Kadang-kadang kita agak serba salah untuk guna sesetengah istilah dan bagaimana ianya dieja. Pusat Sehenti Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) yang dimiliki oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia ada menyediakan secara atas talian carian-carian untuk membantu anda dalam situasi sebegini.

Sebagai contoh bila waktunya mula untuk kita guna istilah pagi dan bila mula waktu yang betul untuk kita guna istilah petang berbanding dengan tengah hari. Atau apakah ejaannya tengahari atau tengah hari?

Untuk persoalan tersebut, dari PRPM, kita dapat rujukan berikut:

  • Pagi: 1.00 a.m.-11.59 a.m.
  • Tengah hari: 12.00 p.m. – 1.59 p.m.
  • Petang: 2.00 p.m. – 6.59 p.m.
  • Malam: 7.00 p.m. – 11.59 p.m.
  • Tengah malam: 12.00 a.m. – 12.59 a.m.
Untuk bantuan PRPM, anda boleh ke laman sesawangnya di http://prpm.dbp.gov.my/. Taipkan perkataan yang anda inginkan maklumat di petak carian. Paparan berikutnya memberi pelbagai rujukan makna dan kaedah pemakaian istilah tersebut.
Carian PRPM akan membantu mencari maklumat yang berpunca daripada sumber seperti berikut:

  • PRPM – Kamus, istilah, ensiklopedia, puisi, bahasa sukuan ( Sabah dan Sarawak), peribahasa, arkib pertanyaan bahasa, tesaurus bahasa Melayu, kandungan laman WEB DBP dan kandungan laman WEB lain yang ditentukan oleh DBP.
  • Laman Web DBP – Kandungan Laman Web DBP dan kandungan laman WEB lain yang ditentukan oleh DBP.

Kini, soalan-soalan untuk PRPM boleh juga diakses melalui Facebook PRPM dengan carian “pusat rujukan persuratan melayu” atau terus ke community page PRPM: http://www.facebook.com/pages/Pusat-Rujukan-Persuratan-Melayu-PRPM/184070191605556.

Isu penggunaan waktu di atas adalah entri terbaru di facebook PRPM tersebut.

Pastikan anda “like”kan dahulu.