You are currently browsing the monthly archive for October 2010.

Buang toksin dalam tubuh

dipetik dari http://www.kosmo.com.my

SEMENJAK malapetaka ekologi membabitkan Chisso Corporation, sebuah kilang memproses baja di Minamata, Jepun pada tahun 1932, isu pencemaran bahan kimia di dalam makanan khususnya hidupan laut seperti ikan dan kerang terus diperkatakan hingga kini.

Sehingga tahun 2001, seramai 2,265 mangsa dikesan menghidap penyakit Minamata yang menyebabkan kematian atau kecacatan kekal.

Penyakit itu berpunca daripada pembuangan methylmercuri secara terus ke dalam laut oleh Chisso dari tahun 1932 hingga 1968.

Dalam insiden tersebut, hidupan laut khususnya ikan dan kerang yang menjadi makanan ruji penduduk Teluk Minamata tercemar dengan bahan kimia bertoksik tinggi itu.

Bagaimanapun, peristiwa tersebut menyebabkan para saintis lebih giat mengkaji kehadiran logam berat berbahaya di dalam hidupan laut yang menjadi makanan masyarakat dunia.

Persatuan Kehamilan Amerika Syarikat (AS) sebelum ini pernah memberi amaran kepada ibu mengandung agar tidak mengambil ikan tuna, merlin serta mackerel kerana ia tercemar dengan merkuri.

Tahap radiasi merkuri ikan tuna dikenal pasti berdasarkan jenis dan tempat ia ditangkap. Keracunan merkuri mampu merosakkan perkembangan otak serta fizikal janin.

Pada umumnya, siapa pun tahu racun memang mudarat untuk tubuh. Racun yang terkumpul di dalam badan boleh datang daripada mana sahaja.

Ia mungkin daripada air atau makanan yang ditelan, udara yang dihirup atau sesuatu yang disentuh oleh tangan.

Antara logam berat yang sering ditemui di dalam tubuh ialah merkuri, aluminium kadmium, dan plumbum.

Semula jadi

BEKAM penyahtoksin ialah antara kaedah alternatif untuk membuang toksin daripada dalam tubuh.


 

 

Menurut Pusat Racun Negara (PRN), Universiti Sains Malaysia, sebanyak 43 peratus daripada kes keracunan di negara ini yang dilaporkan pada tahun 2008 berpunca daripada kandungan isi rumah.

Jelas Ahli Farmasi PRN, Sulastri Samsudin, penyebaran utama bahan toksik berlaku melalui saluran makanan iaitu mulut, saluran pernafasan (hidung), kulit dan mata.

Menurut beliau, makanan sendiri terhasil melalui gabungan beberapa jenis bahan kimia dan menjadi sumber nutrisi seperti protein, karbohidrat, vitamin, serat dan antioksidan.

Namun, terdapat bahan beracun seperti cyanogenic glycoside di dalam sesetengah ubi.

Sesetengah teknik pemprosesan masakan juga menghasilkan bahan sampingan bertoksik seperti polycylic aromatic hydrocarbon atau acrylamide.

Selain itu, bahan pencemar alam sekitar seperti plumbum dan bahan berklorin, kadmium daripada kerak bumi serta alga dan kulat seperti aflatoksin dan racun daripada kerang-kerangan boleh didapati dalam bekalan makanan pada tahap berbeza-beza.

Dalam pada itu, daripada kesemua sampel produk kosmetik serta bahan makanan dan minuman yang diuji Pengguna Pulau Pinang (CAP) setakat ini, hampir 99 peratus daripadanya mengandungi bahan beracun di dalamnya.

Ini termasuk bekas polisterina, asid borik, bedak talkum, botol susu Bisphenol A (BPA), bekas air polikarbonat, sotong kering serta perasa tambahan Rhodamine B.

Kesannya, setiap pengguna akan berdepan dengan risiko penyakit berbahaya seperti kanser, perubahan genetik, diabetes, kerosakan buah pinggang dan koronari jantung.

Risiko


SESETENGAH jenis ikan mungkin dicemari logam berat, bergantung pada tempat ia ditangkap.


 

Presidennya, S.M Mohamed Idris berkata, pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa bahan-bahan tersebut didapati bahaya untuk kesihatan badan dan seeloknya diharamkan penjualannya.

Malangnya, kata beliau, sehingga kini asid borik masih digunakan dalam produk makanan walaupun pihaknya telah beberapa kali menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengambil tindakan terhadap isu tersebut.

“Ujian yang dilakukan ke atas pelbagai makanan seperti mi kuning, bak chang (ladu Cina) dan kuih Nyonya yang dibeli di pasar basah di Pulau Pinang mendapati ia mengandungi asid borik dalam semua sampel.

“Satu sampel bak chang didapati mengandungi 569 bps (bahagian per sejuta) asid borik, mi kuning (6.51 hingga 296 bps) manakala kuih Nyonya (0.78 hingga 13.5 bps) asid borik.

“Asid borik amat toksin. Walaupun diambil dalam jumlah yang kecil, ia boleh membawa kepada keracunan, penyakit gastrousus, kerosakan buah pinggang dan hilang selera makan,” katanya kepada Jurnal.

Selain itu, kata Mohamed, bagi penggemar sotong kering, mereka dinasihati agar tidak memakannya berikutan ujian terbaru yang mendapati ia dicemari kadmium.

Sebelum ini, kadmium digunakan dalam galvani dan elektropenyaduran, dalam bateri, konduktor elektrik dan dalam pembuatan aloi serta plastik.

Selain itu, racun makhluk perosak endosulfan yang digunakan oleh para petani juga didapati berbahaya untuk kesihatan.

Endosulfan ialah sejenis toksin yang sangat beracun dan disyaki boleh menjejaskan sistem endokrin.

Walaupun telah diharamkan pengeluarannya pada tahun 2006 di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974, penjualannya masih berleluasa di sekitar negeri Kedah.

Biasanya tubuh memproses racun-racun yang dikenali sebagai toksin itu menerusi hati dan buah pinggang sebelum mengeluarkannya melalui air kencing, peluh dan pembuangan air besar.

Tetapi bagaimana jika sistem perkumuhan semula jadi itu gagal berfungsi?

Nyahtoksin

Disebabkan sumber racun yang memasuki tubuh terlalu banyak, sesetengah orang mencari penyelesaian alternatif bagi membuang kekotoran atau toksin yang terperangkap itu dengan pelbagai cara.

Antaranya ialah mengambil pil, pelekat, minuman serta makanan yang dikatakan mampu membuang toksin daripada tubuh.

Bagaimanapun, menurut pakar terapi nutrisi di My Life Center, Esther Peh, cara terbaik untuk menyahtoksik ialah melalui proses semula jadi oleh organ tubuh.

“Organ penting seperti buah pinggang, hati, kulit dan kolon mempunyai sistem yang tersendiri untuk membuang kekotoran yang mendap di dalam tubuh,” terang beliau.

Namun, atas faktor usia, kecekapan organ tersebut kadangkala berkurangan. Justeru, penggunaan rawatan penyahtoksin seperti terapi chelation yang ditawarkan My Life Center dapat melancarkan proses tersebut, katanya.


BUAH-BUAHAN dapat membantu mengeluarkan toksin daripada tubuh tetapi awas ia juga mungkin telah dicemari racun.


 

Jelas beliau, antara simptom utama tubuh manusia diserang oleh toksin ialah hilang selera makan, keletihan melampau atau sukar untuk tidur.

Esther berpendapat seseorang individu perlu melakukan rejim nyahtoksin setiap tiga atau enam bulan sekali.

“Dengan risiko terdedah pada pelbagai punca dan jenis toksin, amat perlu untuk memastikan toksik keluar daripada tubuh.

“Ini penting bagi mengelakkan kerosakan organ seperti usus, buah pinggang atau hati di samping berlakunya dehidrasi,” katanya.

Sambung Esther, disebabkan toksin amat berkait rapat dengan lemak, individu perlu melakukan rutin senaman secara teratur.

Selulit, jelasnya, merupakan ukuran mudah untuk mengetahui tahap toksin di dalam tubuh seseorang kerana toksin sentiasa ‘melekat’ pada lemak.

Selain itu, tubuh turut memerlukan agen pemulihan.

“Pengambilan antioksida seperti makanan tinggi serat atau lengai anggur boleh membantu memulihkan organ yang luka akibat proses nyahtoksin,” kata Esther.

Sindrom bangau oh bangau kini berjangkit kepada menteri Ng Yen Yen. Kesilapan ejaan dalam brosur/risalah Pavilion Malaysia di Ekspo Shanghai 2010 disalahkan kepada syarikat percetakan di China.

Bukti bahawa salinan asal yang diserahkan kepada pencetak tiada kesalahan tidak melepaskan tanggungjawab kementerian untuk memastikan tiada kesilapan ejaan pada brosur tersebut.

Bukankah di dalam proses perolehan kerajaan ada satu proses yang disebut penerimaan sebelum kelulusan pembayaran boleh dibuat? Dan pegawai yang menerima bahan/kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor mesti memastikan kerja-kerja yang dilakukan mengikut spesifikasi dalam tender/sebutharga yang ditetapkan oleh pihak yang mengeluarkan proses perolehan tersebut?

Begitu juga dengan pembinaan jambatan. Jika spesifikasi yang dikeluarkan JKR sudah betul apakah JKR boleh lepas tangan apabila jambatan yang dibina runtuh setelah dibina?

Yen Yen, Yen Yen … bangau oh bangau!!!

laporan yang dipetik dari Utusan Malaysia adalah seperti berikut:

Silap eja bukan salah kementerian

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Kementerian Pelancongan menjelaskan kesilapan ejaan dalam risalah Pavilion Malaysia yang diedarkan di Ekspo Shanghai 2010 pada Mei lalu, dilakukan oleh syarikat percetakan di negara tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, kementeriannya telah membuat semakan teliti ketika menghantar salinan digital maklumat berhubung Pavilion Malaysia ke Shanghai dan mendapati tiada kesalahan dalam ejaan mahupun tatabahasa.

Menurut beliau, pihaknya masih menyimpan draf risalah itu dan setiap perkataan dieja dengan betul tanpa sebarang kesalahan.

”Tetapi kesalahan itu wujud ketika syarikat percetakan membuat cetakan dan mereka tidak membuat semakan selepas membuat cetakan.

”Saya pun hanya menyedari kesalahan ejaan itu semalam. Oleh itu, Kementerian Pelancongan akan menghantar surat kepada pihak Ekspo Shanghai bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Pelancongan Pentadbiran Kebangsaan Vietnam, Nguyen Van Tuan.

Semalam, Ahli Parlimen Rasah daripada DAP, Anthony Loke meminta penjelasan Kementerian Pelancongan berhubung kesalahan ejaan yang terdapat dalam risalah Pavilion Malaysia yang diedarkan di Ekspo Shanghai 2010 pada Mei lalu.

Kesalahan yang terdapat dalam risalah tersebut antaranya ‘decelopment’ yang sepatutnya dieja ‘development’, ‘visitious’ (visitors), ‘beautuful’ (beautiful) dan ‘ciiti’ (city).

Tambahnya, kementeriannya membuat cetakan risalah itu di negara berkenaan kerana mahu menjimatkan kos.

”Kami mencetak berjuta risalah dan melibatkan kos tinggi jika dicetak di Malaysia selain terpaksa membayar tambang tambahan untuk dibawa ke Shanghai,” katanya.

Dalam pada itu, tambah Yen Yen, kerajaan Vietnam sangat tertarik dengan kejayaan Kementerian Pelancongan kerana Malaysia merupakan negara yang berada dalam tangga kesembilan iaitu paling banyak dikunjungi oleh pelancong asing pada tahun lalu.

”Kementerian Pelancongan Vietnam berhasrat untuk mengetahui cara-cara menarik pelancong asing.

”Mereka juga akan membawa pegawai daripada Kementerian Pelancongan dan pihak media untuk melawat negara berkenaan dalam masa terdekat,” katanya.

KENYATAAN AKHBAR: PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM)

 

Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam amat mengecewakan umat Islam arusperdana.  Setelah Festival Fesyen Islam yang mencetus polemik penghinaan kepada agama Islam dan umat Islam di Malaysia, kedudukan Islam dan umat Islam dilihat seolah-olah terus diganyang oleh pihak Kerajaan.  Program ini amat bertentangan dengan ikrar Perdana Menteri baru baru ini yang mengatakan hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Islam di Malaysia tidak perlu dipersoalkan lagi kerana ia terkunci kemas  dan terpateri di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Malah menurut Perdana Menteri kunci tersebut disimpan selamat oleh Raja Raja Melayu yang telah berikrar memelihara Islam pada setiap masa seperti yang terdapat di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.

Menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam ada suatu cubaan untuk menanam budaya asing di bumi Malaysia. Malah ianya tidak selari dengan semangat Perlembagaan Persekutuan yang berteraskan Islam serta prinsip Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Rakyat Malaysia khususnya orang Islam telah disogok dengan pelbagai rancangan hiburan di dalam media elektronik dan bukan elektronik. Sekarang budaya berhibur inimahu ditambahkan lagi dengan konsert-konsert dan pertunjukan yang langsung tidak mencerminkan budaya masyarakat timur. Berpeleseran di waktu malam hanya akan mengundang lebih banyak keburukan dari kebaikan. Dengan kadar jenayah seperti pembunuhan, rogol dan pembuangan bayi yang semakin meningkat, kehadiran hub hiburan malam hanya akan menambahkan lagi statistik jenayah ini sahaja.

Pelaksanaan undang-undang jenayah juga telah gagal menjadi factor mengurangkan kadar jenayah di dalam negara kerana undang-undang tersebut tidak menekankan aspek pencegahan dan naluri kerohanian masyarakat negara.

Dengan membudayakan hub hiburan ini sudah pasti masyarakat Malaysia akan terus pincang dengan kebejatan akhlak dan moral khususnya di kalangan muda-mudi.

 

Kekayaan ekonomi negara sendiri akan punah sekiranya rakyat hanya mahu berhibur dan tidak berusaha sepenuhnya mencapai kejayaan.

Tindakan kerajaan ini  dilihat sebagai cuba mendekati masyarakat bukan Islam dan masyarakat liberal tetapi mengenepikan kehendak masyarakat Islam arusperdana yang merupakan majoriti rakyat Malaysia.

PPMM dengan tegas mendesak Perdana Menteri menarik balik Program ETP tersebut dan menghormati kedudukan agama Islam di sisi Perlembagaan Persekutuan. DYMM Yang Di Pertuan Agong juga mempunyai obligasi beperlembagaan (constitutional obligation) pada setiap masa bagi memelihara Islam dan tatabudaya orang Melayu.  PPMM juga merafak sembah kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong agar mempertahankan jatidiri kebangsaan yang berteraskan kepada Islam di dalam setiap tindakan kerajaan.

 

Zainul Rijal Abu Bakar

Presiden

Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

Bertarikh pada 27hb Oktober 2010

Does that mean that we should be proud of it? Or does it show that we are wasting lots of time on-line ? 9 hours per week [masha Allah] on social networking sites such as Facebook!!!

After studying the patterns of my blogs hits over the years (from the numerous blogs that I am maintaining) – we Malaysians browse internet more in the office than from home. Hits are always low during weekends …

Here is an article from The Time:

-The Most Cyber-Sociable Country: Malaysia

An American may have invented Facebook, but when it comes to social networking, we can’t touch Malaysia.

A new study, conducted by the research firm TNS, interviewed 50,000 consumers in 46 countries to investigate their cyber-socializing habits. The results showed that where Malaysians have the most friends on their social networks, Japanese people have the fewest. In Malaysia the average number of digital friends is 233, closely followed by 231 in Brazil and 217 in Norway. This is compared to just 12 friends in Japan, and 68 in China. The results could suggest “a culture that embraces fewer but closer friendships,” said TNS’s chief development officer Matthew Froggatt, reported the BBC.

However, as well as having most friends, Malaysians were also the heaviest users of social networking sites, spending a whopping nine hours per week on average communicating with their hoards of online friends. Russia came a close second, with its people spending an average 8.1 hours per week online, and Turkey third with 7.7 hours a week.

So, perhaps being cyber-sociable doesn’t necessarily mean you’re particularly sociable in real life.

source: http://newsfeed.time.com/2010/10/11/the-most-cyber-sociable-country-malaysia/?artId=?contType=?chn=

Europol releases an annual study of terrorism; the results do not support claims that “(nearly) all Muslims are terrorists”

Islamophobes have been popularizing the claim that “not all Muslims are terrorists, but (nearly) all terrorists are Muslims.”  Despite this idea becoming axiomatic in some circles, it is quite simply not factual.  In my previous article entitled “All Terrorists are Muslims…Except the 94% that Aren’t”, I used official FBI records to show that only 6% of terrorist attacks on U.S. soil from 1980 to 2005 were carried out by Islamic extremists.  The remaining 94% were from other groups (42% from Latinos, 24% from extreme left wing groups, 7% from extremist Jews, 5% from communists, and 16% from all other groups).

But what about across the pond?  The data gathered by Europol strengthens my argument even further. (hat tip: Koppe)  Europol publishes an annual report entitled EU Terrorism Situation and Trend Report.  On their official website, you can access the reports from 2007, 2008, and 2009.  (If anyone can find the reports from earlier than that, please let me know so we can include those as well.)

The results are stark, and prove decisively that not all terrorists are Muslims.  In fact, a whopping 99.6% of terrorist attacks in Europe were by non-Muslim groups; a good 84.8% of attacks were from separatist groups completely unrelated to Islam.  Leftist groups accounted for over sixteen times as much terrorism as radical Islamic groups.  Only a measly 0.4% of terrorist attacks from 2007 to 2009 could be attributed to extremist Muslims.

Here are the official tables provided in the reports…

For 2006:

20063b

For 2007:

2007b

For 2008:

20081b

(According to the report, there was 1 “Islamist attack” in the UK in 2008, which was omitted in the table above.  It has been included in the bar graph below.)

Just glancing at those tables is enough to know how absurd it is to claim that “all terrorists are Muslims.”  That statement is nowhere near the truth.  If we compile the data, it comes out to this:

barchart-copy

 

On p.7, the 2009 Europol report concludes:

Islamist terrorism is still perceived as being the biggest threat worldwide, despite the fact that the EU only faced one Islamist terrorist attack in 2008.  This bomb attack took place in the UK…Separatist terrorism remains the terrorism area which affects the EU most. This includes Basque separatist terrorism in Spain and France, and Corsican terrorism in France…Past contacts between ETA and the FARC illustrate the fact that also separatist terrorist organizations seek cooperation partners outside the EU on the basis of common interests.  In the UK, dissident Irish republican groups, principally the RIRA and the CIRA, and other paramilitary groups may continue to engage in crime and violence.

Perception is not reality.  Due to the right wing’s influence and propaganda, people mistakenly think that Islamic terrorism is the greatest threat to the Western world.  It is even a commonly held belief that Islamic terrorism poses an existential threat–that the very survival of the Western world is at stake.  Of course, the reality is that there are other groups that engage in terrorism on a much larger scale, yet these terrorist incidents are minimized.  Acts of terrorism committed by Muslims are purposefully sensationalized and focused upon, culminating in the idea that “(nearly) all terrorists are Muslims.”

Terrorism from Islamic extremists is certainly a cause for concern, but it need not be an issue that creates mass hysteria.  Nor should it be allowed to be such a critical issue that we are willing to sacrifice our ideals or civil rights for fear of it.  Neither should we be reduced to a status of absolute sissitude.  We have analyzed data from America and Europe (a good portion of the entire Western world), and the threat from Islamic terrorism is much more minimal than commonly assumed; in the U.S., it accounts for 6% of terrorist attacks, and in Europe not even half of a percent.

It is only through sensationalism and fear mongering that the topic of Islamic terrorism is allowed to be used to demonize a religious community that happens to be a minority in the West.  When confronted by such lunacy, we ought to respond with the facts and the truth.

In a future article, we shall analyze the data for terrorism on the world stage in order to further strengthen our argument…

source: http://www.loonwatch.com/2010/01/terrorism-in-europe/

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

October 2010
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid