You are currently browsing the category archive for the ‘Geo-Politik’ category.

HarApan tinggi menggunung bagi rakyat Iraq yang terpedaya dengan janji “Operation Iraqi Freedom” (Pembebasan Iraq). Kempen yang bermula dari pusat strategi di Amerika Syarikat dengan konco-konconya dari kalangan bidak rakyat Iraq sendiri, maka bermulalah satu demi satu propaganda menghasut rakyat Iraq untuk bangkit menjatuhkan Presiden Saddam Hussien.

Akhirnya, pada bulan Mac 2003, bermulalah rasa seronok dan percaya dengan janji kuasa asing Barat dan kebencian yang meluap-luap terhadap pemimpinnya sendiri, Saddam.

Hampir 300,000 tentera Pakatan HarApan Amerika Syarikat mendarat dan mengganas di Iraq.

Gagah dan berani di arena ini sahut penyokong Pakatan HarApan. Kencang berlari mereka mahu capai keadilan. Harapan dalam hati, semangat membara. Obor kemenangan dirasakan sudah di tangan mereka. Mengibarkankan panji mereka kerana percaya kemenangan milik mereka. Seruan “Come let’s rise together!” Ini kalilah rakyat bangkit. Dirgahayu Tanah Air kerana percaya kemenangan di pihak mereka. Itulah Impian Iraq untuk Jadi Nyata ….

Namun ternyata impian Iraq menjadi mimpi ngeri seluruh rakyat Iraq. Segalanya bermula dari berita dan bukti palsu yang dicipta … baca: Dari “Bahan Bukti WMD” Yang Ternyata Silap – Akhirnya Iraq Hancur Hingga Ke Hari Ini

Moga “Impian Malaysia” tidak menjadi Mimpi Ngeri rakyat Malaysia. Pengajaran Iraq dan Libya adalah campurtangan asing yang jelas dan nyata.

 

WACANA PERADABAN UMMAH KE 10:

Pemikiran Politik Dalam Membina Geopolitik Malaysia

📆 6 Mac 2018 (Selasa)
🕓 8.30 pagi – 4.30 petang
🏢 Auditorium Masjid Putra, Putrajaya
💵 PERCUMA TETAPI TERHAD

Panelis
1. Ustaz Ismail Mina bin Ahmad
2. Dr. Muhammad Zaidi bin Abdul Rahman
3. Dato’ Dr. Mazlan bin Ismail
4. Dato’ Dr. Wan Ahmad Fauzi bin Wan Husain
5. Dr. Wan Adli bin Wan Ramli
6. Datuk Seri Zulkifli bin Noordin

Penganjur Bersama
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
2. Pertubuhan Muafakat Malaysia (MUAFAKAT)
3. Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (MCMC)

📱http://www.wasap.my/60194271025
📞 03-41071025
🌐 http://www.muafakatmalaysia.org

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=621342398197371&id=403108810020732

Majalah “rasmi” Vatican – Kristian Katolik, La Civiltà Cattolica, menerbitkan tulisan Ketua Editornya, Father Antonio Spadaro bersama Marcelo Figueroa, seorang pastor Presbyterian, juga editor majalah L’Osservatore Romano, the Vatican daily, edisi Argentina, bertajuk “Fondamentalismo Evangelicale E Integralismo Cattolico: Un sorprendente ecumenismo” (Fundamentalisme Evangelikal dan Integralisme Katolik; Suatu Kesatuan Yang Pelik).

Artikel tersebut bermula dengan membicara tentang peranan agama yang semakin menjadi faktor penentu dalam proses politik di Amerika Syarikat. Perkembangan ini dikaitkan dengan prinsip-prinsip fundamentalis Kristian Evangelikal (Christian-Evangelical fundamentalist principles) yang semakin diradikalkan. Presiden Reagan dan Presiden G.W. Bush dikaitkan sebagai pemimpin awal yang mempunyai motivasi sedemikian.

Golongan ini dikatakan tidak lagi membawa fahaman sebenar Kristian tetapi membuat tafsiran dengan bersandarkan motif politik dan juga dikaitkan dengan konflik yang berakhir dengan keuntungan dari penjualan senjata.

Fahaman mereka ini berdasarkan teologi “Dominisme” – yang mahu menakluk, merampas dan memerintah dunia.

Artikel tersebut turut mengatakan bahawa sumber naratif keganasan yang membentuk fahaman jihad militan dan tentera salib alaf baru ini tidak jauh bezanya.

Apabila Father Antonio Spadaro ditemubual tentang tulisannya itu, beliau menyatakan kegusarannya kerana pendekatan Kristian Evangelis yang radikal melalui “kaedah perang dan keganasan” ini semakin diterima oleh di kalangan penganut Kristian. (Today, unfortunately, a warlike and militant approach seems most attractive and evocative to certain sectors in society) Dan baginya ini membahayakan kedua-dua fahaman Kristian Katolik dan Protestan (there is this risk both in the Catholic environment and in the Protestant one)

Baginya juga, ancaman seperti ini bukan terhad kepada negara Amerika Syarikat sahaja malah sudah tersebar di seluruh dunia. Bermakna, ancaman ini turut sudah sampai di Tanah Air kita dan sudah berkembang. Katanya “… I note that people have applied this theory to other countries“.

Pendedahan yang dibuat baru-baru ini tentang ancaman gerakan radikal evangelis ini adalah benar. Bukan rekaan semata-mata. Ianya diperakui serta rasa risaunya oleh pihak Vatican sendiri. Malah majalah “Herald” Kristian Katolik Malaysia pun pernah mendedahkan isu sebegini. Tetapi mengapa penganut Kristian yang menolak fahaman ganas sebegini berdiam diri hari ini?

BACA: Ancaman Gerakan Evangelis Kristian – Berita TV Al-Hijrah 7 Jan 2018

Baca lanjut:

Kita merasa sedih dengan suasana hiba yang menyelubungi Manchester kerana pengebom bunuh diri yang meledakkan bahan letupan selepas konsert pop malam tadi.

Dalam pada kita tidak boleh terima pengeboman bunuh diri yang telah berlaku di Manchester itu walaupun apa alasan yang mereka berikan … kita juga tidak boleh terima kekejaman, penindasan dan pembunuhan yang telah dilakukan oleh penjajahan-penjajahan lampau dan kini.

Portugis, Sepanyol, Perancis, Belanda, Belgium, Jerman, Itali dan sekalian kuasa penjahan Eropah suatu masa dahulu membunuh jutaan nyawa di mana-mana tempat yang mereka mendarat.

Mereka menyerag dan membunuh tanpa belas kasihan.

Sekalian bangsa penjajah ini juga berkongsi membunuh jutaan orang-orang asal “Red Indian” di benua Amerika dalam mencari dunia baru mereka.

Hingga ke hari ini, atas nama demokrasi pula, mereka melakukan kerosakan demi kerosakan di dunia Islam. Hancur ranap negara-negara Islam yang hanya sepuluh dua puluh tahun lalu bangga membangun.

Kesemua bangsa penjajah ini membawa bendera agama Kristian mereka. Siri kekejaman ini bermula dari kesepakatan di bawah naungan gereja dimeterai pada tahun 1494 oleh Pope Alexander VI bersama dengan dua kuasa besar selepas kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia, iaitu Sepanyol dan Portugis.

Malaysiakini kononnya ingin terus “bebas” [Keep Malaysiakini independent!] Saya ketawa besar bila terbaca promosi ini di laman tersebut. Sudah beberapa bulan saya tidak baca laman itu kerana bagi saya portal berita itu [dan beberapa lagi] ada misi dan dibiayai.

Mereka kata kononnya mereka bebas. Walhal terbukti, portal tersebut dibiayai oleh agensi-agensi luar. Mereka mendapat dana yang besar dari pelbagai sumber itu. Mempunyai pemilikan saham oleh agensi luar negara. Bagaimana mereka boleh mengaku bebas?

Laman rasmi Malaysiakini menulis 60% saham Mkini Dotcom Sdn Bhd dimiliki oleh Premesh Chandran dan Steven Gan, 29% dimiliki oleh MDIF (dulunya MDLF), sementara 11% lagi dimiliki oleh empat individu yang telah menyediakan modal permulaan iaitu Bruno Pereira (aktivis kesatuan sekerja), Joseph Paul (aktivis sosial) Sivarasa Rasiah (Ahli Parlimen Subang) dan ipar perempuan Sivarasa bersama-sama beberapa pekerja dan bekas pekerja syarikat itu.

Kita semua sudah kenal sangat George Soros dan agenda jahatnya. Kalau George Soros mempunyai kepentingan yang besar dalam Malaysiakini, apa lagi “bebas”nya Malaysiakini ini? Sudah pasti Soros tidak letak duitnya sahaja-sahaja. Mesti Soros ada tujuan dan perancangannya.

Malaysiakini turut menerima dana yang besar dari National Endowment for Democracy (NED), Open Society Foundation (juga milik Soros), International Center for Journalism, The Asia Foundation, MDLF (dana tambahan selain dari pemilikan saham).

Kita juga semua maklum agensi kerajaan Amerika Syarikat seperti NED yang banyak menjahanamkan negera-negara yang Amerika Syarikat mahu paksakan “demokrasi a la USA”. Baca: Gerakan “Civil Society“ Alat Kuasa Asing Menguasai Sesebuah Negara]

Sebab itu kita lihat huru-haraya negara-negara Arab yang terkesan dengan Arab Spring itu adalah sebenarnya kerja-kerja jahat NED antaranya – U.S. Groups Helped Nurture Arab Uprisings

Malaysiakini Terima Dana Soros Punca Chong Letak Jawatan

PETALING JAYA: Wartawan veteran Y.L. Chong meletak jawatan sebagai editor berita Malaysiakini lebih dari sedekad yang lalu apabila pengurusan portal berita itu enggan mengaku mereka menerima dana daripada penyangak mata wang, George Soros. “Saya memutuskan untuk meletak jawatan kerana enggan terlibat merahsiakan hubungan dengan Soros,” katanya dalam satu temu bual. Chong yang turut buat pertama kalinya mendedahkan perkara ini dalam blog miliknya beberapa tahun lalu mengulas mengenai laporan Malaysiakini dan Suaram antara organisasi yang didakwa menerima dana asing.

Dua penyalur dana itu adalah National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI), pertubuhan yang diasaskan oleh Soros. “Saya difahamkan sesungguhnya Malaysiakini menerima bayaran pendahuluan 10 % daripada RM188,000 untuk 10% faedah dalam Malaysiakini,” katanya. Chong berkata, beliau meletak jawatan selepas bersemuka dengan dua individu berpengaruh dalam Malaysiakini, Steven Gan dan Premesh Chandran. Kedua-dua mereka enggan membuat pengakuan secara terbuka menerima dana tersebut menerusi Media Development Loan Fund (MDLF) yang dikendalikan oleh OSI. [the star 22 Sep 2012]

Baca juga:

 

Hairan juga kenapa Malaysiakini lebih gemar melaporkan sesuatu yang memburukkan kerajaan lebih dari memuji kerajaan.

Hairan kenapa Malaysiakini lebih banyak mempromosikan agenda pembangkang dan kurang mendedahkan keburukan pembangkang.

Apakah ada sesuatu agenda di sebalik motif penglaporan berita dan cara memilih-milih berita?

Apakah benar Malaysiakini itu betul-betul bebas?

Siapa pemilik saham Malaysiakini?

Apa nama syarikat-syarikat atau pertubuhan-pertubuhan yang memiliki Malaysiakini?

Siapa pemilik sebenar di belakang syarikat atau pertubuhan tersebut?

Mahukah Malaysiakini dedahkan?

Perlu diingat pada tahun 2009, Malaysiakini mendapat sumbangan besar dari Amerika Syarikat. USD100,000! Bukan nilai yang kecil. Dan tahun berikutnya mereka masih dapat.

Itu baru dari satu sumber. Apakah ada juga tangan George Soros dalam Malaysiakini?

Jangan sampai jadi barua sudahlah. Nanti kita-kita digadainya.

Ini juga membuat kita fikir tentang agenda Malaysiakini …

Hari ini bermula pembicaraan penuh.

  1. Plaintif Eric Paulsen mula memberi keterangan.
  2. Saksi 1 defendan, Sdra Rizal memberi keterangan
  3. Defendan, Ustaz Hafiz Nordin memberi keterangan.

Kes bersambung esok dengan saksi defendan terakhir.

Jom kita sama-sama kita turun memberi sokongan kepada Ustaz Hafiz Nordin yang disaman oleh Eric Paulsen di Mahkamah Tinggi NCVC 9 Tingkat 4 Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur, 18hb April 2017.

Bagi yang tidak dapat hadir – mohon doakan kejayaan kita semua.

*******

Latar belakang kes:

Eric Paulsen telah mengeluarkan “tweet” yang menghina institusi Islam. Eric Paulsen telah mengatakan bahawa JAKIM mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat = setiap kali khutbah Jumaat (?).

Persoalan?

Kenapa Eric Paulsen begitu berani dan lantang menghina institusi Islam.

Bagaimana tajuk khutbah pada 9hb Januari 2015 yang bertajuk “Menjana Masyarakat Prihatin” dituduh Eric Paulsen sebagai mempromosi ekstremisme?

Mengapakah EP mengatakan SETIAP Jumaat JAKIM mempromosi ekstremisme? Setiap hari Jumaat?

Kenapa kerajaan Amerka Syarikat dilihat bersungguh membela Eric Paulsen dalam kes ini?

[Baca: Kenapa Amerika Syarikat Bersungguh Membela Apabila Eric Paulsen Hina Islam? Apa Agenda Sebenar Mereka?]

Bersama kita bela Institusi Islam yang dihina.

**********

Baca juga:

Eric Paulsen & Lawyers For Liberty – Dibayar Amerika Syarikat?

Kenapa Amerika Syarikat Bersungguh Membela Apabila Eric Paulsen Hina Islam? Apa Agenda Sebenar Mereka?

 

Clinton hampir pasti untuk menang pemilihan Presiden Amerika Syarikat. Hingga ke saat akhir kem Clinton seolah-olah sudah hendak berparti dengan kemenangan. Namun apabila keputusan di negeri-negeri utama mula diistiharkan, suasana nampak berubah dalam sekelip mata.

Hampir semua media meramalkan Clinton. Trump bukan sahaja diramal kalah tetapi pihak media memburukkan imej Trump. Malah sepanjang debat Presiden berlangsung memang kita lihat Clinton lagi hebat.

Puak-puak Liberal di Malaysia pun turut ingin bersorak kemenangan Clinton. Clinton bakal meneruskan agenda Obama. Dana sudah pasti mencurah-curah. Obama bulat dan padu dalam agenda promosi LGBTIQ dan percaturan geo-politik ke atas negara-negara Islam. Arab Spring telah selesai, fasa berikut nampak tertumpu kepada Turki, Malaysia dan mungkin juga beberapa negara lagi seperti Turkmenistan dan Indonesia.

Di belakang Trump pula ialah sokongan padu Kristian. Puak-puak evangelis ketara dalam menyuarakan sokongan mereka sepanjang kempen berjalan. Reveren Franklin Graham (anak Billy Graham) sendiri berkempen. Graham berkata bahawa kemenangan Trump adalah kerana “tangan Tuhan” (I think it was the hand of God).

Evangelis di Malaysia turut bergembira the hasil keputusan pemilihan Presiden Amerika Syarikat. Malah sesetengah evangelis di Malaysia, ada yang mempunyai hubungan akrab dengan perniagaan Trump. Di antara orang terkaya di Malaysia ini ada yang meraih kekayaan dari perniagaan Trump. Keluarga ini adalah evangelis tegar. Satu keluarga!

Agenda mereka sama. Antara hujah Graham pilih Trump ialah Supporting Israel: Trump explained Israel is our “number one friend in the Middle East” and that he would stand with Israel“. Itulah juga evangelis-evangelis di Malaysia. Mereka bulat sokongan kekejaman Israel.

Kita sibuk membantah pembantaian Israel ke atas rakyat Palestin dengan mengadakan demonstrasi di Kedutaan Amerika Syarikat … ada puak-puak evangelis bersama kita?

Ingat BAI’AH evangelis Kristian dari Malaysia di Jerusalem untuk Malaysia jika mereka menang PRU Malaysia Bakal Mempunyai Hubungan Diplomatik Dengan Israel. Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin pernah mendedahkan penemuan dokumen rahsia ketika beliau di Palestin. [baca: pembongkaran beliau – klik]

Malah Bendera Israel Dikibar Di DALAM GEREJA Di Tanah Air Kita !!!

Silalah baca kumpulan tulisan dari blog ini berkaitan isu-isu Kristianisasi:

Nurul Izzah dilaporkan mengata bahawa imej Madinah yang baru dilantik sebagai Ketua Audit Negara tercalar kerana suaminya adalah seorang Ketua Bahagian UMNO, maka persoalan yang lebih besar ialah bagaimana pula imej Wan Azizah?

imej-wanazizah-tercalar-oleh-dsaiSuami Wan Azizah adalah seorang yang terlibat langsung dengan Foundation for the Future (FFF). Anwar Ibrahim adalah Pengerusi FFF sejak dari mulanya FFF itu. FFF adalah di antara agensi kerajaan Amerika Syarikat yang bertanggung jawab menghancurkan negara-negara Arab melalui agenda Arab Spring.

FFF ditubuh khusus untuk memporak-perandakan negara-negara Islam itu dan akhirnya ditutup selepas tugasnya selesai. Hingga ke hari ini, semua negara yang terlibat langsung dengan Arab Spring tidak pulih malah ada yang hancur sehancurnya.

baca: Foundation For the Future (FFF) Senjata Menjahanamkan Negara-negara Arab

Pada 1hb Okt 2006, Anwar meminta Bank Dunia untuk lepas pegawainya ke FFF demi untuk menyelamatkan pegawai tersebut ketika sahabat karib Anwar, Paul Wolfowitz, yang dihadapi skandal kerana amalan nepotisme melantik teman wanitanya, Shaha Riza dengan ganjaran yang lumayan.

Anwar terlibat langsung dalam amalan nepotisme di Amerika Syarikat. Anwar menyelamatkan perancang utama ke atas Iraq demi untuk membunuh Saddam hingga Iraq hancur sampai hari ini.

baca: Skandal Paul Wolfowitz Di Bank Dunia: Apa Peranan Anwar Ibrahim?

Anwar bukan sahaja akrab dengan Wolfowitz, tetapi Anwar duduk di dalam struktur organisasi yang mengatur polisi luar negara Amerika Syarikat serta membantu dalam agenda AS untuk menghancurkan negara Islam.

Jika Anwar sebegini rupa penglibatannya dengan negara Uncle Sam, apakah tidak tercalar imej Ketua Pembangkang, Presiden PKR? Apakah ianya juga tercalar imej Naib Presiden PKR yang merupakan anak kepada orang yang terlibat langsung dengan amalan nepotisme di AS?

Baca juga:

 

 

Peguam Negara, TS Apandi Ali menulis di dalam Berita Harian 21hb Februari 2017.

bh-batu-puteh-kembalikan

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid