You are currently browsing the monthly archive for January 2017.

nabi-yusuftidakKalau pun mengatakan orang memfitnah bapa kamu, janganlah pula kamu yang fitnahkan Nabi Yusuf a.s.

Nabi Yusuf a.s. adalah seorang Rasul yang maksum. Apakah bapa kamu itu seorang yang maksum?

Nabi Yusuf a.s. tidak pernah berdansa di atas pentas. Jauh sekali berdansa dengan wanita bukan muhrim di khalayak terbuka.

Nabi Yusuf a.s. mengajak orang mentauhidkan Allah S.W.T. bukan mengatakan tuhan yang disembah oleh orang-orang agama lain sama sahaja.

“Kita harus sedar Tuhan yang kita sembah ialah …Tuhan yang sama”

[rakaman ucapan Anwar Ibrahim bersama paderi Kristian dan pemimpin politik Kristian pada 9 Jan 2010]

Nabi Yusuf a.s. bersabda (Al Quran, Surah Yusuf: 38):

“Dan aku menurut agama bapa dan datuk nenekku: Ibrahim dan Ishak serta Yaakub. Tidaklah sepatutnya kita mempersekutukan sesuatupun dengan Allah.”

Tetapi Anwar berkata (ucapan di London School of Economics, 18 Mac 2010):

… it is morally unacceptable to say to people of other faiths: We believe in our God and we believe we are right; you believe in your God, but what you believe in is wrong.

Whatever the religion, whether it be Islam, Christianity, Judaism, Sikhism, Hinduism and many others, I believe that the higher truths which go beyond mere practice and ritual all converge on the singular truth: and that is from God we were sent forth and unto God shall we return.

Nabi Yusuf mengEsakan Allah, Anwar meletakkan semua agama sama malah Anwar mengatakan bahawa ada kebenaran lain yang lebih tinggi dari Agama Islam. Lagi parah Anwar turut mengatakan tuhan yang disembah beliau dan orang-orang Kristian adalah sama. Sungguh berlawanan Anwar Ibrahim itu dengan Nabi Yusuf a.s.

jangansamaanwarnabiyusufMana mungkin hendak disamakan.

Nabi Yusuf tidak menghalalkan agama lain. Anwar Ibrahim melakukan upacara keagamaan lain pada hari Ponggal di kuil Sri Maha Marriamman, Batu Gajah, Perak 29hb Januari 2012.

JANGAN FITNAHkan Nabi Yusuf a.s. dengan menyamakan Baginda dengan apa yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim.

Baca lagi:

 

Bila Polis buat kerja – berang dekat Polis pulak.

Apabila Polis tidak ambil tindakan – kata Polis tidak buat kerja pulak.

Apa pasal Guan Eng berang sama Polis?

Tapi betulkah Polis hendak soal malam Tahun Baru Cina?

Yang memang betul guaneng-berangialah Polis buat kerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu … sepanjang tahun.

Guan Eng ingat dia seorang sahaja kena beri kenyataan kepada Polis?

Guan Eng ingat dia seorang sahaja yang orang buat laporan Polis terhadapnya?

Orang lain pun kena juga beri kenyataan kepada Polis.

Saya sendiri pun banyak kali kena beri kenyataan kepada Polis.

Apabila pegawai penyiasat buat panggilan – rundinglah masa yang sesuai.

Apabila IPD Kota Bharu telefon – jauh tu – saya runding supaya dapat saya berikan kenyataan di waktu dan tempat yang sesuai untuk saya dapat bertemu dengan pegawai penyiasat tersebut.

Apabila dipanggil oleh pengawai penyiasat IPD Shah Alam, saya rundingkan masa dan tempat sesuai untuk saya boleh berjumpa dengan pegawai tersebut.

Saya sibuk sangat? Polis lagilah sibuk. Tetapi hasil rundingan kami masih dapat carikan tarikh, waktu dan tempat yang sesuai.

Apalah yang Guan Eng hendak berang sangat?

Kurang cerdiklah kalau hendak besar-besarkan isu remeh sebegini.

Guan Eng sudah gabra. Guan semakin panik. Guang Eng takut kerana tidak mampu berhujah secara intelektual.

Persoalan yang dikemukakan oleh kanak-kanak remaja berumur 13 tahun pun Guan Eng sudah tidak mampu jawab.

Guan berhelah kerana tidak mahu layan kanak-kanak 13 tahun. Apakah Guan Eng menolak hak kanak-kanak untuk mempersoalkan kenyataannya yang salah? Apakah Guan Eng mahu sekat hak kanak-kanak untuk mempersoalkan kesalahan Guan Eng?

lge-gabraKenapa Guan Eng tidak berani berdepan dengan secara matang? Kalau kanak-kanak 13 tahun sudah menunjukkan kematangannya, kenapa orang tua seperti Guan Eng tidak berani berdepan? Hanya dengan berhelah bahawa kanak-kanak yang bertanya – maka kanak-kanak itu tidak matang?

Namun, gerak geri dan reaksi badan (body language) Guan Eng JELAS memberikan gambaran sebaliknya. Kenapa Guan Eng tunjukkan reaksi yang resah dan gelisah, tangannya asyik gerak “menyapu meja”? SEBENARNYA Guan Eng panik dan amat takut apabila kanak-kanak kecil 13 tahun pun mampu untuk menegur kesilapannya.  Guan tidak mampu jawab tetapi hanya setakat mampu untuk berhelah sahaja.

Kenapa Guan Eng GABRA?

Baca lagi:

 

PUTRAJAYA, Jan 11 (Malaymailonline) — Liberals are targeting powerful people in the government, an activist from a Muslim group claimed today at a forum against liberalism and the so-called Illuminati here.

wacana-muafakat-liberalisme-ako-17jan2017A. Karim Omar, the vice-president of Muslim group Muafakat, expressed concern over the supposed rise of liberalism here, with liberal groups allegedly receiving large funds to hold their activities.

“It is at various levels, their focus is people who have positions, inside the government or those who are not part of the government, inside the government or the opposition, inside the Selangor state government and the state’s opposition.

“For me liberalism is at a worrying level,” he said in a questions-and-answers session at the forum, without giving further details.

Karim claimed that at least 30 international organisations, foundations, and agencies provide fund to hundreds of liberal organisations in Malaysia. He did not provide a list of these groups.

He was particularly worried by think-tank Penang Institute, which he said received huge funds to hold programmes almost every week to purportedly attack Islam.

“Why Penang institute wants to discuss about Islam, they should have discussed about Penang?” he said.

Earlier during the forum, he had listed down women’s group Sisters in Islam, Muslim group Islamic Renaissance Front, and Institute for Policy Research (IKD) as three major liberal movements here.

Karim also named imprisoned opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, who had formed IKD, as one of the liberal figureheads in the country.

The forum today titled “Liberalism: Agenda of the Illuminati” was organised by Muslim group Muafakat, with support from Jakim and the Federal Territories Islamic Religious Council.

Earlier in the forum, Muafakat president Ismail Mina Ahmad had accused the Illuminati of being linked to Zionism. According to him, the spread of liberalism is part of a “Grand Design” by Zionists to allegedly destroy Islam.

The Illuminati is a conspiracy theory where secret group of masterminds allegedly control world affairs and try to establish a New World Order, although there is no evidence suggesting such a group exists.

Liberalism encompasses a wide array of ideas, but its supporters usually push for civil rights, freedom of speech, freedom of religion, free trade, private property, and free and fair elections.

Jakim regularly demonises liberalism in its Friday sermons, while deputy minister in charge of Islamic affairs Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki also said in November 2015 that the RM724.6 million set aside for Jakim last year was not sufficient to combat “extremist” ideologies, which had included liberalism.

WACANA PEMIKIRAN DAN PERADABAN UMMAH KE-9

Tema:
Liberalisme: Agenda Jahat Illuminati

Anjuran:

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)
Dengan kerjasama:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Tarikh:
Selasa, 17 Januari 2017
Bersamaan
18 Rabiul Akhir 1438H

Masa:
7.30 Pagi hingga 6.00 Petang

Tempat:
Auditorium Besar, JAKIM
Kompleks Islam Putrajaya (KIP)
-sebelah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya

Perasmian Oleh:
Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

muafakat-wacanaliberlismeillimunati-banner

Berita Harian 14 Januari 2017

remaja-lapor-polis-guangeng
Baca: Guan Eng Disiasat Bawah Akta Hasutan

dan

Cubaan Menghasut – Laporan Polis Terhadap Lim Guan Eng

Selepas hampir dua bulan laporan polis dibuat akhirnya Guan Eng disiasat. [baca laporan polis]

Guan Eng under sedition probe for questioning Hadi’s Bill

KUALA LUMPUR, Jan 13 (malaymail)― Penang Chief Minister Lim Guan Eng is scheduled for questioning by Bukit Aman police for alleged sedition over his statement on the proposed amendments to the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965, his lawyer said.

Lim’s lawyer RSN Rayer was quoted by English daily The Star that the police were expected to question the DAP leader at his official office on Level 28, Komtar today.

“We were told Lim would be investigated under the Sedition Act. The police will be coming at 11am.

“I will be accompanying the CM during the questioning. We will co-operate with the police as we always do,” Rayer said, referring to the chief minister.

Lim had said in a statement in November last year that the DAP opposes the proposal for the law also known as Act 355, claiming it is “hudud-like” and runs contrary to the Federal Constitution.

Cubaan Menghasut – Laporan Polis Terhadap Lim Guan Eng

laporan-polis-lge-24nov2016Di atas kapasiti sebagai Naib Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), saya telah membuat laporan polis pagi tadi terhadap kenyataan yang dibuat oleh Lim Guan Eng semalam (23 Nov 2016) di dalam blog beliau bertajuk “MCA, MIC, Gerakan And SUPP Should Withdraw From BN Following BN’s Endorsement Of Hudud-Like Laws“.

Guan Eng memberi gambaran salah terhadap cadangan pindaan Akta 355 yang dibawa oleh TG Ustaz Hadi di Parlimen hari ini. LGE juga dengan kenyataan-kenyataan yang tidak betul itu juga cuba mengelirukan orang ramai serta menghasut dan menakut-nakutkan supaya orang (terutama yang bukan Islam) untuk menolak cadangan pindaan tersebut.

Dari kenyataan-kenyataan yang dibuat Guan Eng, ia merupakan kecenderungan:

  1. “bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan” seperti yang termaktub di bawah Seksyen 3 (1) (a) Akta Hasutan 1948.
  2. “bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia” seperti yang termaktub di bawah Seksyen 3 (1) (c) Akta Hasutan 1948.
  3. “bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia” seperti yang termaktub di bawah Seksyen 3 (1) (d) Akta Hasutan 1948.

Kenyataan Guan Eng ini jelas satu penentangan terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong yang telah bertitah ketika menyampaikan ucapan pembukaan Parlimen ke-13 pada 7 Mac 2016 bahawa “Beta harap usaha akan dilaksanakan untuk mengukuhkan institusi agama dan untuk menambahbaik pentadbiran undang-undang Islam dengan memperkasa mahkamah syariah”. Dan ini adalah suatu perbuatan yang terangan menghasut dan merupakan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.

Guan Eng menuduh cadangan pindaan yang dibuat oleh TG Ustaz Hadi sebagai “Hudud-like” sedang, dalam cadangan pindaan ini tidak termasuk hukuman potong tangan untuk pencuri yang mana kesalahan adalah di bawah Akta 574, bukan Akta 355. Beliau turut menuduh bahawa pindaan ini adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. (“DAP opposes the hudud-like laws because it is contrary to the Federal Constitution“) Malah Guan Eng beberapa kali mengulangi perkara seperti ini di dalam kiriman blognya tersebut.

Usaha sengaja mengelirukan orang ramai ini ialah suatu cubaan untuk menghasut orang ramai kerana Akta 355 ini adalah suatu Akta yang sedia ada yang usul yang ingin dibawa ialah suatu pindaan kepada yang sedia ada. Mana mungkin Akta yang sedia ada itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Malah Akta ini telah pun dua kali dipinda sebelum ini.

Guang Eng juga cuba menakut-nakut masyarakat bukan Islam dengan mengaitkan cadangan pindaan ini kepada masyarakat bukan Islam. Mustahil untuk Akta yang semata-mata untuk memperkasakan Mahkamah Syariah ada kaitan langsung dengan orang-orang bukan Islam.

Di dalam Seksyen 2 Akta 355 dengan jelas menyebut bahawa “Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam”. Mana mungkin orang-orang bukan Islam boleh dibicara di Mahkamah Syariah. Malah terbukti bahawa belum pernah ada mana-mana orang bukan Islam yang dituduh dengan salah di mana-mana Mahkamah Syariah di bawah Akta 355.

Dan Seksyen tersebut turut memperkuatkan fakta bahawa Akta ini adalah berperlembagaan kerana punca kuasa dengan menyebut bahawa “Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa …” Bermakna, hanya kesalahan-kesalahan yang telah termaktub dalam Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan sahaja. JELAS. Telah disebut dalam Perlembagaan Persekutuan tentang senarai kesalahan yang di bawah Akta 355.

Adalah sangat wajar untuk pihak polis membuat siasatan terhadap Lim Guan Eng di atas kenyataannya yang menghasut tersebut.

Ke mana lagi Ezam nak pergi sekarang? Bermula dengan UMNO, tetapi pakat keluar ikut Anwar bersama enam “kotak rahsia”.

Kemudian tubuh GERAK, entah bergerak tidak, tubuh parti baru PKN. Akhir bergerak jadi PKR. Penat-penat memperjuangkan PKR dan menghina teruknya sudah korup parti UMNO itu, dia pula keluar PKR masuk semula UMNO.

Ke seluruh pelusuk negara Ezam jaja kes “Liwat II” Anwar, menceritakan bahawa “syaknya” terhadap Anwar sejak bersama bekas Timbalan Perdana Menteri itu di luar negara lagi.

Entah apa keuntungannya apabila UMNO yang dihina dulu didokong balik. Mungkin banyak untungnya atau ada janji-janji yang ditagih. Dapatlah menjadi Senator. Jadilah orang penting di Kementerian Kewangan dengan jawatan khas yang diadakan khusus untuk beliau.

Entah apa yang dirasakan tidak puas hati dengan kelumayanan yang diperolehinya hingga tidak sabar-sabar keluar UMNO masuk parti yang baru ditubuh.

Namun, agak menghairankan apabila tidak sampai pun tiga bulan Ezam sudah tidak puas hati dengan parti “Bunga Raya”. Pelbagai teori yang disebut-sebut politikus lain.

Habis, takkanlah politikus seperti Ezam begitu senang hendak bersara dari politik. Orang yang berjiwa besar seperti Ezam mesti masih mempunyai cita-cita besar politik.

Habis ke parti mana lagi dia hendak lompat? DAP?

Aih. Takkanlah Ezam sanggup masuk parti cauvanis Cina yang memusuhi Islam!

Ye lah. DAP tu dulu je benci Islam. Sekarang ni orang yang benci sangat terhadap Islam dalam DAP tu pun sudah mati. Kit “Yang Siang Tak Pernah Malam” pernah berkata – dulu je DAP ni sukar hendak terima Islam dan Melayu sebab tokoh besar yang cabar orang langkah mayatnya dahulu sudah menjadi mayat.

Namun, anak orang yang “tak pernah malam” itu pernah beritahu TYT Gabenor bahawa generasi baru DAP mesra Islam. Ayahnya dan Kapal yang dah “karam” itu sahaja yang menyukarkan DAP mesra dengan Melayu Islam. Boleh percaya?

Mungkinkah ada sesuatu yang Ezam boleh termakan dengan janji baru? Kalau dapat bertanding PRU14, untung juga? PKR sudah tidak seramai DAP dalam DUN Selangor. Kalau jadi calon Melayu DAP, ada peluang jadi MB. Ternganggalah nemesis politik dalam PKRnya dulu.

DAP memang duduk galak cari barua Melayu.

ezam-dap

 

Petikan:

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Faiz Fadzil berkata, DAP yang hanya bertanding di 51 daripada 222 kerusi Parlimen tidak mampu menerajui kepimpinan negara jika pembangkang menang dalam pilihan raya umum ke14 (PRU14) [Malaysiakini: 3 Dis 2016 – “Bolehkah DAP terajui M’sia jika menang 51 kerusi, tanya AMANAH”].

Bagaimana DAP hendak menguasai Parlimen Malaysia jika mereka hanya bertanding di 51 daripada 222 kerusi Parlimen di seluruh negara? Sekiranya DAP menang kesemua 51 kerusi sekali pun, mereka hanya memiliki 23% daripada jumlah semua kerusi Parlimen Malaysia dan mereka masih tidak mempunyai suara majoriti dan tidak akan berupaya untuk menguasai Parlimen Malaysia. [FB: Halaman Rasmi PPBM Sri Gading – 27 Nov 2016]

Itulah yang mereka rasa. Itulah yang mereka dibuaikan. Itulah yang mereka hendak kita semua percayai.

FAKTAnya?

Kit Siang berkata pada 31 Dis 2016:

… I expect the DAP to double the number of Parliamentary and State Assembly constituencies to be contested in the 14th General Election as compared to the 13th General Election.

Kit Siang dengan berani dan ANGKUH menyatakan hasratnya untuk menambah kuasanya dalam pakatan pembangkang. Masihkah ada orang kita yang mahu ditipu hidup-hidup? Masih ada orang kita yang mahu dibahlolkan?

dap51-kerusi-double

 

Teringin tu teringinlah.

Tapi … mahal sangat.

Bukan kadar kemampuan sayalah. Paling murah pun dah lebih RM1,000 semalam!

… saje-saje tengok kadar hotel di Eropah.

hyattvienna-rate-hotel

 

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

January 2017
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid