You are currently browsing the monthly archive for September 2017.

Itulah petikan dari satu rakaman video kata-kata Wan Ji yang merancang bahawa pada tahun 2030 nanti sistem Raja akan dihapuskan dan digantikan dengan sistem Republik.

Ana punya cita-cita, sekarang ni 2013 … (pada) 2030, “map” ana, Sultan tak ada, Sultan dah habis, Malaysia ni dah jadi Negara Republik. Sistem Presiden dah.

Hari ini, laporan media menyebut bahawa Wan Ji dilantik sebagai pegawai penerangan agama Kerajaan Pulau Pinang.

Saya cuba untuk tidak mahu kaitkan tanggapan bahawa DAP memang mempunyai perancangan untuk menukar Malaysia menjadi sebuah Negara Republik, tetapi perlantikan ini membuat tanggapan itu semakin sukar untuk dinafikan.

Ikrar 800 orang Warga Kota Tinggi di Dewan Jubli Intan 27 September 2017 … Tahniah!

IKRAR

JAWATANKUASA DAN PEGAWAI MASJID DAN SURAU

NEGERI JOHOR

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

 

Bahawasanya kami Ahli Jawatankuasa Masjid dan Pegawai Masjid dan Surau Negeri Johor, dengan ini berikrar dan berjanji:

Pertama, terus istiqamah dengan Islam sebagai agama Negeri Johor yang meliputi semua aspek kehidupan bertepatan dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor.

Kedua, mengamalkan Islam berpandukan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran Imam Abu Hassan al-Asyari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi sebagai asas penyatuan ummah.

Ketiga, menumpahkan seluruh tenaga dan usaha bagi menyebarluaskan fahaman dan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran Imam Abu Hassan al-Asyari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi.

Keempat, sentiasa mendalami dari masa ke semasa fahaman dan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran Imam Abu Hassan al-Asyari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi melalui mana-mana sistem pengajian yang dianjurkan atau dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Agama di negeri Johor.

Kelima, bersumpah dan berjanji untuk terus mempertahankan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran Imam Abu Hassan al-Asyari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi dengan apa juga usaha dan ikhtiar yang kami mampu kerana kami yakin inilah fahaman dan amalan yang diwarisi daripada Nabi SAW dan dikembangkan oleh para sahabat Nabi SAW dan seterusnya disampaikan oleh ulama kepada kami.

Pagi ini berbelas mesej WhatsApp yang masuk ingin pengesahan tentang gambar seorang lelaki Melayu yang memakai kopiah tetapi turut memakai rantai salib. Dan pelbagai grup WhatsApp turut menular gambar yang sama – mengaitkan paderi Melayu Kristian sudah masuk Malaysia untuk berdakyah.

Tidak dapat saya jawab segera kerana pembentangan di Masjid Wilayah Persekutuan pagi tadi dan kemudian memandu untuk sesi berikutnya.

Ingin saya SAHkan bahawa gambar yang tular tersebut, berdasarkan pengakuan di FB, ialah penama Khairon bin Omar. Beliau telah mengaku sebagai Kristian, serta telah melakukan kerja-kerja missionarinya. Ya, dari Singapura.

Saya paparkan beberapa petikan dari FBnya sendiri di bawah untuk makluman pembaca.

Telah lama saya berbicara isu ini tetapi ada sesetengah orang kita memperkecilkan pendedahan-pendedahan yang dibuat, malah di Malaysia sendiri sudah ribuan lagi Melayu yang sudah Kristian tetapi masih kita ingat mereka seorang Muslim kerana masih solat seperti kita. [Baca: Ramai Kristian Melayu Rahsiakan Identiti Mereka]

[… dan Sembah Kepada JESUS Dalam MASJID]

 

Apa sebenarnya tuntutan COMANGO?

Kenapa ramai dari kalangan orang Islam sendiri pun sudah tidak lagi kisah dengan tuntutan jahanam COMANGO?

Dr. M dan Siti Hasmah turun bersama anak-anaknya dalam perhimpunan sokong COMANGO-LGBT?

 

 

Cakap-cakap ramai yang mengatakan bahawa Azmin mungkin tangguhkan untuk tidak membubar DUN Selangor bersama dengan pembubaran Parlimen untuk mengadakan Pilihanraya Negeri (PRN) Selangor kemudian, tidak bersama semasa PRU14.

Langkah ini ada yang mengatakan memberi peluang Azmin mengukur serta mengukuhkan kedudukannya dahulu selepas PRU14.

Namun, itu mungkin tidak benar.

Azmin mungkin akan mengadakan PRN Selangor lebih awal sebelum Najib membubarkan Parlimen bagi mengelak PRN Selangor serentak dengan PRU.

Sebab itu kecoh-kecoh sekarang PKR mahu bekerjasama degan PAS itu semakin kencang.

Tetapi, sebenarnya, Azmin cuba mengadakan PRN lebih awal bagi mengelak persempadan semula kawasan pilihanraya yang bakal diluluskan. Azmin sudah boleh baca dengan persempadanan semula dan kekuatan PKR tanpa PAS, kedudukan jawatannya sebagai MB bakal berakhir.

Azmin mesti membubarkan DUN Selangor sebelum persempadanan semula DUN diluluskan. Dan Azmin masih perlu bantuan PAS untuk terus kekalkan jawatannya di Shah Alam itu.

Kita lihat siapa yang lebih cekap dalam percaturan masa depan politik mereka. Azmin perlu selamatkan kedudukannya dan diri dari ancaman dalaman parti sendiri juga.

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

September 2017
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid