You are currently browsing the monthly archive for July 2009.

Para peniaga secara kumpulan kini telah membuat pelbagai rayuan melalui pelbagai saluran yang mungkin untuk memohon agar notis mengosongkan deretan bangunan lama dan bersejarah di Jalan Bandar dan Jalan Banggol dapat ditangguhkan.

Beberapa hari lalu sekumpulan peniaga Melayu telah berjumpa dan merayu belas dan ihsan dari Tuan Haji Talhah Setiausaha LTAWNT (yang menandatangan arahan notis tersebut). Namun, para peniaga tersebut mengatakan mereka dihampakan.

Pagi tadi sekumpulan lagi para peniaga pelbagai bangsa sekali lagi ke pejabat Haji Talhah merayu agar mereka diberi ruang untuk mengadu nasib mereka dan memohon penangguhan notis tersebut. Janji Tuan Haji Talhah ialah bahawa dia akan membawanya untuk diputuskan dalam mesyuarat. Alangkah terkejutnya, tidak sampai beberapa jam selepas itu, para peniaga menerima surat rasmi bahawa rayuan mereka ditolak dan arahan notis mengosongkan deretan bangunan lama yang bersejarah tersebut kekal.

Para peniaga turut memohon sokongan Adun Bandar, untuk menyokong serta membela nasib mereka dan sebagai ahli majlis exco Negeri semoga dapat melakukan sesuatu untuk merayu penangguhan arahan tersebut.

Terbaru, dalam mesyuarat petang tadi, para peniaga juga memohon agar Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) dapat membantu mereka dalam usaha merayu kepada pihak LTAWNT agar diberi masa yang munasabah kepada para peniaga untuk mencari serta mengubahsuai premis baru serta memberi masa yang sesuai untuk berpindah. Mereka juga merayu kerajaan memberi pampasan yang munasabah untuk menanggung kos perpindahan yang terpaksa ditanggung ini.

http://warisantrengganu.wordpress.com/

selamat warisan sejarah

All the sudden 1,2,3 …4th case now?

The minister said:

… he has directed all doctors to be extra vigilant – to check patients for A (H1N1) infection and give them anti-viral treatment once they were confirmed positive.

Let us all play our role …

****************************

From The Star 30 July 2009:

PUTRAJAYA: A 20-year-old woman died from the influenza A (H1N1) in a case of local transmission, the fourth death reported in the country.

She died of “severe community acquired pneumonia” at 9.40am on Tuesday at the Malacca Hospital, where she had been admitted on July 26.

Health director-general Tan Sri Dr Ismail Merican said the woman, who was obese, had suffered from the flu for 11 days before seeking treatment at the hospital, adding that she suffered clinical complications on July 27. A throat swab was taken on Tuesday.

“The deaths reported affected victims in their 20s and 40s. They had early symptoms but sought treatment late and doctors did not suspect that they had H1N1. This is discomforting to the ministry,” Dr Ismail said after chairing the National Pandemic Preparedness Plan technical committee meeting here yesterday.

Asked why the ministry was not alerted to the case on Tuesday, he said the doctor had only discovered the woman had H1N1 after her death.

Dr Ismail said he was informed of her death after the Institute of Medical Research received the results yesterday morning.

On whether the ministry would take action against hospitals for failure to detect H1N1 cases early, he replied: “We don’t want to play the blame game. We advise patients to go to hospital if they have symptoms.”

He said the people were still taking H1N1 lightly even after four deaths.

Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said four influenza A (H1N1) patients were now being treated in intensive care units (ICU) and were under close monitoring,

He said he has directed all doctors to be extra vigilant – to check patients for A (H1N1) infection and give them anti-viral treatment once they were confirmed positive.

“We must focus on treatment. Delay in getting anti-viral treatment could worsen the condition of patients, particularly those who were not so healthy – obese or having other illnesses,” he said when asked to confirm the ICU cases.

Liow cautioned doctors not to treat patients with flu symptoms as normal cases, adding that there were a few occasions where the patients were just given paracetamol and medicine to bring down their fever.

He said all the four who died had come in late and did not get anti-viral treatment early.

“By then, they were already very weak, their immunity extremely low and many health complications had set in,” he said.

Harian Metro - 22 Julai 2009 - dialog

dipetik dari: http://buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=735:tolong-selamatkan-warisan-warisan-yang-ada-di-terengganu-lagi-mercu-sejarah-terengganu-akan-diruntuhkan&catid=35:dalam-negeri&Itemid=2

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/kgcina1.JPGKUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu pimpinan UMNO dan Barisan Nasional diminta supaya menghentikan tindakan memusnahkan warisan berharga yang terdapat di negeri ini.

Sebuah laman blog dalam ‘posting’ terbarunya menyeru orang ramai yang prihatin supaya “tolong selamatkan warisan-warisan yang ada di Terengganu”.

Laman tersebut menyatakan, sudah cukuplah satu demi satu bangunan bersejarah yang telah ranap menyembah bumi.

”Jangan hanya berslogan ‘Memahat Sejarah Mencipta Tamadun’, tetapi bertindak secara ‘Meruntuhkan Tamadun dengan Melupakan Sejarah’,”tulis laman tersebut.

(Gambar – bangunan lama berhadapan dengan bangunan letak kereta Pasar Kedai Payang ini akan diruntuhkan)

Menurut laman itu lagi, para sejarahwan mula bertanya kewajaran tindakan kerajaan. malah mereka mempersoalkan pula mengapa lembaga untuk amanah warisan negeri tetapi memusnahkan warisan negeri yang berharga. Baca seterusnya >>

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/kgcina.JPG
Tolong Selamatkan Warisan-Warisan Yang Ada di Terengganu! Lagi Mercu Sejarah Terengganu Akan Diruntuhkan PDF Print E-mail
Written by Editor
Tuesday, 21 July 2009 08:55

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/kgcina1.JPGKUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu pimpinan UMNO dan Barisan Nasional diminta supaya menghentikan tindakan memusnahkan warisan berharga yang terdapat di negeri ini.

Sebuah laman blog dalam ‘posting’ terbarunya menyeru orang ramai yang prihatin supaya “tolong selamatkan warisan-warisan yang ada di Terengganu”.

Laman tersebut menyatakan, sudah cukuplah satu demi satu bangunan bersejarah yang telah ranap menyembah bumi.

”Jangan hanya berslogan ‘Memahat Sejarah Mencipta Tamadun’, tetapi bertindak secara ‘Meruntuhkan Tamadun dengan Melupakan Sejarah’,”tulis laman tersebut.

(Gambar – bangunan lama berhadapan dengan bangunan letak kereta Pasar Kedai Payang ini akan diruntuhkan)

Menurut laman itu lagi, para sejarahwan mula bertanya kewajaran tindakan kerajaan. malah mereka mempersoalkan pula mengapa lembaga untuk amanah warisan negeri tetapi memusnahkan warisan negeri yang berharga. Baca seterusnya >>

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/kgcina.JPG

HM bantah notis

Memang bagai membenarkan hadith di akhir zaman yang banyak menyatakan bahawa Masjid Bukit Besar yang telah diranapkanumat asyik mengindahkan masjid sekadar untuk bermegah dengan keindahannya. Selain dari banyak masjid di seluruh negeri Terengganu yang telah diruntuhkan untuk dibina masjid yang baru (antaranya Masjid Chendering dan Masjid Bukit Besar), banyak juga masjid yang dibaik pulih untuk diperindahkan.

Tidaklah tujuan saya untuk membantah segala usaha membaikpulih masjid yang amat dhaif dan perlu diperbaiki, namun adakalanya mereka yang berkepentingan terlalu amat cepat untuk mengenalpasti mana ruang dan peluang untuk menghasil projek dan membina dana untuk mereka atau kaum kerabat mereka.

Mungkinlah ada yang ingin membantah pandangan saya kerana mereka duduk di dalam mesyuarat dan membincang dengan panjang lebar setelah pelbagai kertas kerja dan cadangan dibentang dan dibincang. Dan setelah “meneliti segenap aspek” maka mesyuarat jawatankuasa mereka membuat keputusan kewajaran projek.

masjid putih - tambahanMemang sedap didengar hujah yang beri. Namun tidak kurang juga hujah yang menentang yang diketepikan.

Merujuk kepada projek yang menelan belanja berjuta ringgit untuk Masjid Abidin itu ianya telah banyak menghilangkan identiti asalnya. Kolah besar yang sudah bertahun diguna dan amat nostalgik telahpun dimusnahkan. Kemudian, bahagian tambahan yang dibina di zaman Sultan Ismail Nasiruddin Shah A- menara masjid putihtelah dimusnahkan identitinya (kubah kuning sudah tiada lagi) dan bahagian annexnya digantikan dengan tandas dan kolah baru (walhal kolah asal disebelah selatan masjid telah dimusnahkan) – kesemuanya boleh kita terjemahkan untuk menjustifikasikan pembelajaan yang besar. Menara yang mirip Masjid Negara pun sudah diganti.

Setelah berhujah sedemikian, ada pula yang membela, biarlah mereka hendak buat duit sedikit. Tetapi kita perlu pula lihat sikap ketanggungjawaban mereka yang loba mencari harta dengan cara sebegini. Cuba kita teliti sikap mereka yang mendapat projek ini dan juga sikap mereka yang ditugaskan memantau projek sebesar ini.

Kita lihat Gambar “A” ini yang diambil sekitar bulan Oktober 2007 – projek baikpulih masih berjalan.

B-pokok melekat dibumbungKemudian kita teliti pula Gambar “B” (diambil dari sebelah utara – hala pintu masuk ke Dalam Kota. Gambar ini juga diambil sekitar bulan Oktober 2007 – pada masa projek “baik pulih” masih dijalankan (dan bahagian ini sepatutnya “baru siap dibaikpulih”). Perhatikan pokok yang tumbuh dan melekat pada bumbung bahagian mihrab masjid. [Klik pada gambar lebih besar jika tidak jumpa nak cari di mana yang saya katakan pokok tersebut].gambar c - interior

Mungkin pula ada yang mengatakan – memang mereka masih lagi belum siap projek. Nanti bila siap dan sedia untuk diserahkan, akan dibersihkanlah segala apa yang cacat dan perlu diperbaiki lagi.

Kalau kita main pejam mata dan tidak mengambil peduli pembaziran wang yang diamanahkan maka bolehlah kita mengambil pendirian sedemikian. Perhatikan pula Gambar C (diambil pada bulan Jun 2009). Lihatlah kemusnahan dan kerosakan yang dibiar berlaku. Amat memalukan. Inilah bahagian dalam di mana kita lihat pokok yang tumbuh dan melekat pada bahagian luar masjid.

gambar d Bayangkan semenjak Oktober 2007 sehinggalah Jun 2009 – begitulah keadaannya. Dan begitulah sikap mereka yang sudah kaut kekayaan dari projek. Di mana sikap kebertanggungjawaban mereka dan di manakah amanah itu?03072009(046)

Lihatlah beberapa lagi kerosakan yang berlaku di merata-rata tempat seluruh bahagian dalam dan luar masjid. Hanya yang yang buta sahaja yang tidak nampak ini. Bukan yang indah kita kehendaki untuk dibiarkan punah. Dan tiada maknanya keindahana itu bagi mereka yang buta penglihatan.

Tanyalah dengan mana-mana pegawai masjid. Mereka sudah lali dengan keadaan ini. Yang bertanya sudah ramai. Tetapi keadaannya amat memalukan. Inilah suatu kemegahan masjid yang tua penuh bersejarah, dibelanja sekian banyak untuk menjadi suatu mercu yang indah namun dibiar punah.

notis keluarInilah notis arahan untuk berpindah keluar.

Perhatikan tarikh surat 13 Julai 2009. Ianya diterima para peniaga hanya pada 19 Julai 2009.

Kemanakah mereka hendak pergi? Apakah kerajaan memberi pilihan? Apakah kewajaran tempoh yang diberi? Apakah ini masanya untuk mereka dihalau – ketika mana ekonomi yang tidak amat perit?

Apa perlunya mereka berpindah untuk dibina bangunan baru jika projek yang sedia ada dibina masih tidak siap-siap walaupun sudah berbelas tahun lamanya?

komplekpayabungaInilah Kompleks Paya Bunga yang sehingga kini masih belum “siap”.

Yang anehnya, dalam pada ianya belum siap sepenuhnya, MacDonald boleh beroperasi … Iannya menjadi tanda tanya bagi orang ramai. Apakah MacDonald mendapat lesen istimewa apabila premis yang belum mendapat CF telah boleh beroperasi?

Hari ini Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terenggganu (LTAWNT) mengeluarkan notis menghalau para peniaga di deretan kedai Jalan Bandar/Kg. Cina dan sebahagian Jalan Banggol/Paya Keladi untuk meruntuhkan bangunan yang bersejarah demi “pembangunan kompleks Paya Keladi”.

Notis bertarikh 13 Julai 2009 menyuruh para peniaga di kawasan terlibat keluar dalam masa 30 hari dari tarikh notis (walaupun notis hanya diserahkan kepada para peniaga pada hari ini 19 Julai 2009). Ini bermakna para peniaga hanya mempunyai lebih kurang 3 minggu untuk mengosongkan premis perniagaan mereka.

Jalan Kedai Payang

Nampaknya satu demi satu tapak dan premis bersejarah negeri Terengganu menyembah bumi demi pembangunan untuk membina tamadun.

Gambar di atas menunjuk (tanda X) dua bangunan bersejarah yang telahpun lama hilang dari muka bumi ini. Yang sebelah kiri kini adalah tempat letak kereta Pasar Payang manakala yang ditengah ialah Jam Besar yang amat bersejarah digantikan hanya dengan jalan berturap tar tanpa apa-apa erti kepada sejarah. Kini bangunan sebelah kanan (tanda panah) pula yang hendak dimusnakkan.

Ketika cuba mendapat maklumat lanjut dari LTAWNT tidak membuahkan apa-apa penjelasan kerana kesemuanya amat jelas tidak berani memberi komen. Walhal para peniaga tertanya-tanya apakah tindakan yang harus mereka ambil dalam tempoh yang amat singkat.

Ada peniaga yang telah mula menambahkan stok mereka bagi menyediakan kedatangan Ramadan dan sambutan Raya Aidil Fitri. Kebanyakkan mereka merungut bahawa di dalam suasana ekonomi yang amat tidak menggalakkan mereka berdepan pula dengan suasana paksaan kerajaan untuk berpindah.

Para sejarahwan mula bertanya kewajaran tindakan kerajaan. Malah mereka mempersoalkan pula lembaga untuk amanah warisan negeri tetapi memusnahkan warisan yang berharga. Di sinilah bermulanya para peniaga negeri Terengganu lebih seratus tahun lalu. Di sinilah terletaknya kedai-kedai yang bersejarah yang banyak disebut di dalam buku unik “Growing Up in Trengganu” karangan Awang Goneng (Wan Hulaimi). Malah, satu-satunya kedai yang masih kekal perniagaan asalnya dari mulanya masih bertapak di premis asalnya Alam Akademik Sdn Bhd. (Keda Pok Loh Yunang).

janganlah diroboh lagiTOLONG SELAMATKAN WARISAN-WARISAN YANG ADA DI TERENGGANU.

Sudah cukuplah satu demi satu bangunan bersejarah yang telah ranap menyembah bumi.

Jangan hanya berslogan:

Memahat Sejarah Mencipta Tamadun

tetapi bertindak secara:

Meruntuhkan Tamadun dengan Melupakan Sejarah

dari Berita Harian


FATINI ambil masa empat bulan selidik kisah sedih Natrah.

NAMA Natrah kedengaran kembali selepas tidak disebut langsung sejak kali terakhir kedatangannya ke Malaysia, 10 tahun lalu. Namun kali ini beritanya diiringi khabar yang menyentuh hati sesiapa saja yang pernah menelusuri kisah suka duka wanita Belanda ini menerusi penulisan Datin Fatini Yaacob, bekas wartawan Dewan Masyarakat pada lewat 1980-an – Natrah sudah meninggal dunia.

Generasi hari ini mungkin tertanya-tanya siapa Natrah? Apa istimewanya wanita ini sehingga berita kematiannya mendapat liputan meluas media tempatan, kelmarin.

“Beliau sememangnya istimewa kerana Natrah akan terus hidup dalam sejarah Melayu dan Islam. Isunya sentiasa relevan dan menjadi penanda aras kepada undang-undang Islam,” kata Fatini ketika ditemui di kediamannya di Shah Alam, baru-baru ini.

Natrah Maarof atau nama asalnya Maria Bertha Hertogh mati akibat leukemia di rumahnya di Huijberhen, selatan Belanda pada usia 72 tahun.

‘Hebatnya’ Natrah kerana kesan kehadirannya yang menjadi pertikaian antara bapanya yang berbangsa Belanda dengan ibu angkatnya dari Malaysia, sehingga mencetuskan rusuhan pada 1950 di Singapura yang menyebabkan 18 maut dan beratus-ratus lagi cedera selepas mahkamah memerintahkan beliau dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya.

Kematiannya membangkitkan kepentingan memperbetulkan laporan mengenai Natrah oleh media Barat yang memutar belitkan fakta.

NATRAH (dua dari kanan) bersama kakak dan adiknya.

“Perspektif yang salah mengenai Natrah dan ceritanya perlu diperbetulkan. Laporan media Barat menggambarkan seolah-olah orang Islam begitu agresif dan tidak menghormati keputusan mahkamah mengembalikan Natrah yang beragama Islam ke pangkuan ibu bapanya yang menganut Kristian sehingga tercetusnya rusuhan yang menyebabkan kematian.

“Namun cerita sebenar di sebalik rusuhan itu tidak pernah dilaporkan. Tiada satu laporan menyatakan rusuhan pada 1950 itu akibat kemarahan orang Melayu kerana akhbar Straits Times ketika itu berulang kali menyiarkan gambar Natrah melutut di depan patung Virgin Mary.

“Orang Melayu ketika itu menghormati keputusan mahkamah dan menerima hakikat kehilangan Natrah tetapi kemarahan mereka memuncak dengan penyiaran gambar itu. Ada pihak sengaja berbuat demikian dan media Barat mengambil kesempatan menjadikan laporan rusuhan itu untuk menunjukkan keburukan orang Timur.

“Bagaimana pula penerimaan penganut Kristian jika seorang kanak-kanak Kristian dipakaikan telekung dan dipaksa bersolat? Itulah yang dirasakan umat Islam yang melihat gambar itu,” katanya.

CINTA Natrah dan Mansor tidak pernah padam dan dibawa ke mati.

Natrah anak Adeline Hunter dan Adrianus Petrus Hertogh, yang ditawan tentera Jepun pada 1942 di Indonesia.

Oleh kerana semangat anti-Barat begitu kuat di Indonesia, Natrah diserahkan ibunya kepada Che Aminah Mohamad dari Terengganu yang ketika itu berada di Indonesia tanpa pengetahuan bapanya. Che Aminah menukar nama Bertha kepada Natrah dan memeliharanya seperti anak sendiri serta diberi didikan Islam.

Selepas perang 1945, Hertogh dibebaskan dan berusaha mencari Natrah. Selepas ditemui, Che Aminah diperdaya membawa Natrah ke Singapura untuk bertemu bapanya, tanpa menyedari muslihat Hertogh untuk mengambil kembali anaknya itu.

Tindakan Hertogh mendorong Che Aminah memfailkan rayuan di mahkamah dan berjaya mendapat Natrah semula. Beliau kemudian dikahwinkan dengan Mansor Adabi pada usia 13 tahun.

Bagaimanapun, pada 12 Disember 1950, mahkamah mengarahkan supaya Natrah diserahkan kepada bapanya dan pulang ke Belanda. Keputusan itulah yang menjadi titik tolak kepada penderitaan dan kesengsaraan ditanggung Natrah sehingga mati.

“Natrah menderita kerana beliau tidak belajar memaafkan masa lalu. Terus terang, rasanya saya lebih mengenali Natrah daripada beliau mengenali diri sendiri. Jika boleh, saya ingin membawa Natrah ke dunia lain, keluar daripada ketakutannya dan beri pemahaman kepadanya mengenai takdir.

“Beliau tidak tahu menguruskan penderitaannya. Pegawai British yang bertugas di pusat kebajikan sosial ketika Natrah diletakkan di situ sementara menunggu keputusan mahkamah, pernah menulis dalam bukunya pada 1977 bahawa Natrah akan menderita sepanjang hidup kerana paksaan yang dikenakan ke atasnya.

“Ramalan itu menjadi kenyataan 20 tahun kemudian. Penderitaan dan ketakutan yang selama ini menyelubungi hidupnya dibawa sehingga mati,” kata Fatini.

Sepanjang empat bulan menyelidik kisah berdarah itu, Fatini berkata, antara episod paling menyentuh hatinya ialah kesucian cinta antara Natrah dan suami yang tidak pernah berkesempatan menyentuhnya, Mansur Adabi, biarpun Natrah isterinya yang sah.

“Cinta mereka sejati. Cinta pertama yang dibawa mati. Bayangkan mereka cuma bernikah gantung dan belum lagi melakukan hubungan suami isteri. Biarpun dipisahkan tetapi cinta mereka tidak pernah mati.

“Air mata Natrah bergenang apabila saya menyebut mengenai Mansor ketika pertemuan kami. Cuma cinta mereka mustahil dijelmakan dalam bentuk untuk dapat bersatu semula sebagai suami isteri.

“Apabila televisyen Belanda menyiarkan dokumentari mengenai Mansor yang hidup senang dan bahagia dengan isteri baru, Natrah mengamuk. Beliau begitu tertekan sehingga ke tahap cuba membunuh suaminya,” katanya.

Dihimpit kesengsaraan dipisahkan daripada ibu angkat dan suami dikasihi, Natrah mencari kebahagiaan dengan mengumpul wang. Namun itu juga tidak membahagiakannya.

“Saya berharap generasi muda mengambil iktibar daripada peristiwa itu. Kita perlu faham undang-undang sivil dan syariah dalam hak kekeluargaan kerana ketidakfahaman undang-undang menyebabkan Natrah terlepas daripada tangan orang Islam.

“Golongan muda juga perlu tahu isu itu meletakkan Malaya ketika itu dalam peta dunia, tarikh itu dimuatkan dalam muka depan akhbar seluruh dunia kerana ada pertembungan agama, budaya dan ia diperbesar-besarkan,” katanya.

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

July 2009
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid