You are currently browsing the monthly archive for September 2015.

sangnilautama-draftcoverInsha Allah, buku “Sang Nila Utama and The Lion of Judah: Dominionism and Christian Zionism in Malaysia, versi cetak akan diterbitkan dan berada di pasaran dalam masa yang terdekat.

Edisi cetak terkini adalah versi yang ditambah baik dan dikembangkan dengan beberapa bab tambahan.

Alhamdulillah, baru dapat naskah manuskrip draft akhir sebelum dicetak daripada penulis. Buku ini merupakan karangan kedua penulis dalam mendedahkan agenda gerakan evangelis Kristian selepas buku “The Armies of God”. Ianya adalah setebal 268 muka surat (berbanding dengan edisi sebelum ini hanya 153 muka surat) dengan 267 nota hujung (berbanding dengan 226 sebelum ini).

Jangan lupa dapatkan naskah anda di pasaran nanti. Bakal diterbitkan oleh Citizens International.

Rancangan PERSEPSI siaran TV ALHIJRAH malam ini (28 Sep 2015 – Isnin) akan membincangkan tajuk: “Liberalisme Satu Ancaman?

Jam: 10:00 malam

TVHijrah-Persepsi-28Sep2015

Inilah punca DAP panas telinga.

Syabas diucapkan kepada Pejabat Mufti Negeri Pahang di atas kesungguhan dan keberanian menyuarakan kepentingan dan keperluan perpaduan di kalangan umat Islam di dalam teks khutbah Aidil Adha 1436 mereka. Saya petik sebahagiannya di sini:

Dewasa ini kita melihat perpecahan umat Islam di negara kita terutama bangsa Melayu begitu ketara. Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti parti UMNO, PAS, PKR dan ditambah parti baru yang di namakan Gerakan Harapan Baru (GHB) malahan ada di kalangan umat Islam yang menyertai parti DAP yang terangterang menentang Islam. Sepatutnya umat Islam bergabung dan bersatu suara walaupun berlainan dasar politik mereka. Ingatlah Firman Allah Subhanahu wa Taala yang mewajibkan kita bersatu dan melarang kita dari berpecah belah kerana ia membawa kelemahan dan kehilangan kuasa pemerintahan umat Islam di negara ini.

Sila baca teks penuh di bawah. Maaf, saya mempunyai kesulitan untuk salin teks Arab dari ayat-ayat Al-Quran dan Hadith yang dipetik (dari format pdf).

**************

tekskhutbah-EidAdha-Pahang

Marilah pada hari yang penuh berkat ini, kita mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah Subhanahu wa Taala dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya. Mudahmudahan kita tergolong di kalangan hamba-hamba-Nya yang berjaya di dunia dan akhirat.

Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah Subhanahu wa Taala,

Pada 10 Zulhijjah adalah hari raya Aidil-Adha yang disambut oleh segenap lapisan umat Islam seluruh pelusuk dunia. Termasuklah jutaan saudara mara kita yang berada di tanah suci Mekah yang sedang menunaikan ibadah haji. Allah Subhanahu wa Taala telah menjadikan dua hari raya dalam setahun, iaitu hari raya aidil-fitri dan hari raya aidil-adha sebagai satu kegembiraan bagi umat Islam. Rasulullah SAW bersabda  dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari

Yang bermaksud: “Wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kaum mempunyai hari raya, dan inilah hari raya kita”

Hari raya Aidil-Adha dirayakan sempena umat Islam menunaikan ibadat Haji di Makkah al-Mukarramah. Ibadat Haji yang dilaksanakan oleh setiap jemaah Haji pada setiap tahun membawa bersamanya seribu satu unsur pengajaran dan pendidikan dalam kehidupan sejagat. Bagi mereka yang tidak berkesempatan menunaikan ibadat haji, mereka disunatkan berkorban dengan menyembelih binatang ternakan seperti unta, kerbau, lembu dan kambing.

Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah Subhanahu wa Taala

Marilah kita bersama-sama dengan penuh kesedaran dan keinsafan mengambil iktibar dan pengajaran daripada rentetan peristiwa bersejarah lagi agung tentang pengorbanan dan juga ujian keimanan Nabi Ibrahim ‘alaihissalam bersama anaknya Nabi Ismail a.s.  Ujian keimanan yang amat sukar dan sangat mencabar untuk dilaksanakan, bahkan tidak mampu dibayangkan dari segi kemanusiaan.

Firman Allah Subhanahu wa Taala dalam surah Al-Shoffat, ayat 104 hingga 107:

Yang bermaksud: Lalu Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim!” Engkau telah membenarkan mimpimu itu.” Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang yang berbuat baik. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;

Dalam melaksanakan perintah Allah Subhanahu wa Taala itu, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail AS telah menyerahkan diri mereka sepenuhnya kepada Allah SWT. Dengan kurniaan Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih, Allah telah mengirimkan seekor kibas untuk menggantikan Nabi Ismail AS. Kesetiaan dan kesabaran baginda dan puteranya menjunjung perintah Allah Subhanahu wa Taala biarpun terpaksa menyerahkan nyawa sekalipun. Peristiwa ini dirakam oleh Allah Subhanahu wa Taala dalam surah As-Shoffat ayat 102:

Yang bermaksud: “Anaknya menjawab (Nabi Ismail): “Wahai ayah”, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya’ Allah, ayah akan mendapati aku daripada  orang yang sabar.”

Peristiwa bersejarah ini juga mengandungi pengajaran bahawa anak-anak yang soleh yang terbina budi pekerti dan akhlak biasanya muncul daripada zuriat keturunan dan lingkungan keluarga yang soleh laksana ungkapan pepatah Melayu menyebut “jatuhnya daun tidak akan jauh dari pohonnya”. Malahan peristiwa tersebut mengajarkan kita bagaimana menjadi hamba Allah Subha nahu wa Taala yang taat dan patuh melalui amalan hidup bersyariat. Melaksanakan perintah Allah Subhanahu wa Taala
dengan penuh keihklasan, sabar, redha dan rela berkorban harta mahupun nyawa.

Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah Subhanahu wa Taala

Persoalannya, sejauh manakah kita dapat memahami falsafah korban seperti yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS itu? Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa agung tersebut?

Sempena hari raya korban ini, umat Islam janganlah mementingkan kepentingan diri sendiri dengan mengetepikan hak orang lain. Umat Islam hendaklah mengasihi sesama saudara seislamnya seperti mengambil berat terhadap keluarga yang daif dan yang memerlukan bantuan seperti pendidikan serta yang terlantar sakit tanpa kita sedari dalam masyarakat kita. Kita dapati juga belia-belia kita ramai yang terjebak dalam gejala maksiat, maka hendaklah mewujudkan sifat berkorban dengan melahirkan sifat bertimbang rasa dan berkasih sayang sesama kita untuk membantu mereka, janganlah ada perasaan hasad dengki, dendam  sehingga berlakunya perpecahan dan pergeseran  yang boleh melibatkan kacau bilau atau lebih teruk lagi  pertumpahan darah dalam keluarga dan masyarakat seperti berlaku baru-baru ini.

Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah Subhanahu wa Taala

Dewasa ini kita melihat perpecahan umat Islam di negara kita terutama bangsa Melayu begitu ketara. Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti parti Umno, Pas, PKR dan ditambah parti baru yang di namakan Gerakan Harapan Baru (GHB) malahan ada di kalangan umat Islam yang menyertai parti DAP yang terangterang menentang Islam. Sepatutnya umat Islam bergabung dan bersatu suara walaupun berlainan dasar politik mereka. Ingatlah Firman Allah Subhanahu wa Taala yang mewajibkan kita bersatu dan melarang kita dari berpecah belah kerana ia membawa kelemahan dan kehilangan kuasa pemerintahan umat Islam di negara ini.

Firman Allah Subhanahu wa Taala, Surah Al- Anfal ayat 46.
                        Yang bermaksud : dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang sabar.

Ayat yang dibaca tadi jelas melarang kita berpecah belah dan bersatu padu tanpa bergantung pada orang bukan Islam. Ingatlah kita masih diberi peluang oleh Allah Swt untuk mempertahankan kuasa memerintah di tangan orang Islam. Marilah kita bersatu padu hindarlah perkara-perkara merugikan negara dan umat Islam.

Yang bermaksud: Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, Yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) Dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun Yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun Yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya.

Foundation For the Future (FFF) ditubuhkan oleh Amerika Syarikat pada tahun 2006 untuk tujuan, antara lain, ialah melakukan perubahan reformasi di negara-negara Timur Tengah dan Afrika Utara:

  • To create an indigenous mechanism to fulfill the commitment made in the many recent declarations on reform and democracy.
  • To mobilize funds from inside and outside the region to assist indigenous initiatives for reform and democracy with international support.

FFF ditubuh khusus untuk melaksanakan tugas dan peranan yang telah dimainkan dengan jayanya oleh Asia Foundation untuk menjahanam negara-negara Asia dari nilai-nilai ketimuran sambil meracuni rakyatnya dengan pemikiran liberal. Kejayaan ini telah diperakui mereka sendiri terlaksana di Indonesia.

FFF diasas bagi tujuan menyalurkan dana bantuan dari kerajaan Amerika Syarikat (dan agensi serta badan-badan berkanunnya) kepada pelbagai badan NGO (Civil Society Organizations – CSO) yang sedia menuruti agenda Amerika Syarikat atas nama mempromosi “reformasi (baca: revolusi) dan demokrasi (baca: kucar-kacir menderita).

Sila baca: Kemusnahan Negara-negara Islam – Perancangan Strategik Musuh

Selepas kesemua negara Islam yang mereka tumpu berhasil ditumbangkan kerajaannya (hasil dari REFORMASI-REVOLUSI) dan menjadi negara-negara tersebut HARU-BIRU (kononnya DEMOKRASI), maka FFF menutup pejabat mereka dan sekadar memohon maaf kerana tidak lagi dapat membantu orang-orang yang negara mereka telah rosak akibat adanya “barua” (baca: The “Moderate Baruas”) yang galak menjadi si-kitol.

The Foundation for the Future has ceased its operations effective October 31st 2014. 
We regret not being able to provide anymore our assistance to civil society across the Middle East and North Africa region …  (http://foundationforfuture.org/en/WebPresence/MediaCenter/InFocus.aspx)

Apakah itu juga menjadi agenda kuasa dunia ini untuk menjahankan Tanah Air Tercinta kita? Apakah atas nama Demokrasi dan Hak Asasi Manusia maka keamanan dan kesejahteraan yang kita sama-sama sedang nikmati ini bakal musnah akibat si-kitol dan musuh dalam selimut?

FFF-mana janji demokrasi

 

Baca juga yang berkaitan:

 

“Halau orang-orang Cina balik ke negeri asal mereka” … hati-hati … kata-kata sedemikian boleh membawa anda disumbat penjara akibat Akta Hasutan.

Namun, kenapa ada orang yang mahu hapuskan Akta Hasutan?

Bukankah Akta Hasutan itu bagus? Ya betul. Memang kedamaian dan keharmonian serta perpaduan kaum yang telah kita sama-sama rasai selama ini adalah antara lain kerana adanya Akta Hasutan, kerana dengannya orang Melayu tidak boleh mengatakan kepada orang Cina supaya mereka berambus balik ke negara asal mereka.

TunTanSiewSin-Hak-Melayu-30Apr1969Hasil tolak ansur orang-orang Melayulah maka orang-orang Cina dan orang India yang datang ke Tanah Melayu dapat menjadi warganegara sehingga hari ini. Jika tidak, mereka akan terus menjadi sama seperti pelarian Rohingya yang tidak diterima menjadi warganegara DAN tidak boleh kembali ke negara asal mereka.

[baca: Pelarian Tanpa Negara (“Stateless”)]

Janganlah dek kerana tolak ansur orang Melayu, maka orang Melayu ansur-ansur ditolak.

Jika dikatakan orang-orang Melayu bodoh – maka apakah mungkin dek kerana “kebodohan” orang-orang Melayu dahulu yang memberi hak kepada orang asing menjadi rakyat kini? Apakah seluruh warganegara Tanah Air kita ini masih tidak faham bahawa bumi yang dipijak ini adalah di bawah kedaulatan Duli-duli Raja-raja Melayu?

Prof. Khoo Kay Kim pernah dipetik berkata bahawa “When the British came to Malaya, they found that there were already Malay governments in several parts of the peninsula, and the British recognised these governments.” Kerajaan yang dipimpin di bawah daulat Raja-raja Melayu yang memerintah adalah kerajaan-kerajaan yang Merdeka dan berdaulat sejak dari kedatangan British itu malah British mengiktiraf serta memperakui kedaulatan Raja-raja Melayu.

Begitulah sehingga kini, sekalian urusan kerajaan adalah di atas “Urusan Seri Paduka Baginda”. Segala urusan kerajaan baik oleh kakitangan bawahan mahupun oleh para pegawai atasan adalah kerana melaksanakan tanggung-jawab dan amanah yang dipikul dari sumpah setia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong MESTI mengangkat sumpah jawatan berdasarkan Jadual Keempat Perkara 37:

… Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas permintaan yang adil dan aman di dalam Negeri …

Dan sumpah dan tanggung jawab inilah yang mengikat serta dipikul oleh sekalian penjawat awam dalam melaksanakan kerja mereka pada setiap masa untuk “Urusan Seri Paduka Baginda”

sumpah Agong dan urusan

Maka sekalian penduduk dan warganegara Persekutuan ini MESTI faham asas-asas kenegaraan ini serta akur dengan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang sedia ada serta menerima tolak ansur orang-orang Melayu dahulu. Peliharalah keharmonian Tanah Air tercinta kita.

BACA juga:

Apabila wartawan membuat laporan kerap kali berlaku di mana wartawan tersebut sendiri tidak benar-benar fahami atau hayati apa yang telah diucapkan. Ini terjadi ketika Pope Benedict XVI (yang sudah pencen) ketika berucap di Dataran St. Peters pada 10 Oktober 2012. Di dalam ucapan tersebut, Pope ada menyebut perkataan “Al-Rabb”, maka “pemberita” menulis laporannya sebagai “Pope mengucapkan semoga Allah memberkati kamu”. Dan ini diperbetulkan oleh pejabat Pope bahawa Pope tidak sebut Allah tetapi hanya menyebut istilah “Al-Rabb”.  Pope tahu dan tidak mahu gunakan kalimah Allah.

Baca lanjut di sini: Pembohongan Evangelis TERBONGKAR Lagi … Apa Pope Benedict XVI Kata?

Begitu juga dengan wartawan Malaysiakini, sepertimana lazimnya mereka menulis, mereka menulis tanpa memahami keseluruhan isi perbincangan. Baca laporan mereka di bawah yang bertarikh 6 Mei 2014 dengan tajuk di atas.

Sebagai contoh saya petik laporan beliau:

Bagaimana pun, Karim tidak menyokong unjuran populasi Kristian di Malaysia itu selain daripada membandingkannya dengan perkembangan penganut agama itu di Nigeria.

kristian40peratus2100-jawabMKiniSama ada wartawan tersebut tidak faham kaedah yang saya sebut (straight line extrapolation) atau dia sengaja ingin menimbulkan syak ke atas pembentangan berfakta saya. Dalam pembentangan lebih setahun lalu tersebut, saya sebut dengan jelas bagaimana saya dapatkan (derived) suasana masa depan berdasarkan peratusan dari bancian-bancian yang lalu. Ini adalah kaedah yang disebut sebagai “ inferring unknown from the known. It attempts to predict future data by relying on historical data”.

AWAS. Umat Islam mungkin tidak lagi akan menjadi majority di Tanah Air kita ini di suatu masa akan datang jika unjuran tersebut menjadi kenyataan. Nauzubilah.

Ini bukan tidak pernah berlaku. Tanah Melayu  Filipina yang suatu masa dahulu penduduknya beragama Islam kini hanya tinggal sekitar 5% sahaja. Bagaimana Tanah Melayu Singapura, ya Tanah Melayu. Berapa peratus orang Islam sekarang?

*************

Baca laporan Malaysiakini:

NGO: Waspada Melayu Kristian seperti Muslim


Ahmad Fadli KC     6 May 2014, 4:24 pm     6 May 2014, 5:45 pm

Sebuah NGO Muslim hari ini memberi amaran agar orang Melayu berwaspada terhadap kewujudan Melayu Kristian yang hidup seperti Muslim dan menyembunyikan kepercayaan mereka. [baca: Melayu Kristian?]

Setiausaha Agung, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) Abd Karim Omar mendakwa golongan itu tidak menyimpan tanda salib di rumah dan tidak melakukan upacara keagamaan di depan orang lain.

Malah mereka kadang kala didakwa melakukan ibadah Muslim seperti berpuasa dan ke masjid, serta tidak mempamerkan sebarang bahan bacaan Kristian di rumah mereka. [baca: Memahami Tindak Tanduk C5 MBB]

Menurutnya, kewujudan golongan itu adalah berdasarkan satu disertasi kedoktoran berjudul “Religious identity and life of Malay Christians of Malaysia”.

Disertasi itu didakwa disediakan John Cheong pada September 2012 sewaktu mengikuti pengajian peringkat kedoktoran falsafah di Trinity International University, Illinois.

Beliau berkata demikian pada “Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara” di Shah Alam, petang ini.

Menurutnya, gerakan ini dikenali sebagai ‘gerakan dalaman’ dan jika ia berterusan, populasi Kristian Malaysia yang kini 9.2 peratus daripada penduduk Malaysia boleh meningkat kepada 40 peratus dan sama ramai dengan Muslim. [baca: Insider Movement – Cara Melayu Kristian Merahsiakan Murtad]

‘Kontekstualisasi’ mubaligh

Beliau memberi contoh penganut Kristian di Nigeria yang mewakili 21.4 peratus daripada populasi negara itu pada tahun 1953 berkembang biak kepada 49.3 peratus tahun 2010.

Jumlah itu mengatasi populasi Muslim di negara itu pada tahun 2010 yang hanya membentuk 48.8 peratus.

“Bolehkah ini berlaku di Malaysia?” tanya beliau kepada hadirin seminar itu.

Bagaimana pun, Karim tidak menyokong unjuran populasi Kristian di Malaysia itu selain daripada membandingkannya dengan perkembangan penganut agama itu di Nigeria.

Jelasnya lagi, kewujudan komuniti Melayu Kristian ini adalah hasil ‘kontekstualisasi’ mubaligh Kristian. [baca: Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad]

Ia adalah strategi menyuai padan elemen agama asal seorang Muslim ke dalam agama Kristian.

Menurutnya, golongan itu tidak perlu ke gereja tetapi cukup dengan berbaju Melayu, berkopiah dan membaca Bible dengan meletakkannya di atas rehal, seperti membaca al-Quran.

AWAS! Evangelis Kristian memang licik dalam agenda dakyah kristianisasi mereka. Kini, sedang berlangsung ialah sebuah pameran buku terapung di atas kapal di pelabuhan Pulau Pinang.

GBAship-saham promosiPameran di atas kapal Logos Hope adalah agenda terancang kritianisasi – tanpa syak. Jika kita rujuk laman sesawang rasmi mereka, bahan-bahan promosi, serta pameran buku dan lain-lain di atas kapal sangat jelas membawa mesej Kristian untuk para pengunjung.

Logos Hope adalah kapal keempat kendalian GBA Ships e.V., sebuah badan dakyah missionari Kristian di bawah satu lagi pertubuhan Kristian Operation Mobilisation (OM) atau juga OM Ships International (OMSI). GBA bererti Gute Bücher für Alle dalam bahasa German yang diterjemah sebagai  “Buku-buku Baik Untuk Semua” (Good Books for All).

Dari laman rasmi OMSI:

OM Ships International is the organisation behind Logos Hope. The Ships Ministry began in 1970 as part of the global Christian training and outreach movement … providing many visitors their first-ever opportunity to purchase quality educational and Christian literature.

In each port, the ship’s crew joins local churches to bring hope and show love to people whatever their circumstance, culture or background.

GBAship-aktiviti mereka

Siri pameran buku untuk misi kristianisasi ini telah bermula semenjak tahun 1970 dan dari pelayaran 4 buah kapal mereka sehingga kini telah singgah dilebih 450 pelabuhan yang berbeza di 150 negara serta dikunjungi oleh 43 juta orang.

Jika kita perhatikan apa yang disebut di laman rasmi mereka:

… a book fair featuring over 5,000 different titles of educational and Christian books, a visual presentation called the Journey of Life, which is based on the story of the “Prodigal Son”

Selepas keluar dari ruang pameran dan jualan pelbagai jenis Bible, termasuk untuk kanak-kanak, dan bahan-bahan bacaan Kristian, pengunjung akan melalui satu laluan khas berbentuk pameran visual gambar lukisan di dinding (visual presentation called the Journey of Life) yang jelas untuk mencetus dalam hati pengunjung mesej dari dakyah Kristian melalui pengkisahan sambil kita berjalan itu.

Pengkisahan “Journey of Life” ini berdasar kisah dari perjalanan Jesus dengan merujuk kepada Bible Luke 15:11-32, yang disebut sebagai kisah “Prodigal Son”. Begitulah halus sekali dakyah Kristian diselit secara “subliminal“.

GBAship-JourneyofLife

Setiap pengunjung dikenakan bayaran RM1 untuk masuk. Setiap RM yang kita sumbang untuk pertubuhan Kristian diguna sepenuhnya untuk kerja-kerja jahat dakyah Kristian untuk memurtadkan umat Islam seluruh dunia. Bayangkan, kita yang menjadi penyumbangnya! Yang sedih – ramai dari kalangan kita tolong sebar mempromosi agenda Kristian ini melalui mesej-mesej mereka.

Baca juga tulisan Sdri. Helen Ang berkenaan isu yang sama: GEMPAR! Jarum halus dakyah Kristianisasi dicucuk The Star

GBAship-ruangBookFair

Yang menjadi kebimbangan ialah jika evangelis Kristian berterusan melakukan dakyah secara terbuka sebegini, akan ada nanti anasir-anasir ekstremis penganas yang mempunyai tahap kebencian melampau bertindak sendirian secara ganas. Inilah yang selalu disebut oleh SAC Ayub Khan dari “anti-terrorism Bukit Aman, dalam siri penerangan ancaman IS, bahawa beliau bimbang jika ada “lone wolf” melakukan tindakan sabotaj ganas bersendirian.

Apa jadi jika kita antara yang terkorban di atas kapal yang meletup ketika kita baru menyumbang dana untuk agenda Kristian? Nauzubillah

***************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:

Jikalah tidak kerana orang Melayu yang bermurah hati, maka orang-orang Cina dan India, yang datang ke TANAH MELAYU ini dari Tanah Besar Cina dan Benua Kecil India (rujuk gambarajah sebelah untuk tahu lokasi yang disebut), akan terus KEKAL menjadi “STATELESS”. Pelarian yang tidak mempunyai kewarganegaraan mereka.

Mereka mungkin juga tidak akan diterima kembali ke tempat asal masing-masing sepertimana nasib pelarian Rohingya yang dihalau dari Burma itu.

Begitulah saripati dari kata-kata mendiang Tan Siew Sin ketika membalas serangan bertalu cauvanis DAP ke atas “Hak Keistimewaan Melayu” semasa kempen pilihanraya 1969.

The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such extent that within 12 months of independence, 90 percent of the non-Malays became citizens. This was different to the situation before Merdeka whereas 90 percent of the non-Malays were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession. the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interest of other communities.

STunTanSiewSin-Hak-Melayu-30Apr1969iew Sin memperakui orang Melayu berkorban untuk membenarkan orang-orang Cina dan India menjadi WARGANEGARA Tanah Melayu sebelum wujudnya Malaysia lagi.

Jangan lupa FAKTA sejarah. Ini turut diulangi oleh orang yang menekuni serta faham sejarah, Prof Emeritus Khoo Kay Kim. Beliau pernah dipetik Bernama sebagai berkata:

The people, irrespective of race, who question Article 153 of the Federal Constitution, which spells out the special rights and privileges of the Malays and Bumiputeras, are blind about history and the constitution.

When the British came to Malaya, they found that there were already Malay governments in several parts of the peninsula, and the British recognised these governments.

BACA juga:

 

Bersih si - matiBerikut adalah jawaban melalui mesej WhatsApp yang saya terima merujuk kepada fitnah yang menuduh Masjid Jamek halang dan halau peserta demonstrasi jalanan yang disebarkan oleh peserta BERSIH “si” (MATI) [baca: BERSIH 四 (“si”) Bakal Mengkuburkan Mereka?].

Mesej yg saya terima dpd Tn Imam Masjid Jamek KL apabila saya tanya apa yg sebenarnya berlaku?

“Tiada langsung kami menghalau…saya serahkn pada Allah sbg Hakim yg paling adil..tidak sesuai utk kita terus beri hukum dgn viral fitnah ini. Lihat respon rasmi saya kpd pihak2 yg bertanya…”

“Masjid jamek tidak akan bergerak atas jln politik…kita hanya jln tugas khadam masjid shj.”

1. MJBKL beroperasi seperti biasa semasa hari BERSIH, kita hanya tangguhkan program pelancongan masjid kerana memikirkan risiko kepada pelancong.

2. Waktu operasi kita ialah seperti berikut:

Waktu buka masjid-

  • 5.00am-7.30am
  • 12.00pm-10.00pm

Waktu tutup masjid-

  • 7.30am-12.00pm: adalah rutin pihak masjid membersih masjid setiap hari
  • 10.00pm-5.00am: adalah faktor keselamatan

3. MJBKL tidak pernah secara mutlak tidak memberikan ruang untuk kaum muslimin masuk dan beribadat walaupun waktu operasi telah tamat. MJBKL ada bukti di mana terdapat jemaah yang solat isyak dalam masjid walaupun waktu telah melebihi jam 10 malam.

4. Sesiapa sahaja yang memohon untuk masuk masjid bagi beribadah, masjid tidak pernah menghalang, walau apa keadaan sekalipun. Saya telah bercakap sendiri dengan beberapa pemimpin perhimpunan haram ini bahawa, jika memerlukan apa apa bantuan, boleh maklumkan kepada saya terus dan kita akan bantu. Mereka semua kenal saya dan kita pihak JAWI, mereka selalu buat program dakwah di MJBKL.

5. Berbalik kepada isu ini, pihak yang hendak masuk tidur adalah peserta bersih, saya menunggu pihak pemimpin mereka untuk berbincang dengan saya dan mereka tiada kata apa-apa berkenaan tidur malam. Justeru itu, kita hanya meneruskan rutin biasa kita mengikut peraturan.

6. Sama juga dengan mana-mana pihak lain yang ingin bermalam di masjid/menggunakan masjid bagi aktiviti mereka, mereka perlu meminta izin kepada pihak masjid bagi maksud tersebut. Maka masjid tiada diskriminasi juga dalam soal bersih ini, pihak penganjur sepatutnya meminta izin sekurang-kurangnya secara verbal untuk peserta hendak bermalam di masjid.

7. Walaupun kepada non-muslim kita tetap bersikap sama, layanan sama kepada muslim dan non-muslim. Mohon kebenaran, kita akan bantu.

8. Isu menyentuh tindakan gereja, sudah menjadi modus operandi mereka dan masjid tiada akan mempersoalkan perkara tersebut kerana itu peraturan dan cara mereka.

9. Soalnya ialah, saya melihat perkara ini adalah fitnah yg cuba disebarkan oleh pihak non muslim dengan menjadikan orang Islam sendiri sebagai boneka mereka. Dalam perhimpunan bersih telah jelas kita lihat 90% cina, hanya 7% melayu dan mereka gunakan kesempatan ini untuk menggunakan orang Islam bagi mencari point utk menjadikan fitnah sesama kita.

10. Jika JAWI dan JAKIM hendak buat event guna masjid pun, mereka akan bagi maklum kepada kita … inikan pula himpun yang tidak sah ini … kita semua pun muslim … cuma bezanya adab mereka telah hilang kerana sentimen dan emosi ditambah provokasi non-muslim yang memang cuba mencari peluang untuk mencetuskan perbalahan antara muslim dan merosakkan negara ini.

11. Saya pun tidak kata yang kerajaan kita 100% tidak salah, mungkin ada banyak kepincangan berlaku juga akibat rasuah dan sebagainya, namun, pihak-pihak musuh saja menggunakan isu tersebut sebagai alasan kepada pemberontakan yg mempunyai agenda muslihat di sebaliknya.

12. Malangnya ramai orang muslim tertipu … cara yg sebenarnya ialah kita sesama Muslim mesti memperkuat sesama kita dan membetulkan kesalahan kita supaya pihak non-Muslim yang memusuhi Islam tiada ruang untuk merosakkan Islam … dalam surah al Baqoroh juz 1 sudah kata Nasrani dan Yahudi akan sentiasa memusuhi kita.

13. Saya bukan kata hendak kita memusuhi mereka, tetapi kita kena tutup ruang utk mereka merosakkan kita dengan ajaran Islam sebenar dan tetap membina hubungan baik dengan non-Muslim biar pun kita dimusuhi, jalan itu akan membuka jalan untuk mereka menerima Islam sebagai jalan yang terbaik.

(dikemaskini)

Beberapa orang sahabat meminta untuk saya kongsikan slaid-slaid dari pembentangan tajuk di atas baru-baru ini.

Memandangkan ianya agak sukar untuk memahami slaid tanpa memberi penjelasan, maka saya ubahsuai sedikit sebahagian slaid supaya ianya lebih deskriptif untuk dikongsikan.

Baca juga:

Semoga bemanfaat.

slides kemusnahan negara Islam-1

slides kemusnahan negara Islam-2

slides kemusnahan negara Islam-3

slides kemusnahan negara Islam-4

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

September 2015
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid