You are currently browsing the monthly archive for May 2016.

Banyak lagi yang tidak betul dan salah dari Karpal. Sehingga dia mati dia tidak dapat memberi bukti yang dia sebut bahawa Malaysia ini Negara sekular. Sampai mati dia TIDAK MAHU iktiraf Perlembagaan Persekutuan yang dengan JELAS menyebut Persekutuan Malaysia ini adalah Negara Islam (Perkara 3 Fasal 1)

KarpalSingh-bersalahhinaSultanPUTRAJAYA, May 30 — The Court of Appeal upheld today the 2014 sedition conviction of the late Karpal Singh, former DAP national chairman, who had questioned the Sultan of Perak’s removal of the state mentri besar in 2009.

The three-judge panel’s decision was not unanimous, with Datuk Wira Mohtaruddin Baki and Kamardin Hashim ruling to uphold the conviction while Datuk Tengku Maimun Tuan Mat held a dissenting view.

“It is my humble opinion that the conviction is safe.

“It’s a serious offence involving the sovereignty of a ruler,” Mohtaruddin said.

The High Court had found Karpal, a former lawyer and legislator, guilty of sedition in February 2014 for questioning the power of the then Perak ruler Sultan Azlan Shah’s removal of then mentri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin from office, resulting in what came to be known as the Perak constitutional crisis of 2009.

************

BACA penjelasan: Malaysia BUKAN Negara Sekular

Dan ini sebabnya Islam BUKAN Agama RASMI Negara

Baca juga penegasan “Malaysia bukan negara sekular” di Parlimen pada 22 Oktober 2012.

BH-kepentinganAgamaAtasiPolitikKejayaan memasukkan Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah Tahun 1965) atau Akta 355 dalam senarai usul yang akan dibahaskan dalam Sidang Dewan Rakyat  Oktober kelak begitu signifikan, khususnya terhadap institusi kehakiman syariah negara.  Pertama, akta yang sedia ada kini dilihat tidak memperuntukkan bidang kuasa yang sewajar dan selayaknya kepada Mahkamah Syariah malah sebaliknya kelihatan memperlekeh kedudukannya.  Sebagai contoh, bidang kuasa hukuman penjara yang diperuntukkan hanya setakat tidak melebihi tiga tahun, denda pula tidak melebihi RM5,000.00, dan sebatan syarie tidak melebihi enam sebatan.  Hakikatnya, masanya telah pun tiba untuk akta ini dipinda memandangkan kali terakhir pindaan dibuat adalah pada tahun 1984.

Pakar-pakar perundangan syari`ah berpendapat bahawa had bidang kuasa Mahkamah Syariah yang begitu terhad seolah-olah memperolok (mockery) kredibiliti kehakiman syari`ah negara.  Ini dengan mengambil kira fakta sejarah perundangan syari`ah yang menjadi asas penting bagi pembentukan masyarakat Melayu Islam dan tonggak bagi kedaulatan Kesultanan Melayu Islam.  Iltizam tinggi pemerintah dan masyarakat Islam silam dalam melaksanakan perundangan syari`ah jelas terpahat pada Batu Bersurat Terengganu, iaitu prasasti ulung dunia Melayu.

Kedua, kejayaan ini sangat penting disebabkan ia dibentangkan oleh wakil pembangkang sebagai Rang Undang-Undang Persendirian.  Sejak sekian lama, dua parti utama umat Islam di negara ini, UMNO dan PAS sering kali terpisah dek jurang yang begitu besar disebabkan perbezaan berasaskan isu-isu mendasar yang tertentu.  Ketiga, kejayaan tersebut dianggap sebagai jambatan penghubung antara dua parti bersaudara ini.  Dalam hubungan ini, perkara penting yang perlu diberikan perhatian besar ialah perancangan teliti bagi memasukkan Rang Undang-Undang Persendirian ini sebagai usul yang bakal dibahaskan kelak.  Ini khususnya dengan mengambil kira cabaran serta bantahan daripada pihak-pihak yang cuba mengaitkan akta ini dengan Enakmen Hudud di Kelantan.

Amatlah wajar dijelaskan bahawa umat Islam selama berdekad-dekad lamanya telah dinafikan hak mereka untuk dinaungi dan diadili secara berkesan oleh sistem kehakiman yang diwahyukan oleh Allah SWT.  Hal ini sebagaimana difirmankan oleh Allah SWT, “Kesudahannya Kami jadikan kamu (wahai Muhammad dan utuskan kamu) menjalankan satu syari`at (yang cukup lengkap) daripada hukum-hukum agama; maka turutlah syari`at itu, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).”  (Surah al-Jathiyah 45 : 18)

Amat menghairankan apabila beberapa orang Ahli Parlimen daripada parti pembangkang mengambil sikap terburu-buru untuk membantah usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri supaya usul ini yang berada dalam senarai terakhir dalam urusan mesyuarat dewan dipercepat untuk bacaan bagi kali pertama.  Bantahan mereka ternyata memperlihat sikap prejudis terhadap sebarang pendekataan Kerajaan untuk memperkukuh kedudukan Islam dan perundangan syari`ah.  Sedangkan umum mengetahui bahawa akta ini dan kehakiman syari`ah negara tidak sedikit pun menyentuh kepentingan masyarakat bukan Islam.  Sikap begini juga dapat dilihat sejak akhir-akhir ini apabila ahli-ahli politik pembangkang begitu beriya-iya untuk menafikan ciri-ciri Islam yang ada pada negara ini.  Malah, ada antara mereka yang cuba mengelirukan masyarakat umum dengan mengatakan bahawa tonggak asas bagi negara ini adalah sekularisme.

Keputusan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menggunakan budi bicaranya untuk menerima masuk usul persendirian yang dikemukakan oleh wakil Marang ini merupakan tindakan terpuji dan penuh bijaksana.   Sikap prejudis dan sentimen negatif terhadap umat dan agama Islam negara ini atau lebih mudah dirumuskan sebagai Islamofobia amat wajar dibanteras.  Sebarang tindakan yang dilakukan berasaskan sentimen berkenaan tidak harus sama sekali diberikan ruang mahupun peluang untuk ia bertapak kukuh.

Dalam hubungan ini juga, perlu dijelaskan bahawa sekiranya pindaan akta ini diluluskan oleh Dewan Rakyat ia tidak memberi maksud hukuman-hukuman di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, secara automatik akan meningkat.  Sebaliknya pindaan terhadap enakmen-enakmen yang berkaitan perlu dilakukan pada peringkat Dewan Undangan Negeri atau Parlimen bagi akta yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan. Justeru, hak dan ruang dan peluang untuk membahaskan tentang tahap hukuman yang bersesuaian masih boleh dilakukan oleh semua pihak.

Umat Islam khususnya, pemimpin-pemimpin politik perlu menyedari kewajipan dan amanah yang terpikul di bahu mereka untuk meletakkan kepentingan agama mengatasi kepentingan politik.  Malah, mereka juga perlu menyedari bahawa umat Islam umumnya telah muak dan mual dengan sikap atau tindakan yang menjadikan mereka sebagai alat atau tunggangan.

Sebagai kesimpulan, apa sahaja isu berkaitan degan perundangan Islam dan Mahkamah Syariah kelihatannya sering sahaja dijadikan sebagai bahan pertelagahan politik. Sedangkan pihak berkuasa yang memiliki kuasa mutlak berkaitan dengan agama ialah Raja-Raja Melayu.  Jika inilah sikap dan pendirian kita, di manakah sebenarnya letak atau duduknya kesetiaan kita sebagaimana yang jelas digariskan dalam prinsip Rukun Negara, iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara?  Barangkali, di sinilah bermulanya kesilapan dan kejahilan sesetengah pihak yang tidak memahami kedudukan sebenar sistem perundangan negara ini.

sumber: Berita Harian (Ahad)

Baca juga:

DAP benci usul Akta355Pindaan yang dicadangkan oleh Presiden PAS TG Hadi Awang di Parlimen beberapa hari lepas disambut baik oleh hampir keseluruhan umat Islam di Tanah Air ini. Namun, sebaliknya tokoh-tokoh politik Cina samada dari parti chauvinist DAP atau MCA, mereka senada mempersoalkan tentang cadangan pindaan tersebut.

Apa isunya?

Akta 355, seperti mana yang telah saya terangkan secara ringkas (klik di sini) – jelas adalah suatu akta yang berkaitan HANYA kepada orang-orang Islam SAHAJA. Tidak ada kaitan langsung dengan orang bukan Islam. Ianya adalah akta berkaitan jenayah syariah – minum arak di tempat terbuka, judi dan seumpamanya.

Habis kenapa mereka yang tidak ada kena mengena mahu menyibuk?

Jika mereka hendak menyibuk, kita mempunyai lebih hak dalam membangkitkan isu tentang SJKC yang sepatutnya tidak ada dalam sistem pendidikan kebangsaan kerana mereka orang-orang Cina seperti itulah yang bercakap tentang kesatuan pelbagai bangsa di Tanah Air ini. Mereka cakap tida serupa bikin.

Atau apakah ada MUSLIHAT lain di sebalik bantahan mereka?

mengapa mereka sekat banteras jenayahDi antara kesalahan yang bakal menerima kenaikan hukuman ialah minum arak. Apabila orang Melayu minum arak mereka bakal menerima hukuman yang lebih tinggi. Ini mungkin membuat orang Melayu makin takut untuk melakukan kesalahan ini. Maka siapa yang akan rugi perniagaan mereka?

Kedua, jika orang Islam ditangkap bersama pasangan bukan muhrimnya, contoh yang menjadi pelacur, maka dengan hukumannya mungkin lebih tinggi akan membuat “bakal pelacur Melayu-Islam” ini mulai takut. Maka sukarlah untuk untuk mencari pelacur-pelacur Melayu selepas ini.

Malah, ibu ayam dan bapak ayam mungkin selepas ini sukar untuk mencari makan. Umum tahu siapa yang banyak meraih keuntungan hasil pelacuran yang diumpan dengan anak-anak gadis Melayu. Kalau dulu setakat satu dua ribu mereka pejam mata sahaja. Sekarang jika dendanya semain tinggi – ianya bakal merosakkan peluang “perniagaan” mereka.

Dan senarai andaian seperti ini mungkin boleh dipanjangkan lagi. Apakah ini sebenarnya mereka risaukan tentang kutipan hasil perniagaan yang tidak lagi lumayan.

Baca juga:

 

 

MCA MESTI INGAT bahawa kedudukan mereka dalam kerajaan pasca PRU-13 adalah lebih kepada ehsan orang-orang Melayu Islam yang masih membuka serta memberi peluang untuk mereka berkongsi kuasa dalam kerajaan.

Berapa peratus dari kerusi yang MCA bertanding dalam PRU lepas yang mereka menang?

Soalan yang lebih penting ialah berapa peratuskah pengundi Cina yang sebenarnya memenangkan mereka untuk menjadi ahli Parlimen atau ahli DUN?

Dan berapa peratus pengundi yang memenangkan mereka itu adalah dari pengundi kaum Melayu Islam?

Rahmat pindaan akta 355SEDARLAH wahai tokoh-tokoh MCA, kamu menjadi ahli Parlimen dan ahli DUN kerana pengundi Melayulah yang telah memberikan undi sokongan untuk kamu. Bukan mereka yang dari kaum kamu sendiri.

Maka janganlah kamu rasa kamu masih bernyawa dalam scenario politik Tanah Air ini kerana orang-orang kamu yang memberi sokongan kepada kamu.

Exco MCA Kedah Leong Yong Kong yang istihar keluar MCA kerana cadangan pindaan Akta 355 dibawa ke Parlimen sepatutnya sedarlah diri bahawa di DUN Gurun itu adalah kawasan pengundi Melayu melebihi 57%. MUSTAHIL kamu menang kerana pengundi Cina.

Malah, sudah maklum bahawa dalam PRU-13, antara 90-95 peratus pengundi Cina memberi sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat.

Ambillah satu persatu, setiap kawasan DUN mahupun Parlimen, menangnya pemimpin MCA itu adalah kerana UNDI SOLID orang Melayu kepada BN. Sebab itu hampir semua kerusi yang dimenangi oleh MCA adalah kawasan majoriti pengundi Melayu.

Eloklah MCA keluar sahaja dari BN jika mereka rasa mereka sudah kuat.

Peringatan untuk pemimpin UMNO supaya mana-mana kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu, untuk PRU-14, JANGAN lagi letak calon MCA. Mereka tidak sanjungi ehsan kita.

Baca juga:

 

Apa lagi yang hendak dirumuskan? Masih adakah orang Islam di Tanah Air ini yang mahu bersekongkol dan menaruh harapan dengan orang yang memusuhi kedaulatan Islam?

JELAS teramat sangat.

Kenyataan Guan Eng semalam “Tidak lama lagi, kita akan lihat negara amalkan dua sistem (undang-undang)” selepas membantah pembentangan usul persendirian “cadangan pindaan Akta 355” oleh Presiden PAS, TG Hadi Awang, di Parlimen semalam. Sebenarnya MEMANG sekarang ini kita sudah pun ada dua sistem – mahkamah sivil dan mahkamah syariah.

DAP benci usul Akta355

Kenapa LGE sangat benci usul yang dibentang? Apa sebenarnya isu berkenaan usul tersebut? Mari kita permudahkan untuk faham isu tersebut.

  1. Akta 355 adalah sebuah akta yang mana bidangkuasa Mahkamah Jenayah Syariah ditetapkan. Pada masa ini, Akta 355 menetapkan hukuman bagi mana-mana kesalahan di bawah bidangkuasa mahkamah Syariah dihadkan hanya kepada 3 tahun penjara, RM5,000 denda dan sebatan sebanyak 6 kali sahaja. Ini jauh sekali menepati panduan syarak.
  2. Maka Akta 355 harus dipinda – bagi membolehkan penetapan hukuman di atas bersesuaian dengan hukuman Islam.
  3. Persetujuan yang dicapai di kalangan pimpinan UMNO dan PAS dalam usaha untuk memperkasakan mahkamah syariah, antaranya ialah untuk mendaulatkan perlaksanaan hukuman hudud di Tanah Air kita. Maka pindaan kepada Akta 355 mampu untuk melaksanakan sebahagian hukuman hudud yang sudahpun terkandung dalam bidang mahkamah Syariah.
  4. Perlu difahami bahawa, usaha meminda Akta 355 hanya membolehkan hukuman hudud bagi kesalahan yang tertakluk di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah sahaja. Tidak termasuk mana-mana kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Sivil. Maka hukuman “potong tangan” untuk kesalahan mencuri itu belum boleh dilaksanakan kerana ianya di luar bidang Akta 355. Kita buat satu persatu – mana yang boleh dahulu.
  5. Untuk membolehkan pindaan ini diterima, undian dengan keputusan majoriti mudah sudah mencukupi. Yakni, 112 daripada jumlah 222 ahli Parlimen. Dan ahli Parlimen yang beragama Islam adalah lebih daripada angka tersebut. Namun, apakah ada nanti orang Islam yang tidak sokong usul TG Hadi Awang untuk mendaulatkan Islam di Tanah Air ini.

LGE kata bahawa PAS dan BN (UMNO) bergabung bawa hudud. Apa salahnya dua parti Islam-Melayu bergabung jika ianya HANYA untuk kepentingan orang Islam SAHAJA?

Apakah mereka mempunyai NIAT JAHAT yang tersembunyi?

Usul Akta355 - perlu112Kita mahu lihat perkembangan ini dengan penuh positif. Kita juga harapkan Presiden PKR, Wan Azizah, memikirkan kembali pendirian beliau yang lalu bahawa PKR akan tolak cadangan pindaan ini.

Pada peringkat awal cadangan pindaan ini dibuat (tahun lalu) apabila mendapati ahli Parlimen UMNO yang berjumlah 88 orang dan ahli Parlimen PAS seramai 21 orang (jumlah 109) itu belum mencukupi bilangan majoriti mudah 112, usaha telah dilakukan untuk mendapat sokongan dari kalangan ahli Parlimen Islam dalam PKR. Namun, Wan Azizah membuat kenyataan terbuka akan tolak usul tersebut.

Kemudian, PAS bergolak. Rupa-rupanya, ada spesis “mangga harum manis”, kulit hijau tetapi isinya warna oren. Maka keluarlah mereka dari parti PAS setelah gagal merampas kepimpinan PAS dalam muktamar tahun lepas. Asal kekurangan hanya 3 undi tersebut menjadi lebih parah akibat mereka yang telah keluar PAS dan tubuh parti kuali leper, nampak dari awal lagi seolah-olah menolak usul pindaan Akta 355.

Begitulah parahnya perpecahan dalam politik di kalangan orang Melayu Islam sendiri.

Baca juga:

Sebelum ini kita dengar orang Islam tidak boleh berpuasa di China. Sesiapa yang didapati berpuasa ada yang dipaksa berbuka.

Ada laporan lain menyebut bahawa wanita Islam di China dilarang memakai burqa.

Terbaru, bacaan Quran dan pengajaran Al Quran diharamkan di tadika di Negara China.

Bayangkan jika merekalah yang perintah Negara kita nanti!

China-banQuraninNursery

petikan berita dari Independent-UK

Chinese nursery schools ban religion after little girl recites Quran

The government reiterated rules strictly forbidding the presence of religion in public schools

A Chinese province with a large Muslim population has banned religion in nursery schools after a video of a little girl reciting the Quran was posted online.

The government in the northwestern province of Gansu reiterated the fiercely secular communist government’s rules forbidding the presence of religion in public schools.

It said the country’s constitution and education laws protect children.

“This video has drawn a gasp from the public, as many people are infuriated,” a statement from the education authority said.

“The Education Department of Gansu province strongly condemns the act that harms the mental health of the youth, and demands education agencies of all levels to stop it resolutely and strictly bans religion from campuses.”

The video shows the young girl wearing a black Muslim head covering and reciting verses from the Quran as her classmates look on.

Gansu is home to around 1.6 billion Muslims, the third largest population of Muslims in China’s provinces and regions, behind Xinjiang and Ningxia.

Last year, China approved a ban on women wearing the burqa in public in northwest Xinjiang.

Later in the year, Muslim party members, civil servants, students and teachers were told not to fast during the Muslim holy month of Ramadan.

China also enforces strict restrictions on religious participation by young people outside of school, particularly in its culturally distinct western regions, where Islam and Tibetan Buddhism are widely practiced.

The government is especially wary of what it sees as the use of religion to promote a non-Chinese cultural identity or independence for Tibet and the northwestern region of Xinjiang.

Segala pujian ke hadrat Allah S.W.T. kerana Tanah Air yang kita sama-sama huni ini BUKAN Negara Sekular. Alhamdulillah, dari awal pembentukan Persekutuan Tanah Melayu ini, perkara yang amat penting telah terpahat dalam Perlembangaan Persekutuan.

Perkara 3 Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan adalah BUKTI Tanah Air kita menyanggahi prinsip asas Sekularisme apabila ianya menetapkan bahawa negara kita adalah sebuah Negara Islam.

Bayangkan jika Malaysia menjadi Negara sekular. Para ustaz/Ustazah tidak lagi ada kerja di bawah Kementerian Pendidikan. Para imam dan bilal terpaksa mengharapkan derma kita semua untuk membayar gaji mereka. Anak-anak kita tidak lagi dapat belajar agama Islam di sekolah-sekolah.

Ini yang telah berlaku di Negara China. Baca petikan berita di bawah. Mujurlah “mereka ini” tidak perintah Negara kita. BAYANGkan apa terjadi!

China-banQuraninNursery

Baca lanjut:

Tidak mudah untuk menganjur sesuatu program penerangan yang mampu memberi manfaat untuk orang ramai yang datang membawa balik maklumat-maklumat untuk dipanjangkan kepada kaum keluarga, kenalan dan sahabat handai. Pelbagai cabaran dihadapi oleh penganjur  – untuk dapatkan peserta, hendak sediakan makanan yang mencukupi dan tidak membazir berlebihan, bahan-bahan yang hendak diedarkan, tempat, persiapan tempat, kemudahan-kemudahan yang ada dan panjang lagi senarainya. Penat lelah janganlah dikira. Ramai yang siang malam membuat persiapan ini tidak kenal penat lelah.

TETAPI, apabila tiba masanya, selepas mendaftar, sesetengah peserta yang datang tidak pula mahu masuk dewan tetapi menghabiskan masa bersembang di luar langsung tidak peduli apa yang berlaku di dalam dewan. Yang berada di dalam dewan pun ada yang asyik bercakap-cakap mengganggu rakan sebelah yang ingin memberi tumpuan kepada majlis.

Ada pula yang asyik bermain telefon dan terus lena, sekadar sesekali terjaga mendengar penceramah berkongsikan sesuatu jenaka.

Sikap pesertaYang agak “kejam” ialah apabila ada yang datang kerana rasa terpaksa, atau sekadar mengisi nama untuk pendaftaran (mungkin memenuhi keperluan jawatan yang disandang), ambil bahan dan BALIK. Apakah tujuan mereka datang jika sekadar menghabiskan bahan edaran yang sepatutnya diberi kepada mereka yang betul-betul serious datang untuk mendengar?

Mereka yang berpelakuan sebegini sungguh memalukan. Tidak kira apa latar belakang pendidikan mereka, jawatan yang mereka pengang hatta gelaran anugerah yang mereka ada, mereka ini mempunyai sikap yang sungguh bermasalah. Dari pengamatan saya … mereka inilah yang selalunya bercakap tentang orang ini salah, orang itu tidak betul. Dia sahaja yang betul. Tetapi sikapnya sendiri mengambarkan keperibadian mereka.

Dalam banyak majlis dan program yang saya dijemput untuk kongsikan pembentangan, saya sering meneliti keadaan hadirin samada di dalam mahupun di luar dewan, sebelum tiba giliran saya untuk naik ke rostrum. Ada yang saya rakam dan ada juga saya siar sebahagian gambar yang saya rakam untuk ditayangkan kepada hadirin lain yang lebih tekun mendengar setiap pembentang.

Tujuan saya tayangkan gambar-gambar tersebut ialah bagi menceritakan kepada para peserta yang memberi tumpuan sepenuh minat dalam pelbagai pembentangan, bahawa ada di kalangan rakan mereka yang mempunyai sikap TIDAK KISAH. Pada masa para hadirin yang tekun dengan apa yang dikongsikan oleh penceramah serta terusik perasaan bimbang dan risau dengan pelbagai ancaman terhadap umat,  terhadap kaum keluarga mereka sendiri, ada pula rakan-rakan mereka yang TIDAK PEDULI LANGSUNG.

Pembelanjaan tetap terpaksa ditangguh penganjur. Mereka yang lari balik inilah kebanyakannya yang disebut oleh orang Melayu tentang “tin kosong”. Mereka inilah selalu cakap berdegar-degar di luar.

Memandangkan senarai “friends” dalam FB saya sudah hampir mencapai hadnya, dan masih banyak “friend request” yang belum sempat saya “confirm request”, maka saya terpaksa membuka satu “page” yang asing ini khusus untuk memenuhi permintaan sahabat-sahabat sekalian yang ingin mengikuti tulisan saya di blog akarimomar.wordpress.com ini.

Tujuan mengadakan “page” khusus ini bukanlah untuk mencari populariti tetapi HANYALAH sekadar memenuhi permintaan mereka yang berminat untuk terus mengikuti tulisan saya.

Sila LIKE jika sudi http://www.facebook.com/akarimomarpage/

Saya tidak mahu percakaran dan perbahasan yang bertelingkahan daripada para pengunjung di dalam “page” ini. Ianya disediakan untuk mereka yang sama fikrah (like-minded) sahaja. Kalau sengaja mahu bergaduh dan hendak cari pasal … sila lakukan di tempat lain.

Terima kasih kepada para sahabat yang sentiasa memberi sokongan.

Tersebar video berdurasi 0:59 minit ceramah DAP seorang Cina yang berkempen untuk orang Cina undi calon Melayu yang bernama Aziz untuk DUN Batu Kitang di Kuching.

Di bawah video tercatat sarikata terjemahan dalam bahasa Melayu  ceramah dalam bahasa Cina, yang saya sendiri pun tidak faham tanpa terjemahannya.

Dari terjemahan tersebut jelas bahawa Aziz sebagai calon Melayu yang DAP gunakan supaya Aziz, apabila menang nanti untuk “skrew” orang Melayu sendiri. Ternyata bahawa membaruakan calon Melayu hanya semata-mata “wayang” sahaja.

Berikut adalah petikan dari sarikata dalam video tersebut:

  • Kita mesti bagi Aziz menang di Batu Kitang
  • Aziz mungkin jadi ADUN Melayu pertama DAP di Sarawak
  • Mungkin akhirnya selepas 36 tahun, DAP akan ada ADUN Melayu di Sarawak
  • Supaya Aziz boleh “SKREW” puak Melayu sendiri …
  • “SKREW” Melayu korup sendiri
  • “SKREW” POK KAI puak Melayu sendiri
  • Ini akan jadi wayang terbaik yang patut kita tengok, setuju tak?

Aziz diletakkan di kawasan majoriti pengundi Cina (60%). Semata-mata mahu memastikan ada seorang Melayu menang untuk DAP. Kawasan itu hanya 20% pengundi Melayu. Tetapi DAP letakkan Melayu untuk mudah diwayangkan. Kalau di kawasan Melayu sudah pasti Melayu tidak sokong dan sukarlah untuk diwayangkan.

AzizBarua-CinaDAP-Sarawak

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

May 2016
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid