You are currently browsing the monthly archive for July 2014.

Kadang-kadang susah kita hendak faham. Bila berkata yang haq itu maka disalahkan.

Kecoh kini Ustaz Shahul Hameed dikatakan menghina apabila menyebut patung berhala Hindu yang terjelir lidah.

Saya hanya sekadar mampu semak dalam internet. Patung berhala (perempuan) yang terjelir lidah itu dipanggil Kali. Dan dari kebanyakan carian, memang gambarnya lidah terjelir. Memang panjang pun terjelirnya. (saya tidak mahulah letak gambar-gambar berhala tersebut di blog ini) Kitakan ada doa khusus apabila setiap kali melintasi kuil/tokong/dan seumpamanya.

Sekadar memetik beberapa gambaran dari Wikipedia (http://en.wikipedia.org/wiki/Kali)

with gaping mouth, fearful with her tongue lolling out, having deep reddish eyes, filling the regions of the sky with her roars,

The drooping out-stuck tongue represents her blood-thirst. Lord Shiva beneath her feet represents matter, as Kali is undoubtedly the primeval energy. The depiction of Kali on Shiva shows that without energy, matter lies “dead”.

Her eyes are described as red with intoxication, and in absolute rage, her hair is shown disheveled, small fangs sometimes protrude out of her mouth, and her tongue is lolling.

… disebut “blood thirst“!

[tetapi ada yang mengatakan bahawa gambaran yang dimaksudkan oleh Ustaz Shahul ialah patung berhala Ganesh yang berkepala gajah]

Dari petikan di atas, jelas sekali Wikipedia memberi gambaran yang sama (tentang lidah terjelir) dengan apa yang disebut oleh Ustaz Shahul. Malah kebanyakan hasil yang saya perolehi memberi gambaran yang buruk terhadap lidah terjelir itu.

Yang JAHAT dan JELAS menghina ayat Al-Quran dengan menghalang JAKIM mengeluarkan teks khutbah yang menyebut niat jahat orang Yahudi dan Nasrani (Kristian) yang selama-lamanya akan merencana untuk menyesatkan umat Islam – kita hendak kata apa? Kit Siang jelas AMAT celupar. (baca – Apakah Kini Berpesan Sesama Sendiri Ingatkan Firman Allah Sudah Tidak Boleh Lagi?)

Di mana hendak kita letak hadith ini:

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya (mulutnya). Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya (iaitu membenci kemungkaran yang berlaku) dan itulah selemah-lemah iman” 

Apa tindakan yang diambil terhadap keceluparan seorang politikus keparat ini?

Alhamdulillah Syukur. Umat Islam sudah ternanti-nanti. Sudah sampaipun masanya untuk umat Islam dan seluruh orang Melayu bersatu dalam isu kepentingan bersama.

Musuh sentiasa merancang untuk menghakis, merosak dan menganiayai kita. Jika kita terus berbalahan – maka peluang dan kesempatan inilah yang bakal diambil oleh musuh.

FB-LatheefaKoya-reMBKhalid-26Jul2014

Anak perempuan Koya dengan keceluparannya

Kita lihat bagaimana MB Khalid dihentam oleh orang partinya sendiri. Orang yang telah banyak mendapat habuan semasa pentadbiran Khalid semenjak 2008. Semasa melantik Khalid, Khalid adalah orang terbaik dari segi pengalaman, jujur dan sebagainya. Semasa menghadapi PRU13, PKR dan PR menjaja rekod pentadbiran Khalid adalah terbaik. Kini Khalid dihina orang parti sendiri. Namun keceluparan mulut anak perempuan Koya ini bukanlah perkara baru. Akhlak buruk sebeginilah yang diangkat oleh musuh-musuh Islam.

Terbaru Malaysiakini telah mendedahkan perbincangan di kalangan sebahagian pimpinan PAS berhubung isu pengabungan PAS dengan UMNO demi kepentingan dan kelangsungan bangsa dan agama Islam di Selangor.

Helen Ang telah mengulasnya di sini: Rise up and take back S’gor for the ummah (klik untuk baca keseluruhan kiriman Helen Ang di blog beliau)

Barisan ahli DUN kerajaan yang bakal terbentuk jika gabungan PAS-UMNO dan MB Khalid terhasil. http://helenang.wordpress.com

Antara yang menarik disebut beliau ialah:

Suppose the ‘Kajang move’ kicks into the next gear. One option then would be for Khalid to declare himself an independent. Either that or he could even be peremptorily sacked by his party, in the event of which Umno will, and PAS conceivably might, step up to offer their backing.

Khalid together with the Umno and PAS Aduns will command 28 seats whereas DAP and PKR will have 28 seats too but only 27 votes because the Speaker (Adun DAP Subang Jaya) cannot cast her vote to move a motion of No Confidence against the sitting MB.

A realignment in the Selangor legislature will make the Khalid-Umno-PAS side all Malay while the PKR-DAP side remains a multiracial line-up.

Kita sama-sama doakan kebaikan untuk umat Islam ketika menghadapi saat-saat getir serangan bertubi hasil perancangan berterusan musuh yang nyata dan musuh dalam selimut.

*********

Yang berkaitan:

 

mercun bunga_apiBanyak sangatkah duit orang kita hingga dentuman mercun dan percikan bunga api tidak henti-henti semenjak pengumuman Hari Raya dibuat sebelum isyak tadi.

Malah sejak bermulanya Ramadhan dah meletup-letup. Cuma malam ni mereka ni macam tak mahu hormat langung orang yang hendak berehat. Tak boleh nak tidur dibuatnya. Bertalu-talu … depan, belakang, kiri dan kanan. Bukan yang perlahan-lahan. Hinggakan beberapa buah kereta alarm berbunyi akibat gegaran yang kuat.

Suka betul orang kita bakar duit. Tak faham saya.

waterlevel-25Jul14Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.

Keadaan kering tidak hujan untuk sekian ketika dengan cuaca yang panas kini menyebabkan bekalan air untuk Lembah Klang sekali lagi mencapai paras getir. Jika mengikut paras sekarang, berbanding dengan catuan yang dibuat beberapa bulan lalu, sepatutnya sudah bermula catuan terbaru.

Paras air di empangan Sungai Selangor pada hari Khamis lalu turun pada paras 36.18 peratus, lebih rendah dari paras apabila catuan bulan Mac lalu mula digerakkan iaitu 36.53 peratus.

Alhamdulillah, kerana musim perayaan Hari Raya yang menyaksikan ramai penduduk kota meninggalkan Lembah Klang, catuan tidak dilaksanakan lagi kerana penggunaan dijangkakan berkurangan.

Akhbar The Star melaporkan pada hari Jumaat lalu:

Yesterday, the water level at the dam – the source of 60% of the water supply in Kuala Lumpur, Putrajaya and Selangor – fell to 36.18%.

Namun, ada kemungkinan pelan catuan terpaksa diaktifkan semula jika keadaan ini tidak bertambah baik dan warga kota mula kembali selepas berhari Raya di kampong masing-masing.

Petang tadi, exco Selangor, Ahmad Yunus telah mengeluarkan kenyataan media bahawa ada pihak yang cuba mengeruhkan lagi suasana dengan kerja-kerja sabotaj terhadap bekalan air ini. Memetik kenyataannya:

Sekitar jam 3 pagi semalam, pasukan yang bertugas mengendalikan pam-pam di kawasan HORAS Bestari Jaya telah diugut oleh sekumpulan samseng bersenjata. Atas faktor kebimbangan terhadap keselamatan nyawa, pasukan berkenaan telah meninggalkan kawasan tersebut.

Cubaan sabotaj ini telah mengakibatkan operasi pengepaman air dari HORAS ke sungai terganggu selama 5 jam dan mengakibatkan pengeluaran air sebanyak 70 juta liter padu tergendala.

Ketika ini pasukan daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) sedang bekerja keras melakukan operasi pengepaman agar bekalan air mentah tidak terjejas.

Sebagai pengguna air dan penduduk di Lembah Klang, kita semua sudah agak serik dengan masalah ketiadaan air untuk tembpoh beberapa bulan tersebut.  Kita doa agar ianya tidak berulang.

sheeple-friendsDemikianlah maksud tajuk kiriman blog Helen Ang semalam, “Which is longer: PKR election or sheep pregnancy?

Tempoh pemilihan dalam PKR yang mempunyai ahli yang membuat pemilihan sekadar 50,000 orang sahaja memakan masa 150 hari. Tempoh ibu biri mengandung adalah sekitar 147-148 hari sahaja.

Berbanding negara seperti India yang mempunyai lebih 500 juta pengundi hanya mengambil masa sebulan lebih sahaja untuk diumumkan pemenangnya.

Baca tulisan penuh Helen Ang di bawah atau terus ke blognya: http://helenang.wordpress.com/

Today is 26 July 2014. The PKR election started on 26 Apr 2014.

The party election process has passed its third month.

PKR election chief Johari Abdul expects his party election to end by the third week of August. This would mean that the PKR election is scheduled to consume a period of some four months, barring any further delays.

Actually, the PKR election nomination day was March 29. Counting the duration from nomination till the party election’s anticipated conclusion in the third week of August, the process of electing either Azmin or Khalid as deputy PKR president etc, etc would have taken 150 days … or more.

India’s election started on April 7 and finished on May 12, altogether taking 35 days or a little over a month. The results of India’s election were announced on May 16 after 551 million votes were counted.

Let me put that in numerals: 551,300,000 votes were counted by India’s election commission.

Erm, how many members voted in PKR’s election? 50,000?

Note: In the race for PKR deputy president, Azmin has so far garnered 21,000 votes, Khalid about 17,600 and Saifuddin Nasution some 9,900. The trio between them collected a total of 48,500 votes.

The Sheeple

.
In the time it takes to conclude the PKR election, Papa Sheep and Mama Sheep can make a Baby Sheep and bring the little lamb into the world.

SheepPreggers

sheeple-friends

Opposition supporters who are sheeple – although not meek and mild as they’re in reality most aggressive and highly abusive – have this firm belief that a takeover of Putrajaya by Pakatan will set Malaysia on the right track.

It’s an article of faith with them that if Pakatan is put in charge of the federal gomen, assuredly Corruption, Incompetence, Bad Breath, Body Odour and Hannah Yeoh’s Age Spots will be eradicated overnight.

HannahYeoh

DAP promises to “Bersihkan Malaysia”

The sheeple will chew you up alive if you fail to enthusiastically support their Bersih project for a “Free and Fair” election.

It does not occur to them that Freedom and Fairness, like Charity, begins at home.

The PKR election, for example, has been dogged by allegations of cheating and phantom voters and at the same time seen blackouts, flying chairs and bleeding heads.

If only the Pakatan parties can first clean up their own backyard, then maybe, just maybe, they can gain some little credibility.

For the moment, the only impressive thing about the Pakatoons is the Holy Water that they bottle, distribute and sell. This Jerusubang juice is a miracle product they should market globally — the best snake oil the world has ever seen. Yes really.

 

 

Hanya semata-mata untuk melaksanakan hasrat tamak halobanya, sesiapa yang menghalang akan menerima nasibnya.

1. KETUM (Ketua Umum) PKR hendak jadi MB. Maka dikorbankan seorang ahli DUN. Kemudian dibazirkan jutaan duit untuk agenda peribadi ini.

2. Agenda KETUM terbantut kerana dikehendaki masuk penjara. KETUM suruh bininya pulak ganti untuk jadi MB. Betul-betul Parti Keluarga Rumahtanggaku sahaja.

3. Khalid mesti digugurkan untuk bini KETUM jadi MB, maka Khalid diburuk-burukkan. (baca contohnya di sini: Rafizi Anak Emas PKR Tidaklah Cerdik Mana Pun)

4. Presiden PAS, Haji Hadi, memberi sokongan kepada Khalid untuk kekal MB. Maka kini Presiden PAS sendiri ditembak oleh orang-orang partinya sendiri.

Apa sudah jadi?

Inilah yang dikatakan politik menghalalkan cara.

Iskandar sedih Hadi dihina1Bicara Presiden PAS diherdik sendiri oleh Ketua Penerangan PAS, Mahfuz.

Kebiadapan sesetengah pimpinan PAS terhadap Presidennya sendiri bukan ini kali yang pertama. Sudah ada deretan peristiwa Presiden parti diherdik oleh pemimpin dan ahlinya sendiri.

Dalam isu meletakkan calon PAS melawan tokoh sosialis bertanding di bawah PKR, Presiden ditunjuk dengan jari oleh Hanipa Maidin (peguam yang suka bela puak Syiah) dalam mesyuarat parti dan menuntut Presiden bertanggungjawab.

Dalam isu Presiden inginkan Setiausaha Agung yang baru untuk mengantikan Cikgu Pa yang dibebanii dengan tuduhan skandal yang belum selesai, Haji Hadi diminta menjawab, “apa salahnya dengan SUA yang ada sekarang (Cikgu Pa)?”

Dan dalam kes terkini, sekali lagi seorang Presiden parti diserang kredibilitinya oleh orang dalam partinya sendiri. Presiden nampak kesendirian, sungguh kesian. Gegaran suaranya hanyalah menggamat ketika ceramah sahaja nampak gayanya.

Saya ulangi, apa sudah jadi?

 

Gambar Rafizi dari carian google image

Gambar Rafizi dari carian google image

Persepsi dimainkan seolah-olah anak emak emas PKR (atau mungkin juga ayam tambatan baru Anwar selepas Azmin semakin tersisih), seolah-olah Rafizi adalah “the brain” dalam percaturan strategi PKR.

Namun, indah khabar dari rupa. Kita pun telah maklum “Pembaziran Kajang” amat merugikan semua pihak. Wang untuk PRN dibazirkan untuk agenda peribadi. Malah telah menghasilkan persepsi semakin buruk untuk Ketua Umum PKR (… kalau di Indonesia istilah itu diringkaskan menjadi KETUM PKR), Presidennya dan juga partinya sendiri. Tamak haloba KETUM yang menamatkan seorang ahli DUN semata untuk merampas kerusi MB dari orang partinya sendiri menampakkan sikap kebinatangan politik Anwar (memetik istilah “political animal” yang digelar oleh rakan-rakan rapat Anwar kepada KETUM itu).

Rafizi yang dikatakan cerdik itu, dalam usaha menyerang MB PKR sendiri mengatakan bahawa Khalid membuat keputusan yang silap kerana membayar RM1.63 billion kepada syarikat yang sudah hampir bankrap, Syabas dan Puncak Niaga.

[Ini tajuk di MalaysianInsider: Rafizi questions Selangor’s hefty payout to bankrupt water concessionaires – Published: 25 July 2014]

Seorang facebooker Lim Sian See membuat ulasan mudah dengan meneliti kedudukan kewangan kedua-dua syarikat itu dan menelanjangkan kebodohan Rafizi dengan mengatakan “Bankrupt kepala hotak kau, Rafizi” (boleh baca di link ini: https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1532681163617339)

[penakutnya Rafizi, dia buang komen Lim Sian See di FBnya kerana tidak tahu lagi hendak berhujah]

Kedudukan kewangan kedua-dua syarikat tersebut adalah kukuh dan adalah suatu PENIPUAN yang AMAT KETARA oleh Rafizi, yang rupanya tidaklah cerdik mana. Saya yang sekadar lulus takat MBA dari univeristi kecil di Amerika Syarikat tahun 1987 pun reti juga baca benda-benda begini.

Mungkinlah Rafizi tidak BODOH. Tapi mungkin dia seorang PEMBOHONG.

Kesian orang-orang yang membuta dalam sokongan mereka.

Semalam satu lagi laporan Polis telah dibuat oleh warga Seremban di Balai Polis Sikamat kerana didatangi seorang perempuan Cina yang tidak dikenali serta mengajak beliau untuk dimurtadkan masuk agama Kristian. Pengadu, seorang lelaki Melayu cuba menghalang suspek tetapi suspek dilihat masih berkeliaran di kawasan perumahannya.

Dua hari lepas saya telah laporkan satu lagi insiden yang juga berlaku di Seremban (Lagi Laporan Cubaan Pemurtadan Oleh Pelampau Kristian), di mana pelampau Kristian ini masuk ke rumah pengadu untuk menyebar kesesatan Kristian.

Susulan dari beberapa insiden yang semakin berani dilakukan oleh pelampau evangelis Kristian untuk memesongkan aqidah umat Islam, beberapa NGO Islam bertindak untuk menyerah satu memorandum ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan di Seremban. Kumpulan sekitar 40-50 orang juga berhimpun membuat sidang media bantahan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban dan membuat laporan polis.

Di antara NGO yang hadir adalah Al Ehsan Negeri Sembilan, Prima Malaysia, Perkasa Negeri Sembilan dan beberapa AJK Surau di sekitar Seremban.

Umat Islam semakin hilang sabar dengan tindak-tanduk pelampau Kristian yang tidak mengindahkan undang-undang Negara yang sengaja berniat jahat menyebarkan kesesatan ajaran Kristian yang laknat itu di kalangan umat Islam.

Mohon pihak-pihak yang berwajib lebih bersikap proaktif, berani dan tegas dalam menangani gejala ini.

Berikut adalah liputan bergambar yang dikirim oleh sahabat NGO yang berada di sekitar majlis tadi.

MajlisAyahandaNS-Memo-JHEAINS3 MajlisAyahandaNS-MemoJHEAINS4 MajlisAyahandaNS-IPDseremban5 MajlisAyahandaNS-IPDseremban4 MajlisAyahandaNS-IPDseremban3 MajlisAyahandaNS-IPDseremban2 MajlisAyahandaNS-IPDseremban1  MajlisAyahandaNS-Memo-JHEAINS1MajlisAyahandaNS-Memo-JHEAINS2

***************

Silalah baca kumpulan tulisan dari blog ini berkaitan isu-isu Kristianisasi:

kenyataan akhbar-Muafakat-Sultan murka-17Jul2014

Kenyataan Media MUAFAKAT

Khalid Samad Jangan Bebal Dan Terus Degil Dengan Kebiadabannya

 

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) ingin menjunjung titah dan merafak sembah ucapan tahniah serta berterima kasih yang tidak terhingga kepada DYMM Sultan Selangor di atas ketegasan Baginda berkenaan perihal kesucian Agama Islam di dalam negeri Selangor. Sebagai hamba Allah dan rakyat kepada DYMM Sultan, pihak kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan kekuatan serta kesungguhan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor bertitah dan menyatakan rasa murka Baginda kepada kebiadaban Ahli Parlimen Shah Alam yang bukan hanya membiarkan dirinya menjadi alat golongan tertentu, malah mengungkapkan di dalam bahasa golongan anarkisme Islamofobia.

Kebiadaban Khalid Samad kepada institusi Raja dan Agama Negeri di bawah Baginda, amatlah jijik. Sebagai seorang Islam yang menjunjung perintah Allah untuk bertaat kepada Allah, Rasul dan Ulil Amri, perbuatan Khalid Samad yang dikaitkan dengan kumpulan Suara Islam semasa belajar di UK dahulu memang tidak boleh ditolakansur.

Justeru, MUAFAKAT merafak sembah sokongan padu kepada titah murka DYMM Sultan ke atas Khalid Samad. MUAFAKAT memberi ingatan kepada Khalid Samad supaya menghilangkan segera kebebalan, dan kebiadaban ke atas institusi Agama negeri dan Sultan yang bertanggungjawab ke atasnya.

Titah murka DYMM Sultan Selangor ini perlu diambil serius oleh semua pihak. Adalah menjadi tanggungjawab keagamaan setiap Muslim mempertahankan institusi ini selagi mana institusi ini meletakkan Agama Islam di tempat yang sepatutnya yakni pada kedudukan paling berdaulat di dalam negara.

Kami juga mendesak Kerajaan Negeri Selangor mengambil tindakan undang-undang ke atas Khalid Samad di atas kata-kata kebiadabannya di bawah mana-mana peruntukan yang berkaitan Enakmen Negeri Selangor. Sementara itu PAS juga perlu memberi surat tunjuk sebab dengan segera kenapa beliau tidak boleh dipecat, memandangkan perbuatan keji beliau mempersoalkan kewibawaan Tuanku Sultan Selangor dan MAIS sebagai penjaga dan pemelihara Agama Islam, adalah mencerminkan pemikiran songsang Agama dan kejahilan kepada Undang-undang Tubuh Negeri dan demi menjaga imej PAS sebagai sebuah parti yang mempertahankan kedaulatan institusi Raja dan Undang-undang Tubuh Negeri.

Daulat Tuanku!

Bersama Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara  

Ismail Mina Ahmad

Presiden

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

19 Ramadhan 1435 bersamaan 17 Julai 2014

QnA-Ogos2014-selectedSedikit promo.

Isu terbaru Majalah Q&A sudah terbit. Isu kali ini banyak menyiarkan berhubung ancaman dari tuntutan-tuntutan COMANGO dan hak asasi manusia yang boleh membawa kepada ancaman aqidah serta kerosakan akhlak.

Anda boleh dapatnya di pasaran.

Syabas kepada sidang redaksi Majalah Q&A yang telah istiqamah dalam perjuangan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

July 2014
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid