negatif tidak membenar penggunaannya ialah bahawa ia menjadi susah untuk orang Islam mengambil (dan membaca) Bible.”

Maka, sahlah niat dan tujuan mereka untuk mengguna istilah Allah untuk terjemahan kepada istilah God adalah bertujuan untuk memperdayakan orang-orang Islam.

Sedangkan kita tahu, terjemahan God kepada Allah adalah tidak tepat malah bersalahan dari segi peristilahannya (baca lanjut: Apa Susah-susah Nak Faham Terjemahan “God”?)

Bukti sejelas ini tidak boleh dinafikan lagi oleh evangelis Kristian kerana pengakuan yang membongkarkan niat jahat mereka untuk menipu serta memperdayakan umat Islam dinyatakan sendiri oleh mereka dalam majalah mereka sendiri.

**********

Bacaan berkaitan:

perkara bawa murtadMenurut risalah yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:

… murtad boleh terjadi dengan melakukan salah satu daripada tiga perkara berikut:-

1. Melalui perkataan atau ucapan dan kata-kata. (Murtad Qawli)

2. Melalui perbuatan atau tingkahlaku. (Murtad Fi’li)

3. Melalui akidah, kepercayaan atau niat. (Murtad I’tiqadi)

Maka, jika seseorang menyanyikan lagu Agnes Monica, penyanyi dari Indonesia, bertajuk “Allah Peduli”, seseorang itu boleh jatuh murtad “melalui perkataan atau ucapan dan kata-kata. (Murtad Qawli)”.

Mengapa begitu?

Di hujung lagu tersebut terdapat senikata yang berbunyi:

Sebab Allah Yesus ku mengerti

Berapa ramaikah orang-orang kita yang menyanyi lagi ini tanpa perasan Allah yang dimaksudkan itu adalah tuhan Kristian?

Jika kita dengar betul-betul lagu tersebut, Agnes Monica tidak menyebut nama “Jesus” itu dengan jelas yang mudah untuk kita sedari. Dengan loghat dan pelat sebutan Indonesia, “Yesus” yang disebutnya sukar untuk orang-orang biasa ketahui maksud perkataan yang disebut.

Setelah beberapa bulan saya memainkan lagu ini dalam siri ceramah penerangan polemik isu kalimah Allah di merata pelusuk negara terutama di kawasan pendalaman, didapati ramai orang-orang kita yang hadir dan mendengar lagu tersebut tidak perasan akan sebutan Tuhan Allah yang dimaksudkan dalam lagu tersebut adalah Tuhan orang Kristian – Jesus/Yesus.

Sebab itu kita kena berhati-hati dalam percakapan kita. Jangan kerana mulut badan binasa dalam api neraka.

***************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:

Nama saya Abdul Karim.
Saya seorang lelaki.
Dalam Bahasa Inggeris, lelaki disebut sebagai “man”.
Untuk diterjemahkan “man” ke dalam Bahasa Melayu, ianya ialah “lelaki”.
Bukan “Abdul Karim”.
Kerana itu nama saya, dan nama lain-lain lelaki yang senama dengan saya.
Takkan semua “man” yang ditemui hendak kita kirakan itu adalah “Abdul Karim”.terjemah god bukan Allah

Begitu juga untuk seorang yang bernama “Mariam”.
Beliau seorang wanita.
Dalam Bahasa Inggeris, wanita disebut sebagai “woman”.
Untuk diterjemahkan “woman” ke dalam Bahasa Melayu, ianya ialah “wanita”.
Bukan “Mariam”.
Kerana itu nama khas kepada wanita itu dan lain-lain wanita yang bernama “Mariam”

Begitulah apabila kita hendak terjemah istilah “God” dari Bahasa Inggeris.
“God” dalam Bahasa Melayu disebut “Tuhan” bukannya diterjemahkan dengan nama khas “Allah”.

Mudahnya nak faham.

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Effective Islamic Parenting

April 2017
M T W T F S S
« Mar    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 254 other followers

Tauhid