You are currently browsing the monthly archive for December 2010.

dipetik dari: http://drasmadinet.blogspot.com

Oleh: Dr Asmadi Mohamed Naim
Universiti Utara Malaysia

Saya membaca pertentangan pandangan Dr Juanda Jaya dan Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan keharusan melantik orang bukan Islam sebagai Peguam Syar’ie. Pertentangan ini berlaku mungkin di atas sifatnya isu ini Rasulullah SAW tidak menyebut kata-kata yang tepat sebegini: “Jangan kamu melantik peguam Syari’e dari golongan kafir!”. Lantas, atas alasan ini, menurut Dr Juanda, isu larangan ini tidak ada nas al-Quran untuk melarangnya kerana peguam Syar’ie lebih bersifat ‘kontrak wakalah’ sebagaimana dalam perceraian dan jual beli. Lebih-lebih lagi, dalam kes cerai, seseorang boleh melantik seorang kafir untuk menceraikan isterinya sebagaimana pandangan kebanyakkan ulama.

Justeru, Dr Juanda lebih mengkiaskan urusan Guaman Syar’ie kepada urusan jual beli dan urusan cerai di atas nama urusan keduaniaan sesama manusia. Benarkah begitu? Mungkin beliau berpegang teguh kepada pembahagian yang selalu beliau pakai: “Pertambahan dalam ibadah bid’ah dilarang, dalam kehidupan dibolehkan”. Pada saya, inilah bahayanya pembahagian umum sebegini. Pembahagian ulama-ulama silam bahawa bid’ah terbahagi kepada lima hukum adalah lebih selamat sebagaimana disebut oleh al-Imam al-Izz bin Abd al-Salam.

Hukum nikah kahwin ialah urusan sesama manusia yang ada suruhan Syarak, maka hukum asalnya ialah haram. Maka tidak boleh dikatakan ada ikatan atau hubungan, sehinggalah ada bukti ikatan perkahwinan berlaku, maka perlu kepada saksi dan wakil beragama Islam. Namun perceraian, hukum asalnya ialah mudah dilakukan berdasarkan hadis, tiga perkara betul-betul padanya adalah betul, main-main melafazkannya juga dikira betul (sah). Atas alasan itu ulama membenarkan wakil orang kafir kerana Syarak menetapkan mudah jatuhnya perceraian walaupun secara main-main.

Sebaliknya, persoalan kehakiman ialah persoalan urusan sesama manusia yang juga ada panduan Syarak. Namun hukum asal pada persoalan kehakiman ialah ‘tathabbut’ (mendapatkan kepastian dan keadilan), bukannya seperti ‘jual beli’ yang lebih kepada kelonggaran dan keharusan!

Sebab itu, mengkiaskan urusan guaman Syar’ie kepada Nabi Muhammad SAW pernah bermuamalah (berurusniaga) dengan menggadaikan baju besinya kepada seorang Yahudi, adalah kiasan yang salah. Mana mungkin, urusan jual beli dikiaskan dengan urusan mahkamah.

Terdapat beberapa hujah yang Dr Juanda mengkiaskan isu ini dengan suatu suasana pemerintahan yang bukan sepenuhnya mengikut kehendak Syara’ dan dalam keadaan umat Islam lemah, lalu dijadikan hujah untuk membenarkan Peguam Syar’ie, walhal kita ada kekuatan untuk mempertahankan urusan guaman Syari’ie supaya berada dalam ‘haimanah’ (penguasaan) umat Islam. Malangnya Dr Juanda menutup pemikirannya pada persoalan ini. Walhal mengekalkan ‘haimanah’ ini adalah tidak salah di sudut Syarak. Di sinilah kebijaksanaan ahli-ahli lain Majlis Fatwa Kebangsaan yang lain apabila tidak membicara isu haimanah secara terbuka kerana ia mengundang isu sensitif.

Demikian juga, beliau mengkiaskan isu ini dengan perlaksanaan di sebuah negara Sosialis iaitu Mesir. Saya sedikit kehairanan dan ingin tahu semenjak bila pula ulama-ulama Azhar berperanan menggubal undang-undang di Negara tersebut? Seorang tokoh iaitu al-Sanhuri berhijrah dari undang-undang sekular negaranya ke arah fiqh Islam.

Namun begitu, perlu diingat, larangan ini tidak bermaksud orang-orang bukan Islam tidak boleh menuntut haknya dengan menggunakan peguam Muslim. Kebenaran wajib ditegakkan walaupun kepada orang-orang bukan Islam. Ini disokong oleh kisah yang disebutkan beliau bahawa Saidina Ali bin Abu Talib RA pernah bertelingkah di mahkamah kerana urusan baju besinya dengan seorang Yahudi?

Namun ia bukannya dalil boleh melantik peguam Syar’ie di kalangan orang Bukan Islam. Sebaliknya ini adalah dalil setiap orang Bukan Islam berhak mempertahankan diri. Persoalannya, bolehkah menggunakan dalil ini untuk membenarkan perlantikan Peguam Syar’ie Bukan Islam, kemudiannya orang Islam akan melantiknya? Adakah Dr Juanda akan pasti, kita boleh juga menggubal undang-undang melarang orang Islam melantik Peguam Syar’ie yang Bukan Islam. Pasti semakin menampakkan prejudis!

Seharusnya, kita tidak mempunyai masalah mengistinbat hukum sekiranya tidak ada kata-kata yang betul-betul menyebut persoalan ‘peguam syar’ie’. Inilah masalahnya bila kita menyempitkan pengeluaran hukum kepada al-Quran dan sunnah, walhal ulama-ulama silam telah menggariskan banyak cara untuk mengeluarkan hukum supaya bertepatan dengan ruh Syarak. Hujjah dan dalil dlm Syariah Islam bukan hanya al-Quran & sunnah. Di situnya keperluan kembali kpd ijma’, qiyas (bukan qiyas ma’a al-fariq), qaul sahabi dan lain-lain dengan juga melihat ‘kesan-kesan tindakan’ kpd fatwa (ma alat al-af’al).

Bila seseorang hanya mengkhususkan sumber hukum pd al-Quran & sunnah, bila tiada ‘nas’, mereka akan menggelabah menggunakan akal dengan alasan tiada ‘nas’. Akhirnya, dalam banyak perkara kita menggunakan akal dan tidak berpegang kepada ruh Syariah.

Sepatutnya isu-isu bidang kehakiman dikiaskan dengan isu-isu berkaitan kehakiman seperti kelayakan hakim, saksi, penulis kes dan penterjemah perbicaraan, bukan dikiaskan dengan isu-isu jual beli. Tidak sepatutnya peguam Syar’ie dikiaskan dengan wakil jualan di Tesco dan Giant kerana hukum asal jual beli adalah harus, tapi hukum asal dalam kehakiman adalah tathabbut (mendapatkan kepastian), dan hukum asal pada al-abda’ (kemaluan/nikah kahwin) adalah haram.

Alangkah baiknya sekiranya Dr Juanda dan JAKIM menghalusi persoalan ini dengan mengkiaskan dengan persoalan al-Katib (penulis perbicaraan) dan al-Mutarjim(penterjemah) dalam menentukan keperluan kepada beragama Islam. Adalah tidak sesuai mengkiaskan persoalan kehakiman ini kepada urusan jual-beli.

Saya memetik kata-kata Ibn Qudamah (sebab Dr Juanda memetik kata-katanya) mengenai al-katib: “Tidak boleh seorang bukan Islam menjadi penulis di sisi Hakim kerana apa yang dibuat oleh Hakim adalah dari urusan agama, mereka (Bukan Islam) kebiasaannya mengkianati umat Islam dalam urusan agama dan membawa kefasadan, demikian juga Penulis kepada Hakim ini dimuliakan di kalangan manusia, maka kita dilarang memuliakan mereka”.

Jadi, ada dua isu iaitu urusan kehakiman juga adalah urusan agama dan memuliakan mereka dengan jawatan yang mulia ini. Peguam Syar’ie mulia sifatnya. Tidak membenarkan mereka menjadi ‘Penulis’, bukan bererti kita mahu menzalimi mereka dalam urusan kehakiman.

Lihat pula, kata-kata al-Imam Malik berkaitan dengan kelayakan Penterjemah (al-Mutarjim) dalam Tabsirah al-Hukkam: “Maka hendaklah menterjemahkannya seorang Muslim yang boleh dipercayai, kalau dua orang, adalah lebih baik”.

Akhirnya, akal yang terbuka sememangnya berpegang Peguam Syar’ie dan Penterjemah adalah insan yang mulia. Mana mungkin kita samakan Peguam Syar’ie dengan wakil-wakil urusan jualbeli macam di Tesco, Giant atau syarikat MLM lain. Wallahu Ta’ala a’lam. Semoga Allah SWT memberikan kita hidayah dan taufiq sebagai pemegang amanah ilmu di bumi Allah ini.

– satu ulasan yang komprehensif … sukar untuk percaya kalau ada orang yang masih ingin menegakkan benang yang basah. Wassalam Karim

************

Posting sebelum berhubung topik yang sama:

Apakah ada garis panduan spesifikasi plat nombor pendaftaran kenderaan? Mungkin ada di kalangan kita yang tidak tahu bahawa sememangnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ada mengeluarkan garis panduan spesifikasi bagi plat nombor pendaftaran kenderaan bermotor.

Semasa terlibat dengan satu projek penswastaan JPJ satu ketika dahulu, sememangnya garis panduan ini dikaji dengan teliti bagi mengusulkan cadangan tersebut. Dan garis panduan ini bukan suatu yang baru. Tidak berapa ketika dahulu kerap kita dengar JPJ menjalankan operasi menahan kenderaan yang tidak mengikuti spesifikasi begini.

Bagi orang awam, kita boleh mengakses maklumat ini dengan secara online laman sesawang JPJ.

Bagi memudahkan pembaca, saya perturunkan di sini maklumat yang boleh dimanafaatkan bersama. Maklumat ini adalah yang dikemaskini JPJ pada 15 Januari 2010.

Terdapat tiga (3) bentuk plat nombor pendaftaran kenderaan yang dibenarkan, iaitu:

  1. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai hitam.
  2. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan , PBB dan International Natural Rubber Association.
  3. Huruf dan nombor berwarna hitam yang di’embossed’ atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.

Spesifikasi (font, ukuran huruf dan jarak) untuk pelbagai plat yang diluluskan adalah seperti berikut:

a. Untuk kereta/van biasa (Semenanjung Malaysia):
b. Untuk kereta/van (Sarawak):

c. Untuk kereta/van (Sabah):

d. Untuk motosikal biasa (belakang):

Untuk pendaftaran khas mengikut jenama kenderaan pula:

e. Proton:

f. Proton Putra:

g. Proton Satria

h. Proton Waja:

i. Proton Tiara:

j. Perodua

k. Motosikal Kriss:

l. Motosikal Jaguh

m. Sukom:

n. Putrajaya:

Apakah anda pernah pastikan agar plat nombor anda menepati apa yang disenaraikan di atas? Jika belum, eloklah diperbetulkan sebelum ditahan oleh penguatkuasa JPJ.

Namun demikian bagaimana pula dengan plat nombor kenderaan berikut yang dirakam di pelbagai lokasi yang JELAS tidak mengikuti mana-mana garis panduan di atas?

.

.

.

.

.

.

.

Banyak lagi gambar yang telah diambil … entah dalam komputer mana ianya tersimpan …

Ketika hendak ke kenduri di rumah seorang sahabat lama di Bukit Tok Beng tengah hari tadi kami melalui Jalan Sultan Mohamad untuk beluk ke kanan ke Jalan Sultan Mizan. Sebelum membeluk ke kanan untuk mengguna jambatan bagi melintasi Sungai Terengganu kami terpaksa berhenti di persimpangan itu kerana lampu isyarat telah pun mula bertukar ke warna merah.

Hampir pasti saya telah memberhentikan kenderaan saya untuk tidak kurang 5 saat dan sebelum memberhentikan kenderaan saya sememangnya lampu sudah pun merah, sebuah kereta Mercedes Benz warna merah pekat model CLS350 dengan no. pendaftaran TN1x (x – itu perlu dirahsiakan dulu – sebab saya tidak begitu pasti siapa dia sebenarnya – nantikan kena saman sivil tak pasal-apsal pulak!!! zaman orang gemar saman-menyaman!) melintasi sebelah kiri saya di persimpangan itu dengan dipandu laju berjalan terus melepasi persimpangan Jalan Sultan Mohamad/Jalan Sultan Mizan menghala ke jalan KB (Kota Bharu/Kuala Berang).

Hairan saya.

Apakah dengan memandu kereta mewah seseorang boleh melanggar undang-undang? Apakah seseorang itu apabila mempunyai kedudukan dia boleh mengatasi undang-undang atau mengoyakkan sahaja saman yang dia terima atau tidak ada anggota polis yang berani menyaman orang-orang BESAR seperti pemandu tersebut?

Apakah ini contoh terbaik bagi pemandu tersebut dalam pada kerajaan berbelanja pelbagi cara untuk kempen keselamatan jalanraya?

Lebih lagi hairan saya jikalah pemandu ini seorang pegawai tinggi kerajaan atau orang yang berstatus dalam kerajaan.

Peristiwa ini berlaku jam 12:14 tengah hari, 25 Disember 2010. Dan semasa di persimpangan sebelum itu – ternampak wajah pemandunya … terasa macam cam rupanya … cuma oleh kerana saya pulang ke KT sekali sekala sahaja dan tidak begitu kenal nombor-nombor kenderaan orang-orang di sini maka tidaklah berani saya katakan secara pasti siapa pemandu kenderaan tersebut.

Wassalam.

dipetik dari Laman http://drasmadinet.blogspot.com/


[komentar di atas topik yang sama sebelum ini ialah – https://akarimomar.wordpress.com/2010/12/22/isu-non-muslim-menjadi-peguam-syarie/]

Tiada nas atau Dr Juanda tidak menjumpai nasnnya? Atau Dr Juanda tidak menjumpai syarahan ulama silam terhadap dalil-dalil yang berkaitan isu ini? Saya coretkan ulasan saya terhadap pandangannya dalam tulisan condong/italic. Selamat membaca.

Artikel aslinya ada di website di bawah. http://malaysiakini.com/news/151256

TIADA NAS LARANG NON-MUSLIM JADI PEGUAM SYARIE

Dr Juanda Jaya

Saya ingin mengulas isu ini bagi memenuhi amanah ilmiah dan ketelusan dalam menjelaskan fakta sebenar yang saya ketahui. Ia bukan bertujuan subjudis, tetapi lebih kepada penjelasan fakta ilmiah dan keadaan yang berlaku yang saya turut hadir.

Saya hadir Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-92 di Melaka baru-baru ini. Apa yang saya ketahui bukan semua ahli bersetuju untuk menyatakan secara tuntas agar non-Muslim dihalang daripada menjadi peguam syarie.

Jelasnya, dakwaan bahawa Muzakarah Fatwa Kebangsaan mencapai keputusan sebulat suara dalam hal ini adalah tidak berlaku sama sekali.

Yang berlaku adalah sebahagian ahli muzakarah, termasuk saya, mahukan agar perkara ini diperhalusi dengan lebih mendalam menurut nas al-Quran dan al-Sunnah. Ia adalah keputusan premature (pramatang).

Saya juga mahukan agar kertas ini dihalusi di peringkat fatwa negeri-negeri. Kertas yang disediakan oleh Panel Kajian Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) didapati tidak mantap dan tidak mempunyai asas yang kukuh daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Dalil yang digunakan adalah tidak tepat pada isunya

Kertas Panel JAKIM itu hanya menumpukan tentang nas ayat-ayat walayah (kepimpinan) yang melarang Muslim menjadikan non-Muslim sebagai wali atau pembantu dan penolong dalam urusan mereka, sedangkan saya dan beberapa ahli lain berpandangan, hal ini berkaitan soal wakalah (perwakilan), bukannya urusan walayah (kepimpinan).

Isu perwakilan, bukan kepimpinan

Kalaulah ayat walayah (kepimpinan) digunakan dalam hal ini, maka akan berlaku kacau-bilau urusan kenegaraan di Malaysia. Pemikiran ala-Taliban dan ekstrim seperti ini tidak wajar wujud di Malaysia.

(Dr Asmadi: Ini bukan teknik ilmiah dalam berhujah. Bila berlawanan pendapat, menuduh ala-Taliban dan ekstrim. Tidak sepatutnya Mufti keluarkan perkataan ini. Ini susah jadi mufti kalau tak cermat).

Akan timbul kelak persoalan, apakah sah lantikan para menteri bukan Islam bagi membantu menguruskan orang Islam, apakah sah para ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah jabatan dan agensi kerajaan dilantik dari kalangan non-Muslim?

Sudah tentu kekecohan akan berlaku. Dan kekecohan ini akan bermula dengan perkara kecil seperti soal wakalah non-Muslim untuk menjadi peguam bagi urusan orang Islam.

(Dr Asmadi: Dr Juanda mengkiaskan isu ini dengan suatu suasana pemerintahan yang bukan sepenuhnya mengikut kehendak Syara’ dan dalam keadaan umat Islam lemah, lalu dijadikan hujah untuk membenarkan Peguam Syar’ie, walhal kita ada kekuatan untuk mempertahankan urusan guaman Syari’ie supaya berada dalam ‘haimanah’ (penguasaan) umat Islam. Malangnya Dr Juanda menutup pemikirannya pada persoalan ini).

Bahkan menurut pandangan Mazhab al-Syafie sendiri yang menjadi mazhab rasmi Malaysia, menerusi pandangan ulama dan kitab yang sentiasa menjadi rujukan ulama di Malaysia, al-Imam al-Sharbini dalam kitab Mughni al-Muhtaj menyatakan bahawa seorang lelaki Muslim boleh mewakilkan seorang kafir dalam urusan menceraikan isterinya yang Muslimah.

Hal yang sama turut disebut oleh para ulama lain seperti al-Dasuqi dari kalangan mazhab Maliki dan Ibnu Qudamah dari kalangan ulama mazhab Hanbali.

Ulama mazhab Hanafi lebih terbuka dalam hal ini. Inilah pandangan sebenar jumhur (majoriti) ulama dalam hal ini. Hanya mazhab Syiah yang tidak membenarkan.

Urusan wakalah guaman adalah termasuk urusan keduniaan sesama manusia. Sikap Islam dalam urusan sesama manusia adalah amat terbuka dan toleransi, kerana ia bukan soal akidah dan ibadah.

(Dr Asmadi: Dr Juanda lebih mengkiaskan urusan Guaman Syar’ie kepada urusan jual beli atau wakil lafaz cerai. Di atas nama urusan keduaniaan sesama manusia. Benarkah begitu? Dia terpengaruh dengan pembahagian yang selalu dia pakai: Pertambahan dalam ibadah bid’ah, sdalam kehidupan dibolehkan. Inilah bahayanya pembahagian umum sebegini. Pembahagian ulama-ulama silam bahawa bid’ah terbahagi kepada 5 hukum adalah lebih selamat yang menunjukkan bid’ah ada juga yang terlarang dalam persoalan bukan ibadah.


Hukum nikah kahwin ialah urusan sesama manusia yang ada suruhan Syarak, maka hukum asalnya ialah haram. Maka tidak boleh dikatakan ada ikatan, sehinggalah ada bukti ikatan perkahwinan berlaku, maka perlu kepada saksi Muslim. Tapi perceraian, hukum asalnya ialah dipermudahkan berdasarkan hadis, 3 perkara betul-betul padanya adalah betul, main-main melafazkannya juga dikira betul (sah). Atas alasan itu ulama membenarkan wakil orang kafir kerana Syarak melonggarkan persoalan perceraian!

Sebaliknya, persoalan kehakiman ialah persoalan urusan sesame manusia yang juga ada panduan Syarak. Namun hukum asal pada persoalan kehakiman ialah ‘tathabbut’ (mendapatkan kepastian dan keadilan), bukannya seperti ‘jual beli’ yang lebih kepada kelonggaran dan keharusan!)

Undang-undang Mesir

Oleh itu, Ibnu Qudamah dalam al-Mughni menyatakan bahawa ‘ammah Ahli al-‘Ilm (keseluruhan ulama) menyatakan boleh dan sah orang kafir menjadi wakil orang Islam dalam urusan sesama manusia kecuali dalam beberapa masalah wasiat dan wakaf. Hal seperti ini yang sepatutnya diperincikan.

(Dr Asmadi: Kena perincikan pandangan Ibn Qudamah ini. Dr Juanda tidak boleh menggunakan tag ‘urusan dunia’ yang Ibn Qudamah guna tu untuk menghalalkan pandangannya)

Undang-undang mahkamah di Mesir memberikan kebenaran kepada non-Muslim menjadi wakil mereka dalam urusan guaman di mahkamah.

Pasti juga para ulama al-Azhar di sana melihat nas dan pandangan ulama yang dinyatakan tadi demi kerukunan dalam hidup bernegara di antara Muslim dan non-Muslim.

(Dr Asmadi: Sejak bila undang-undang Mesir mengikut Syarak? Yang kita tahu mereka berfahaman sosialis. Sejak bila pula ulama-ulama Azhar berperanan menggubal undang-undang Mesir? Sebab itu al-Sanhuri boleh berhijrah ke alam Fiqh Islam menggunakan teori kehakiman sekular yang ia miliki. Kalau adapun pada masalah undang-undang keluarga).

Malaysia pernah digemparkan suatu ketika dahulu masalah perebutan jenazah yang dipertikaikan status keislamannya di Mahkamah Syariah dan mahkamah sivil.

Muncul suara pada ketika itu membenarkan non-Muslim memfailkan di Mahkamah Syariah tuntutan mereka yang ingin mendapatkan jenazah saudara mereka yang didakwa sebagai masih kekal dalam agama asal mereka.

Kita menarik nafas lega dengan wujud sedikit keterbukaan mahu membenarkan non-Muslim menuntut keadilan bagi diri mereka di Mahkamah Syariah pada waktu itu. Keterbukaan seperti ini wajar dikembangkan.

Syariat Islam menawarkan keadilan kepada semua pihak. Inilah keindahan dakwah Islam yang menjanjikan rahmat untuk semua manusia dan ia bukan untuk dibolot oleh satu golongan sahaja.

(Dr Asmadi: Ya, kita setuju bahawa orang Non-Muslim boleh menuntut haknya dengan menggunakan peguam Muslim).

Sangkaan timbul hasil prejudis

Bukankah Nabi Muhammad SAW pernah bermuamalah (berurusniaga) dengan menggadaikan baju besinya kepada seorang Yahudi? Bukankah Ali bin Abu Talib RA pernah bertelingkah di mahkamah kerana urusan baju besinya dengan seorang Yahudi?

Yahudi itu dibenarkan untuk membela dirinya di Mahkamah Islam pada waktu itu sehingga Ali bin Abu Talib RA kalah kepada Yahudi itu dalam soal tuntutan mereka.

Bukankah ini suatu bentuk guaman dan pembelaan diri bagi mendapatkan keadilan di mahkamah Islam yang memberikan hak kepada semua golongan?

(Dr Asmadi: Ini bukan dalil boleh melantik peguam Syar’ie di kalangan orang Non-Muslim. Sebaliknya ini adalah dalil setiap orang Non-Muslim berhak mempertahankan diri. Persoalannya, bolehkah menggunakan dalil ini untuk membenarkan perlantikan Peguam Syar’ie Non-Muslim, kemudiannya orang Islam akan melantiknya? Adakah Dr Juanda akan pasti, kita boleh juga menggubal undang-undang melarang orang Islam melantik Peguam Syar’ie yang Non-Muslim. Pasti semakin menampakkan prejudis!)

Jelasnya, tidak ada nas yang sarih (jelas) lagi sahih melarang non-Muslim menjadi peguam syarie bagi mengendalikan urusan orang Islam dan bukan Islam di mahkamah Islam. Segala sangkaan dan anggapan akan berlaku kemudaratan adalah timbul hasil sikap prejudis dan mahu menindas golongan bukan Islam.

(Dr Asmadi: Inilah masalahnya bila kita menyempitkan istinbat hukum kepada al-Quran dan sunnah, walhal ulama-ulama silam telah menggariskan banyak cara untuk mengeluarkan hukum supaya bertepatan dengan ruh Syarak. Hujjah dan dalil dalam Syariah Islam bukan hanya al-Quran & sunnah. Di situnya keperluan kembali kepada ijma’, qiyas (bukan qiyas ma’a al-fariq), qaul sahabi dan lain-lain dengan juga melihat ‘kesan-kesan tindakan’ kepada fatwa (ma alat al-af’al).

Bila seseorang hanya mengkhususkan sumber hukum pd al-Quran & sunnah, bila tiada ‘nas’, mereka akan menggelabah menggunakan akal dengan alasan tiada ‘nas’. Akhirnya, dalam banyak perkara kita menggunakan akal dan tidak berpegang kepada ruh Syariah.

Sepatutnya isu-isu bidang kehakiman dikiaskan dengan isu-isu berkaitan hakim dan saksi, bukan dikiaskan dengan isu-isu jual beli. Sebab hukum asal jual beli adalah harus, tapi hukum asal dalam kehakiman adalah tathabbut (mendapatkan kepastian), hukum asal pada al-abda’ (kemaluan/nikah kahwin) adalah haram).

Anggapan boleh berlaku penghinaan kepada mahkamah dan non-Muslim tidak boleh dibicarakan adalah soal teknikal yang boleh diatasi dengan pindaan perundangan, atau diletakkan syarat dalam lesen guaman, atau penghakiman penghinaan itu dialihkan ke mahkamah lain yang boleh mengendalikannya.

(Dr Asmadi: Kata-kata Dr Juanda juga prejudis iaitu “Segala sangkaan dan anggapan akan berlaku kemudaratan adalah timbul hasil sikap prejudis dan mahu menindas golongan Non-Muslim”. Agak-agak siapa nak mengambil tindakan terhadap sikap prejudis Dr Juanda terhadap keputusan fatwa ni. Ada undang-undang, tapi kekadang kita tidak mampu mengambil tindakan kesemuanya. Alangkah baik, kaedah sadd al-zari’ah digunakan).

Kalaulah sistem yang ada didapati boleh menafikan keadilan itu, maka rujuklah kepada Islam yang sebenar yang menawarkan keadilan untuk semua.

Islam tidak silap! Yang silap adalah penafsiran manusia yang tidak mahu faham dan tidak mahu berkongsi rahmat keadilan Allah SWT untuk semua manusia.

(Dr Asmadi: Kepada Dr Juanda, bila kita tidak membenarkan orang Non-Muslim menjadi Peguam Syar’ie, bukan bermaksud kita mahu menindas mereka. Keadilan mesti ditegakkan walaupun untuk orang-orang bukan Islam.

Alangkah baiknya sekiranya Dr Juanda dan JAKIM menghalusi persoalan ini dengan mengkiaskan dengan persoalan al-Katib (penulis perbicaraan) dan al-Mutarjim (penterjemah) dalam menentukan keperluan kepada beragama Islam. Adalah tidak sesuai mengkiaskan persoalan kehakiman ini kepada urusan jual-beli.

Saya memetik kata-kata Ibn Qudamah (sebab Dr Juanda memetik kata-katanya) mengenai al-katib: “Tidak boleh seorang bukan Islam menjadi penulis (al-Katib) di sisi Hakim kerana apa yang dibuat oleh Hakim adalah dari urusan agama, mereka (Non-Muslim) kebiasaannya mengkianati umat Islam dalam urusan agama dan membawa kefasadan, demikian juga Penulis kepada Hakim ini dimuliakan di kalangan manusia, maka kita dilarang memuliakan mereka”. Jadi, ada dua isu iaitu urusan kehakiman juga adalah urusan agama dan memuliakan mereka dengan jawatan yang mulia ini. Peguam Syar’ie kan mulia sifatnya. Tidak membenarkan mereka menjadi Penulis, bukan bererti kita mahu menzalimi mereka dalam urusan kehakiman! Masalahnya ialah Dr Juanda hanya berpegang ibadah sahaja urusan agama kerana terlalu terpengaruh dengan pembahagian bid’ah!

Lihat pula, kata-kata al-Imam Malik berkaitan dengan kelayakan Penterjemah (al-Mutarjim) dalam kitab Tabsirah al-Hukkam: Maka hendaklah menterjemahkannya seorang Muslim yang boleh dipercayai, kalau dua orang, adalah lebih baik).

Jadi, mana lebih penting atau lebih mulia antara Peguam Syar’ie dan Penterjemah pada pandangan Dr Juanda? Atau Dr Juanda samakan Peguam Syar’ie dengan wakil-wakil urusan jualbeli macam di Tesco, Giant atau syarikat MLM lain.

Wallahu Ta’ala a’lam. Semoga Allah SWT memberikan kita hidayah dan taufiq sebagai pemegang amanah ilmu di bumi Allah ini. Dan semoga Allah SWT menyelamatkan umat dari kegelinciran orang-orang yang mengaku ulama).

Dr Juanda Jaya ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis. Beliau juga merupakan felo pelawat di Pusat Pengajian Islam di Universiti Oxford, United Kingdom.

dipetik dari http://www.ustazamin.com/

 

Baru-baru ini, Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-92 di Melaka bersetuju untuk menyatakan agar non-Muslim dihalang daripada menjadi peguam syarie.

Ada ahli muzakarah yang tidak bersetuju dengan hal ini, antaranya Mufti Perlis kemudiannya giat menulis mengenainya.

Saya rasa terpanggil untuk menulis perkara ini kerana saya salah seorang daripada pegamal undang-undang syarie di Malaysia dan saya ingin ulas perkara ini berdasarkan realiti perjalanan Mahkamah Syariah di Malaysia.

1. Perjalanan Mahkamah Syariah di Malaysia berlainan dengan perjalanan mahkamah negara lain. Pertamanya soal bidang kuasa mahkamah syariah yang kecil dan ia tidak mencakupi persoalan kehidupan yang lebih luas, ia hanyalah mencakupi bidang yang terlalu kecil iaitu perkara yang berkaitan dengan orang Islam sahaja, sama ada kekeluargaan mahupun jenayah Syariah. Sebagai contoh,  Jika dua orang di dapati berzina, seorang Islam dan seorang lagi kristian, hanya orang Islam sahaja yang akan dikenakan hukum di mahkamah syariah di Malaysia kerana mahkamah ini  tidak mempunyai bidang kuasa terhadap orang kafir.

Realiti ini berbeza dengan kes di zaman Rasullullah kerana bidang kuasa hukum Islam itu menjangkau soal kehidupan yang lebih luas sama ada kehidupan hingga kepada orang kafir seperti di dalam kes baju besi yahudi dan Saidina Ali.

Ia juga berbeza dengan negara Mesir yang bidang kuasa mahkamah itu lebih luas dari yang ada di Malaysia. Kita tidak boleh berhujjah dengan mendatangkan contoh pada dasar dan keadaan yang tidak sama.

2. Konsep dan etika Peguam Syarie di Malaysia bukan sebagai pembela seperti yang fahami oleh sesetengah pihak, tetapi peguam syarie adalah orang yang membantu mahkamah di dalam memutuskan sesuatu perkara. Ini kerana, hukuman yang akan dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Syariah bukan sahaja berkaitan dengan hak di dunia, tetapi tanggungannya hingga ke akhirat. Ini yang didoktrinkan pada kami Peguam Syarie terutama bagi yang mengambil Diploma In Law And Administation Of Islamic Judiciary (DAIJ) yang melayakkan seseorang itu menjadi peguam Syarie. Bagaimana orang yang tidak percaya pada Allah mahu berpegang kepada etika tanggungan hingga akhirat?

Sebab itu, bagi peguam Syarie yang benar-benar berpegang kepada etika ini, mereka tidak akan membela orang salah sekalipun tawaran pembayaran khidmat professional itu dibayar dengan berkali ganda.

Alangkan di kalangan orang Islam pun ada yang melupakan tanggungan akhirat ini, mahu diharapkan orang kafir berpegang padanya?

3. Selain itu, keputusan yang dibuat di Mahkamah Sivil tidak sama dengan Mahkamah Syariah. Mahkamah sivil, keputusan kes-kes terdahulu akan mengikat keputusan seorang hakim sedangkan di Mahkamah Syariah, keputusan kes terdahulu tidak mengikat. Jadi setiap keputusan adalah ijtihad bagi hakim, jadi peranan peguam Syarie adalah membantu hakim di dalam berijtihad, sudah tentu pembantu untuk ijtihad sesuatu hukum, orang yang juga mahir di dalam hukum itu dan sudah tentu jika berkaitan dengan syarak, orang itu mestilah muslim. Mana ada dalam sirah Rasullullah dan para sahabat yang mengambil pandangan orang kafir untuk mentafsir hukum Allah. Lihatlah ayat-ayat Allah yang melarang kita mengambil orang kafir sebagai pelindung, pembela pemimpin, teman rapat dan sebagainya.

Surah al-Ankabut ayat 41, surah al-Zumar ayat 3, surah al-Syura ayat 9, surah al-Mumtahinah ayat 1, surah Ali Imran ayat 28 dan puluhan ayat lagi.

4. Dasar hujjah yang digunakan di dalam penghujahan adalah berdasarkan dalil syarak. Jika kita teliti tuntutan, pembelaan dan sebagainya di Mahkamah Syariah, ia berdasarkan hujjah syarak. Bagaimana orang kafir yang tidak percaya kepada al-Quran dan hadis ini mampu berhujjah pada perkara yang mereka tidak faham. Jika atas tiket dakwah agar mereka masuk Islam, dahulukan cara lain untuk dakwah, jadikan mereka peguam pemerhati dan bukannya laluan untuk bergelanggang.

5. Membenarkan orang kafir menjadi peguam syarie bermakna membenarkan dan memberi pengiktirafan pada  mereka mengulas segala isu syariah. Bayangkan jika mereka akhirnya memberi ulasan bahawa hukum syarak sebenarnya memang tidak sesuai diamalkan. Walaupun tidak memberi apa-apa kesan pada enakmen, tetapi kita memberi pengiktirafan pada mereka untuk mengulas perjalanan hukum dan Mahkamah syariah mengikut pemahaman mereka, dan jika perkara ini terjadi, ia akan lebih mengelirukan. Akhirnya, apa yang tinggal pada umat Islam?… hanya melihat agamanya terus diperleceh tanpa mampu berbuat apa-apa di tanah airnya sendiri…

Bagi saya secara peribadi, di dalam realiti perjalanan Mahkamah Syariah di Malaysia, saya menyokong Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-92 di Melaka yang menyatakan agar non-Muslim dihalang daripada menjadi peguam syarie.

Non-Muslim boleh untuk menjadi peguam Syarie jika satu hari nanti, bidang kuasa Mahkamah Syariah diperluaskan hingga dapat mendengar dan membicarakan kes-kes yang menjangkau tuntutan hingga kepada orang bukan Islam dan di dalam bidang yang lebih luas lagi.

“Sekilas Mewarkan Peristiwa”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

16 Muharram 1431/ 22 Disember 2010 jam 2.30 pagi

Alhamdulillah, wacana tersebut berjalan baik dan mendapat sambutan dengan kehadiran seramai 500 peserta.

Baca resolusi di sini: Resolusi Wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah

Baca laporan lain di sini:

Setelah lebih setahun, nampaknya punca bumbung Stadium Sultan Mizan di Gong Badak Kuala Terengganu mungkin terjawab …

Dan mungkin MB Mat Said boleh nyanyi “we are not alone” … (chorus sahaja … kenalah versi Bahasa Melayu!)

Kalau dulu ada teori yang mengatakan Ultraman yang berlawan, rupanya tidak benar …

Tidak disangka di Terengganu ada salji!!!

Ini beritanya:

Snowfall causes Metrodome stadium roof collapse

December 13, 2010 1:30 PM

Heavy snowfall in the US has caused the inflatable roof on a stadium in Minneapolis to collapse.

Over the weekend, much of the midwest was hit by massive snowstorms with some areas receiving as much as 20 inches of snow in just one day.

And in Minneapolis – which got about 17 inches of snowfall – this weighed down the Teflon-coated fibreglass roof the Metrodome stadium.

Initially the snow caused the roof to collapse in on itself – before splitting open and flooding onto the football pitch.

dipetik dari: http://newslite.tv/2010/12/13/snowfall-causes-metrodome-stad.html

Astronomers consider it the best meteor shower of the year, with more than 100 meteors streaking through the night sky every hour.

CAPE CANAVERAL, Florida (AP) – Stay tuned for nature’s coming attraction.

The radiant (apparent source point) of the Geminid meteor shower is near Castor, the fainter of the Twin Stars in the constellation Gemini. You'll see this view if you face east at about 9 p.m. (The number of meteors is exaggerated.) Sky & Telescope illustration

Early next week, the Geminid meteor shower will make its annual appearance.

Astronomers consider it the best meteor shower of the year, with more than 100 meteors streaking through the night sky every hour.

The peak of the meteor shower will occur early Tuesday, between midnight and sunrise local time. The show will be best in the Northern Hemisphere, easily visible with the naked eye.

The Geminids are actually rocky celestial leftovers.

Every December, Earth passes through this stream of debris from 3200 Phaethon, once believed to be an asteroid and now considered an extinct – or iceless – comet.

The meteors, or shooting stars, can appear anywhere, but always seem to fall from the Gemini constellation, thus their name.

During the 2004 Geminid meteor shower, Alan Dyer caught a bright fireball with a tripod-mounted digital camera. He used a wide-field, 16-mm lens for a 1-minute exposure at f/2.8 with an ISO setting of 800. Expect to shoot a lot of frames before you get this lucky. Click image for larger view. Alan Dyer - http://www.skyandtelescope.com

Meteors occur when bits of particles enter the atmosphere and burn up, resembling incoming fireballs.

For those not willing to stay up late – or get up early – there should be a decent showing Monday once the sun sets. Actually, some meteors should be visible in the night sky from Dec. 12 to 16, as long as the sky is clear, according to NASA.

And consider it a warm-up for the total lunar eclipse coming the night of Dec. 20 and wee hours of Dec. 21, depending on your time zone.

It will be the only full lunar eclipse of the year and the entire event will be visible in North America, Central America, a bit of South America, Greenland and Iceland.

***********************

Bagi kita orang Islam, apabila melihat tahi bintang (meteor) sebegini maka kita membaca doa:


Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

December 2010
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid