Ahmad Ali Karim's Weblog

[ baca versi jawi di sini ]

Dewan Undangan Negeri Johor telah dibubarkan. Berita ini telah diumumkan oleh Menteri Besarnya, Dato’ Hasni Mohammad sebentar tadi setelah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni AlmarhumSultanIskandar.

Baginda telah menerima mengadap Dato’ Hasni pada jam 5 petang tadi di Istana Bukit Serene, setelah ketua-ketua UMNO bahagian di negeri Johor telah bersetuju untuk membubarkan DUN tersebut.

Seperti di Melaka, akhirnya pergolakan politik Johor akan diselesaikan dengan mengembalikan hak kepada pengundi bagi menentukan kerajaan negeri.

Langkah ini amat perlu untuk memastikan kerajaan negeri Johor dapat berfungsi dengan baik bagi membela nasib rakyat.

Kedudukan gabungan kerajaan negeri berada dalam keadaan bagai telur di hujung tanduk dengan majoriti hanya satu kerusi berikutan kematian ADUN Kempas daripada PPBM, Allahyarham Osman Sapian baru-baru ini.

Keadaan bertambah buruk akibat pergolakan di antara parti-parti yang membentuk kerajaan negeri Johor baik di peringkat negeri mahupun pusat.

Mengikut perlembagaan, selepas DUN dibubarkan sebuah…

View original post 9 more words